Anda di halaman 1dari 13

CONTOH KERTAS KERJA PENGELOLAAN

PERTANDINGAN BOLA BALING SISTEM KALAH


MATI

1.0 PENDAHULUAN
"Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi
negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan
memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin"
merupakan Falsafah Pendidikan Guru yang digubal untuk bertujuan merealisasikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Oleh yang demikian, seseorang bakal guru perlulah didedahkan teori
bahkan amali P&P daripada pelbagai aspek supaya apabila tamat kursus nanti dapat
merealisasikan dan melaksanakan P&P menepati cita-cita yang termaktub dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan .

2.0 RASIONAL
Penganjuran pertandingan ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada guru pelatih
untuk mempelajari cara mengelolakan sesuatu pertandingan sama ada peringkat
sekolah/daerah/bahagian/negeri/ peringkat negara. Seterusnya,peganjuran pertandingan bola
baling ini juga tidak langsung dapat membentuk sahsiah keguruan dalam diri pelatih dan sebagai
persediaan awal untuk menghadapi suasana baru bila ditempatkan mengajar kelak.

3.0 MATLAMAT
Pengolalaan pertandingan ini bertujuan memberi peluang kepada guru pelatih untuk
memperkayakan pengalaman agar ilmu ini dapat digunakan semasa di alam pengajaran nanti.
Seterusnya, guru-guru pelatih juga dapat melengkapkan dirinya dengan pelbagai kemahiran
pengajaran dan pembelajaran yang selaras dengan Standard Guru Malaysia(SGM) disamping
dapat melatih dan membina kekuatan fizikal,emosi dan mental guru pelatih.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Memberi peluang kepada guru pelatih untuk meneroka kebolehan mereka dalam
mengelolakan suatu pertandingan dan Mencungkil bakat dalam diri guru pelatih untuk
mengendalikan sesuatu pertandingan.

4.2 Dapat memberi pengalaman yang berguna kepada guru pelatih untuk diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran.

4.3 Membina kerjasama dan semangat patriotik antara guru pelatih.

5.0 TARIKH DAN MASA

5.1 Tarikh : 8-9 Ogos 2011

5.2 Masa : 7.00 am-7.00 pm (08 Ogos 2011)

: 7.00 am-4.00 pm (09 Ogog 2011)

6.0 TEMPAT

Gelangang bola baling Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor

7.0 PENYERTAAN

Terbuka kepada semua warga ppismp ambilan jun 2011

8.0 KEEWANGAN
SUMBER KEWANGAN
BIL PERKARA jumlah
Yuran ahli kumpulan RM 480
96 orang x RM 5.00
1.
Yuran pendaftaran pasukan RM 160
8 pasukan x RM 20.00
2.
Sumber kewangan keseluruhan RM 640
PERBELANJAAN
Makanan dan minuman RM 960
96 orang x RM 10
1.
Hamper RM 120
RM 50 x 1 (Johan)
2. RM 40 x 1 (Naib Johan)
RM 30 x 1 (Ketiga)
Air Mineral Memohon daripada pihak stor
15 kotak untuk 2 hari
3.
Alat Tulis Memohon daripada pihak stor
i. Kertas putih A4 x 1 bungkus
4. ii. Cellophane tape x 3 gelung
iii. Pen x 20 batang
iv. Manila kad x 20 keping
v. Whiteboard marker x 20 batang
vi. Plastik beg hitam
Cenderamata pengadil/pegawai Memohon daripada pihak stor
5 x Cawan IPG KTI
5.

9.0 JAWATANKUASA -JAWATANKUASA INDUK

Penaung I Tuan Haji Mohd Said Bin Hasran


(Pengarah IPG Kampus Temenggong Ibrahim)
Pengerusi Tuan Haji Abu Bakar
(Timbalan Pengarah Pengurusan dan Pentadbiran,
IPGKampus Temenggong Ibrahim)

Setiausaha Encik Sanif Bin Sapaat


(Ketua Unit Kokurikulum,
IPG Kampus Temenggong Ibrahim)

Penyelaras Encik Zainal Mohd Amin


(Pensyarah Penasihat Gerko Bola Baling,
IPG Kampus Temenggong Ibrahim)

Bendahari Puan Norhayati Binti Ibrahim


(Pengawai Eksekutif Kanan, IPG Kampus
Temenggong Ibrahim)

JAWATANKUASA PENGELOLA

Pengerusi :Razian Rashid

Naib Pengerusi : Hawarie ismail


: Le yi qi

:Stefaenus Olver Sabin


:Vincent andam

Bendahari : Brenda Jude


: Anasuhana

AJK Teknikal : Mohd. Haziq Othman


: Aiman haziq

JK Peralatan : Soo Chi Yang (K)


Boon Huey Chie
Chiar Phei Jing
Ting Ying Fen
Tien Hui Fang

Mohd Amirul Hasif Bin Yusuf


Muhammad Firdaus Bin Fadzil
Muhammad Razali Bin Daud

JK Makanan / Minuman :Yong Hui Yun :Toong Mei Kee

JK Buku Program : Chieng Ai Ling (K)


Choi Pick Cheng
Siti Asmira Binti Jusoh
Norliyana binti Sahdan
Vicky Chia

JK Cenderahati dan Sijil : Grace Hew Li Sing (K)


Lau Poh Ding
Su Hui Huan

JK Keselamatan dan Kebajikan : Tiang Li Teen (K)


Chin Swee Yean
Nurul Hafizah Binti Khmis
Nur Suhailah Binti Shahril

JK Perasmian : Lee Wee Pei(K)


Loh Feng Ching
Nurshahira Hazlina Binti Abdul Halim
Nur Amalina Alina Binti Yusof

AJK Dokumentasi : Nur Jannah Binti Mohd Ali(K)


Ham Siew Mei

AJK Pengadil : Muhammad Faizal Bin Che Mat(K)


Amirah Husna Binti Mohamad Habib
Nor Faznira Binti Ramli
Munirah Binti Musa

10.0 ATURCARA PERTANDINGAN

Jadual masa:

08 ogos 2011

Masa Perkara
7.00-7.30am Pendaftaran
7.30-8.00am Pembukaan rasmi
8.00-12.00pm Pertandingan dimulakan (pusingan awal kalah mati)
12.00-1.00pm Rehat
1.00-7.00pm Teruskan pertandingan ( pusinganawal kalah mati)

09 Ogos 2011

Masa Perkara
7.00-7.30am Pendaftaran
7.30-12.00pm Pertandingan dimulakan secara sistem kalah mati
12.00-2.00pm Rehat
2.00-3.00pm Pertandingan pusingan akhir secara sistem kalah mati
3.00- 4.00pm Penyampaian hadiah dan majlis penutupan

11 PERATURAN BOLA BALING TAHUN 2011

11.1 PENDAFTARAN :

11.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftarkan 12 pemain sahaja dengan menggunakan borang
pendaftaran yang disediakan.

11.3 Setiap pasukan yang mendaftar dimestikan mendaftar nama pegawai berikut bagi pasukan
masing-masing.

Ø Pengurus Pasukan

Ø Jurulatih

11.4 KUMPULAN / JENIS PERTANDINGAN

L12 / P12 / L15 / P15 / L18 / P18

12 PAKAIAN

Semua pemain dikehendaki memakai jersi, baju T atau bips yang sama warnanya dengan nombor
masing-masing di depan dan belakang.

12.1 Di mana terdapat dua pasukan yang memakai pakaian yang sama warnanya, keputusan siapa
yang menukar pakaiannya ialah pasukan yang namanya disebut dahulu dalam borang pertandingan.

12.2 Semua pemain diwajibkan memakai kasut serta sarung kaki. Kasut yang berstud enam,
berpaku dan membahayakan keselamatan pemain lain tidak dibenarkan sama sekali.

12.3 Ketua pasukan tidak perlu memakai tanda( captain arm guard )

13 MASA PERMAINAN

Setiap permainan terdiri daripada dua bahagian. 15 minit setiap separuh masa dan rehat 3 minit.
(15.3.15)

*diputuskan dalam mesyuarat pengelolaan peringkat zon dan negeri.Masa Rehat Pasukan (1 minit )

(a) Setiap pasukan dibenarkan meminta 1 minit masa rehat (Team Time-Out) sekali bagi setiap
separuh masa.

(b) Pegawai yang berdaftar bagi setiap perlawanan sahaja dari mana-mana pasukan dibenarkan
memohon masa rehat dengan menyerahkan KAD HIJAU berukuran 15 cm x 20 cm kepada Penjaga
Masa (Time Keeper).

(c) Situasi yang dibolehkan untuk memberi kebenaran berhenti untuk masa rehat 1 minit :-

Ø Semasa pasukannya mengawal bola.

Ø Selepas pasukannya terkena jaringan gol atau semasa balingan gol dari pasukan sendiri setelah
bola tersasar keluar.

14 SISTEM PERTANDINGAN

14.1Pertandingan ini dijalankan secara KALAH MATI

14.2Pasukan yang mendapat jumlah mata yang terbanyak dikira MENANG.

14.3Sistem pemberian mata bagi pertandingan LIGA :

14.4Menang : 3 mata

Seri : 1 mata

Kalah : 0 mata

14.5 WALKOVER : Tindakan Walkover tidak akan dilayan. Mana-mana pasukan yang mengambil
tindakan ini tidak akan dibenarkan meneruskan perlawanannya dan kesemua perlawanan
sebelumnya itu akan dikira tidak sah. Pasukan yang memberi Walkover mesti memberi alasan
bertulis mengapa

pasukan tersebut bertindak begitu kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola dan Salinan kepada
Pengarah Pendidikan Negeri.

14.6 Dalam pertandingan sekiranya terdapat dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang
sama , keputusan muktamad akan ditetapkan mengikut cara-cara yang teratur di bawah:

14.7 Pasukan yang memperolehi perbezaan gol yang terbanyak akan dikira menang.
14.8 Jika masih seri, pasukan yang lebih jaringan gol akan dikira menang.

14.9 Jika masih seri, pasukan yang kurang kena gol akan dikira menang.

14.10 Jika masih seri lagi, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang.Jika masih
seri lagi, cabutan undi akan dijalankan.

14.11 SINGKIR ( Kad Merah ) dan BATAL

14.12 Jika seorang pemain atau pegawai pasukan menerima kad merah atau hukuman singkir
dalam satu-satu perlawanan, ia akan digantung satu perlawanan berikutnya.

14.13 Jika seorang pemain atau pegawai menerima kad merah atau hukuman singkir kali kedua, dia
tidak dibenarkan bermain atau berada di gelanggang permainan di mana pasukannya bermain
sehingga LEMBAGA TATATERTIB membuat keputusan.

14.14 Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima hukuman batal , ia tidak dibenarkan
bermain atau berada di gelanggang dimana pasukannya bermain sepanjang kejohanan tersebut.

15 SISTEM KALAH MATI


Bagi perlawanan secara kalah a mati, jika kedudukan seri selepas sepenuh masa langkah-langkah
berikut akan dipatuhi untuk memutuskan pemenangnya:

15.1 Perlawanan masa tambahan 5 minit setiap separuh masa akan dijalankan setelah rehat selama
lima minit.Jika masih seri sistem balingan 7 meter mengikut peraturan IHF akan dijalankan.
sistem kalah mati

16 SISTEM BALINGAN 7 METER

Tiap-tiap pasukan mengambil 5 balingan dari garisan 7 meter secara berselang seli oleh 5 orang
pemain.Jika masih seri, maka balingan 7 meter hendaklah diteruskan oleh 5 orang pemain secara
berselang seli dengan sehingga keputusan diperolehi.

16.1 Pengadil akan memutuskan gol mana balingan 7 meter itu dijalankan.

16.2 Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang akan membuat balingan
dahulu.

16.3 Hanya pemain-pemain yang layak menyertai perlawanan tersebut dibenarkan mengambil
balingan 7 meter.

16.4 Pemain-pemain yang akan mengambil balingan 7 meter dan penjaga gol pasukan mestilah
berada diluar garisan balingan percuma.

16.5 Semua pemain lain hendaklah berada digarisan tengah gelanggang.


16.6 Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa semasa balingan 7 meter dijalankan.

17 KELEWATAN

Hanya 10 minit akan diberi kepada sesuatu pasukan yang lewat. Selepas itu, pihak lawannya akan
diberikan kemenangan dengan 3 mata dan dengan bilangan gol 3 – 0.

18 BANTAHAN

Segala bantahan mestilah dibuat secara bertulis menggunakan borang yang disediakan,dalam
masa 30 minit setelah keputusan diumumkan dan disertakan RM300.00. Wang tersebut tidak akan
dikembalikan jika didapati bantahan itu tidak diterima.Keputusan Juri adalah muktamad.

19 JURI RAYUAN

Terdiri daripada :

19.1. Pengerusi Teknik Bola Baling MSSPP / ZON

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola / Pengerusi Teknik Pertandingan/Pengerusi Pengadil1

19.2. Orang Pegawai / Pengurus pasukan yang dipilih oleh Jawatankuasa Pengelola.

20 PERATURAN BARU

20.1. Sekiranya terdapat balingan percuma selepas wisel penamat dibunyikan oleh penjaga masa,
ia perlu diambil. Pasukan yang mendapat balingan itu hanya boleh menukar seorang pemain sahaja,
iaitu pembaling balingan percuma tersebut. Pemain lain termasuk dari pihak bertahan tidak
dibenarkan melakukan sebarang pertukaran.

(peraturan 2:5)

20.2. Tidak ada time out untuk balingan 7 meter kecuali berlaku dalam keadaan-keadaan tertentu
seperti bola terkeluar jauh atau pemain dikenakan hukuman (kad kuning / 2 minit / kad merah /
singkir). Hanya pembaling dan penjaga gol yang dibolehkan untuk pertukaran.

(peraturan 2 :8)

20.3. Mana-mana pegawai yang dibenarkan masuk ke padang oleh pengadil untuk rawatan pemain
yang cedera tidak dibenarkan memberi arahan kepada pasukan, menghampiri pengadil atau
pasukan lawan. Sekiranya berlaku, pegawai tersebut boleh dikenakan hukuman atas dasar tiada
semangat kesukanan.

(peraturan 4:11)

20.4. Tidak ada ketua pasukan. Mana-mana pemain atau pegawai boleh terlibat dalam lambungan
duit syiling untuk permulaan perlawanan.

(peraturan 4:1)

20.5. Hanya 2 orang pegawai atau pemain yang didaftar boleh masuk ke padang untuk rawatan
pemain yang cedera atas arahan pengadil.

(peraturan 4:1)

20.6. Untuk balingan permulaan, pembaling mesti memijak garisan tengah dengan sekurang-kurang
sebelah tapak kaki dan berada di posisi itu sehingga bola dilepaskan. Rakan pasukan tidak
dibenarkan melintas garisan tengah padang sehingga tiupan wisel.

(peraturan 10.3)

20.7. Isyarat ‘pasif play’ batal sekiranya bola terkena tiang gol atau penjaga gol serta terdapat
pemain pertahanan yang mendapat hukuman.

(klarifikasi no 4)
20.8. Sebarang posisi yang tidak betul pemain pasukan menyerang yang mendapat balingan
percuma atau balingan ke dalam, perlu diperbetul oleh pengadil.

(peraturan 15.6)

20.9. Sekiranya bola terkena siling, balingan ke dalam diberi pada kedudukan yang terhampir
kepada pasukan lawan.

(peraturan 11.3)

20.10. Sewaktu team time out, pemain pasukan boleh berada di dalam atau luar gelanggang.

(klarifikasi no 3)

22 PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan-peraturan ini dan undang-undang
Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola dan keputusan adalah
muktamad.

23 PENUTUP
Diharapkan agar semua guru pelatih dapat mengelolakan sesuatu pertandingan dengan
jayanya.Aktiviti ini juga diharapkan dapat dijadikan sebagai batu loncatan bagi memperkasakan ilmu
pengetahuan dalam diri guru pelatih disamping aktiviti ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan
silaturahim antara guru pelatih dan pelajar.Akhir sekali,semoga semua guru-guru pelatih mendapat
sesuatu pengalaman yang berguna daripada aktiviti seumpama ini.

Anda mungkin juga menyukai