Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENDAHULUAN
Sukan FUTSAL adalah permainan yang merupakan pecahan daripada sukan bola sepak.
‘FUTSAL’ bermaksud fut=futbol (bolasepak dalam bahasa Brazil) sal=sallon (dewan
tertutup dalam bahasa Brazil). Ia dimainkan di dalam dewan-dewan tertutup dan
mempunyai peraturan dan cara yang agak berbeza sedikit berbanding dengan bola sepak
di padang.

Kini, futsal telah menjadi salah suatu sukan yang sudah sedia terkenal di persada dunia.
Sukan ini seringkali dipertandingkan di pertandingan-pertandingan di seluruh dunia,
termasuklah pertandingan di peringkat kebangsaan, Asia malahan dunia.

Futsal boleh dikaitkan dengan proses yang dapat menggalakkan semangat setiakawan,
kerjasama dan rasa hormat-menghormati sesama manusia. Dengan tertubuhnya kelab
ini, Insya Allah, ia akan menjadi simbol harapan di dalam bidang sukan di peringkat
sekolah dan seterusnya membawa nama SK Belimbing di persada negara.

2.0 OBJEKTIF PENUBUHAN


2.1 Memohon peruntukan kewangan kokurikulum prasekolah
2.2 Memberi peluang kepada murid-murid prasekolah untuk mempelajari
permainan sukan futsal.
2.3 Mengaturkan organisasi khas untuk sukan futsal di Prasekolah SK Belimbing.
2.4 Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan sukan
futsal.
2.5 Menyediakan jadual latihan, kelas teori dan sesi praktikal yang khusus di dalam
sukan futsal.
2.6 Mendapatkan fasilitator dan jurulatih di dalam latihan futsal.
2.7 Menyertai dan mengaturkan pertandingan futsal, perlawanan persahabatan atau
lain-lain, bersama kelab-kelab dan sekolah-sekolah yang sesuai dan mempunyai
pasukan futsal prasekolah mereka sendiri.
2.8 Membuat pemilihan pasukan futsal prasekolah sebagai wakil sekolah di dalam
pertandingan-pertandingan yang disertai.
2.9 Menanam sifat kerjasama dan hormat-menghormati sesama manusia dalam
kalangan murid prasekolah melalui sukan futsal.
2.10 Menggalakkan semangat bersukan sekaligus melaksanakan dasar
kementerian
pendidikan iaitu 1Murid 1Sukan.
3.0 VISI
Merealisasikan idea sebuah pasukan futsal yang berkemampuan dan berketerampilan,
berkaliber, bersemangat setiakawan, saling hormat- menghormati dan berdaya saing
sebagai wakil dan pembawa nama baik SK Belimbing ke persada negara.

4.0 MISI
Misi penubuhan dan perlaksanaan pasukan ini adalah untuk merealisasikan perkara-
perkara tersebut:-

4.1 Berusaha mencari dan melatih bakat di dalam sukan futsal dari kalangan
murid prasekolah SK Belimbing;
4.2 Berusaha menyediakan prasarana, keperluan dan kelengkapan sukan
futsal yang berkualiti tinggi, efektif dan selesa kepada ahli pasukan.
4.3 Berusaha memberikan set latihan yang terbaik kepada ahli pasukan oleh jurulatih
dan fasilitator terpilih.;
4.4 Berusaha meningkatkan mutu permainan dan semangat kesukanan ahli
pasukanfutsal prasekolah;
4.5 Berusaha mengharumkan nama SK Belimbing melalui kejayaan dan
kecemerlangan di dalam aktiviti-aktiviti dan pertandingan-pertandingan
yang dianjurkan di dalam dan di luar SK Belimbing;
4.6 Dan berusaha memajukan sukan futsal untuk negara.

5.0 NAMA PASUKAN


Pasukan Futsal Prasekolah Belimbing

6.0 MOTTO
Majulah futsal untuk negara

7.0 SASARAN
7.1 Keahlian terbuka kepada murid-murid prasekolah SK Belimbing dan yang
berumur 5 tahun sehingga 6 tahun.
7.2 Jurulatih dan Fasilitator terbuka kepada guru-guru, PIGB sekolah dan pihak luar.

8.0 ORGANISASI KELAB


8.1 Penaung : Encik Razak bin Ali (YDP PIBG SK Belimbing)
8.2 Penasihat : Puan Masnizah binti Kamaruddin (Guru Besar SK Belimbing)
8.3 Pengerusi : Encik Mohd Ridzuan bin Yakub (GPK Kokurikulum SK Belimbing)
8.4 Naib Pengerusi : Siti Aisyah binti Ab Hamid (Guru Prasekolah SK Belimbing)
9.0 BIDANG TUGAS
9.1 Penaung
 Berperanan sebagai penaung dan penaja utama pasukan ini.
 Mempunyai hak untuk memberi nasihat, pendapat dan cadangan kepada
pasukan ini di atas segala jenis urusan.
 YDP PIBG SK Belimbing terlantik secara automatik sebagai Penaung pasukan
ini.
9.2 Penasihat
 Berperanan sebagai penasihat pasukan ini.
 Merupakan salah satu sumber rujukan utama pasukan di dalam urusan
rasmi pasukan ini seperti membuat keputusan dan berbincang mengenai
gerak kerja pasukan ini.
 Menjadi pengiring utama di dalam program-program dan aktiviti-aktiviti
yang dianjurkan oleh pasukan ini, samada di dalam dan di luar kawasan SK
Belimbing.
 Mempunyai hak untuk memberi nasihat, pendapat, cadangan dan
sokongan ke atas sebarang usul yang diutarakan kepadanya.
 Merangkap Ahli Lembaga Disiplin di dalam pasukan.
 Guru Besar SK Bukit Belimbing terlantik secara automatik sebagai Penasihat
pasukan ini.
9.3 Ex-Officio
 Setiap mantan YDP PIBG akan dilantik secara automatik sebagai ex-
officio bagi pasukan ini bermula dari tempoh tamat pelantikannya.
 Merupakan salah satu sumber rujukan utama pasukan ini di dalam urusan
rasmi pasukan seperti membuat keputusan dan berbincang mengenai
gerak kerja pasukan ini.
 Tempoh penjawatan sebagai ex-officio adalah sehingga YDP PIBG di
bawah nasihatnya tamat tempoh pelantikannya.
9.4 Pengerusi
 Berperanan sebagai wakil utama pasukan ini.
 Berperanan sebagai pemantau bagi setiap urusan, aktiviti dan program
di bawah pasukan.
 Berperanan sebagai penasihat bagi setiap aktiviti dan program yang
dianjurkan.
 Bertanggungjawab memastikan segala aktiviti dan program efektif,
berjalan dengan lancar dan berjaya.
 Bertanggungjawab di atas persediaan, perancangan dan perlaksanaan
bagi sebarang aktivti dan program yang dianjurkan di sepanjang tempoh
pelantikannya.
 Bertanggungjawab di atas tingkahlaku dan tindakan setiap ahli kelab di
dalam setiap aktiviti dan program yang dianjurkan.
 Mengelola setiap mesyuarat utama kelab, termasuk Mesyuarat Agung,
Mesyuarat Bulanan dan Perjumpaan Kelab.
 Mempunyai kuasa untuk membuat setiap jenis keputusan yang melibatkan
setiap urusan, aktiviti dan program di bawah kelab, termasuk keputusan
segera.
 Pengerusi adalah terlantik melalui proses pencalonan dan undian di dalam
Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Bola Sepak Bukit Rambai.
9.5 Setiausaha
 Menjadi setiusaha bagi setiap mesyuarat utama pasukan, termasuk
Mesyuarat Agung, Mesyuarat Bulanan dan Perjumpaan pasukan.
 Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat bagi setiap mesyuarat
utama kelab, termasuk Mesyuarat Agung, Mesyuarat Bulanan dan
Perjumpaan Kelab.
 Mengurus segala urusan surat dan memo rasmi pasukan ini.
 Memastikan rekod tersusun dan tersimpan dengan efektif, sistematik dan
terpelihara bagi segala jenis kertas kerja, laporan program dan kewangan,
urusan surat menyurat, memo, minit mesyuarat dan urusan-urusan rasmi
yang melibatkan sebarang urusan, aktiviti dan program di bawah pasukan.
 Memastikan segala jenis kertas kerja, laporan program dan kewangan,
urusan surat menyurat, memo, minit mesyuarat dan urusan-urusan rasmi
yang melibatkan sebarang urusan, aktiviti dan program di bawah pasukan
adalah mengikut format dan aturan rasmi yang telah ditetapkan untuk
pasukan ini.
 Menyediakan Laporan Mesyuarat Agung Tahunan untuk rujukan kelab ini
dan tindakan barisan majlis tertinggi kelab seterusnya.
 Setiausaha Agung adalah terlantik melalui proses pencalonan dan undian
di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Bola Sepak Bukit Rambai.
9.6 Bendahari
 Memastikan anggaran perbelanjaan di dalam setiap kertas kerja, laporan
kewangan dan urusan-urusan rasmi yang melibatkan urusan keluar dan
masuk kewangan pasukan ini mengikut format dan aturan yang telah
ditetapkan untuk pasukan ini.
 Mengurus dan mentadbir urusan kewangan kelab ini.
 Mengaturkan dan menyelia sebarang urusan keluar dan masuk kewangan
pasukan ini.
 Memegang, menyimpan dan menguruskan wang tunai milik pasukan ini
dengan penyeliaan Setiausaha dan Pengerusi.
 Bendahari adalah terlantik melalui proses pencalonan dan undian
di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pasukan Futsal Prasekolah Belimbing.
9.7 Biro Peraturan & Pemilihan
 Bertanggungjawab mendapatkan peraturan terkini permainan dan sukan
futsal bagi setiap peringkat, mulai peringat akar umbi sehingga ke
peringkat dunia.
 Menyediakan set peraturan umum permainan dan sukan bola sepak untuk
rujukan ahli kelab.
 Membuat pemilihan pasukan bola sepak untuk sebarang pertandingan,
perlawanan dan aktiviti yang disertai.
 Ketua Biro adalah terlantik melalui proses pencalonan dan undian di
dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pasukan Futsal Prasekolah SK Belimbing.
9.8 Biro Aktiviti & Latihan
 Bertanggungjawab mengatur dan merancang segala aktiviti dan program
yang bakal dianjurkan sepanjang tahun.
 Bertanggungjawab menyediakan jadual latihan, set latihan mingguan,
kelas teori bulanan dan sesi praktikal bulanan kepada ahli pasukan.
 Menguruskan persediaan dan keperluan jurulatih dan fasilitator yang
terpilih untuk sebarang aktiviti dan program anjuran pasukan.
 Memastikan setiap ahli menghadiri latihan mengikut jadual yang
ditetapkan dan mengikuti set latihan yang telah ditetapkan.
 Ketua Biro adalah terlantik melalui proses pencalonan dan undian di
dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pasukan Futsal Prasekolah SK Belimbing.
9.9 Biro Keperluan & Kelengkapan
 Bertanggungjawab memastikan setiap keperluan dan kelengkapan bagi
setiap aktiviti dan program yang dianjurkan.
 Bertanggungjawab menyediakan setiap keperluan dan kelengkapan bagi
setiap sesi latihan, kelas teori dan sesi praktikal yang dianjurkan.
 Memastikan setiap keperluan dan kepengkapan yang diamanahkan
kepada pasukan ini disimpan dan dijaga dengan baik.
 Ketua Biro adalah terlantik melalui proses pencalonan dan undian di
dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pasukan Futsal Prasekolah SK Belimbing.

10.0 AGENDA TAHUNAN KELAB


Majukan sukan futsal untuk negara
11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN YANG DIPERLUKAN
11.1 Peruntukan pasukan yang diperlukan

BIL ITEM KUANTITI JUMLAH (RM)


Jersey (Baju) 1 set
1 RM 70.00
1 x 7 x RM 10
Bola (Saiz 4)
2 1 biji RM 50.00
1 x RM 50
JUMLAH PERUNTUKKAN KESELURUHAN
RM 120.00

11.2 Perbelanjaan pasukan yang diperlukan

BIL PERKARA JUMLAH (RM)


1 Minuman
 Air Mineral (perlawanan) (2 x RM 12.50) RM 25.00

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN RM 25.00

11.3 Jumlah anggaran perbelanjaan

PERKARA JUMLAH (RM)


 Peruntukkan Pasukan RM 120.00
 Perbelanjaan Pasukan RM 25.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 145.00

12.0 PENUTUP
Diharapkan cadangan ini diterima untuk dipertimbangkan. Kami mengharapkan
maklumbalas positif dari pihak berkenaan. Marilah majukan sukan untuk negara.
Semoga penubuhan pasukan ini akan membawa harapan baru di dalam sukan futsal
peringkat prasekolah dan membawa nama SK Belimbing ke persada negara.

Anda mungkin juga menyukai