Anda di halaman 1dari 1

Senarai Tugas Guru Rumah Sukan

1. Membimbing dan mengadakan mesyuarat Rumah Sukan.


2. Membentuk jawatankuasa
3. Membimbing AJK Rumah Sukan menjalankan Mesyuarat Agung AJK
4. Menyediakan minit mesyuarat Rumah Sukan
5. Menyediakan senarai tugas dan tanggungjawab AJK Rumah Sukan.
6. Merancang untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat murid dalam setiap
aktiviti permainan
7. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar
8. Memastikan rumah sukannya mempunyai Fail Rumah Sukan yang dilengkapkan dengan
maklumat dan perkara-perkara berikut:-.
i. Carta Organisasi Rumah Sukan.
ii. Senarai nama Guru Penasihat Rumah Sukan.
iii. Senarai tugas dan tanggungjawab Guru Penasihat Rumah Sukan.
iv. Perlembagaan Rumah Sukan.
v. Senarai nama AJK Rumah Sukan (pelajar).
vi. Senarai nama ahli rumah sukan (pelajar).
vii. Senarai aktiviti tahunan Rumah Sukan.
viii. Akaun kewangan (penerimaan, kutipan dan perbelanjaan wang yang lengkap
dengan resitnya - sekiranya ada membuat kutipan wang).
ix. Jadual latihan bagi semua aktiviti sukan dan olahraga.
x. Jadual pertandingan bagi semua aktiviti sukan dan olahraga.
xi. Senarai nama peserta yang didaftar dan menyertai kejohanan Merentas Desa,
Kejohanan Olahraga dan sukan yang lengkap (bagi tujuan pemberian markah
kokurikulum).
xii. Senarai nama penerima hadiah sukan dan permainan bagi aktiviti yang diwakilinya.
xiii. Keputusan Kejohanan Olahraga.
9. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah
10. Menguruskan penyediaan makanan dan minuman (sekiranya perlu) untuk peserta
semasa aktiviti sukan dan permainan / olahraga.
11. Menjaga keselamatan pelajar semasa mereka menyertai aktiviti sukan dan olahraga.
12. Bertindak selaku Pengurus Pasukan / Jurulatih untuk menghantar pelajar / peserta dari
rumah sukannya ke tempat permulaan acara atau pertandingan.
13. Memastikan pelajar yang didaftar menyertai sesuatu acara / pertandingan mengambil
bahagian mengikut masa yang ditetapkan.
14. Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi
15. Menguruskan dan menyelia semua aktiviti sukan dan permainan serta olahraga yang
melibatkan Rumah Sukan.
16. Membuat Laporan Tahunan Rumah Sukan.
17. Mengambil alatan dan memulangkan alatan dari bilik sukan.
18. Merekodkan kehadiran ahli dan memastikan semua ahli hadir untuk menjalani latihan
19. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program

Anda mungkin juga menyukai