Anda di halaman 1dari 2

Senarai Tugas - Guru Rumah Sukan.

1. Menguruskan dan menyelia semua aktiviti sukan dan permainan serta olahraga yang melibatkan
Rumah Sukan.

2. Membimbing dan mengadakan mesyuarat Rumah Sukan.


a. Membimbing AJK Rumah Sukan menjalankan Mesyuarat Agung AJK.
i. Melantik AJK Induk Rumah Sukan.
ii. Menyediakan minit mesyuarat Rumah Sukan.

3. Menyediakan senarai tugas dan tanggungjawab AJK Rumah Sukan.

4. Memastikan rumah sukannya mempunyai Fail Rumah Sukan yang dilengkapkan dengan maklumat dan
perkara-perkara berikut:-.
i. Carta Organisasi Rumah Sukan.
ii. Senarai nama Guru Penasihat Rumah Sukan.
iii. Senarai tugas dan tanggungjawab Guru Penasihat Rumah Sukan.
iv. Perlembagaan Rumah Sukan.
v. Senarai nama AJK Rumah Sukan (pelajar).
vi. Senarai nama ahli rumah sukan (pelajar).
vii. Senarai aktiviti tahunan Rumah Sukan.
viii. Aka dengan resitnya - sekiranya ada membuat kutipan wang).
ix. Jadual latihan bagi semua aktiviti sukan dan olahraga.
x. Jadual pertandingan bagi semua aktiviti sukan dan olahraga.
xi. Senarai nama peserta yang didaftar dan menyertai kejohanan Merentas Desa, Kejohanan
Olahraga dan sukan yang lengkap (bagi tujuan pemberian markah kokurikulum)
xii. Senarai nama penerima hadiah sukan dan permainan bagi aktiviti yang diwakilinya.
xiii. Keputusan Kejohanan Olahraga.

5. Menyediakan nombor peserta seperti yang ditetapkan oleh Majlis Sukan Sekolah.

6. Menguruskan penyediaan makanan dan minuman (sekiranya perlu) untuk peserta semasa aktiviti
sukan dan permainan / olahraga.

7. Menjaga keselamatan pelajar semasa mereka menyertai aktiviti sukan dan olahraga.

8. Bertindak selaku Pengurus Pasukan / Jurulatih untuk menghantar pelajar / peserta dari rumah
sukannya ke tempat permulaan acara atau pertandingan.

9. Memastikan pelajar yang didaftar menyertai sesuatu acara / pertandingan mengambil bahagian
mengikut masa yang ditetapkan.

10. Membuat Laporan Tahunan Rumah Sukan.


11. Hal-hal lain yang difikirkan sesuai dengan peranan dan tanggungjawab sebagai seorang Guru
Penasihat Rumah Sukan.

Anda mungkin juga menyukai