Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN AKTIVITI AKHIR TAHUN KELAB PERMAINAN BOLA BALING

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN EMPAT

1. PENDAHULUAN

Kelab permainan Bola Baling terdiri dari kalangan murid tahun 4 hingga 6. Aktiviti kelab
ini bermula dari bulan Mac hingga September 2018. Sepanjang tempoh ini Kelab
permainan bola baling telah berjaya menjalankan beberapa aktiviti bagi mencapai KPI
yang telah ditetapkan. Aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan berdasarkan kepada
perancangan tahunan yang telah disediakan adalah seperti berikut:

2. JADUAL PELAKSANAAN

PERJUMPAAN TARIKH AKTIVITI


1 7.3.2018 Mesyuarat Agong Kelab Permainan bola baling. Perlantikan Ahli
Jawatan kuasa dan Sesi suai kenal diantara guru penasihat dan
murid-murid.

2 4.4.2018 Mempelajai peraturan-peraturan permainan bola baling


3 18.4.201 Kemahiran Asas Bola baling
8
4 2.5.2018 Permainan bola baling secara kumpulan
5 27.6.201 Persiapan Karnival “Techsamana” Peringkat Daerah Hulu Langat
8 2018

6 4.7.2018 Persiapan Sempena Sambutan Hari Raya Unit Beruniform


Pengakap Peringkat Daerah Hulu Langat 2018

7 11.7.201 Kemahiran Lontaran Bola


8

8 25.7.201 Kemahiran Menangkap dan Menerima Bola


8

9 1.8.2018 Kemahiran Melantun Bola & Mengelecek Bola

10 8.8.2018 Kemahiran Penjaga Gol/Menjaga Gawang Gol


11 15.8.201 Permainan Terbuka Bola Baling
8

12 29.8.201 Kemahiran Balingan Jaringan Sudut


8

13 5.9.2018 Hari Kokurikulum

3. SASARAN

3.1. Guru penasihat kelab permainan bola baling bertanggungjawab memastikan agar
semua aktiviti yang telah dirancang dilaksanakan dengan baik. Aktiviti- aktiviti ini
dijalankan adalah bertujuan untuk muncungkil bakat atau kemahiran murid dalam
permainan bola baling serta menambahkan ilmu berkenaan teknik permainan bola
baling dengan lebih profesional. Melalui aktiviti sebegini, guru dapat mengenalpasti
bakat murid yang boleh diketengahkan untuk dibawa bertanding di peringkat sekolah
mahupun zon.

3.2 Menghantar pasukan bola baling sekolah ke Kejohanan Daerah Hulu Langat 2018
dan Kejohanan jemputan Sekolah Kluster.

4. AKTIVITI

Aktiviti kelab dapat dilaksanakan dengan jayanya melalui bantuan guru penasihat kelab
permainan ini.

5. REFLEKSI

Secara keseluruhannya, aktiviti yang telah dirancang telah dapat dilaksanakan dengan
jayanya dengan kerjasama semua guru serta ahli kelab. Walaupun terdapat beberapa
kekangan ketika melaksanakan aktiviti-aktiviti ini akan tetapi ianya dapat diatasi dengan
baik oleh guru serta ahli kelab. Oleh itu, setiap aktiviti yang dijalankan setiap minggu
akan ditambah baik supaya aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

5.1 KEKUATAN AKTIVITI


Aktiviti yang menarik minat ahli kelab
Aktiviti yang menyeronokkan dan aktif kepada ahli kelab
Aktiviti riadah santai
Penggunaan kad kehadiran ahli kelab menggalakkan setiap kali perjumpaan.

5.2 KELEMAHAN AKTIVITI

Bilangan bola yang kurang mencukupi sukar untuk murid membuat latihan asas
balingan
Kekurangan/terhad kawasan@tempat untuk murid membuat latihan
Kekangan dari segi cuaca kadangkala hujan menyebabkan aktiviti tergendala.
Murid yang tidak dapat hadir kerana berlaku pertembungan masa latihan untuk
aktiviti lain

5.3 CADANGAN

Menambahbaik aktiviti-aktiviti yang sedia ada


Merancang aktiviti yang lebih menarik dengan kerjasama oleh kelab permainan
yang lain
Menggalakkan penyertaan murid untuk bertanding permainan bola baling ke
peringkat zon, daerah dan negeri.
Menjemput penceramah atau jurulatih profesional bola baling untuk berkongsi
teknik dan cara bermain bola baling yang lebih baik.

6.0 IMPAK

Secara keseluruhannya, melalui aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh kelab


permainan bola baling pada sepanjang tahun 2018 dapat menambah kemahiran
ahli kelab dalam memahami beberapa asas penting dalam permainan ini.Selain itu
juga, dapat menggalakkan murid bersukan bagi menyihatkan tubuh badan.
7.0 ULASAN KESELURUHAN

Terdapat banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan untuk memantapkan


lagi penyertaan ahli kelab di peringkat sekolah.
Guru penasihat perlu merancang beberapa aktiviti sekiranya terdapat
kekangan dari segi hari hujan bagi mengelakkan masalah ketika perjumpaan.
Kelab permainan bola baling dapat melahirkan murid yang mahir dalam
permainan bola baling.
Kelab permainan bola baling ini juga dapat mencungkil bakat murid dalam
permainan ini, dan seterunya dapat menyertai beberapa aktiviti kejohanan
sukan sama ada di peringkat sekolah ataupun peringkat zon.
Secara keseluruhannya, aktiviti-aktiviti yang dijalankan bagi pertengahan tahun
2018 dapat menarik minat ahli kelab untuk melibatkan diri sepanjang
perjumpaan.

Disediakan Oleh,

_____________________
(NURUL FATIN BINTI ABU BAKAR)
Setiausaha Kelab Permainan Bola Baling

Disemak oleh,

___________________
(SARINA BINTI YUSOP)
Setiausaha Kokurikulum

Disahkan oleh,

______________________
(HJ. RAZALI BIN MOHAMAD)
Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Anda mungkin juga menyukai