Anda di halaman 1dari 1

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :

Saya berharap agar mendapat masa yang lebih untuk mengadakan pertandingan ini pada
peringkat sekolah pula. Hal ini kerana penganjuran pada murid-murid Tahun 3 telah
mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan saya anggap bahawa jika dibuka pada
murid-murid tahap lain suasana pasti akan menjadi lebih meriah lagi. Sokongan daripada
guru-guru terhadap pelaksanaan juga penting jika saya mahu mengadakan pertandingan
yang melibatkan semua tahap. Saya bercadang setiap darjah akan dilaksanakan
pertandingan yang berbeza dan lebih bercabar lagi. Maka, guru akan dilibatkan dalam
semua acara tersebut sebagai pengadil dan pemantau. Oleh itu, saya akan cuba untuk
melaksanakan aktiviti ini pada masa akan datang dan saya anggap bahawa aktiviti
sukaneka ini sebagai langkah permulaaan dan pengenalan terhadap saya. Saya akan
meningkatkan tahap penyediaan tempat, hadiah dan syarat acara untuk mengadili sesuatu
hasil. Pada pandangan saya, sukaneka ini akan menjadi lebih baik jika ditetapkan pada hari
Sabtu untuk mengadakan Karnival Sukan peringkat sekolah. Semua warga sekolah juga
terlibat dimana acara antara ibu bapa dan guru juga diadakan.

Di samping pelaksanaan yang baik, saya akan meningkatkan mutu pengadilan dan
pembelian bahan dan alatan. Hal ini kerana saya tidak tahu bagaimana untuk menguruskan
sesuatu kos yang diberikan untuk sesuatu pertandingan. Jika saya mahu melaksanakan
pertandingan pada peringkat sekolah, peruntukan yang diperlukan juga akan bertambah
besar dan saya haruslah cekap dalam menguruskan kewangan yang telah diberikan.
Pengurusan masa juga akan ditingkatkan kerana masa permulaan sesuatu acara akan
memainkan peranan yang penting. Jika lewat maka guru akan terganggu emosinya kerana
banyak lagi perkara lain yang harus dilakukan selepas itu. Persediaan yang rapi haruslah
dirangka dahulu sebelum memulakan sesuatu aktiviti.

Anda mungkin juga menyukai