Anda di halaman 1dari 10

Kebaikan dan keburukan

politik dan sukan

Politik mempunyai pengaruh yang kuat dalam sukan di


negara kita. Kita sering mendengar berita mengenai
campur tangan politik dalam sukan tanah air.
Campur tangan termasuklah program pembangunan
sukan, menyelesaikan konflik dalam persatuan sukan,
pemilihan peserta, hal-hal elaun dan gaji atlet serta lainlain lagi.

Kebaikan
Dari sudut positif, kita melihat kepada perkembangan
sukan di kampung, daerah dan juga peringkat negeri.
Jika kita dapat lihat , kebanyakan program sukan
memerlukan sumbangan kewangan untuk menjayakan
program tersebut.
Perkara ini tidak dapat dinafikan kerana ianya realiti dan
berlaku pada masa sekarang. Begitu juga di peringkat
sekolah mahupun di institusi pengajian.
Semenangnya dana diperuntukkan untuk menjayakan
satu-satu program.
Namun begitu, sumbangan daripada pihak luar amat
ditagih terutamanya bagi institusi pengajian.
Jadi, ahli-ahli politik dicari untuk membantu dalam
melancarkan program yang dirancangkan .

Sebilangan besar badan-badan sukan di Malaysia,


diketuai dan dimpimpin oleh orang berpengaruh dalam
politik atau korporat.
Badan sukan tersebut memperoleh kelebihan
menganjurkan sesuatu kejohanan atau pertandingan di
peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
Mereka juga berupaya menambah sumber kewangan dan
memajukan badan sukan tersebut.
Cara ini juga dapat memudahkan laluan dalam hal
berkaitan birokrasi, mencari penaja dan sekaligus
menjadikan badan sukan itu disegani.
Walaupun ramai yang tidak bersetuju dengan penglibatan
golongan ini, namun pada hakikatnya ia lebih banyak
menguntungkan badan-badan sukan itu sendiri.

Membantu melancarkan program sukan


Membantu meningkatkan kecekapan atlet (ISN)
Memberi kemudahan lengkap kepada atlet untuk berlatih

Keburukan
Dari sudut negatif pula, apabila terdapat perbezaan fahaman
politik, sukan dan atlet-atlet akan menjadi mangsa keadaan.
Perkara inilah yang akan merencatkan perkembangan
sesuatu sukan. Isu ini bukan sahaja berlaku di Malaysia,
namun juga berlaku di luar negara.
Jika kita lihat di Malaysia isu mengenai kedatangan pasukan
bola sepak Chelsea menjadi isu apabila terdapat warga Israel
dalam pasukan tersebut.
Perkara ini menjadi negatif apabila peluang pasukan bola
sepak Malaysia untuk menimba ilmu dan pengalaman
daripada kelab terkemuka dunia terbantut.
Isu ini sebenarnya tidak perlu timbul kerana mereka datang ke
sesuatu tempat untuk mengembangkan perancangan sukan
yang telah diatur dan bukannya untuk menimbukan masalah.

Politik dalam sukan juga wujud apabila berlakunya


perebutan kuasa antara ahli untuk memimpin sesebuah
pertubuhan atau persatuan sukan.
Hal ini menyebabkan wujudnya keadaan berpuak-puak,
bertentangan pendapat dalam pentadbiran badan sukan
tersebut.
Sekiranya seseorang itu berjaya menjawat penting dalam
sesebuah badan sukan, dia akan menaikkan nama dan
populariti pemimpin persatuan tersebut di samping
berjaya memperoleh habuan yang istimewa jika pasukan
di bawah naungannya berjaya.
Ada juga pihak yang sanggup menggunakan pelbagai
cara termasuk wang, lobi-melobi dan mencari publisiti
murahan untuk memenangi jawatan tersebut.

Berita pertelingkahan atau perbezaan pendapat antara


pegawai-pegawai dalam sesuatu badan sukan sering
dipaparkan dalam akhbar.

http://www.roketkini.com/2011/11/25/sukan
-vs-politik-%E2%80%93-sukan-seringmenjadi-mangsa-oleh-fairuz-azhan/
http://www.slideshare.net/AmoreLily/pjm3112-isu2-dalam-sukan
http://www.slideshare.net/RamlifazilaRazi/
pendidikan-jasmani-11514591

Rumusan
Politik dan sukan merupakan sesuatu yang tidak dapat
dipisahkan terutama di Malaysia.
Penglibatan politik dalam sukan sememangnya perlu.
Tetapi politik yang melampau mampu memusnahkan
bidang sukan tersebut.
Konklusinya, politik adalah penting di dalam sukan tetapi
sukan tidak perlu dipolitikkan.

Anda mungkin juga menyukai