Anda di halaman 1dari 2

TAJUK USUL : AKTIVITI SUKAN BERJAYA MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK

NAIB SETIA PEMBANGKANG : NOR EZANIZA BINTI OMAR

Sayang-sayang Buah Berduri,

Sayang Hujah Pembangkang Pincang,

Jaga-jaga Pihak Menteri,

Pembangkang Kedua, datang bertandang.

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia saya ucapkan kepada para hakim yg menjadi
tunggak keadilan, penjaga masa yg setia degan masanya, rakan-rakan pihak pembangkang
yang banyak membantu, barisan pencadang yang amat saya geruni, seterusnya hadirin
hadirat sidang parlimen sekalian. Sekali lagi tonggak dari barisan pembangkang bangkit
bagi meneruskan perjuangan kami, bahawa kami meminda usul perdebatan hari ini iaitu
aktiviti sukan berjaya memupuk semangat patriotisme.

Tuan Yang Dipertua, dan sidang dewan yang dimuliakan,

Sebelum hujah saya utarakan, molek kiranya jika saya mulakan dengan bidasan terhadap
hujah pencadang. Menteri kedua sebentar tadi mengemukakan hujah dengan petah
bicaranya bahawa kerajaan telah menyediakan dan melengkapkan prasarana sukan dan
riadah di seluruh pelosok negara. Selain itu, menteri kedua juga ada menyatakan bahawa
sukan dapat menaikkan semangat juang masyarakat.

Tahukah menteri kedua bahawa antara faktor ramainya atlet Malaysia yang kecundang di
peringkat antarabangsa adalah kerana kurangnya infrastruktur dan kemudahan bersukan di
Malaysia ini? Jika hendak dibandingkan dengan negara-negara yang maju industri
sukannya, kita tidak membina banyak kawasan sukan seperti gelanggang tenis, badminton,
bola keranjang, dan stadium bola sepak yang boleh digunakan untuk menganjurkan
kejohanan bertaraf dunia. Sesungguhnya, kekurangan kemudahan sukan menyebabkan
rakyat negara ini tidak berpeluang untuk bermain permainan tertentu pula. Seterusnya,
hujah menteri kedua sebentar tadi mengenai sukan dapat meningkatkan semangat juang
masyarakat, adalah tidak dapat diterima sebulat suara. Di saat pasukan bola sepak
Malaysia menurun prestasinya, berapa ramai saja rakyat Malaysia yang berada di belakang
mereka dan member sokongan kepada mereka? Walhal, lebih ramai lagi orang yang
melemparkan kata-kata nista setiap kali kekalahan mereka.

Yang Di-Pertua dan Ynag Berhormat sekalian,


Kedua-dua hujah menteri kedua yang menjadi pasak kekuatan hujah pihak kerajaan telah
telah saya tumbangkan.

Warga dewan sekalian,

Meniti hujah saya yang seterusnya di bawah lembayung kunci ‘Aktiviti Sukan Gagal
Memperkasa Pembentukan Waja Diri’.

Hal ini dapat kita lihat apabila mutu sukan negara kita yang semakin menurun dan tidak
begitu konsisten. Alasan utamanya adalah kerana para pemain yang kurang semangat cinta
akan negara. Mereka bermain dengan baik sekiranya dijanjikan imbuhan, bahkan bagi
mereka yang memenangi kejohanan, mereka diberi hadiah yang besar berupa imbuhan
wang mahupun pangkat dan gelaran berhormat seperti ‘Dato’”. Adalah tidak keterlaluan
sekiranya dikatakan atlet Malaysia adalah manja.

Seterusnya, sukan dan permainan di Malaysia ini adalah berlandaskan perkauman.


Misalnya, di sekolah-sekolah, pelajar cina akan lebih cenderung untuk bermain bola
keranjang, pelajar melayu bermain bola sepak dan bola jarring manakala pelajar india
bermain kriket. Jarang sekali dapat kita jika dalam satu pasukan permainan itu dianggotai
oleh berbagai masyarakat bahkan jika ada pun, terlalu sedikit. Jadi di manakah yang Tuan
Menteri sekalian katakana sukan dapat memupuk semangat patriotik?

Akhir sekali, latihan sukan di Malaysia adalah tidak seintensif seperti latihan di luar negara.
Ada yang beranggapan bahawa sukan hanyalah sebagai suatu aktiviti sampingan sahaja.
Persepsi begini telah menyebabkan mereka kurang berminat dan tidak member perhatian
ketika menjalani latihan bagi meninggikan kualiti permainan mereka. Malah, ada juga yang
menceburkan diri dalam bidang sukan bagi mendapatkan populariti.

Nah, sudah jelas bukan bahawa aktiviti sukan gagal memperkasakan semangat waja dalam
diri?

Oleh itu, saya selaku pembangkang kedua di pihak pembangkang ingin saya tegaskan
sekali lagi pendirian kami bahawa kami sebulat suara dan tidak akan berganjak seinci pun
daripada bumbung premis yang kami dirikan hari ini atas dasar ‘ Aktiviti Sukan Berjaya
Memupuk Semangat Patriotik’

Sekian

Salam, mohon membangkang.

Anda mungkin juga menyukai