Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN AJK KESELAMATAN PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL UNIT BAHASA MELAYU

Alhamdulliah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya dapat unit Pismp Semester 5 Bahasa Melayu melaksanakan pertandingan permainan tradisional pada 26 Februari dan 5 Mac 2013. Antara pertandingan yang telah dipertandingankan ialah congkak, galah panjang, tarik upih dan baling tin. Sehubungan itu, selaku ajk keselamatan untuk pertandingan tersebut, kami telah menjalankan tugas seperti berikut : SEBELUM PERTANDINGAN Kami telah berbincang dengan ahli jawatankuasa pertandingan serta permainan bagi mengenal pasti dan mengetahui tempat-tempat serta jenis permainan yang

dipertandingan untuk disesuaikan dengan tahap keselamatannya. Tempat yang digunakan untuk pertandingan ialah padang gimnasium IPG KDRI dan astaka gimnasium. Setelah diperiksa dan diteliti, tempat-tempat yang dirancang untuk

pertandingan amat sesuai serta tahap keselamatannya berada dalam keadaan baik. Selain itu, pihak ajk keselamatan juga telah meminjam peti kece masan atau first aid bagi digunakan semasa pertandingan. Ini bertujuan sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya sebarang kecelakaan dan perkara tidak diingini berlaku. SEMASA PERTANDINGAN Pada 26 Februari dan 5 Mac 2013 iaitu hari pertandingan permainan tradisional, ajk keselamatan telah bertugas dengan menyelia dan memerhati keadaan tempat berada dalam keadaan selamat. Walaubagaimanapun, pada hari pertandingan baling tin, tarik upih dan galah panjang, keadaan tempat iaitu padang berada dalam keadaan membimbangkan yang mana ianya sedikit licin. Ini membahayakan peserta-peserta pertandingan untuk bermain. Namun, ajk keselamatan telah memberitahu serta mengingatkan para peserta supaya bermain dengan berhati-hati agar sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Alhamdulillah, segala perkara yang tidak diingini

tidak berlaku sama sekali semasa pertandingan tersebut dijalankan dan ianya dapat dilaksanakan dengan jayanya. SELEPAS PERTANDINGAN Setelah selesai kesemua pertandingan dijalankan, ajk keselamatan telah meneliti dan memerhati semula keadaan tempat pertandingan supaya berada dalam keadaan baik dan seperti sedia kala. Ini bertujuan agar unit-unit lain dapat menggunakan tempat tersebut bagi menjalankan pertandingan permainan tradisional untuk unit masingmasing. Peti kecemasan yang dipinjam juga telah dipulangkan setelah permainan

tersebut dijalankan dan ianya tidak digunakan sama sekali kerana tiada sebarang kecederaan berlaku dalam kalangan unit Bahasa Melayu semasa pertandingan tersebut dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai