Anda di halaman 1dari 1

Laporan pertandingan tarik tali Sekolah 2012

Pada 11 Julai 2012, satu pertandingan tarik tali antara rumah sukan telah diadakan. Pertandingan ini diadakan sebagai aktiviti pembukaan untuk hari sukan tahunan yang bakal berlansung pada keesokan harinya iaitu 12 Julai

2012.Pertandingan melibatkan kesemua wakil rumah sukan iaitu rumah merah, biru, kuning dan hijau. Pertandingan akan dijalankan secara dua peringkat iaitu saringan dan akhir. Setelah tali dilepaskan oleh En Amri bin Ahmad selaku Guru Penolong Kanan Kokuirikulum, pertandingan dimulakan. Saringan pertama melibatkan rumah sukan hijau dan rumah sukan kuning dan dimenangi oleh rumah hijau manakala saringan kedua adalah di antara rumah sukan biru dan merah dan dimenangi oleh rumah biru. ini sekaligus menjadikan pertandingan akhir melibatkan rumah sukan hijau dan rumah sukan biru. Setelah dilepaskan oleh En. Sheran b Shaari, guru besar Sekolah Kebangsaan Kubang Gajah, pertandingan akhir pun bemula. Masing-masing menarik tali sekuat tenaga dan penuh dengan semangat kesukanan yang tinggi. Keinginan untuk menang terpamer pada air muka setiap perserta kedua-dua buah rumah sukan ini. Akhirnya, pasukan dari rumah hijau berjaya memenangi pertandingan dengan menewaskan rumah biru dalam dua pusingan secara berturut-turut Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak kerana bekerjasama untuk melancarkan pertandingan tarik tali kali ini. Semoga pertandingan serperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang bagi meningkatan mutu sukan di samping mengeratkan tali sillaturrahim antara semua.

Anda mungkin juga menyukai