Anda di halaman 1dari 6

SMK BANDAR TUN RAZAK 26900 BANDAR TUN RAZAK PAHANG

PERTANDINGAN FUTSAL 1M1S 2013

TARIKH : 29-30/10/13 HARI : ISNIN DAN SELASA MASA : 8.00 PAGI 12.00 TENGAHARI TEMPAT: PADANG SMK BANDAR TUN RAZAK

PERTANDINGAN FUTSAL 1M1S SMK BANDAR TUN RAZAK 2013

PENAUNG PN.NOORZALEHA BINTI MUDA

PENGERUSI EN.NADZRI BIN MAT SALLEH

PENYELARAS EN.MOHD HAFIZON BIN AWANG PN.NORLIZA BINTI ABD.FATAH

AJK EN.M. SANUSI BIN ABDUL GHANI EN.REDZUAN BIN MD.DIAH

EN.MOHD SHAKARI BIN ABU BAKAR


EN.ROSDI BIN ABDUL GHANI

PENDAHULUAN

Dalam usaha melahirkan atlit atlit yang berkaliber dan berbakat, pelbagai bentuk program telah dirancang dan dilaksanakan di sekolah ini. Justeru itu, pihak sekolah telah mengambil satu inisiatif menganjurkan pertandingan futsal. Semoga dengan adanya program ini, sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan mutu serta prestasi pemain pemain di arena bola sepak di sekolah ini pada masa akan datang. Program ini dianjurkan bertujuan untuk mencungkil bakat bakat pelajar bawah 18 tahun dan 15 tahun sesuai dengan kejohanan bola sepak di peringkat Majlis Sekolah Sekolah Malaysia serta menyahut saranan Menteri Pelajaran supaya menganjurkan sukan 1M1S dan sukan sepanjang tahun. Kumpulan sasaran inilah yang bakal mengekalkan kecemerlangan bola sepak di SMK Bandar Tun Razak atau yang lebih di kenali dngan nama SMK Bantura. Kejohanan ini sebagai pembakar semangat kepada pemain pemain di SMK Bantura untuk menunjukkan aksi aksi terbaik mereka. Akhir sekali, kami selaku penganjur ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini dan berharap agar program ini dapat berjalan dengan lancar serta dapat membantu kecemerlangan sukan bola sepak sekolah ini khususnya di negeri Pahang.

Kumpulan Sasaran Pelajar pelajar tingkatan 1,2 dan 4

Rasional Pelajar tidak didedahkan dengan latihan kecergasan fizikal dan kemahiran yang berterusan. Ramai pelajar yang mempunyai bakat tetapi kurang mendapat pendedahan awal dan latihan yang sewajarnya. Menyahut seruan Menteri Pelajaran agar mengadakan sukan sepanjang tahun. Menjadikan aktiviti selepas peperiksaan.

Matlamat Melahirkan pemain - pemain yang mempunyai kecergasan fizikal yang mantap dan berkemahiran tinggi dala bola sepak. Melahirkan pemain pemain bola sepak yang berkemahiran tinggi dan berkualiti di peringkat sekolah untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Menjadi johan dalam setiap pertandingan yang dianjurkan. Menjadi sekolah yang berwatak dalam sukan bola sepak. Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang kokurikulum. Melahirkan pelajar yang berdisplin dan mempunyai sahsiah diri yang mulia.

Jangka Masa Jangka masa pendek persediaan untuk setiap kejohanan. Jangka masa panjang sepanjang tahun.

Perbelanjaan 1. Hadiah 2. Minuman 3. Perubatan Jumlah RM 200 RM 50 RM 50 RM 300

Peraturan Permainan Futsal 1M1S

1. Undang Undang Permainan Pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang undang permainan futsal yang telah ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia ( FAM ) dan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa ( FIFA ).

2. Jenis Pertandingan Pertandingan berpasukan antara pasukan yang dipilih.

3. Pendaftaran Pemain Tiap tiap pasukan perlu mendaftar 10 orang pemain dengan menggunakan Borang Pendaftaran Pasukan.

4. Penyertaan / Kelayakan Pemain Pemain mestilah terdiri dari warganegara Malaysia dan pelajar yang berdaftar di SMK Bandar Tun Razak sahaja. 5. Sistem Pertandingan Pertandingan dijalankan secara liga dalam kumpulan dan 4 pasukan teratas akan layak keseparuh akhir dan jangka masa perlawanan ialah 5+1+5.

6. Hadiah Hadiah tempat pertama hingga keempat sahaja disediakan.

Penutup

Kemenangan dalam satu satu pertandingan yang disertai menjadi harapan dan kebanggaan setiap pasukan. Maka, pelbagai alternatif baru cuba dipraktikan oleh guru guru serta individu lain yang turut serta berganding bahu untuk meningkatkan prestasi bola sepak SMK Bantura untuk jangka masa panjang. Dengan ini, usaha ke arah mencapai kejayaan dalam bidang sukan, khususnya bola sepak di SMK Bantura sudah dan sedang dipertingkatkan dari masa ke semasa. Oleh itu, kerjasama semua pihak amat amat diperlukan bagi meningkatkan kualiti dan kecemerlangan pasukan. Ia bukan sahaja dapat melahirkan pelajar yang berbakat, malah turut memberi ruang kepada guru guru untuk mengikuti kursus kursus kejurulatihan yang secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap pencapaian jurulatih SMK Bantura dan sudah pasti dapat menjamin keberkesanan sesi latihan yang dijalankan. Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini dan berdoa semoga prestasi sukan SMK Bantura akan terus maju dan cemerlang seiring dengan prestasi pencapaian pelajar dalam bidang akademik. Semoga program ini akan berjalan dengan lancar dan berjaya serta menjadi bahan rujukan kita bersama dari masa ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai