Anda di halaman 1dari 7

Frasa sendi nama boleh hadir sebagai predikat dalam

pola ayat dasar bahasa Melayu dan sebagai unsur keterangan dalam ayat-ayat yang lain.

Predikat Frasa Sendi Nama


Ialah konstituen yang hadir selepas subjek dalam ayat yang

mempunyai susunan yang biasa. Contohnya : 1. Mereka ke sawah setiap pagi. 2. Hadiah itu untuk pelajar yang terbaik. 3. Surat itu daripada ibu tersayang. 4. Kain itu daripada benang sutera. 5. Blok asrama itu untuk pelajar-pelajar lelaki sahaja. 6. Rumahnya di pinggir bandar. 7. Orang itu dari Korea Selatan.

Frasa Sendi Nama Sebagai Keterangan


Frasa sendi nama boleh wujud sebagai unsur

keterangan kepada frasa kerja, frasa adjektif dan frasa nama.

i.

Frasa sendi nama keterangan frasa kerja - Frasa sendi nama yang menjadi keterangan kepada
frasa kerja boleh mendukung beberapa makna, antaranya keterangan masa, tempat, bandingan, tujuan, hal, penyertaan, dan alat. Contohnya : 1. Kereta api bertolak pada pukul lima pagi. (masa) 2. Dia berbicara tentang perkara itu. (hal) 3. Budak-budak itu berehat di bawah pokok. (tempat) 4. Saya datang dengan isteri. (penyertaan) 5. Bapanya memukul ular itu dengan kayu. (alat) 6. Pembahas itu bercakap seperti murai. (bandingan) 7. Kita harus berusaha demi keutuhan kita. (tujuan)

ii.

Frasa sendi nama keterangan frasa adjektif - Frasa jenis ini dapat, antara lain, mendukung makna
keterangan bandingan, hal, masa, dan tujuan. Contohnya : 1. Budak itu kurus seperti galah. (bandingan) 2. Pelajar itu bijak dalam semua mata pelajaran. (hal) 3. Mereka bingung pada mulanya. (masa) 4. Pekerja-pekerja harus cekap demi ketinggian hasil pengeluaran. (tujuan)

iii. Frasa sendi nama keterangan frasa nama

- Frasa sendi nama yang menjadi unsur keterangan bagi frasa


nama dapat, antara lain, mendukung makna keterangan tempat, pembuat, sumber, masa, asal, tujuan. Contohnya : 1. Rumah-rumah itu di bandar tidak semuanya besar. (tempat) 2. Panggilan telefon untuk ayah itu datang dari Singapura. (tujuan) 3. Itu sejenis pakaian pada zaman kerajaan Melaka. (masa) 4. Perbelanjaan di Mekah pada musim haji sangat tinggi. (tempat dan masa) 5. Kain daripada sutera mahal harganya. (asal) 6. Sumber bekalan air penduduk Singapura adalah dari Johor. (sumber) 7. Lukisan oleh Ibrahim telah memenangi hadiah pertama. (pembuat)

Anda mungkin juga menyukai