Anda di halaman 1dari 2

SEMANGAT KESUKANAN

Wawasan 2020 adalah suatu usaha untuk meletakan Malaysia supaya,


`duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi`, dengan negara lain seperti
Jepun dan Amerika Syarikat. Justeru, kita perlu memiliki insan yang berjiwa
besar dan bersemangat patriotik. Usaha memupuk semangat patriotik dapat
dilakukan melalui sukan dan permainan.

Sukan dan permainan dapat membina modal insan yang patriotik kerana
berbangga sebagai rakyat Malaysia. Selain itu, kita diajar supaya
menghormati raja dan pemimpin negara. Kita didik supaya menghormati
lambang-lambang negara seperti bendera. Apabila seseorang itu berjaya
menjuarai kejohanan yang disertai dengan bangganya mereka akan
mengibar bendera. Mereka tidak rela kalah atau `berputih mata`
sebagaimana Nicol David apabila setiap kali berjaya secara tidak langsung
semangat patriotik dapat dipupuk dalam kalangan ahli sukan yang
merupakan antara modal insan semangat patriotik dan bersemangat setia
negara. Sukan dan permainan dapat memupuk modal insan berpatriotik dan
bersemangat setia negara. Ahli sukan yang tulen, memiliki rasa cinta akan
bangsa dan negara.

Selain itu, mereka sanggup membelakangkan kepentingan diri menjadi adat


dalam permainan ada yang kalah ada yang menang bak kata pepatah,`
alang-alang menyeluk pekasan biar sampai ke pangkal lengan`. Mereka
menjadi berani untuk bertarung walaupun lawannya lebih handal. Justeru,
mereka berani mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara. Jelaslah
peranan sukan dalam membentuk semangat patriotik dalam kalangan
rakyat Malaysia. Sukan dan permainan juga dapat melahirkan modal insan
yang patriotik serta bersemangat kekitaan. Acara sukan dan permainan
seperti bola sepak, hoki dan ragbi adalah acara pasukan.

Kalah menang bergantung kepada kuatnya semangat kekitaan yang ada


dalam diri para pemain. Mereka perlu bekerjasama dan tolong-menolong
per persefahaman dan muafakat sebaliknya jika bersikap seperti,` enau
dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing` sudah pasti sukar untuk
menang. Sukan dan permainan amat penting dalam memupuk modal insan
patriotik. Selain itu, sukan dan permainan juga dapat melahirkan modal insan
patriotik yang berdisiplin.

Ahli sukan yang berjaya dan disegani. Mereka perlu memiliki disiplin yang
tinggi, mereka perlu berakhlak dan berbudi pekerti mulia perlu mematuhi
peraturan dan undang-undang pemainan amat penting untuk berkelakuan
sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi. Contohnya Lee Chong Wei,
pemain badminton negaraMalaysia, yang begitu berjaya dalam sukan
Badminton kenara memiliki disiplin yang tinggi. Sehubungan itu, yang berjiwa
patriotik dan berpegang kepada,` biar putih tulang jangan putih mata`.
Jatuh bangunnya sesebuah negara amat berkait rapat dengan modal
insannya. Menjadi tanggungjawab pemimpin hari ini.

Menyemai semangat patriotik dalam kalangan rakyat khususnya generasi


muda pewaris negara. Mereka perlu berusaha dan produktif mudah tabah
menghadapi cabaran.Jika tiada wawasan 2020 akan tinggal menjadi
ungkapan retorik dan sebuah fatamorgana di mayapada ini.

Anda mungkin juga menyukai