Anda di halaman 1dari 3

Pada zaman atom ini, sifat mementingkan kebendaan dan diri sendiri telah biasa diamalkan dalam kalangan

masyarakat. Tidak kurang sikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing terutama di kawasan bandar. Generasi muda kini pula kurang bersikap patriotik. Budaya barat diagungagungkan manakala nilai cinta akan tanah air sendiri diketepikan. Semangat patriotik memang harus diamalkan dalam jiwa rakyat negara ini semenjak mereka kanak-kanak lagi. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kanak-kanak harus didedahkan kepada nilai cinta akan negara dan sifat-sifat patriotik. Mereka perlu disedarkan bahawa kepentingan semangat patriotisme. Ibu bapa harus mendidik mereka tentang sejarah kemerdekaan negara dan kepahlawanan tokoh-tokoh terkenal yang berjuang demi tanah air. Kanak-kanak akan ingat pada pengajaran dan ikut kata ibu bapa. Sikap yang diamalkan semasa kecil biasanya akan kekal hingga dewasa. Semangat patrotik yang disemaikan dalam jiwa bakal pemimpin negara turut akan diingati dan dipraktikkan oleh mereka pada masa hadapan. Bapa borek anak rintik. Ibu bapa wajar menjadi teladan kepada kanak-kanak. Mereka harus menerapkan semangat patriotik dalam kehidupan. Kanak-kanak yang cepat belajar daripada ibu bapa akan mengikut jejak mereka dengan mengamalkan semangat patriotik . Secara tidak langsung, perbuatan membelot negara akan dikeji dan lahirlah keinginan rakyat untuk memberi sumbangan untuk kepada negara. Dengan semangat itu, negara kita dapat membangun dengan pesat dan menjadi negara maju. Selain itu, pengaruh guru turut beperanan penting dalam usaha menyemai semangat patriotik dalam jiwa rakyat negara ini semenjak kanak-kanak. guru-guru yang mengajar di sekolah patut menekankan unsurunsur patriotik terutamanya dalam mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Moral. Mereka perlu mendorong kanak-kanak lahir perasaan bangga dan syukur terhadap negara serta cinta akan negara. Mereka perlu mendedahkan amalan yang mengandungi unsur patriotisme kepada kanak-kanak. Maka wujud patriotisme dalam pembentukan sahsiah insan-insan mulia. Pihak berkuasa juga boleh mengambil beberapa langkah untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan kanak-kanak. Pelbagai pertandingan boleh dianjurkan sempena bulan penghayatan merdeka. Misalnya, pertandingan menulis esei berkaitan dengan tokoh yang mempertahankan negara, pertandingan kolaj dengan topik merdeka atau sejarah, pertandingan kolaj dengan bertemakan topik merdeka atau sejarah, pertandingan melukis dengan bertemakan "negaraku" dan lain-lain lagi. Secara tidak langsung semangat patriotik dapat disemaikan dalam jiwa kanak-kanak semasa mereka mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan. Jika semangat patriotik tidak disemaikan dalam jiwa rakyat negara ini semenjak mereka kanak-kanak, kemungkinan mereka akan kurang perhatian terhadap isu-isu negara dan tidak mempunyai sifat-sifat patriotik. Mereka akan mengagung-agungkan budaya luar negara serta kurang kesedaran untuk mempertahankan maruah negara. Sebaliknya, mereka akan terpikat oleh dunia di luar dan meninggalkan tanah air demi kepentingan negara sendiri dan tidak mahu melakukan perbuatan tidak setia kepada negara seperti mambakar bendera negara. Kesimpulannya, semangat patriotik mesti disemaikan dalam jiwa rakyat negara ini semenjak mereka kanak-kanak. Demikianlah perbuatan derhaka dapat dicegahkan dan kukuh semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Maka wawasan 2020 dapat dicapai dan Malaysia akan menjadi negara gemilang. Rasa bangga sebagai warganegara Malaysia semasa Jalur Gemilang dikibarkan.

Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita seharusnya mempunyai sifat-sifat mulia dan berbangga menjadi menjadi salah seorang penduduk di Negara yang aman dan makmur ini. modal insan yang patriotik ini juga boleh dibentuk melalui aktiviti sukan dan permainan. Melalui aktiviti sukan dan permainan semangat cinta akan Negara akan lahir apabila terdapat semangat serta minat yang mendalam tentang sesuatu permainan dan berusaha untuk mendalaminya dan mempelajarinya. Aktiviti sukan dan permainan juga akan dapat menyedarkan masyarakat tentang kepentingan Sesuatu permainan tersebut dan akan mewujudkan perasaan bangga menjadi rakyat Malaysia. Selain itu kita diajar supaya menghormati raja dan pemimpin Negara. Kita juga di didik supaya menghormati lambang-lambang Negara seperti bendera. Sukan dan permainan juga dapat memupuk modal insan berpatriotik dan bersemangat setia Negara. Ahli sukan yang tulen, memiliki rasa cinta akan bangsa dan Negara. Selain itu,mereka sanggup membelakangkan kepentingan diri kerana sudah menjadi adat dalam permainan ada yang kalah dan ada yang menang bak kata pepatah.alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Ada ahli sukan yang masih berani untuk berlawan walaupun lawannya lebih handal. Oleh yang demikian itu,mereka berani mempertahankan kedaulatan bangsa dan Negara.

Sukan dan permainan juga dapat melahirkan modal insan yang patriotik serta bersemangat kekitaan. Perkara ini boleh dilihat apabila terdapat kerjasama diantara pasukan dan lahirlah semangat kekitaan dalan diri para pemain. Mereka perlu sentiasa tolong menolong dan bermuafakat diantara satu sama lain. Ahli sukan juga perlu sentiasa berdisiplin tinggi,berakhlak mulia dan mempunyai budi pekerti yang tinggi dan sentiasa mematuhi peraturan serta undang-undang permainan. Semasa menyertai mana-mana permainan atau aktiviti sukan,kita perlu berlakuan sopan,bertatasusila dan berhemah tinngi.seterusnya modal insan yang patriotik dapat dicapai apabila kita sentiasa bertindak wajar dan sentisas amanah serta jujur dalam melakukkan sesuatu permainan. Sebagai pemimpin pula seharusnya sentiasa menyemai semangat patriotik dalam kalangan rakyat khususnya generasi muda yang merupakan pewaris Negara. Mereka perlu berusaha dan produktif serta tidak mudah berputus asa dalam menghadapi cabaran

Anda mungkin juga menyukai