Anda di halaman 1dari 4

KEPENTINGAN SEMANGAT PATRIOTISME DALAM

MASYARAKAT

Isu-isu yang berkaitan dengan semangat patriotisme kerap menjadi bahan


perbincangan segenap lapisan masyarakat Malaysia. Hal ini kerana semangat
patriotisme amat penting dalam konteks negara Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan agama. Sebelum memperinicikan kepentingan semangat
patriotisme,wajarlah kira mengupas maksud sebalik perkataan semangat patriotisme.
Semangat patriotisme merangkumi maksud sikap yang berani,pantang menyerah dan
rela demi bangsa dan negara. Semangat ini mampu mempengaruhi masyarakat untuk
mengutamakan kepentingan pembentukan bangsa Malaysia berbanding dengan
kepentingan diri. Semangat patriotisme haruslah dipupuk dalam kalangan masyarakat
sejak kecil lagi bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sebenarnya,
terdapat beberapa kepentingan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.

Antara kepentingan semangat patriotisme ialah untuk memupuk dan mengekalkan


semangat cinta akan negara.Sebagai contoh, berdasarkan sebuah artikel yang
disiarkan pada 19 Ogos 2019, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selayang,
Selayang telah melancarkan program sambutan Bulan Kebangsaan dan Bulan Bidang
Kemanusiaan.Pengetua SMK Taman Selayang, Mhd Ariff Mhd Shariff mengatakan
bahawa tujuan melancarkan program tersebut adalah untuk menyemarakkan semangat
patriotisme dan juga untuk menanam nilai cinta akan negara dalam kalangan pelajar.”
Hal ini kerana, sekiranya setiap individu mencintai negara masing-masing, ini akan
memastikan negara tersebut dapat mengekalkan keadaan aman dan damai. Contohnya,
jikalau masyarakat mementingkan kedamaian negara, mereka akan mula melakukan
perkara-perkara positif dan bermanfaat seperti menderma orang miskin, membeli
makanan dan pakaian kepada anak yatim serta memberi bantuan antara satu sama
lain.Perkara-perkara tersebut dapat menjamin keselamatan negara di mana para
pelancong atau pedagang akan melancong atau mengadakan hubungan perdagangan
dengan negara tersebut. Hal ini membuktikan bahawa ekonomi negara dapat
terjamin.Oleh itu, setiap individu haruslah mengamalkan nilai cinta akan negara
dengan menanam perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan
kepentingan negara melebihi kepentingan diri.
Kepentingan seterusnya ialah semangat patriotisme juga dapat menjadi
pemangkin kepada kemajuan negara.Dengan wujudnya semangat patriotisme,rakyat
akan bekerja keras untuk memajukan negara agar dapat menyumbang ke arah
pembangunan negara.Terdapat pelbagai berita yang sering disiarkan di dada akhbar
seperti pemuda pemudi menyertai pelbagai pertandingan di peringkat antarabangsa
dan mengharumkan nama negara mereka masing-masing. Selain itu, polis, ahli bomba,
pemandu ambulans, doktor, guru-guru dan sebagainya memberi impak yang begitu
besar dan positif dengan melakukan tanggungjawab dengan sempurna supaya dapat
membentuk generasi yang berakhlak mulia dan juga negara yang begitu maju demi
semangat patriotisme yang ada pada jiwa mereka.Sudah terang lagi
bersuluh,masyarakat haruslah mengamalkan nilai sanggup berkorban untuk negara di
mana mereka haruslah rela melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa
sebagai tanda kebaktian untuk negara.

Di samping itu, semangat patriotisme juga dapat memupuk perpaduan


kaum.Setiap kaum mempunyai kepercayaan,tradisi dan perayaan tersendiri tetapi
yang paling pentingya ialah kita seharusnya menghormati antara satu sama lain
supaya dapat mengelakkan perselisihan faham dan sebarang masalah.Ini
membuktikan bahawa nilai hidup bersama secara aman dapat ditanam dalam diri
setiap individu melalui mengamalkan semangat patriotisme supaya dapat hidup
berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan
keharmonian hidup tanpa mengira agama,bangsa dan budaya.Sesungguhnya,
semangat patriotisme akan membentuk rakyat yang lebih mementingkan kepentingan
negara daripada kepentingan kaum. Dengan wujudnya perpaduan kaum, kerajaan
dapat mengadakan pelbagai program pembangunan dengan lebih mudah supaya dapat
membentuk negara yang maju dalam setiap bidang iaitu pendidikan,perindustrian,
sektor pelancongan serta perdagangan dan sebagainya.Sehubungan dengan
ini,golongan berpendidikan dan berwawasan tinggi dapat diwujudkan.
Di samping itu, kepentingan lain yang dapat diperolehi ialah generasi yang akan
datang dapat menjadikan generasi kini sebagai teladan bagi memahami impak positif
yang dapat diterapkan dalam diri sendiri melalui mengamalkan semangat patriotisme.
Hal ini kerana, seorang pujangga dunia ini mengatakan bahawa pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara. Pada masa depan, pemuda pemudi ini akan mentadbir
sesebuah negara. Pentadbiran negara merupakan tanggungjawab yang sangat besar.
Mereka haruslah memiliki semangat patriotisme dengan melakukan tugas mereka
secara ikhlas dan amanah. Sehubungan dengan ini, rakyat tersebut akan mempercayai
pentadbir negara tersebut dan akan memberi kerjasama untuk memajukan negaranya.
Bukan itu sahaja, patriotisme akan mengelakkan generasi muda untuk terjebak dalam
gejala negatif seperti vandalisme dan gangsterisme. Sebaliknya, mereka akan
menyumbang tenaga, masa dan idea mereka dengan cara yang betul seperti menjadi
pemain antarabangsa, perdana menteri dan sebagainya. Oleh itu, semangat patriotisme
haruslah diterapkan dalam diri generasi muda masing-masing supaya dapat
mewujudkan negara yang aman.

Konklusinya,setiap individu haruslah mengamalkan semangat patriotisme supaya


dapat melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi
individu yang berguna kepada bangsa,agama dan negaranya sendiri. Hal ini demikian
kerana,individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa
berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar dapat mencapai pembangunan
dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain.Justeru,setiap individu
haruslah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat
patriotik dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat.
RUJUKAN

1. WZY. (2020). Semangat Patriotisme Dalam Kalangan Remaja - Karangan SPM


& PT3. [online] Available at:
https://spm88.weebly.com/semangat-patriotisme-dalam-kalangan-remaja---karan
gan-spm--pt3.html [Accessed 20 Jan. 2020].

2. Ms.wikipedia.org. (2020). Patriotisme. [online] Available at:


https://ms.wikipedia.org/wiki/Patriotisme [Accessed 20 Jan. 2020].

3. patriotisme, s., patriotisme, s., patriotisme, s., patriotisme, s. and patriotisme, s.


(2020). SEMANGAT PATRIOTISME. [online]
Semangatpatriotisme2016.blogspot.com. Available at:
http://semangatpatriotisme2016.blogspot.com/ [Accessed 20 Jan. 2020].

4. Mardiana Nordin, Hasnah Hussiin (2011), Pengajian Malaysia (Ed.Ke-4),Oxford


Fajar Sdn. Bhd, dicetak oleh Herald Printers Sdn.Bhd.Selangor Darul Ehsan.

5. Mardiana Nordin, Hasnah Hussiin (2007), Pengajian Malaysia (Ed.),Oxford Fajar


Sdn. Bhd, dicetak oleh Percetakan Rina Sdn.Bhd, Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai