Anda di halaman 1dari 33

Esei: Cara seseorang anak membalas jasa kedua-dua orang ibu bapa?

Filed under: PENULISAN PMR, PENULISAN SPM 3 Komen 21/04/2010

PENDAHULUAN:-

AR: Insan-insan yang bergelar ibu dan bapa merupakan permulaan hidup kita di dunia yang fana ini. AH: Dengan jasa dan pengorbanan merekalah maka kita anak-anak berpeluang menghirup nikmat kehidupan yang tiada tolok bandingnya. AH: Tanpa mereka, tiadalah kita. Tanpa jasa dan pengorbanan mereka, semestinya kita tidak akan berada di tempat seperti yang kita ada sekarang. UBI: Kasihnya ibu membawa ke syurga, begitulah kalimat suci dan keramat yang sewajarnya menjadi pegangan setiap insan yang bergelar anak. AH: Namun, apa yang menggoreskan perasaan dan hati kecil kita, kedapatan insan yang berhati mulia ini disisih serta dibuang oleh anak-anak umpama kain buruk, setelah mereka di penghujung usia. AA: Sebenarnya, pelbagai cara yang dapat kita laksanakan demi membalas jasa dan pengorbanan kedua-dua orang ibu bapa kita sebelum mereka pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.

Antara cara seseorang anak membalas jasa kedua-dua orang ibu bapa ialah:-

Seseorang anak mestilah sentiasa meletakkan keutamaan terhadap ibu bapa lebih daripada yang lain. Seseorang anak mestilah sentiasa hormat, taat akan suruhan, menunjukkan kemesraan, ringan tulang dan mestilah menjaga maruah dan nama baik keluarga. Sebagai seorang anak yang masih di bangku persekolahan, kita mestilah berusaha, tekun dalam menuntut ilmu agar menjadi anak yang cemerlang dalam pelajaran. (Hadiahkan mereka dengan segulung ijazah )

Sebagai seorang anak, kita mestilah berusaha untuk menjadi insan yang sempurna dari segi sahsiah, minda, emosi dan fizikal. Setelah dewasa dan berjaya dalam kehidupan, seseorang anak mestilah berusaha membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh ibu bapa seperti membantu dari segi kewangan, perubatan, tempat tinggal, kenderaan dan lain-lain mengikut kemampuan diri. Apabila berada berjauhan daripada ibu bapa, seseorang anak mestilah kerap melawat, menghubungi serta bertanya khabar walaupun sesibuk mana kita. Apabila wujud pertelingkahan atau pertentangan pendapat, seseorang anak mestilah bijak menuturkan kata agar mereka tidak berkecil hati. Ibarat menarik rambut di dalam tepung. Jauhi sifat suka meninggi diri dengan mereka. Jika ibu bapa kita dulunya merupakan orang miskin dan terpaksa mencurah keringat demi sesuap nasi untuk membesarkan kita, maka sepatutnya kita membalas jasa mereka dengan memberikan kesenangan hidup, menghantarkan mereka ke Mekah, membawa mereka melancong dan sebagainya. Paling utama dan penting, cara membalas jasa kedua-dua orang ibu bapa kita adalah dengan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka sama ada di dunia mahupun di akhirat nanti. Jadilah anak yang soleh dan solehah yang boleh dibanggakan oleh mereka, agama dan juga bangsa.

Esei: Langkah Memupuk Perpaduan Dalam Kalangan Masyarakat? Filed under: PENULISAN PMR, PENULISAN SPM 1 Komen 29/06/2010

Pendahuluan:

Isu perpaduan sering diperkatakan. Banyak pihak akur bahawa perpaduan kaum di negara kita lebih baik berbanding dengan negara lain.

Perpaduan merupakan elemen penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.

Isi Esei: (Langkah-langkah)

Kempen kesedaran pentingnya perpaduan mestilah dilaksanakan sepanjang tahun oleh pihak kerajaan, swasta dan anggota masyarakat. Pemimpin politik yang mewakili kaum sewajarnya tidak memainkan isu-isu perkauman yang sempit semata-mata untuk popular. Semua pihak mesti berusaha mengelakkan pergeseran walaupun sekecil mana. Generasi muda patut dibentuk sahsiah dan jati dirinya ke arah pewujudan konsep 1Malaysia. Menganjurkan program-program yang memberikan peluang kepada semua kaum terlibat sama seperti gotong-royong, sukan dan rekreasi, sambutan perayaan dan sebagainya. Mengemaskinikan kurikulum sekolah yang lebih menjurus ke arah perpaduan kaum. Kerajaan mestilah berusaha gigih untuk mengurangkan jurang perbezaan antara kaum seperti taraf ekonomi, pendidikan dalam kalangan masyarakat. Pihak berkenaan mestilah bertindak cepat dan tegas dalam membanteras keskes yang berunsurkan perkauman dan persengketaan antara kaum.

Penutup:

Bersatu teguh, bercerai roboh. Semua pihak mesti berganding bahu dalam usaha meningkatkan dan mengekalkan semangat perpaduan kaum di negra kita agar kita dapat hidup dalam suasana aman dan damai. Kerjasama ini bagai aur dengan tebing.

Esei: Peranan ibu bapa dalam menerapkan semangat patriotik? Filed under: PENULISAN PMR, PENULISAN SPM Tinggalkan komen 17/03/2012

Pendahuluan:-

Ibu bapa ialah individu yang paling rapat dengan anak-anak. Mereka menjadi arkitek membentuk peribadi dan sahsiah anak-anak. Anak ibarat kain putih, tangantangan ibu bapalah yang akan mencorakkkan warna mengikut kecenderungan mereka. Begitu juga dengan semangat patriotik yang wajib ditanamkan dalam diri anak-anak demi kepentingan bangsa dan negara. Pelbagai peranan yang mampu dimainkan oleh ibu bapa, antaranya:-

Menggunakan segenap masa bersama-sama dengan anak dengan sentiasa menyemaikan semangat patriotik Ibu bapa memiliki kuasa mutlak terhadap anak-anak. Ibu bapa boleh menentukan bentuk pendidikan yang mahu diterapkan kepada anak-anak. Ibu bapa sewajarnya menjadi contoh teladan. Peribahasa ada menyebut ke mana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi Semangat patriotik boleh diterapkan secara tidak langsung melalui aktiviti keluarga Ibu bapa sering menceritakan kisah-kisah sejarah berkenaan dengan pejuangpejuang negara Ibu bapa menggalakkan anak-anak menonton rancangan televisyen yang berkaitan sejarah negara Ibu bapa boleh membawa anak-anak melawat tempat-tempat bersejarah, muzium dan lain-lain Ibu bapa menggalakkan anak-anak mengikuti program seperti kursus-kursus motivasi, kem-kem jati diri

Ibu bapa memberikan galakan kepada anak-anak agar bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum seperti pasukan pengakap, kadet Ibu bapa sentiasa membawa anak-anak ke tempat-tempat sambutan seperti Sambutan Kemerdekaan Ibu bapa seharusnya sentiasa mengingatkan anak-anak tentang pengorbanan dan susah payah generasi terdahulu dalam usaha mencapai kemerdekaan

Penutup:-

Semangat patriotik perlu diterapkan ke dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi. Semangat inilah yang akan memastikan negara kita akan terus aman dan makmur. Ibu bapa sewajarnya menjadi tonggak utama dalam usaha menerapkan semangat tersebut.

Esei: Kepentingan teknologi maklumat kepada negara? Filed under: PENULISAN PMR, PENULISAN SPM 4 Komen 28/12/2009

Satelit Malaysia...?

Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan inovasi dalam sistem digital melambangkan satu revolusi digital yang telah dan akan mengubah cara manusia berfikir, berhubung, bertindak dan bekerja.

Antara kepentingan teknologi maklumat ialah:-

dapat melahirkan masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan. sebagai alat perniagaan dan sosial.

sebagai syarat untuk penyertaan dalam persaingan dan perkembangan ekonomi, sosial dan pendidikan. mampu memperoleh segala informasi yang diperlukan. merapatkan hubungan sesama manusia. merapatkan jurang pemisahan antara guru dengan pelajar. menjadi pemangkin kepada perkembangan industri dan ekonomi tempatan. dapat menggalakkan pengaliran wang asing ke negara kita. dapat memajukan sistem pertahanan dan keselamatan negara. berjaya meningkatkan kualiti hidup rakyat. mampu menjimatkan bayaran kos komunikasi. negara dipandang tinggi oleh kawan dan lawan.

Esei: Usaha-usaha memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat? Filed under: PENULISAN PMR, PENULISAN SPM 5 Komen 04/02/2010

Isu perpaduan sering diperkatakan berulang-ulang kali dan akhir-akhir ini semakin menjadi-jadi. Namun banyak pihak yang akur dan mengakui bahawa perpaduan kaum di negara kita adalah lebih baik berbanding dengan sesetengah negara lain di dunia.

Antara usaha yang telah dan boleh dilaksanakan ialah:-

Kerajaan perlu sentiasa mengingatkan rakyat agar mengutamakan aspek perpaduan. Rakyat pula tidak seharusnya berasa jemu dengan peringatan itu malah sentiasa proaktif.

Pemimpin politik yang mewakili sesuatu kaum atau etnik tidak memainkan isu-isu perkauman yang sempit demi meraih populariti. Semua pihak wajib mengelakkan pergeseran walaupun hanya pergeseran kecil. Kerajaan telah berusaha secara berterusan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara contoh yang mengamalkan persefahaman kaum, toleransi beragama dan konsep perpaduan nasional. Peranan anggota masyarakat serta ibu bapa mendidik generasi muda agar menerima dan mengamalkan konsep perpaduan. Mengurangkan atau mengecilkan jurang perbezaan yang masih terdapat antara kaum seperti jurang ekonomi, polarisasi petempatan, kerjaya dan seumpamanya. Mengeratkan perhubungan dengan cara menyertai sambutan perayaan bersamasama seperti program rumah terbuka, kunjung-mengunjungi, usaha sama dalam perniagaan dan lain-lain. Menarik lebih ramai kaum Cina menyertai pasukan polis dan angkatan tentera, menjadi kakitangan kerajaan. Menganjurkan aktiviti kemasyarakatan yang kerap seperti kejohanan sukan, pameran dan kesenian. Menggalakkan perkahwinan campur. Peranan pihak swasta dan NGO perlu dimaksimumkan. Meningkatkan keupayaan dan keberkesanan pasukan keselamatan bagi menjaga ketenteraman negara daripada ancaman musuh dari luar dan dalam. Kerajaan mestilah mengutamakan keadilan dalam setiap aspek. Kenali segera punca dan sebab tercetusnya sesuatu pergeseran dan tindakan segera juga perlu diambil bagi menanganinya. Semua golongan mestilah sentiasa memohon doa kepada Tuhan agar negara kita sentiasa kekal aman sentosa.

Antologi Harga Remaja: Pantun 4 Kerat (jenaka & Sindiran)? Filed under: BANK SPM, TUGASAN 1 Komen 09/02/2010

Tema:

Jenaka dan sindiran tentang hal-hal yang berkaitan tingkah laku dalam kehidupan manusia.

Persoalan:

Tidak berbaloi bagi seseorang jika mempunyai isteri cantik tetapi tidak tahu memasak. Kita akan berasa pelik dan melucukan apabila sesuatu perkara itu dilakukan oleh orang yang bukan ahlinya. Pelbagai kepelikan dan masalah dalam kehidupan yang memerlukan ilmu untuk menyelesaikannya. Pelbagai keanehan dan luar biasa tidak mustahil berlaku dengan tanpa diduga dalam kehidupan manusia.

Nilai:

Kerajinan > seseorang isteri kena rajin belajar ilmu rumah tangga. Bijaksana > Manusia yang berilmu dapat mengkaji keanehan dan mengatasi masalah yang timbul. Berdikari > Mempelajari ilmu untuk membaiki kelemahan diri.

Pengajaran:

Seseorang isteri mestilah mempelajari ilmu berumah tangga untuk kesempurnaan diri bukan hanya bergantung kepada kecantikan diri semata-mata.

Kita hendaklah menuntut ilmu sebagai langkah untuk bertindak lebih bijaksana dalam mentafsirkan keanehan yang berlaku agar dapat dijadikan panduan. Kebijaksanaan hanya dapat diperoleh dengan menuntut ilmu.

PANTUN

MAKSUD Apa guna berkain batik,

Kalau tidak memakai capal;

Apalah guna beristeri cantik,

Kalau tak pandai menumbuk sambal. Memilih isteri biarlah yang tahu menguruskan rumah tangga bukan sahaja berdasarkan kecantikan. Dari Kelang lalu ke Jawa,

Naik sigai ke atas atap;

Ikan kering lagi ketawa,

Mendengar tupai membaca kitab. Pekerjaan yang dilakukan oleh orang yang bukan ahli akan dicemuh dan ditertawakan orang. Ambil segulung rotan saga,

Suruh diambil mari diurut;

Duduk termenung harimau tua,

Melihat kambing mencabut janggut. Satu keanehan berlaku apabila kambing tidak takut akan harimau. (peristiwa pelik) Kupu-kupu terbang melintang,

Hinggap menghisap bunga layu;

Hati di dalam menaruh bimbang,

Melihat ikan memanjat kayu. Sesuatu keanehan yang berlaku melahirkan kebimbangan orang ramai Lebat sungguh padi di paya,

Kayu tumbang tepi pangkalan;

Hairan sekali hati saya,

Burung terbang disambar ikan. Perasaan hairan wujud kerana berlaku perkara yang luar biasa yang mustahil sebenarnya.

Esei: Kesan penggunaan telefon bimbit kepada golongan remaja? Filed under: PENULISAN PMR, PENULISAN SPM Tinggalkan komen 10/06/2010

Telefon bimbit merupakan alat komunikasi yang sangat popular dalam kalangan masyarakat moden pada hari ini tidak terkecuali golongan remaja. Penggunaannya semakin meluas disebabkan harganya semakin mampu dibeli serta memiliki teknologi yang amat canggih.

Antara kesan baik penggunaan telefon bimbit:-

menjadi penghubung yang efektif

boleh menghubungi keluarga jika perlu menjadi media untuk berkomunikasi dengan rakan pelajar mengeratkan hubungan silaturahim

menjadi media penyalur maklumat dan hiburan

boleh berkongsi ilmu dan maklumat dengan berkesan menghilangkan kebosanan dengan mendengar muzik dan menonton video

Manakala kesan buruknya pula:-

membazirkan wang kerana terpaksa menjelaskan bil

wang sepatutnya digunakan untuk perkara-perkara yang lebih perlu remaja leka sehinggakan bil telefon bimbit berganda

membuang masa kerana leka oleh hiburan yang tersedia

mengabaikan pelajaran sehingga tercicir mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan diri sendiri

Kesimpulan:-

Telefon bimbit seharusnya digunakan secara bijak oleh golongan remaja. Ibu bapa mestilah memantau penggunaan telefon bimbit oleh anak-anak mereka agar tidak disalahgunakan. Rate this:

Memelihara / memulihara? Filed under: KAMUS KATA Tinggalkan komen 15/06/2009

Memelihara berasal daripada kata dasar pelihara yang bermaksud bela, jaga dan rawat. Jadi maksud kata memelihara ialah:-

membela, menjaga, merawat, menternak, melindungi, membiarkan .

Contoh ayat:-

Mereka memelihara anak angkat itu sehingga dewasa. Makanan seimbang dapat memelihara tubuh daripada diserang pelbagai penyakit. Ramai penduduk kampung itu memelihara lembu. Sesetengah orang lelaki suka memelihara janggut. Umat Islam diingatkan supaya memelihara lidah daripada perbuatan mengumpat.

Manakala kata memulihara pula berasal daripada kata dasar pulihara. Maksud kata memulihara pula ialah:-

memulihkan dan menjaganya, melindungi sesuatu supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baik .

Contoh ayat:-

Kerja-kerja memulihara alam sekitar kita akan menjadi lebih mudah jika mendapat kerjasama daripada semua pihak. Betapa pentingnya kita berusaha mengekal dan memulihara bentuk muka bumi di kawasan tanah tinggi.

Makna lestari ? Filed under: KAMUS KATA 5 Komen 06/06/2009

Perkataan lestari sedap didengar dan gemar pula digunakan orang. Maksud lestari sebenarnya ialah;-

lestari > kekal, tidak berubah melestarikan > mengekalkan, menetapkan pelestarian > perlindungan daripada kemusnahan kelestarian > keadaan yang tidak berubah

Dalam ayat;-

Semua anggota masyarakat mestilah memiliki rasa tanggungjawab untuk melestarikan hutan semula jadi kita. (mengekalkan) Kelestarian hutan asli kita mesti diutamakan. (pengekalan / keaslian)

Antologi Harga Remaja: Syair Definisi Orang Berakal? Filed under: BANK SPM, TUGASAN 1 Komen 10/02/2010

TEMA:

Keistimewaan orang yang bijaksana.

PERSOALAN:

Orang yang mengikut sifat orang bijaksana akan hidup sejahtera. Membiarkan keburukan berlaku di depan mata akan menyebabkan keruntuhan akhlak. Perlu bertindak bijak apabila berhadapan dengan orang yang jahat supaya tidak mendapat malu.

Menjauhi sifat tamak yang buruk. Tidak meninggi diri dalam urusan pekerjaan. Berhemah tinggi dalam pergaulan akan disukai orang. Banyak berfikir dan belajar sukar diperdaya orang.

NILAI:

Kerajinan > menuntut ilmu dan meneliti hal kehidupan tanpa jemu. Bijaksana > bijak dalam menangani permasalahan seperti ketika berhadapan orang yang jahat. Kesederhanaan > tidak sombong dan meninggi diri. Ketabahan > melawan sifat tamak. Baik hati > berbudi bahasa dalam pergaulan.

PENGAJARAN:

Kita mestilah rajin membaca buku dan mengkaji sesuatu agar menjadi orang yang berilmu. Kita hendaklah bijak bertindak apabila menghadapi masalah. Kita harus yakin untuk melakukan sesuatu yang baik. Kita wajar tabah menghadapi godaan syaitan dan keadaan supaya melakukan hal yang buruk. Kita patut bersikap sederhana dan tidak meninggi diri. Kita mestilah berbuat baik dengan semua orang. Kita wajib taat akan perintah Tuhan.

MAKSUD:

RANGKAP

MAKSUD

1 Memilih isteri bukan hanya berdasarkan kecantikan wajah sahaja tetapi juga perlu pandai menguruskan rumah tangga.

2 Sesuatu pekerjaan yang dilaksanakan oleh orang yang bukan ahlinya akan ditertawakan atau dicemuh orang.

3 Keanehan berlaku apabila seekor kambing langsung tidak takut akan harimau.

4 Wujud kebimbangan apabila berlaku sesuatu kejadian yang aneh seperti ternampak ikan memanjat kayu.

5 Sesuatu yang luar biasa tidak mustahil berlaku dalam kehidupan kita seperti orang yang tidak berkebolehan telah berjaya melakukan sesuatu yang luar biasa.

Antologi Harga Remaja: Ibu dan ceper?

Filed under: BANK SPM 1 Komen 13/04/2010

SINOPSIS:-

Ceper ialah sebatang sungai yang menjadi sumber air bagi penduduk kampung dan pedalaman. Penulis (Shahnon Ahmad cuba membandingkan Sungai Ceper dengan ibu yang gigih bekerja di sawah, sementara suaminya (bapa penulis) asyik dengan burung ketitir.

Kesulitan hidup yang ditempuhi ibunya digambarkan melalui liku-liku dan keadaan sungai yang semakin tercemar. Kian hari Sungai Ceper semakin lemah dan tohor akibat pelbagai sampah yang dibuang ke dalam sungai.

Pada suatu hari ibu telah terpijak tunggul lama menyebabkan dia tidak selincah seperti dulu. Ibu yang menjadi lumpuh, semakin uzur dan akhirnya meninggal dunia.

Penulis akhirnya membandingkan Sungai Ceper walaupun masih ada namun sudah tidak berfungsi seperti dulu, iaiti sebagai sumber air kepada penduduk sedangkan ibu sudah meninggal lama sebelum bapa meninggal dunia.

TEMA:-

Kepentingan air dalam kehidupan.

PERSOALAN:-

Kesukaran hidup apabila sungai tercemar. Setiap yang hidup akan mati.

Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua orang tuanya. Menghargai anugerah Allah.

WATAK & PERWATAKAN:-

a. Ibu

Seorang yang rajin. Pandai membuat tikar. Bergaul dengan masyarakat. Mengamuk apabila Sungai Ceper tercemar dan berlaku banjir yang akhirnya merosakkan tanamannya.

b. Bapa

Suka mendenak burung ketitir. Meninggal dunia kerana terjatuh.

c. Aku

Menggantikan ibu ke sawah setelah ibu lumpuh. Bertanggungjawab menjaga ibu.

Esei: Kepentingan industri pelancongan kepada negara? Filed under: PENULISAN PMR, PENULISAN SPM Tinggalkan komen 03/03/2011

Terlalu banyak kepentingan/kebaikan/manfaat/kemaslahatan/kelebihan industri pelancongan kepada negara, antaranya:-

Meningkatkan pendapatan negara melalui kemasukan wang asing. Mengurangkan masalah pengangguran dengan menyediakan peluang pekerjaan yang banyak. Meningkatkan taraf hidup rakyat. Mengurangkan jurang pendapatan antara golongan kaya dengan yang berpendapatan rendah. Meningkatkan kemudahan prasarana negara seperti sistem pengangkutan, perhotelan, perkhidmatan dan kesihatan. Mempromosikan negara kita ke peringkat global. Meningkatkan perkembangan industri sampingan seperti industri kraf tangan, restoran dan pusat peranginan. Menjalinkan hubungan diplomatik yang lebih baik dengan negara-negara lain. Merangsang pertumbuhan ekonomi negara melalui sektor perhotelan, perkhidmatan, pengangkutan, kesihatan dan pertanian. Meningkatkan penguasaan bahasa asing dalam kalangan penduduk negara. Meningkatkan pengetahuan rakyat tentang budaya dan ketamadunan bangsa asing. Menggalakkan perkembangan ilmu pengetahuan dalam kalangan rakyat. Mengurangkan kadar kemiskinan rakyat. Mengurangkan kadar kes jenayah. Membantu negara mencapai wawasan 2020.

Antologi Harga Remaja: Syair Definisi Orang Berakal? Filed under: BANK SPM, TUGASAN 1 Komen

10/02/2010

TEMA:

Keistimewaan orang yang bijaksana.

PERSOALAN:

Orang yang mengikut sifat orang bijaksana akan hidup sejahtera. Membiarkan keburukan berlaku di depan mata akan menyebabkan keruntuhan akhlak. Perlu bertindak bijak apabila berhadapan dengan orang yang jahat supaya tidak mendapat malu. Menjauhi sifat tamak yang buruk. Tidak meninggi diri dalam urusan pekerjaan. Berhemah tinggi dalam pergaulan akan disukai orang. Banyak berfikir dan belajar sukar diperdaya orang.

NILAI:

Kerajinan > menuntut ilmu dan meneliti hal kehidupan tanpa jemu. Bijaksana > bijak dalam menangani permasalahan seperti ketika berhadapan orang yang jahat. Kesederhanaan > tidak sombong dan meninggi diri. Ketabahan > melawan sifat tamak. Baik hati > berbudi bahasa dalam pergaulan.

PENGAJARAN:

Kita mestilah rajin membaca buku dan mengkaji sesuatu agar menjadi orang yang berilmu. Kita hendaklah bijak bertindak apabila menghadapi masalah. Kita harus yakin untuk melakukan sesuatu yang baik. Kita wajar tabah menghadapi godaan syaitan dan keadaan supaya melakukan hal yang buruk. Kita patut bersikap sederhana dan tidak meninggi diri. Kita mestilah berbuat baik dengan semua orang. Kita wajib taat akan perintah Tuhan.

MAKSUD:

RANGKAP

MAKSUD

1 Memilih isteri bukan hanya berdasarkan kecantikan wajah sahaja tetapi juga perlu pandai menguruskan rumah tangga.

2 Sesuatu pekerjaan yang dilaksanakan oleh orang yang bukan ahlinya akan ditertawakan atau dicemuh orang.

Keanehan berlaku apabila seekor kambing langsung tidak takut akan harimau.

4 Wujud kebimbangan apabila berlaku sesuatu kejadian yang aneh seperti ternampak ikan memanjat kayu.

5 Sesuatu yang luar biasa tidak mustahil berlaku dalam kehidupan kita seperti orang yang tidak berkebolehan telah berjaya melakukan sesuatu yang luar biasa.

SOALAN 1 7 (Mengisikan tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai)

1. Abang terpaksa . basikal kerana tayar basikalnya bocor.

A menonton B menolak C menuntun D mengheret

2. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengambil berat .. anak-anak mereka baik dari segi tingkah laku mahupun pergaulan.

A tentang B kepada C terhadap

D pada

3. Ubi yang direbus oleh Najwa masih belum .. kerana apinya terlalu perlahan.

A rangup B empuk C rapuh D lembik

4. Habis pakaian adik . akibat digugit oleh anjing yang garang itu.

A compang-camping B comot-momot C koyak-rabak D serbah-serbih

5. Ibnu Sina merupakan .. Islam yang banyak menyumbangkan idea dalam bidang perubatan.

A ilmuwan B karyawan C budayawan D hartawan

6. Kerana sering kali dirinya sebagai anak orang berada, dia kini dipulau rakan sekelasnya.

A membesar B memperbesarkan C memperbesar D membesar-besarkan

7. Penglihatan Pak Ali semakin . sejak dia disahkan menghidap diabetes.

A berkunang-kunang B bersuram-suram C berbalam-balam D berkabur-kabur

JAWAPAN

A (menuntun) C (terhadap) > terhadap digunakan kepada benda konkrit; tentang > benda abstrak. B (empuk) C (koyak-rabak) A (ilmuwan) D (membesar-besarkan) D (berkabur-kabur)

PEPERIKSAAN PENGGAL KE-2 2012

1. Ariesya mengambil . lalu melukiskan corak bunga pada kain putih itu.

A conteng B canting C cantil D cantis

2. Emak sedang padi yang lembab itu di kawasan yang lapang.

A menampi B menjerang C menuai D menjemur

3. Kita mesti . ketika berbelanja, lebih-lebih lagi pada zaman inflasi ini.

A berhemat B berhemah C berwaspada D berjaga-jaga

4. Peraturan pemakaian tali pinggang keledar bagi penumpang kereta telah di bermula Januari 2009.

A digubal B diumumkan C dikuatkuasa D berkuat kuasa

5. Pesalah trafik itu menjadi .. apabila anggota polis meminta lesen memandu.

A gamam B gagap C gaman D gundah

6. Buku Modul BM itu . pelbagai topik sama ada topik tingkatan 1, 2 atau tingkatan 3.

A menjelaskan B merangkumkan C mewar-warkan D menampil

7. Nana kerap terkenang . peristiwa suka duka ketika menuntut di UPM.

A terhadap B pada C akan

D dengan

Komen Basi? Filed under: BANK PMR, KAMUS KATA, MUNSYI BAHASA Tinggalkan komen 21/03/2012

Pilih pasangan ayat yang betul.

17.

Dia menghabiskan makanan itu tanpa meninggalkan basi.

II Pelajar-pelajar itu keracunan makanan kerana termakan nasi basi. III Berita tentang perkahwinan Siti dengan Datuk K sudah basi. IV Doa orang yang tidak beriman biasanya basi.

A I dan II

B III dan IV

C I, II dan IV

D II, III dan IV

(Soalan Penggal I SMS Tengku Muhammad Faris Petra)

JAWAPAN:

Merujuk Kamus Dewan Edisi Ke-4 muka surat 133, kata basi membawa maksud:

sudah busuk dan tidak boleh dimakan lagi (makanan) tidak baharu / sudah lama (berita / khabar)

tidak mustajab / tidak mujarab lebihan (baki) khusus untuk wang

Berdasarkan soalan 17 di atas, ayat I, SALAH kerana kata basi sepatutnya digantikan dengan baki. Walaupun maksud basi yang ke-4 ialah lebihan, namun hanya khusus untuk wang sahaja. Sementara ayat II IV, penggunaan kata basi dalam ayat tersebut adalah BETUL berdasarkan makna dan penggunaannya.

JAWAPAN yang paling sesuai untuk soalan 17 di atas ialah D iaitu II, III dan IV Komen Antologi Harga Sebuah Lukisan: Hikayat Seri Kelantan? Filed under: BANK PMR Tinggalkan komen 27/02/2012

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudia jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Maka lalu Sultan Abdullah pun tukar dan ubah pakaian, lalu pergilah tanyakan Tuk Ca itu.

Lalu Tuk Ca pun beroyatlah kepada Sultan Abdullah itu, Tiada apa-apa yang lain yang raja aku suruh mari

ini sekali dengan raja-raja, menteri, hulubalang, pahlawan, rakyat sekalian, hendak mari ambil Tuan Puteri

Sadung, isteri kamu, itulah sahaja, kerana raja aku sangatlah berahi kepadanya. Maka jikalau kamu beri

Tuan Puteri Sadung, isteri kamu itu, nescaya senanglah kamu menjadi raja di negeri ini kerana raja aku

tiada berkehendak akan negeri, hanya berkehendak kepada Tuan Puteri Sadung, isteri kamu itu sahaja. Jika

kamu hendak senang, hantarlah isteri kamu itu turun.

(Dipetik daripada prosa tradisional Hikayat Seri Kelantan, Antologi Harga Sebuah Lukisan, Tg. 3 DBP)

1.

Apakah maksud baris beroyatlah kepada Sultan Abdullah di atas?

Menyembah sultan

Memberitahu sultan

Memerintahkan sultan

Memohon perkenan sultan

2.

Apakah yang dimahukan Tuk Ca daripada Sultan Abdullah?

A kepadanya.

Tuk Ca mahukan Sultan Abdullah menyerahkan isterinya

Tuk Ca mengugut mahu menyerang Kelantan.

Tuk Ca mahu mengambil isteri Sultan Abdullah untuk rajanya.

Tuk Ca mahu menjalinkan hubungan dengan negeri Kelantan.

3. Maka jikalau kamu beri Tuan Puteri Sadung, isteri kamu itu, nescaya senanglah kamu menjadi raja di negeri .

Apakah maksud kata-kata itu?

A Sultan Abdullah boleh memerintah tanpa gangguan jika menyerahkan isterinya.

B Raja Siam ingin menjalinkan hubungan kekeluargaan dengan Sultan Abdullah.

Tuk Ca cuba membuat ugutan terhadap Raja Siam.

Bukti bahawa Tuan Puteri Sadung seorang yang bijak.

4.

Berikut merupakan bahasa istana kecuali..

hulubalang

sultan

berahi

rakyat

5.

Berdasarkan petikan di atas, apakah latar tempat berlakunya peristiwa itu?

istana RajaSiam

istana Sultan Abdullah

bilik Tuan Puteri Sadung

D Komen

negeri Siam

Harga Sebuah Lukisan: Cerpen Budi Semangkuk Daging? Filed under: BANK PMR Tinggalkan komen 26/02/2012

SINOPSIS:-

Mengisahkan Puan Ainun yang hidup berjiran dengan Puan Salbiah, Puan Cheng dan Cik Punita. Pada suatu hari, Puan Ainun memberikan setiap jirannya semangkuk daging masak Minang. Semua jirannya memuji keenakan masakannya kecuali Cik Punita yang mengembalikan pemberiannya. Akibat semangkuk daging, Puan Ainun tidak berpuas hati dan berdendam dengan Cik Punita sehingga sanggup menyuruh anaknya mengembalikan buah limau bali pemberian Cik Punita. Akhirnya, mereka berbaik semula apabila suami Puan Ainun memaklumkan bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu kerana lembu ialah binatang suci bagi penganut agama Hindu. Komen Antologi Sebuah Lukisan?

Filed under: BANK PMR Tinggalkan komen 21/02/2012

PUISI TRADISIONAL:-

Pantun 4 Kerat (Muafakat) Pantun Nasihat (Bersatu Hati) Pantun Berkait (Bekerja) Syair Panduan Untuk Para Remaja Syair Berbuat Jasa Syair Li-Attar Gaib

SAJAK:-

Fragmen Sebuah Kehidupan Kata-kata Keusangan Budaya Seorang Insan Istimewa Pesan Buat Anak-anak Merdeka Rumput

PROSA TRADISONAL:-

Hikayat Seri Kelantan Hikayat Patani Hikayat Marakarma

Kuda Janggi Gerdana

CERPEN:-

Mutiara Bonda Segala Yang Tercinta Ada Di Sana Harga Sebuah Lukisan Budi Semangkuk Daging Mencari Nafas Baru

DRAMA:-

Sebuah Perjuangan Cabaran

Anda mungkin juga menyukai