Anda di halaman 1dari 22

PENGHARGAAN

Di sini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah Hubungan Etnik
kami, serta rakan-rakan kami yang telah banyak memberi bantuan maklumat, tunjuk ajar
dan galakan serta kerjasama yang sepenuhnya bagi menjayakan kerja kursus kami.
Jasa-jasa dan bantuan-bantuan mereka amatlah kami hargai dan diingati buat selamalamanya. Sekian terima kasih.

PENDAHULUAN

Perpaduan merupakan matlamat penting bagi semua negara. Pentadbiran dan


pembangunan sesebuah negara tidak akan berjalan licin tanpa perpaduan. Tanpa
perpaduan juga, sesebuah negara akan mudah terdedah kepada berbagai-bagai
ancaman dari dalam dan luar negara yang mungkin sukar untuk diatasi. Pencerobohan
dari luar atau rusuhan-rusuhan dalam negara sendiri menjadi sukar untuk ditangani jika
tidak wujud perpaduan dalam negara berkenaan. Apabila perpaduan tidak wujud atau
berada pada tahap yang rendah terutamanya bagi sesebuah negara yang berbilang
kaum, pertelingkahan antara rakyat akan sering berlaku. Hal ini akan membawa kepada
kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa serta keruntuhan sesebuah negara.
Sebagai sebuah negara berbilang kaum, Malaysia sering terdedah kepada
ancaman perbalahan antara kaum. Jika perpaduan yang kukuh di kalangan penduduk
berbilang kaum di negara ini tidak dipupuk, ini mungkin akan mencetuskan semula
rusuhan kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969. Masyarakat Malaysia yang
bersatu padu adalah diperlukan sekiranya negara ini ingin terus membangun dan
rakyatnya hidup dalam keadaan aman, damai dan makmur. Perpaduan penting kerana
hanya melalui perpaduan sahaja sesebuah negara itu dapat mencapai pembangunan
dan pertumbuhan ekonomi yang tinggi seperti yang sedang dialami oleh Malaysia
sekarang. Perpaduan juga akan menjamin kejayaan ekonomi itu dapat diteruskan dan
dipertingkatkan lagi pada masa-masa akan datang. Ini akan meninggikan lagi taraf hidup
rakyat sambil mengekalkan kestabilan politik dan keamanan negara.
Perpaduan akan wujud apabila anggota masyarakat dapat disatupadukan
menerusi perkongsian identiti dan nilai, serta perasaan kebangsaan. Menanam
perasaan kebangsaan serta identiti dan nilai bersama ini boleh dicapai melalui dua cara
iaitu secara langsung dan secara tidak langsung. Cara tidak langsung dapat dicapai
melalui program dan strategi pembangunan negara yang bertujuan mencapai
perpaduan pada tahap wilayah, ekonomi, politik, pendidikan serta sosial dan
kebudayaan. Matlamat atau strategi serampang dua mata yang terdapat dalam Dasar
Ekonomi Baru dan cabaran-cabaran yang dikemukakan dalam Wawasan 2020 adalah
bertujuan untuk mencapai perpaduan ini. Secara langsung pula, perpaduan dapat
dicapai apabila rakyat menerima dan patuh kepada ideologi kebangsaan iaitu Rukun
Negara. Rukun Negara adalah hasil penyatuan pemikiran ahli-ahli cerdik pandai dan

pemimpin-pemimpin negara yang ingin melihat rakyat negara ini peka kepada keperluan
bagi mewujudkan negara bangsa yang bukan sahaja mempunyai identiti sendiri, tetapi
juga pegangan yang sama. Rukun Negara adalah satu ideologi kebangsaan, satu
susunan prinsip-prinsip hidup bermasyarakat yang mengandungi nilai-nilai kenegaraan
dan norma-norma sosial yang meliputi semua aspek kehidupan bernegara seperti
keagamaan, kebudayaan, ekonomi, politik, dan perundangan.

1.Terangkan dan bincangkan konsep Negara bangsa dan isu-isu perpaduan di


Malaysia
Pembinaan negara bangsa merupakan suatu asas yang disandarkan bagi
menggapai kelangsungan taraf negara maju. Melalui konsep ini, sesebuah negara akan
menjadi lebih kuat dengan corak mentaliti dan kesepaduan yang ada dalam diri
masyarakat tersebut. Sistem pendidikan merupakan medium yang terbaik untuk
digunakan bagi merealisasikan impian ini. Hal ini demikian kerana pendidikan
merupakan asas transisi kepada penghasilan modal insan untuk memacu ke arah
pembinaan negara. Tanpa pendidikan, proses pembinaan negara yang diimpikan tidak
akan tercapai dengan jayanya. Dalam konteks pembinaan negara bangsa, pendidikan
merupakan satu pendekatan yang terbaik bagi memastikan perencanaan konsep negara
bangsa itu menjadi satu kenyataan. Dalam hal ini, negara memerlukan pendidik yang
seimbang dari setiap aspek seperti jasmani, rohani, emosi dan intelektual.
Hal ini menuntut agar warga pendidik peka dengan konsep negara bangsa
yang menekankan kewujudan sebuah negara yang berdaulat dengan rakyatnya hidup
bersatu padu menerusi satu identiti yang sama tanpa menghilangkan identiti asal setiap
kaum. Bertunjangkan semangat perpaduan antara kaum yang diwarisi sejak separuh
abad yang lalu, pendidik boleh bertindak sebagai instrumen untuk menerapkan konsep
negara bangsa ke dalam sanubari setiap warganegara. Walaupun timbul pelbagai
cabaran dalam usaha merealisasikan negara ke arah mencapai status tertinggi,
golongan pendidik harus bersiap siaga untuk menangani setiap isu yang timbul. Antara
isu yang dilihat paling ketara dalam proses pembinaan negara bangsa, termasuklah isu
bahasa, kebudayaan, pendidikan dan demokrasi. Fokus perbincangan kali ini akan
mengetengahkan keempat-empat isu yang sering dikaitkan berlandaskan konsep dan
pengertian pembinaan negara bangsa. Selain itu, satu kupasan turut diketengahkan
berkaitan cabaran dan pendekatan yang diambil bagi menyelesaikan isu-isu yang
berbangkit dengan bersandarkan kepada perkembangan dunia pendidikan di Malaysia.

Konsep dan Pengertian Negara Bangsa


Negara bangsa merupakan suatu keadaan tertinggi yang ingin dijelmakan
oleh sesebuah negara. Konsep ini mengetengahkan gabungan makna daripada dua
frasa menjadi satu pengertian iaitu frasa negara dan frasa bangsa. Berdasarkan autoriti
Kamus Dewan Edisi Keempat, negara merujuk kepada suatu komuniti yang menduduki
kawasan tertentu dan diperintah oleh kerajaan manakala frasa bangsa merujuk kepada
suatu komuniti yang mempunyai identiti budaya, fahaman, agama dan bahasa
tersendiri. Tuntasnya, konsep negara bangsa dilihat sebagai bangsa idaman yang
diimpikan oleh sesebuah negara melalui konsep satu bangsa, satu identiti. Secara
ilmiahnya, konsep ini menjurus kepada sebuah negara yang berdaulat dengan
rakyatnya hidup bersatu padu tanpa dipisahkan oleh sentimen perkauman, keturunan,
agama, bahasa, budaya, wilayah dan sebagainya yang dilihat boleh membawa kepada
perpecahan. Berakarumbikan semangat perpaduan, konsep negara bangsa cuba
direalisasikan melalui Wawasan 2020 yang mengimpikan Malaysia berstatus negara
maju pada tahun 2020. Hal ini merujuk kepada buah fikiran yang diutarakan oleh
mantan Perdana Menteri Keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam pembentangan
kertas kerja beliau yang bertajuk, Malaysia: Melangkah ke Hadapan, pada 28 Febuari
1991.
Matlamat utama pembinaan negara bangsa adalah mencapai status negara
maju pada tahun 2020. Bagi mencapai matlamat ini, masyarakat harus sedar bahawa
perpaduan adalah teras utama yang menunjangi konsep ini. Oleh sebab itu, pelbagai
aspek perlu diberikan penekanan khususnya yang berkaitan dengan semangat
perpaduan kerana tanpa kesepakatan dan permuafakatan dalam kalangan masyarakat,
sudah pasti hasrat mencapai taraf negara maju menemui jalan buntu. Sekiranya
komuniti hari ini mampu bersatu hati dalam semua perkara, maka usaha untuk
memajukan negara menjadi semakin mudah. Hal ini demikian kerana kekuatan
sesebuah negara bukan sahaja bergantung kepada struktur pentadbirannya sematamata tetapi ia turut dinilai melalui kekuatan moral yang dimiliki oleh sesebuah
masyarakat yang mendiami di dalam sesebuah negara tersebut. Oleh hal yang
demikian, masyarakat harus bersedia untuk berfikiran liberal dengan melihat setiap
perangkaan yang dirancang oleh pihak kerajaan adalah demi kebaikan bersama.

Jepun merupakan satu model terbaik yang telah berjaya dalam pembinaan
negara bangsa. Hari ini, Jepun merupakan salah sebuah negara termaju di dunia dan
disegani oleh segenap masyarakat antarabangsa khususnya di benua Asia. Keupayaan
yang dimiliki oleh Jepun pada hari ini adalah hasil kesepaduan masyarakat mereka yang
bersedia dan sanggup berada dalam kelompok satu identiti. Oleh sebab itulah,
masyarakat dunia tidak berasa hairan dengan kekuatan yang dimiliki oleh Jepun
khususnya ketika Jepun menyerang Amerika Syarikat dan British pada Perang Dunia
Kedua. Tanpa berjaya membina negara bangsa, sudah pasti agak mustahil untuk Jepun
berani menyerang negara kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat dan British dan
mencapai taraf negara maju.
Melihat pada keadaan semasa, konsep negara bangsa dilihat alternatif paling
efektif dalam merealisasikan impian yang dibina. Melalui konsep ini, masyarakat disemai
dengan semangat patriotik yang tinggi bagi melahirkan masyarakat yang sanggup
berkorban apa sahaja demi kepentingan dan kemajuan negara. Kesepaduan dan
pemuafakatan yang terjalin dalam kalangan sejagat akan memudahkan misi dan visi
untuk mencapai taraf negara maju yang hanya tinggal satu dekad sahaja lagi sebelum
tempoh yang ditetapkan dalam wawasan 2020 terlaksana. Oleh sebab itu, Tun Dr.
Mahathir turut meletakkan asas untuk mencapai impian ini perlu dilihat melalui
kesanggupan dan kesediaan masyarakat dalam membentuk generasi yang liberal dan
bertolak-ansur serta bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan agama masingmasing. Dalam hal ini, corak mentaliti umum adalah tunjang utama yang perlu diubah
agar tidak wujud pertikaian dan persoalan berbangkit ketika usaha pembinaan negara
bangsa dilakukan.
Sememangnya tidak dapat dinafikan, banyak isu yang berbangkit sepanjang
proses pembinaan negara bangsa dilaksanakan. Hal ini termasuklah isu bahasa,
kebudayaan, pendidikan dan demokrasi. Isu bahasa merupakan isu yang sering
dibangkitkan oleh masyarakat kita khususnya dalam kalangan yang optimis terhadap
bahasa kaum masingmasing. Mereka menafikan usaha kerajaan untuk mengangkat
satu bahasa sebagai satu identiti bagi satu bangsa kerana bimbang bahasa ibunda
mereka tergugat. Isu kebudayaan pula menampakkan kesukaran kepada pihak kerajaan
untuk menyatukan kesemua kebudayaan yang ada untuk dilabelkan sebagai satu
identiti. Masyarakat kita pada hari ini masih lagi tidak memahami konsep negara bangsa
kerana mereka tidak sanggup untuk berkongsi budaya dengan meletakkan kebudayaan

yang ada sebagai hak milik bersama. Selain itu, isu pendidikan cuba dibangkitkan oleh
sesetengah aktivis kaum yang menuduh kerajaan cuba memanipulasikan sistem
pendidikan demi memartabatkan satu kaum sahaja. Sementara itu, isu demokrasi yang
dilaksanakan melalui sistem pemerintahan di Malaysia dikatakan tidak telus dan
kerajaan cuba menggunakan sistem ini untuk kepentingan sendiri. Natijahnya, wujud
politik berunsur perkauman yang menyukarkan lagi proses pembinaan negara bangsa
dilakukan.
Justeru, konsep negara bangsa dikatakan perlu dibina dari akar umbi bagi
memastikan kelangsungan proses pembinaannya berlaku secara berterusan. Sistem
pendidikan dilihat menjadi wahana terbaik dalam merealisasikan hasrat ini. Hal ini
demikian kerana pendidikan merupakan asas kepada pembentukan sesuatu bangsa
yang berdaulat kerana bangsa yang berdaulat merupakan bangsa yang berilmu dan
berjaya menggunakan akal sebaik mungkin bagi memperoleh kesempurnaan dalam
kehidupan. Perkembangan dalam dunia pendidikan di Malaysia pada hari ini, menjadi
jambatan terbaik dalam menjana generasi yang mampu meletakkan negara bangsa
sebagai teras kemajuan negara. Hal ini merujuk kepada kapasitikapasiti yang terdapat
dalam sistem pendidikan yang membolehkan penekanan diberikan secara berterusan
bermula pendidikan rendah sehingga pendidikan tinggi dalam proses menjana generasi
yang diinginkan.
Keupayaan yang kita miliki melalui sistem pendidikan harus dimanfaatkan
sebaik mungkin bagi memastikan setiap perancangan dapat direalisasikan. Sistem
pendidikan bukanlah tempat untuk kita menjalankan ujikaji sebaliknya kita semua harus
yakin bahawa perkembangan sistem pendidikan yang berlaku pada hari ini telah
meletakkan keupayaan untuk kita melahirkan generasi yang betul-betul memahami
konsep negara bangsa. Justeru, adalah tidak wajar kita menggunakan sistem
pendidikan sebagai medium untuk menjaga kepentingan pihak-pihak tertentu kerana
melalui sistem inilah akan melahirkan masyarakat yang mampu mempertahankan
kedaulatan negara pada masa akan datang.

2.Bincangkan usaha-usaha kerajaan yang telah dan sedang dijalankan untuk


mewujudkan perpaduan dan membina Negara bangsa
Bagi memantapkan hubungan kaum di Malaysia, kerajaan memainkan peranan
penting dalam merangka semula dan memberi penekanan kepada beberapa dasar
dalam bidang sosioekonomi yang menjurus kepada perpaduan dan keharmonian
masyarakat serta integrasi nasional.
Antara salah satu daripada langkah-langkah yang perlu diambil oleh kerajaan
adalah meneruskan dan mejayakan tiga dasar-dasar penting iaitu Dasar Ekonomi Baru,
Dasar Pembangunan Nasional dan Dasar Wawasan Nasional yang mempunyai satu
matlamat yang sama di mana untuk mencapai perpaduan negara dan keharmonian
sosial melalui sosioekonomi yang seimbang di Malaysia. Berlandaskan dasar-dasar
tersebut, kerajaan haruslah membasmi kemiskinan yang berterusan tanpa mengira
kaum/keturunan supaya mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum baik
di kawasan bandar mahupun luar bandar serta antara wilayah. Dengan itu, kerajaan
perlulah membuka dan membangunkan tanah-tanah baru di luar bandar supaya dapat
mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan serta melaksanakan program-program
pemberian subsidi dan kredit serta kemahiran bagi pekebun kecil, nelayan, pekerja
ladang dan sebagainya. Manakala di bandar pula, kerajaan bolehlah menambahkan
peluang-peluang pekerjaan dalam sektor pembuatan, perdagangan dan perkhidmatan
kerajaan dengan membuka dan memajukan lebih banyak kawasan perindustrian baru.
Di samping itu, kerajaan juga perlu menjalankan penyusunan semula masyarakat dari
semasa ke semasa bagi mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum
mengikut kegiatan ekonomi. Maka, pemilikan saham Bumiputera mestilah sebanyak
30% untuk mengimbangi komposisi kaum dengan 40% untuk bukan Bumiputera dan
30% untuk pelabur-pelabur asing. Oleh itu, kerajaan haruslah menyeru institusi-institusi
kerajaan seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Nasional Berhad
(PERNAS) dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) untuk memberi lebih
banyak peluang kepada kaum Bumiputera untuk melibatkan diri dalam perusahaan
baharu dan mewujudkan perusahaan usaha sama antara Bumiputera dengan bukan
Bumiputera serta menyelesaikan masalah perbezaan ekonomi antara sektor dan kaum
supaya pengagihan peluang ekonomi dan kekayaan yang adil dan saksama. Di samping
itu, kerajaan haruslah berusaha untuk menyusun corak penggunaan tenaga kerja dalam

negara di semua peringkat dan kategori menerusi pertumbuhan ekonomi yang


menyeluruh agar dapat mencerminkan susunan penduduk mengikut kaum dari semasa
ke semasa.
(http://www.angelfire.com/on2/Saifulazrulchelah/MASALAH13MEI.html)
Selain itu, kerajaan juga boleh menyatupadukan semua kaum di Malaysia atas
Dasar Pendidikan Kebangsaan yang telah digubal untuk mewujudkan persefahaman
dan perpaduan kaum melalui pendidikan. Dengan ini, kerajaan dapat menyatukan
pelajar-pelajar sekolah yang berbilang kaum dalam satu sistem pendidikan yang sama
bagi

memupuk

kesedaran

dan

perpaduan

kebangsaan.

Sebagai

contohnya,

mengadakan kurikulum dan mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua
jenis sekolah di Malaysia. Pada masa yang sama, kerajaan boleh menerapkan unsurunsur pendidikan kewarganegaraan ke dalam mata pelajaran seperti Kajian Tempatan
bagi peringkat sekolah rendah dan Sejarah bagi sekolah menengah kerana ini dapat
memupuk semangat kebangsaan dan taat setia kepada negara di kalangan pelajar
sekolah. Ini juga mendorong untuk membentuk sifat-sifat toleransi, persefahaman dan
tolak ansur yang memang perlu bagi melahirkan sesebuah masyarakat Malaysia yang
bersatu padu. Selain itu, kerajaan juga perlulah menggalakkan kegiatan ko-kurikulum
dan sukan di sekolah seperti Pasukan Pengakap, permainan bola sepak dan
sebagainya yang boleh memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk bercampur gaul
dan memupuk semangat kekitaan, persefahaman serta perpaduan. Di samping itu,
walaupun Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan yang dikenali Bahasa
Penyatuan tetapi juga bahasa pengantar yang utama di sekolah hingga peringkat
institusi pengajian tinggi bagi mewujudkan perpaduan masyarakat yang berorientasikan
Malaysia. Dengan secara tidak langsung, ini dapat mengeratkan hubungan dan
persefahaman antara kaum lain serta melahirkan masyarakat yang berilmu, seimbang,
harmonis, berdisiplin dan bersatu-padu dalam memenuhi keperluan tenaga rakyat yang
terlatih bagi membangunkan negara.
(http://www.angelfire.com/on2/Saifulazrulchelah/MASALAH13MEI.html)
Tambahan pula, kerajaan perlulah menyokong dan menjayakan Dasar
Kebudayaan Kebangsaan sebagai garis panduan dalam membentuk, mewujudkan dan
mengekalkan identiti bangsa dan negara Malaysia pada peringkat antarabangsa. Ini
disebabkan kebudayaan penting dalam membantu untuk memupuk semangat
nasionalisme dan kenegaraan bagi menjamin kestabilan negara dan keharmonian serta

perpaduan kaum di Malaysia. Oleh itu, kerajaan haruslah menitikberatkan pembentukan


secara beransur-ansur satu kebudayaan nasional yang merangkumi unsur-unsur yang
baik daripada berbagai-bagai kebudayaan yang terdapat di negara kita dengan
berteraskan

kebudayaan

asli

tempatan.

Sebagai

contohnya,

kerajaan

boleh

menganjurkan berbagai-bagai kegiatan kebudayaan di peringkat persekutuan dan


negeri yang melibatkan kumpulan kaum yang berlainan seperti seminar kebudayaan,
tarian dan kursus muzik. Selain itu, kerajaan haruslah terus menjayakan tarian
kebangsaan yang dikenali sebagai Tarian Pesta Persaudaraan yang melambangkan
identiti negara kita dan konsep-konsep persahabatan, keperwiraan dan masyarakat
yang teguh dan bersatu padu. Menerusi dasar ini, kerajaan bukan sahaja dapat
memupuk perpaduan di kalangan penduduk berbilang kaum di Malaysia secara
persefahaman antara kaum melalui perkongsian nilai dan norma tetapi juga dapat
mengukuhkan

perpaduan

bangsa

dan

negara

Malaysia

melalui

kebudayaan

kebangsaan, memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang berputik


daripada kebudayaan kebangsaan serta memperkayakan dan meningkatkan kualiti
kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan mewujudkan
komunikasi yang berkesan untuk menanamkan kesedaran kebangsaan, kenegaraan
dan nasional Malaysia.
(http://www.angelfire.com/on2/Saifulazrulchelah/MASALAH13MEI.html)
Justeru, persemuafakatan politik juga merupakan salah satu daripada langkahlangkah untuk memantapkan perpaduan. Hal ini demikian kerana persemuafakatan
politik bukan sahaja dapat menjamin kestabilan negara tetapi juga mewujudkan
kerjasama dan toleransi antara kaum dan parti-parti politik dalam hal-hal pembahagian
kekayaan ekonomi negara di kalangan masyarakat serta pemberian kuasa kepada pihak
tertentu dalam pemerintahan. Oleh itu, Barisan Nasional yang wujud sekarang adalah
suatu parti campuran yang terdiri daripada gabungan pelbagai parti politik besar iaitu
UMNO, MCA, MIC dan sebagainya. Memang tidak dinafikan bahawa Barisan Nasional
ini telah banyak menyumbang kepada perpaduan politik dan negara buat sebelum ini,
haruslah dikekalkan dan terus berunding, bekerjasama dan bertolak-ansur dalam hal-hal
politik supaya dapat mengekalkan satu bangsa Malaysia yang harmoni dan bersatupadu dalam satu masyarakat yang adil dan saksama serta mengeratkan perhubungan di
dalam kalangan parti anggotanya.
(http://ms.wikipedia.org/wiki/Barisan_Nasional)

Sejak beberapa tahun lalu, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang
diperkenalkan dan dilaksanakan oleh kerajaan merupakan langkah yang bijak untuk
menyemarakkan semangat patriotik dan mengenal erti perpaduan negara atau integrasi
nasional sebenar dalam jiwa remaja-remaja lepasan sekolah. Selain itu, program ini
turut menekankan pembinaan sahsiah diri atau perwatakan yang mendedahkan pesertapeserta kepada permasalahan masyarakat. Menerusi program ini, para peserta akan
dibahagikan dalam kumpulan-kumpulan kecil yang terdiri daripada peserta-peserta yang
berbilang kaum untuk sama-sama bekerjasama dan bertoleransi dalam mencapai
sesuatu misi yang ditetapkan. Dengan secara tidak langsung, ini akan dapat
mengeratkan perhubungan dan persefahaman serta kerjasama antara kaum-kaum yang
berlainan. Oleh itu, kerajaan haruslah meningkatkan jumlah pengambilan peserta
dengan membina lebih banyak kem latihan untuk program ini supaya ramai remaja
lepasan sekolah berpeluang tinggi untuk terpilih dalam menyertai program yang
bermakna ini.
(http://www.pmo.gov.bn/online/wps/ESP/htdocs/ESP_home/en/PEMBENTUKAN_GENE
RASI_BARU_MENERUSI.pdf)
Sejak kebelakangan ini, penghayatan Rukun Negara yang semakin terkakis
dalam jiwa rakyat Malaysia haruslah diambil tindakan segera oleh kerajaan untuk
memperbaiki keadaan ini daripada berterusan. Maka, kerajaan perlulah melancarkan
Kempen Penghayatan Rukun Negara bagi mengingatkan rakyat tentang pentingnya
prinsip-prinsip Rukun Negara yang menjadi pegangan rakyat negara ini sejak 37 tahun
lalu supaya rukun ini terus dipertahankan. Hal ini amat penting kerana Rukun Negara
mampu mendidik seseorang supaya lebih bertolak ansur dan menghormati bangsabangsa lain, kepercayaan agama, serta adat yang menjadi amalan seharian seseorang
dan seterusnya perasaan-perasaan tersebut akan menyumbang kepada keharmonian
dan perpaduan rakyat di negara ini yang berbilang kaum dan agama. Selain itu,
kerajaan juga perlulah menjalankan kempen-kempen seperti yang bertemakan Rukun
Negara, Amalan Hidup Rakyat Malaysia pada setiap masa supaya rakyat menjadi
masyarakat yang berdaya saing untuk membentuk negara merdeka, maju, aman dan
makmur. Justeru, lima prinsip Rukun Negara yang merangkumi pelbagai aspek dalam
masyarakat dengan jelas membuktikan bahawa prinsip-prinsip ini adalah kunci yang

perlu dipegang oleh semua peringkat rakyat supaya keamanan dan keharmonian
negara dapat dikekalkan.
Seterusnya,

kerajaan

haruslah

menyokong

dan

melaksanakan

Sekolah

Wawasan yang berkonsepkan integrasi kaum dan pemupukan semangat muhibah di


kalangan pelajar yang berbilang kaum. Sekolah Wawasan ini mampu menyemai dan
membina keharmonian serta perpaduan kaum di mana para pelajar yang pelbagai
kaum/keturunan seperti Melayu, Cina, India dan sebagainya belajar bersama-sama di
bawah satu bumbung dan berkongsi kemudahan asas bersama membantu menjana
persefahaman dan semangat muhibah lalu mewujudkan integrasi atau perpaduan
menerusi interaksi yang lebih erat apabila pelajar-pelajar belajar di kawasan yang sama.
Di samping itu, Sekolah Wawasan juga menyediakan kemudahan-kemudahan yang
lebih baik serta membantu mewujudkan satu sistem pendidikan yang lebih berkesan dan
mantap. Sebagai hasilnya, Sekolah Wawasan boleh dikatakan pemangkin dalam
merealisasikan impian Wawasan 2020 di mana integrasi pelajar sejak di alam
persekolahan berjaya melahirkan anak bangsa Malaysia yang mencintakan negara dan
membentuk persefahaman dan sifat kekitaan atas pertembungan budaya.
(http://www.jpnin.gov.my/v3/?q=my/node/104)
Di samping itu, kerajaan juga haruslah menyokong dan melaksanakan Program
Tabika Perpaduan yang selaras dengan matlamat Sekolah Wawasan. Tetapi, program
ini merupakan program pendidikan prasekolah yang disediakan untuk penyertaan
kanak-kanak berbilang kaum yang berumur dalam lingkungan 5-6 tahun. Program ini
bertujuan untuk membolehkan kanak-kanak berbilang kaum menghayati nilai-nilai hidup
bermasyarakat dan membentuk anak-anak untuk memahami pelbagai adat dan budaya.
Begitu juga, program ini ingin mewujudkan peluang kepada ibubapa kanak-kanak yang
pelbagai kaum/keturunan untuk berinteraksi bagi meningkatkan lagi persefahaman di
antara mereka. Maka, kerajaan perlulah membina lebih banyak tabika di taman-taman
perumahan baik di kawasan bandar mahupun di luar bandar supaya kanak-kanak
berpeluang untuk menyertai program ini dari sejak kecil lagi yang boleh membentuk
persefahaman serta mengeratkan hubungan antara kaum lain.
(http://www.jpnin.gov.my/v3/?q=my/taxonomy_menu/7&page=2)
PERANAN SWASTA

Selain itu, pihak swasta juga memainkan peranan dalam usaha ke arah
perpaduan di mana penglibatan pihak swasta dalam menjayakan dasar-dasar kerajaan
dengan lebih berkesan serta membangunkan ekonomi Malaysia pada masa yang lebih
singkat.
Dengan ini, penglibatan pihak swasta dalam pembangunan ekonomi Malaysia
haruslah dialu-alukan dan ditingkatkan kerana pihak swasta membantu dalam mencapai
matlamat Dasar Ekonomi Baru iaitu menyusun semula masyarakat dalam pembahagian
ekuiti dan saham dengan adil dan saksama mengikut jumlah penduduk kaum supaya
keseimbangan ekonomi tercapai. Pada masa yang sama, kerajaan juga boleh
mengurangkan beban kewangan dengan memindahkan kegiatan komersil kepada pihak
swasta dan meningkatkan mutu perkhidmatan dengan meningkatkan kualiti kecekapan
and produktiviti yang seterusnya merangsang pertumbuhan ekonomi lalu menambahkan
peluang pekerjaan. Justeru, penglibatan pihak swasta ini akan mendorong ke arah
pembangungan yang seimbang dalam semua sektor di mana dapat megurangkan dan
menghapuskan jurang perbezaan pendapatan atau ketidakseimbangan ekonomi antara
kaum dan dengan secara tidak langsung ini dapat memupuk perpaduan dalam kalangan
rakyat yang berbilang kaum.

PERANAN SEKOLAH
Di samping itu, pihak sekolah juga memainkan peranan dalam hal ini. Sekolah
merupakan tempat bagi para pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan dan mempelajari
teladan-teladan yang berguna dalam hidup mereka yang seterusnya menjadi pegangan
hidup mereka nanti.
Oleh yang demikian, pihak sekolah haruslah menerapkan nilai-nilai murni atau
unsur-unsur patriotisme dalam pelbagai mata pelajaran seperti Pendidikan Moral / Islam
(Sekolah Rendah dan Menengah) supaya dapat memupuk semangat kebangsaan atau
patriotik yang menebal di kalangan pelajar. Malahan juga, kegiatan kokurikulum perlu
dipergiatkan agar menarik minat pelajar dalam usaha memupuk semangat kebangsaan.

Selain itu, guru-guru sekolah haruslah menyampaikan dan menjelaskan sesuatu


peristiwa yang berlaku pada masa lampau dengan lebih terperinci dan mendalam
melalui mata pelajaran Sejarah di sekolah supaya para pelajar dapat mempelajari
kesan-kesan

dan

pengajaran-pengajarannya.

Sebagai

contohnya,

kekurangan

pemahaman tentang matlamat pembentukan Rukun Negara dan peristiwa rusuhan


kaum 13 Mei 1969 ini akan berulang kembali kepada peristiwa ngeri yang membawa
kerugian kepada kaum-kaum tersebut. Di samping itu, setiap sekolah haruslah
menubuhkan Kelab Rukun Negara agar dapat memupuk perpaduan dan merapatkan
jurang perbezaan kaum di kalangan pelajar.
Manakala di institusi pengajian tinggi pula, pengenalan mata pelajaran baru iaitu,
Hubungan Etnik perlulah disokong dan dijayakan kerana mata pelajaran ini merupakan
salah satu langkah untuk menangani masalah hubungan kaum. Melalui mata pelajaran
ini, golongan mahasiswa dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk
melakukan aktiviti secara bersama mengenai isu-isu kepelbagaian kaum di Malaysia
supaya tidak meletakkan diri mereka dalam kelompok kaum masing-masing ketika
berada dalam kelas atau dewan kuliah mahupun ketika beriadah atau makan di kantin.
Dengan secara tidak langsung, ini akan dapat mengalakkan interaksi dan mengeratkan
lagi hubungan dan persefahaman mereka terhadap budaya, adat resam dan cara hidup
antara kaum-kaum yang berbeza.
(http://www.jpnin.gov.my/v3/?q=my/node/104)
Tambahan pula, penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di
sekolah mahupun insitutisi pengajian tinggi merupakan salah satu alat perpaduan
kerana melalui pepatah-pepatah yang berbunyi Bahasa Jiwa Bangsa dan Bahasa
Perpaduan Bangsa dengan jelas menunjukkan kepentingan bahasa dalam proses
memupuk perpaduan antara kaum. Ini akan memberikan kefahaman dan rasa saling
memahami sambil dapat menghindarkan rasa curiga antara satu sama lain kerana
mereka dapat berinteraksi dengan menggunakan satu bahasa tunggal iaitu Bahasa
Melayu. Oleh itu, penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ini haruslah
dikekalkan dari peringkat sekolah hingga institusi pengajian tinggi.
Namun itu, sekolah kebangsaan mahupun institusi pengajian tinggi haruslah
mengadakan persembahan, pertandingan dan lakonan yang bertemakan Semangat

Patriotik sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Perpaduan supaya dapat
membina jati diri dan semangat cinta kepada bangsa dan negara serta menyemarakkan
semangat patriotik di kalangan pelajar dan mahasiswa. Sebagai contohnya, Kuiz Bina
Bangsa, Debat Perpaduan, Kempen Kibar Jalur Gemilang, Pertandingan Lagu Patriotik,
Kem Padu Anak Malaysia dan sebagainya.
PERANAN IBUBAPA
Sehubungan untuk mencapai perpaduan kaum, ibubapa turut memainkan
peranan penting dalam mengasuh dan mendidik anak-anak mereka yang bakal menjadi
pemimpin-pemimpin kelak hari. Hal ini demikian kerana ibubapa merupakan orang yang
terapat dengan anak-anaknya dan merekalah yang membentuk keperibadian dan
semangat patriotik di dalam anak-anak jiwa mereka. Anak-anak mereka boleh
diibaratkan sebagai kain putih oleh ibubapa mereka.
Oleh itu, ibubapa haruslah membimbing anak-anak mereka tentang pentingnya
perpaduan kaum. Dengan ini, anak-anak mereka akan mempunyai persefahaman
antara kaum lain yang menebal serta tidak akan menaruh perasaan negatif terhadap
kaum lain dari sejak kecil lagi. Selain itu, ibubapa juga turut menekankan dan
meyampaikan ajaran agama kepada anak-anak mereka kerana agama mempengaruhi
seseorang untuk berpegang kepada nilai-nilai baik yang diajar oleh ajaran agamanya
seperti menghormati orang lain, bersedia membuat kebaikan dan sebagainya. Oleh
demikian, pengamalan dan penghayatan ajaran agama boleh menjadi satu pemangkin
utama dalam mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Di
samping itu, ibubapa haruslah menghantar anak-anak mereka ke tabika perpaduan
apabila berumur 5 tahun ke atas supaya anak-anak mereka dapat berinteraksi dan
memahami budaya lalu membentuk asas perpaduan yang lebih berkesan kerana
semuanya bermula dari sejak kecil lagi.
PERANAN MEDIA MASSA / ELEKTRONIK / CETAK
Tambahan pula, peranan media massa, baik media eletronik mahupun media
cetak juga turut mendorong ke arah perpaduan kerana media-media berkenaan

merupakan saluran komunikasi yang berkesan untuk menyalurkan pelbagai maklumat


dari dalam dan luar negeri kepada masyarakat.
Melalui media massa dan elektronik, kita bolehlah menyiarkan rancangan siaran
langsung semasa perarakan Hari Kebangsaan menerusi saluran televisyen bagi
membolehkan semua rakyat Malaysia untuk menyaksikan detik-detik kegemilangan
puncak acara sambutan pada hari itu. Dengan ini, pasti akan dapat menerapkan segala
nilai-nilai perpaduan yang cuba dipaparkan kepada semua lapisan masyarakat
Malaysia. Selain itu, rancangan-rancangan tentang sejarah Malaysia juga boleh
disiarkan seperti sejarah kemerdekaan Tanah Melayu dan pembentukan Persekutuan
Malaysia supaya menyedari rakyat tentang perjuangan dan usaha pemimpin-pemimpin
pada masa lalu dalam menyatupadukan kaum-kaum di tanah air ini. Begitu juga
menyiarkan lagu-lagu berunsur patriotik melalui radio bagi menyemarakkan lagi
semangat kebangsaan serta menghayati mesej-mesej yang hendak disampaikan
menerusi lagu-lagu tersebut di kalangan rakyat Malaysia. Manakala media cetak pula,
haruslah menjayakan Program Promosi yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi
memperluaskan hebahan kepada masyarakat agar kesedaran orang ramai terhadap
kepentingan perpaduan dan integrasi nasional yang sentiasa akan subur. Di samping
itu, media cetak juga boleh menerapkan semangat kebangsaan kepada para pembaca
melalui berita dan tulisan ataupun artikel. Oleh itu, media-media ini haruslah terus
menjayakan usaha ke arah perpaduan selaras dengan dasar-dasar kerajaan.
PERANAN MASYARAKAT
Akhirnya ialah peranan yang dimainkan oleh masyarakat. Jika negara kita ingin
terus membangun dan rakyatnya hidup dalam keadaan aman, damai dan makmur, satu
masyarakat yang bersatu padu haruslah diwujudkan terdahulu sebelum menjalankan
strategi-strategi pembangunan negara.
Justeru, kita haruslah membuang sikap atau perasaan negatif seperti sikap
apati/individualistik,

perasaan

prasangka/prejudis,

diskriminasi,

stereotaip,

etnosentrisme dan lain-lain lagi dahulu. Sikap atau perasaan tersebut akan
mendatangkan kesan-kesan negatif dan menghalang seseorang untuk menjalin
hubungan baik antara kaum lain yang seterusnya mungkin mencetuskan keadaan

masyarakat yang tidak harmoni seperti rusuhan kaum 13 Mei 1969 atau peristiwa di
Kampung Medan. Sebaliknya, kita perlulah mempraktikkan semangat kejiranan/kekitaan
supaya dapat mewujudkan kedamaian dan kesejahteraan bermasyarakat yang
berbilang kaum. Sebagai contohnya, kita boleh mengamalkan nilai-nilai kejiranan seperti
mengutamakan kepentingan dan kebaikan bersama, tolak-ansur, hormat-menghormati
dan sebagainya lalu berbincang dan bermuafakat dengan jiran tentang hal-hal kebajikan
dan keselamatan bersama. Dengan ini, kita dapat memahami dan menghormati agama
dan kebudayaan jiran-jiran yang pelbagai kaum selaras untuk mengukuhkan perpaduan
di kalangan masyarakat yang pelbagai kaum.
Selain itu, kita haruslah menubuhkan lebih banyak Rukun Tetangga di seluruh
negara kerana ini merupakan salah satu alat penyatuan kaum yang berkesan dalam
proses perpaduan kaum. Dengan adanya sektor Rukun Tetangga, jiran-jiran boleh
bergaul sesama mereka tanpa mengira kaum terutama semasa membuat rondaan di
kawasan perumahan sendiri. Kerjasama dan tanggungjawab melalui Rukun Tetangga
dapat mengembalikan perasaan muhibah yang sedang dipupuk oleh kerajaan sekarang.
Namun begitu, kita bolehlah menganjurkan gotong-royong atau sukan perpaduan di
kawasan perumahan sendiri bagi meningkatkan lagi penglibatan penduduk-penduduk
setempat dalam aktiviti-aktiviti tersebut agar dapat mewujudkan perasaan saling kenalmengenal dan sikap tolong-menolong antara satu sama lain di dalam kawasan mereka
tanpa mengira kaum. Oleh itu, melalui Rukun Tetangga adalah titik permulaan yang baik
untuk memupuk semangat setiakawan serta mengeratkan hubungan sesama penduduk
setempat di sesebuah kawasan perumahannya.
Tambahan pula, kita sebagai rakyat Malaysia wajarlah menyambut Hari
Kebangsaan ini daripada menghabiskan masa untuk berhibur sahaja. Sebaliknya, kita
perlulah menggunakan hari yang bersejarah dan penuh bermakna ini untuk menyelami
dan mengukur diri sendiri terhadap sumbangan diri ke arah perpaduan negara. Fikirkan
keadaan negara kita dan diri sendiri sekiranya kita semua tidak bersatupadu? Begitu
juga, jika kita tidak menyelami makna kemerdekaan, kita tidak akan menyedari
perjuangan dan usaha pemimpin pada masa lalu dalam menyatupadukan kaum-kaum di
tanah air ini.

Di samping itu, kita bolehlah melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan


bermasyarakatan seperti bersama-sama membanteras gejala-gejala sosial yang
berleluasa di kalangan masyarakat tanpa mengira kaum serta memberikan kerjasama
dan sokongan dalam menjayakan dasar-dasar kerajaan. Maka, ini akan mendorong
negara kita untuk mencapai perpaduan negara dan keharmonian sosial melalui
sosioekonomi yang seimbang di Malaysia.

KESIMPULAN

Perpaduan adalah satu matlamat penting yang dikejar oleh semua negara. Ianya
penting kerana tanpa perpaduan, sesebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk
dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar atau perbalahan dalam
negara itu sendiri. Rukun Negara dicipta ekoran daripada rusuhan kaum pada 13 Mei
1969. Tragedi ini telah menyedarkan pihak kerajaan bahawa perpaduan kaum atau
perpaduan rasional di Malaysia merupakan satu masalah yang sudah lama terpendam.
Rukun Negara bertujuan mewujudkan perpaduan antara kaum melalui amalan unsurunsur kemanusiaan sejagat seperti kepercayaan kepada Tuhan, kedaulatan undangundang dan pemupukan sifat-sifat keperibadian yang tinggi.

LAMPIRAN

Kiri : Bendera Malaysia yang


dikibarkan pada setiap masa.

Kanan : Rukun Negara yang dirasmikan pada


tahun 1970 untuk membentuk
prinsip pembangunan negara.

Kiri : Pemimpin-pemimpin
negara

yang

berbilang

kaum mahupun berkaliber.

Kanan : Masyarakat Malaysia yang


terdiri daripada pelbagai
kaum, agama dan budaya.

Kiri : Bahasa Melayu sebagai


bahasa perpaduan.

Kanan : Tugu Negara menguatkan


semangat nasionalisme.

Kiri : Pembacaan ikrar taat


setia oleh wakil-wakil
kaum di Malaysia.

Kanan : Semangat perpaduan di


kalangan pelajar-pelajar
yang berbilang kaum.

Kiri : Khemah Kerja Integrasi


menguatkan perpaduan.

Kanan : Kebudayaan Kebangsaan


Malaysia.
BIBLIOGRAFI

Aleeya Atiqah bt. Ammar dan Mohd. Aizat Idrus (2004), Fokus e-masteri SPM
Sejarah Tingkatan 5, Bangi : Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Fatimah Azzahra dan Yusri Ab. Malik (1995), Hari Perpaduan, Petaling Jaya :
Penerbit Setiamas
Ranjit Singh Malhi (1988), Siri Rujukan Pengajian Am Kenegaraan Malaysia,
Petaling Jaya : 1988 Federal Publications Sdn. Bhd.
Ruslan Zainuddin, Ku Halim Ku Arifin, Dr. Zaid Ahmad dan Dr. Ho Hui Ling
(2006), Hubungan Etnik, Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Wong Khek Seng, Raminah Hj. Sabran dan Kok Meng Kee (2005), Pengajian
Am Kertas 1 & 2 STPM, Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai