Anda di halaman 1dari 15

Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh Malaysia dalam usaha untuk memajukan ekonomi

negara ialah dengan menguasai pelbagai kemahiran. Selain itu, masyarakat juga sepatutnya melengkapkan
diri dengan ilmu pengetahuan supaya lebih mahir dalam melakukan sesuatu perkara. Seterusnya, pihak
berkuasa bertanggungjawab menjaga keamanan negara dan mengekalkan kedaulatan negara.

Rakyat mestilah bersatu padu untuk mengukuhkan perpaduan kaum. Rakyat juga perlu bersikap
kreatif dan inovatif untuk menghasilkan produktif yang cemerlang. Kerajaan perlu menggalakkan pelaburan
asing di negara kita untuk menambahkan bilangan tenaga mahir yang terdiri dari rakyat Malaysia. Penduduk
Malaysia harus mengurangkan kerenah biokrasi kerana hal ini akan mencemarkan nama baik negara.
Dengan ini kerajaan dapat meluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa dari segi eksport dan import.

Di samping itu, melakukan penyelidikan dan pembangunan juga boleh diambil dalam usaha
menjadikan negara hub halal. Justeru kerajaan dapat memperatkan hubungan diplomatik antara negara-
negara yang maju seperti Korea, Jepun dan Britain. Kerajaan juga perlulah menambah institusi pengajian
tinggi untuk melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Dengan adanya generasi seperti
ini, dapat meningkatkan kecekapan pentadbiran kerajaan Malaysia.

Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh Malaysia dalam usaha untuk memajukan ekonomi negara ialah
dengan menguasai pelbagai kemahiran. Selain itu, masyarakat juga sepatutnya melengkapkan diri dengan ilmu
pengetahuan supaya lebih mahir dalam melakukan sesuatu perkara. Seterusnya, pihak berkuasa bertanggungjawab
menjaga keamanan negara dan mengekalkan kedaulatan negara.

Rakyat mestilah bersatu padu untuk mengukuhkan perpaduan kaum. Rakyat juga perlu bersikap kreatif dan
inovatif untuk menghasilkan produktif yang cemerlang. Kerajaan perlu menggalakkan pelaburan asing di negara kita untuk
menambahkan bilangan tenaga mahir yang terdiri dari rakyat Malaysia. Penduduk Malaysia harus mengurangkan kerenah
biokrasi kerana hal ini akan mencemarkan nama baik negara. Dengan ini kerajaan dapat meluaskan pasaran ke peringkat
antarabangsa dari segi eksport dan import.

Di samping itu, melakukan penyelidikan dan pembangunan juga boleh diambil dalam usaha menjadikan negara
hub halal. Justeru kerajaan dapat memperatkan hubungan diplomatik antara negara-negara yang maju seperti Korea,
Jepun dan Britain. Kerajaan juga perlulah menambah institusi pengajian tinggi untuk melahirkan generasi yang cemerlang,
gemilang dan terbilang. Dengan adanya generasi seperti ini, dapat meningkatkan kecekapan pentadbiran kerajaan
Malaysia.
Hubungan harmoni yang terjalin sesama kaum ini akan
memperkukuhkan lagi kedaulatan dan pembangunan negara.

Keharmonian yang terhasil daripada perpaduan antara rakyat Malaysia


merupakan satu keistimewaan dan juga daya tarikan kepada pelabur
asing untuk melabur di negara kita.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia


(MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed, agenda perpaduan sentiasa
dititikberatkan kerana dengan bersatu hati kita dapat membina sebuah
negara yang aman damai, sejahtera dan rakyatnya sentiasa
mementingkan perpaduan dan negara aman, politiknya tidak huru-hara,
serta ekonomi yang baik dan dapat menarik minat pelabur asing.

Tambahan pula, konsep 1Malaysia yang berasaskan prinsip “Rakyat


Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” juga menerangkan bahawa
hubungan harmoni dan kerjasama antara pelbagai kaum merupakan
kunci atau senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan
cabaran supaya negara kita dapat mencapai matlamat yang telah
ditetapkan.

Secara umumnya, perasaan prasangka dan ketidakpuasan hati antara


pelbagai etnik dalam sesebuah negara bukanlah suatu perkara asing.
Persoalannya, bagaimana kita menangani isu ini secara berhemah agar
kita dapat meluahkan perasaan hati tanpa menjejaskan keamanan dan
keharmonian negara.

Di kebanyakkan negara, persengketaan antara kaum lebih-lebih lagi


berkenaan isu agama telah membawa peperangan yang berlarutan
sekaligus membantut pembangunan ekonomi, sosial dan juga politik
negara berkenaan.

Pergolakan Kaum Menggugat Kedaulatan Negara


Negara kita telah pun mencapai kemerdekaan selama 55 tahun, namun
dalam soal perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum masih
tidak lagi diselesaikan sepenuhnya.

Pada masa kini, hubungan yang harmoni sesama kaum dipandang


ringan oleh sebahagian besar daripada kita. Menurut Datuk Mohd.Ariff
Sabri Abdul Aziz, isu sensitif antara kaum dalam soal hak, warna kulit,
kepercayaan agama dan budaya sering dipertikaikan.

Sebagai contoh, dalam insiden seorang pengetua sekolah menengah


dan penolong pengarah sebuah agensi kerajaan yang didakwa
mengeluarkan kata-kata berbaur rasis, mereka didakwa menyebut
pelajar Cina tidak diperlukan di negara ini dan boleh pulang ke China di
samping menyamakan gelang keagamaan Hindu yang dipakai pelajar-
pelajar India seperti rantai anjing adalah amat menyedihkan.

Walaupun terdapat sebab-sebab di sebalik kejadian tersebut, tetapi


perkataan sedemikian yang dikeluarkan oleh seseorang yang
berkelayakan tinggi telah menyebabkan ketidakpuasan hati di kalangan
masyarakat Cina dan India, seolah-olah mereka diperlakukan seperti
warga negara kelas kedua.

Pada satu sudut yang lain pula, seorang bloger yang kemudian menjadi
artis dan pengarah popular yang bernama Namewee sering kali
menggubah lagu-lagu yang mengandungi unsur-unsur yang dilihat
sebagai rasis oleh orang Melayu.

Tetapi Namewee dikatakan bertindak sedemikian hasil daripada


pengalamannya yang tidak dilayan dengan wajar oleh pihak-pihak
tertentu.

Filem kontroversinya ‘Nasi Lemak 2.0’ tidak menikmati penolakan cukai


sebanyak 20% sebagaimana yang dinikmati oleh kebanyakan filem
tempatan Malaysia yang lain walaupun filem tersebut berjaya
menonjolkan konsep 1Malaysia dan telah memenangi pelbagai
anugerah dan pengiktirafan di luar negara.

Ironinya, tiada sebarang pengecualian atau pengiktirafan yang diberikan


walaupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz
(2011), menyokong dan berkata bahawa ‘Nasi Lemak 2.0’ merupakan
filem 1Malaysia.

Justeru, ia membuktikan bahawa isu keharmonian antara kaum masih


menjadi persoalan besar dan penyelesaian bagi masalah ini tidak
ditemui lagi walaupun pelbagai usaha telah diambil.

Faktor-Faktor Berlakunya Ketidakharmonian Hubungan Antara Kaum

Terdapat faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kenyataan di


atas. Pertama sekali merupakan faktor sistem pendidikan yang
berasingan.

Rakyat Malaysia terbahagi kepada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina
dan India yang mempunyai bahasa ibunda yang berbeza dan sistem
persekolahan yang tersendiri. Ini sekaligus memisahkan pelajar
mengikut bahasa ibunda masing-masing. Misalnya, sekolah aliran
kebangsaan akan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar.

Justeru, majoriti kaum Melayu yang akan menuntut di sekolah Melayu.


Situasi ini menyebabkan interaksi para pelajar yang berbeza kaum
dengan kaum yang berlainan sangat-sangat terhad.

Persefahaman antara satu sama lain juga tidak disampaikan dengan


sepenuhnya. Tambahan pula, sejak kedatangan orang Cina ke Tanah
Melayu pada abad ke-19, selain bertujuan untuk mencari kekayaan,
orang Cina tidak lupa akan tanggungjawab sosial mereka iaitu mendidik
kanak-kanak Cina agar mereka mewarisi bahasa dan budaya etnik
Cina.

Justeru, penubuhan sekolah vernakular Cina menjadi satu agenda


penting kepada mereka (Tan Yao Sua, 2005:65). Selain daripada itu,
ibu bapa yang tidak yakin terhadap sekolah kebangsaan tetapi
menghantar anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan yang
merasakan struktur pendidikan tersebut dapat menjamin
kecemerlangan akademik anak mereka juga menjauhi hubungan antara
etnik.

Faktor yang kedua ialah keadaan politik di negara kita. Isu-isu


mengenai bahasa, budaya, agama, kerakyatan dan ekonomi sering kali
dijadikan isu oleh orang politik bagi tujuan tertentu. Teknik-teknik yang
digunakan oleh orang politik berkenaan isu sensitif tersebut akan
memberikan impak yang negatif kepada rakyat.

Setiap kaum akan cuba mempertahankan hak mereka bagi


mendapatkan satu keadaan yang sama rata. Sebagai contoh, parti-parti
politik tertentu cuba mengambil peluang untuk menimbulkan perasaan
kurang senang hati di kalangan masyarakat dan seterusnya
menyebarkan propaganda berkenaan isu perkauman.

Di samping itu, perbezaan nilai antara etnik juga mengakibatkan


hubungan antara kaum bertambah rumit. Setiap kaum mempunyai
budaya, kepercayaan dan bahasa yang berlainan. Justeru, setiap kaum
akan mengamalkan ciri-ciri yang kemudiannya menjadi identiti diri
mereka. Persoalannya apabila identiti mereka dipersoalkan,
kesejahteraan dan keamanan negara akan terancam.

Oleh itu, setiap etnik cuba mengambil keputusan bagi mengurangkan


interaksi antara satu sama lain. Impaknya jurang hubungan antara
kaum semakin membesar.
Anggota etnik akan memilih etnik yang sama dengan mereka sebagai
kawan mahupun rakan sekerja. Mereka mendapati sukar untuk
mengadaptasikan diri dan menerima budaya etnik yang lain dan
menganggapnya tidak akan memberi apa-apa faedah kepada mereka
dalam kehidupan seharian.

Sebagai contohnya, sesetengah pensyarah di IPTA terpaksa


mengagihkan ahli kumpulan kerja kursus dengan memastikan setiap
etnik terdapat dalam sesebuah kumpulan itu.

Walaubagaimanapun, cara tersebut tidak memberikan kesan yang


diingini kerana masalah komunikasi dan ketidakselesaan wujud di
kalangan etnik. Masalah saling menyalahkan etnik-etnik tertentu akan
wujud.

British telah menempatkan kaum-kaum tertentu kepada sektor-sektor


ekonomi yang berbeza semasa Tanah Melayu masih dijajah. Misalnya,
kaum Melayu telah ditempatkan di sektor pertanian yang berada di luar
bandar. Sektor tersebut memerlukan sumber tenaga fizikal dan
berteknologi rendah.

Bagi kaum Cina pula ditempatkan di sektor perdagangan atau


perniagaan yang melibatkan teknologi tinggi. Manakala kaum India pula
terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit. Agihan
tersebut mengakibatkan jurang pendapatan antara kaum semakin
ketara dan tidak seimbang.

Kaum Melayu dan India akan berhadapan dengan kemiskinan


manakala kaum Cina akan terus mencari peluang-peluang perniagaan
bagi mengukuhkan kemewahan mereka.

Perasaan tidak puas hati di antara etnik akan wujud. Justeru, ini akan
menyebabkan etnik-etnik berusaha untuk mempertahankan hak-hak
mereka serta kesaksamaan. Proses mempertahankan hak tersebut
akan merosakkan hubungan kaum kerana masing-masing mahu
menjuarai perjuangan mereka.

Kesan-Kesan Akibat Ketidakharmonian Antara Kaum

Hubungan ketidakharmonian antara kaum akan mengakibatkan negara


kita berada di dalam keadaan yang tidak stabil. Hal ini akan mendorong
kepada pergaduhan atau pertelingkahan antara kaum. Keadaan yang
tidak stabil ini akan membimbangkan para pelabur.

Sekiranya, sesebuah negara mengalami suasana huru-hara, pelabur


asing akan terasa bimbang terhadap modal yang dilaburkan juga
tentang keselamatan perniagaan mereka di negara ini.

Kemerosotan ekonomi akan melambatkan proses perkembangan dan


kemajuan negara kerana kehidupan rakyat yang derita akibat kenaikan
harga barang secara mendatar dan kemunduran teknologi kerana tiada
sumbangan modal daripada para pelabur di dalam mahupun dari luar
negara.

Malahan, taraf hidup penduduk akan menjadi rendah akibat ketiadaan


peluang pekerjaan. Oleh hal yang sedemikian, perpaduan di kalangan
rakyat menjadi salah satu faktor penting dalam penjanaan ekonomi
negara.

Mengancam Keselamatan Negara

Pertahanan bagi sesebuah negara juga banyak bergantung kepada


rakyatnya. Secara langsungnya, hubungan tegang antara rakyat akibat
daripada perselisihan sememangnya mampu menggugat keselamatan
negara.

Hal ini demikian kerana hubungan yang harmonis di kalangan rakyat


secara tidak langsungnya akan mewujudkan sebuah tembok
pertahanan yang kukuh dan dapat menjamin keselamatan sesebuah
negara.

Negara yang kacau bilau bukan sahaja terdedah kepada ancaman dari
dalaman tetapi juga dari luar yang melihat ini sebagai peluang untuk
campur tangan sekaligus membuka peluang untuk menguasai negara
tersebut sama ada secara halus atau pun terang-terangan.

Menjejaskan Imej Negara

Bagi sebuah negara yang tidak aman, ia akan menjadi tajuk perbualan
di peringkat global. Imej negara terjejas dan keadaan ini menjadi buruk
apabila kita akan ditolak sama sekali untuk mengadakan kerjasama
dengan negara-negara maju yang lain.

Negara akan menjadi mundur sementara negara-negara yang tidak


mengalami pergolakan kaum akan mencapai kejayaan secara
berterusan. Tanpa keamanan, negara tersebut sukar untuk melakukan
sesuatu yang dapat membanggakan mahupun menarik perhatian
negara lain.

Sebaliknya, jika perpaduan dan hubungan harmonis wujud antara


rakyat, ia adalah simbol kejayaan di peringkat global. Dengan ini,
sesebuah negara tersebut bukan sahaja akan disegani oleh negara lain
malah akan menjadi model dan rujukan kepada negara lain.

Hubungan antara negara akan berjaya dianjurkan dan pelbagai peluang


kerjasama akan wujud lalu membawa keuntungan ekonomi, sosial
mahupun politik.

Langkah-Langkah Bagi Mengatasi Ketidakharmonian Antara Kaum

Sepanjang sejarah selepas kemerdekaan, isu bagi mewujudkan


hubungan harmoni antara kaum telah menjadi isu yang tiada titik
noktah. Kerajaan telah mewujudkan pelbagai dasar ke arah
pembentukan integrasi nasional.

Antara dasar–dasar dan pelan tindakan khas kerajaan ialah Dasar


Ekonomi Baru (DEB) 1971 – 1990 dan Dasar Pembangunan Negara
(DPN) 1991 – 2000, Dasar Wawasan Negara dan juga Program 1
Malaysia.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1971-1990 merupakan dasar yang


diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak semasa berlakunya rusuhan kaum
13 Mei 1969. Dalam waktu yang membimbangkan ini, punca
tercetusnya perusuhan itu dikesan dan langkah mengatasinya telah
diambil. Penggubalan dasar ini bertujuan untuk mencapai perpaduan
negara dengan memperbetulkan ketidakseimbangan sosio – ekonomi
antara kaum dan wilayah.

Ia juga diwujudkan untuk mempertingkatkan penglibatan kaum


bumiputera dalam bidang perniagaan dan perusahaan sebagai usaha
untuk membasmi perasaan tidak puas hati dalam masyarakat.

Bagi mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat, usaha diteruskan


lagi dengan pelancaran dasar pembangunan nasional pada 17 Jun
1991. Dasar tersebut meneruskan pencapaian DEB dalam pembasmian
kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.

Objektifnya ialah untuk membina sebuah negara yang bersatu padu dan
mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih adil, maju, aman dan
makmur berasaskan prinsip-prinsip perlembagaan dan rukun negara.

Dasar Wawasan Negara (2001-2010) atau dikenali sebagai Wawasan


2020 merupakan usaha kerajaan untuk mengembangkan ekonomi,
sosial dan politik pada peringkat nasional dan antarabangsa serta
menitikberatkan pembangunan menyeluruh dan meliputi aspek-aspek
politik, ekonomi, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan.
Menjelang tahun 2020, Malaysia diharapkan mampu menjadi sebuah
negara yang bersatu padu di mana masyarakat Malaysia mempunyai
nilai moral dan etika yang utuh, penyayang, adil dan saksama,
berkeyakinan serta mampu bersaing.

Konsep 1Malaysia telah diperkenalkan oleh Datuk Seri Mohd Najib


pada 3 April 2009. Konsep 1 Malaysia ini memberi aspirasi untuk
memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat
menjalin perpaduan yang lebih erat.

Konsep ini juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang


mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat
sebagaimana slogan Perdana Menteri iaitu “Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan.”

Untuk mencapai kemajuan bagi negara,sikap penerimaan antara kaum


membawa kepada perpaduan yang utuh perlu diamalkan. Apabila
perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan
dengan lebih lancar.

Persefahaman kaum juga dapat dipupuk secara berkesan menerusi


pendidikan. Antara langkah yang dilakukan ialah dengan penubuhan
sekolah wawasan. Sekolah wawasan merupakan tempat yang terbaik
untuk memulakan proses integrasi antara kaum.

Sekolah wawasan menyediakan ruang dan peluang untuk murid-murid


pelbagai kaum berinteraksi secara langsung kerana mereka berkongsi
kantin, padang permainan, dewan dan kemudahan lain di sekolah.

Mereka berpeluang untuk saling mengenali dan memahami antara satu


sama lain. Dengan itu, mereka akan membesar dengan sikap toleransi
dan hormat terhadap budaya dan agama kaum lain. Tegasnya, sekolah
wawasan mampu memupuk persefahaman kaum dan seterusnya
mempercepat integrasi nasional.
Selain itu, pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) juga
mampu mewujudkan keharmonian rakyat serta negara. PLKN dapat
memupuk perpaduan nasional. Melaluinya, remaja pelbagai kaum akan
ditempatkan bersama di bawah satu bumbung. Mereka akan
bekerjasama untuk menjalankan aktiviti bersama-sama, berinteraksi
dan bergaul mesra.

Dengan itu, mereka akan terdedah kepada corak hidup masyarakat


majmuk Malaysia secara mendalam. Persefahaman yang lebih erat
akan memupuk perasaan kekitaan. Selain daripada kerajaan yang
bertanggungjawab mengekalkan keharmonian negara, masyarakat
sendiri perlu turut memikul peranan penting dalam menjamin
keharmonian negara berkekalan.

Media massa merupakan satu saluran yang dapat menyampaikan


mesej kepada orang ramai dengan efisien. Media massa boleh
dikategorikan kepada dua jenis iaitu media cetak dan media elektronik.
Menurut L. John Martin, media massa merujuk kepada alat yang
mewujudkan interaksi sosial, politik, dan ekonomi dalam ukuran yang
lebih moden.

Media dapat menyampaikan maklumat dan mendidik masyarakat serta


menjadi medium perantaraan dalam sesuatu masyarakat (Vir Bala
Aggarwal, 2002: xvii). Oleh itu, media memainkan peranan yang amat
penting bagi memperbaiki hubungan antara kaum yang menjadi
semakin buruk ini.

Media cetak seperti surat khabar, majalah dan buku membantu


menyedarkan maklumat kepada masyarakat. Dengan memaparkan info
mengenai sejarah, ciri-ciri kebudayaan dan agama kaum yang terdapat
di dalam Negara kita dalam ruangan akhbar, orang ramai dapat
mengetahui dan memahami perbezaan antara satu sama lain. Justeru,
rasa hormat-menghormati antara satu sama lain akan ditimbulkan
dalam hati setiap individu.
Di samping itu, media elektronik seperti televisyen, radio, laman web
dan lain-lain juga merupakan satu peralatan yang dapat menyebarkan
maklumat kepada orang ramai dengan mudah. Media elektronik
memainkan peranan dengan menayangkan iklan-iklan yang boleh
memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat.

Sebagai contohnya, kempen–kempen yang ingin dijalankan oleh


kerajaan untuk memupuk semangat perpaduan haruslah dibantu oleh
media elektronik kerana saluran ini adalah alat yang berkesan dalam
penyampaian maklumat pada zaman teknologi yang canggih ini.

Peranan ini membolehkan orang ramai melibatkan diri dalam kempen


berkenaan dan seterusnya dapat merealisasikan hasrat kerajaan bagi
menanam semangat perpaduan.

Kesimpulan

Kesimpulannya, perpaduan kaum merupakan elemen yang penting dan


harus diberi perhatian kerana pemupukan hubungan etnik antara
masyarakat adalah amat penting bagi negara kita yang bermasyarakat
majmuk serta menjamin kestabilan ekonomi dan politik negara.

Hubungan kaum yang harmoni adalah kunci kepada kemajuan dan


kestabilan negara. Bagi mencapai kemajuan, negara memerlukan
rakyat yang dedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan
tanggungjawab masing-masing.

Justeru, masyarakat perlu saling memahami dan menghayati lapan nilai


1Malaysia iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati,
penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.

Malaysia pada masa sekarang berada dalam proses pembangunan


yang akan menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan global yang
besar. Dengan itu, negara kita amat memerlukan kesatuan dari semua
golongan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.

Sebarang kesangsian, kecurigaan dan ketidakpuasan hati antara kaum


yang diterjemahkan secara berlebihan hanya akan mewujudkan
ketidakstabilan dan persengketaan dan akhirnya merugikan negara kita
sendiri dan membazirkan usaha-usaha yang telah diusahakan oleh
pemimpin-pemimpin dahulu.

Kesan-kesan kerjasama antara kaum kepada kesejahteraan negara Malaysia ialah dapat melindungi negara
daripada ancaman kuasa luar . Negara yang mempunyai masyarakat yang berkerjasama antara satu sama
lain dapat melemahkan gerakan kuasa luar yang ingin menakluk negara kerana kunci rahsia negara dikawal
ketat oleh sikap masyarakat yang saling berkerjasama dalam menjamin kedaulatan negara.

Selain itu , perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat juga dapat diwujudkan . Perpaduan
rakyat amat penting demi menjamin keamanan dan kesejahteraan negara.Masyarakat yang bersatu padu
akan melahirkan sebuah negara yang aman dan tiada masalah pertelingkahan antara kaum berlaku.

Seterusnya , negara Malaysia juga akan dihormati dan disegani oleh negara asing kerana kekal
aman meskipun terdapat masyarakat yang berbilang kaum . Kuasa luar yang berminat untuk menguasai
negara akan membatalkan niat mereka kerana takut dengan semangat rakyatnya dalam mengekalkan
keamanan negara.

Di samping itu,ekonomi negara juga akan meningkat . para pelabur asing tidak akan berasa was-
was untuk melabur di negara Malaysia kerana negara yang aman dan bersih dari segala masalah .
Pelancong asing juga berminat untuk melancong di sini kerana negara yang aman dan makmur .

Oleh yang demikian , kerjasama antara kaum dapat memudahkan Malaysia menuntut hak
sebagai warganegara . Contohnya , hak keistimewaan dalam memilih calon pemimpin untuk mentadbir
negara dan sebagainya .

Pembentukan masyarakat majmuk yang harmonis merupakan agenda kerajaan yang paling
penting kerana prasangka perkauman boleh menghancurkan perpaduan yang sedia wujud. Menyedari
hakikat dan kepentingan mengekalkan perpaduan maka pelbagai langkah perlu dijalankan bagi
memastikannya berterusan.

Antara kepentingan mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk ialah untuk
mengekalkan keharmonian dan mengelakkan perselisihan. Penduduk Malaysia yang terdiri daripada
berbilang bangsa boleh hidup aman damai sejak dahulu lagi kerana adanya perasaan saling menghormati
dan memahami antara satu sama lain. Amalan nilai murni ini menjadi tunjang kekuatan sesebuah negara.
Perkara ini dapat mengelak berlakunya perselisihan seperti kejadian dalam sejarah hitam negara iaitu
peristiwa 13 Mei 1959. Rusuhan kaum yang berlaku tidak memberi apa-apa keuntungan malah membawa
banyak kemudaratan.

Perpaduan kaum yang wujud juga turut mempercepat dan memperkasa pembangunan negara.
Rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap bertoleransi dan hidup bersatu-padu memangkinkan usaha
memajukan negara dalam segenap aspek merangkumi ekonomi, sosial, politik dan pendidikan.
Pembangunan pesat yang jelas kelihatan pada hari ini membantu masyarakat menjalani kehidupan
seharian dengan selesa. Sebaliknya, jika keharmonian kaum terancam maka amat sukarlah kerajaan
mengatur agenda mencapai kemajuan negara. Kesannya negara akan ketinggalan dan rakyat menderita
kemiskinan.

Bagi merealisasikan kejayaan negara dengan ramuan perpaduan kaum ini,

maka bagai usaha ke arahnya hendaklah terus dijalankan. Antara lain, kerajaan mewujudkan banyak dasar
bertujuan menerapkan nilai-nilai bagi mengekalkan perpaduan kaum. Terkini, Perdana Menteri Malaysia,
Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan konsep ‘1 Malaysia’. Dasar kepimpinan yang memperkenalkan
konsep “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” memperlihatkan keutamaan masyarakat dalam
pencapaian sesebuah negara. Tanpa rakyat yang bersatu padu maka pincanglah negara itu.

Selain itu, segenap lapisan masyarakat juga berperanan menjalankan tanggungjawab masing-masing
untuk memelihara perpaduan. Media massa sebagai medium komunikasi menjadi saluran maklumat dan
membangkitkan semangat bersatu-padu. Memperbanyakkan iklan dan risalah melalui kempen-kempen
mencintai negara dapat menyedarkan masyarakat tentang peri pentingnya menjaga keharmonian hidup
sesama rakyat. Semua ini dapat dikongsi bersama-sama dengan adanya alat komunikasi media massa
seperti televisyen, radio mahupun internet. Kemudahan yang kita nikmati sekarang ini adalah bukti nyata
hasil kemajuan negara.

Kesimpulannya, kemakmuran negara berkait rapat dengan hubungan baik antara kaum yang sama-
sama mendokong usaha ini. Hubungan baik inilah yang perlu diamalkan bila-bila masa dan selamanya agar
kejayaan yang kita nikmati kini tidak ranap begitu sahaja setelah hampir 54 tahun negara kita mencapai
kemerdekaan.

Antara nilai murni dan iktibar yang dihayati hasil daripada kehidupan berteraskan amalan
permuafakatan dalam kehidupan ialah keamanan negara dapat dijamin dengan wujudnya masyarakat yang
bersatu padu . Perpaduan yang kukuh antara satu sama lain akan melahirkan negara yang aman,tiada
masalah perselisihan faham yang menyebabkan kesejahteraan negara tergugat.

Selain itu , amalan berkerjasama juga dapat dipupuk antara satu sama lain hasil daripada
kehidupan berteraskan permuafakatan dalam kehidupan . Masyarakat yang berkerjasama dapat membantu
negara mempertingkat mutu perpaduan rakyat yang dapat mewujudkan negara yang aman dan makmur .

Seterusnya , masyarakat yang bersemangat patriotik juga dapat dilahirkan . Melalui permuafakatan
yang wujud dalam masyarakat , kesedaran tentang semangat cinta akan negara sedikit demi sedikit akan
wujud . Kita perlulah bersemangat patriotik demi menjamin kedaulatan negara.
Di samping itu , kita haruslah saling hormat-menghormati antara satu sama lainagar tiada masalah
persilisihan faham . Amalan hormat-menghormati dapat memudahkan segala urusan yang dijalankan di
dalam negar berjalan lancer.

Justeru , kita juga hendaklah saling berkerjasama dalam mempertahankan kedaulatan


negara.Kemerdekaan negara hanya dapat dicapai melalui kerjasama antara masyarakat Malaysia.

iktibar daripada peristiwa penentangan terhadap Malayan Union ialah masyarakat Perlu bertegas
dalam menyatakan bantahan . Perlu adanya perpaduan di kalangan masyarakat malaysia yang berbilang
kaum . Mengadakan rundingan sebelum sesuatu dasar dibuat .Berhati-hati dengan tindakan orang asing .
Pentingnya pemimpin berwibawa untuk memerintah negara kita .

pengenalanMU telah menguji kesabaran orang Melayu terhadap British yang inginkan penjajahan
mutlak terhadap Tanah Melayu . Orang Melayu buat pertama kalinya dalam sejarah selepas zaman
Kesultanan Melayu Melaka bangun menentang British . Rentetan daripada penyatuan tersebut , Kongres
Melayu 1946 telah diadakan dan UMNO ditubuhkan untuk menentang niat jahat British tersebut . Kerjasama
antara raja-raja melayu dengan UMNO dan orang melayu pada keseluruhannya telah menyebabkan British
mula berle,but dan memulakan rundingan . Akhirnya , penat lelah tersebut terbayar apabila Perjanjian
Persekutuan 1948 telah membolehkan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk 1 Febuari 1948 . Perjanjian
tersebut telah memperkenalkan semula dasar kuasa british sebelum tahun 1941 .

Anda mungkin juga menyukai