Anda di halaman 1dari 1

Perjanjian Aqabah 1 dan 2

1. Ketika di Makkah beberapa orang suku Khazraj berjumpa nabi dan memeluk Islam,
selepas kembali mereka menyebarkan Islam di Madinah.

2. Pada tahun berikutnya (621 M), suku Aus dan Khazraj menemui nabi lagi dan
membuat perjanjian Aqabah 1.
3. Isi perjanjiannya – suku Aus dan Khazraj beriman kepada Allah dan Rasul.
Mereka berjanji membantu nabi. Mereka tidak melakukan amalan jahiliah seperti
mencuri, minum arak.
4. Selepas perjanjian ini nabi menghantar Mus’ab b. Umair ke Madinah menyebarkan
Islam di sana.
5. Pada tahun 622 M, suku Aus dan Khazraj menandatangani Perjanjian Aqabah 2, isi
kandungannya – suku Aus dan Khazraj memeluk Islam dan mengaku taat setia
kepada nabi. Mereka menjemput nabi dan orang Islam berhijrah ke Madinah.
Mereka akan menyediakan tempat tinggal, keselamatan dan mempertahankan
Islam.

Apakah sebab dan tujuan hijrah.


1. Perintah Allah melalui wahyu yang menyatakan niat orang Quraisy ingin
membunuh nabi.
2. Allah memerintahkan nabi agar segera berhijrah ke Madinah.
3. Ancaman di Makkah menjejaskan penyebaran Islam, maka suasana aman di
Madinah memudahkan penyebaran Islam.
4. Suku Auz dan Khazraj sering bertelagah dan ekonomi mereka dikuasai orang
yahudi. Maka mereka memerlukan pemimpin seperti nabi untuk mendamaikan
hidup mereka.

Anda mungkin juga menyukai