Anda di halaman 1dari 1

Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh Malaysia dalam usaha untuk memajukan ekonomi negara ialah

dengan menguasai pelbagai kemahiran. Selain itu, masyarakat juga sepatutnya melengkapkan diri dengan ilmu
pengetahuan supaya lebih mahir dalam melakukan sesuatu perkara. Seterusnya, pihak berkuasa bertanggungjawab
menjaga keamanan negara dan mengekalkan kedaulatan negara.

Rakyat mestilah bersatu padu untuk mengukuhkan perpaduan kaum. Rakyat juga perlu bersikap kreatif dan
inovatif untuk menghasilkan produktif yang cemerlang. Kerajaan perlu menggalakkan pelaburan asing di negara kita untuk
menambahkan bilangan tenaga mahir yang terdiri dari rakyat Malaysia. Penduduk Malaysia harus mengurangkan kerenah
biokrasi kerana hal ini akan mencemarkan nama baik negara. Dengan ini kerajaan dapat meluaskan pasaran ke peringkat
antarabangsa dari segi eksport dan import.

Di samping itu, melakukan penyelidikan dan pembangunan juga boleh diambil dalam usaha menjadikan negara
hub halal. Justeru kerajaan dapat memperatkan hubungan diplomatik antara negara-negara yang maju seperti Korea,
Jepun dan Britain. Kerajaan juga perlulah menambah institusi pengajian tinggi untuk melahirkan generasi yang cemerlang,
gemilang dan terbilang. Dengan adanya generasi seperti ini, dapat meningkatkan kecekapan pentadbiran kerajaan
Malaysia.

Hubungan harmoni yang terjalin serta semangat perpaduan sesama kaum akan memperkukuhkan lagi
kedaulatan dan pembangunan negara. Keharmonian yang terhasil daripada perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan
satu keistimewaan dan juga daya tarikan kepada pelabur asing untuk melabur di negara kita.

Agenda perpaduan sentiasa dititikberatkan kerana dengan bersatu hati kita dapat membina sebuah negara yang
aman damai, sejahtera dan rakyatnya sentiasa mementingkan perpaduan dan negara aman, politiknya tidak huru-hara,
serta ekonomi yang baik dan dapat menarik minat pelabur asing.

hubungan harmoni dan kerjasama antara pelbagai kaum merupakan kunci atau senjata utama untuk menghadapi
pelbagai ancaman dan cabaran supaya negara kita dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Pertahanan bagi sesebuah negara juga banyak bergantung kepada rakyatnya. Secara langsungnya, hubungan
tegang antara rakyat akibat daripada perselisihan sememangnya mampu menggugat keselamatan negara.Hal ini demikian
kerana hubungan yang harmonis di kalangan rakyat secara tidak langsungnya akan mewujudkan sebuah tembok
pertahanan yang kukuh dan dapat menjamin keselamatan sesebuah negara.

Untuk mencapai kemajuan bagi negara, sikap penerimaan antara kaum membawa kepada perpaduan yang utuh perlu
diamalkan. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancer.

Anda mungkin juga menyukai