Anda di halaman 1dari 30

1.

0 PENGHARGAAN

Sepanjang tempoh pelaksanaan kerja khusus ini, saya telah memperoleh banyak
bantuan dan tunjuk ajar yang berharga daripada pelbagai pihak. Dengan bantuan dan tunjuk
ajar yang diterima, barulah saya dapat menyiapkan kerja khusus ini dengan baik dan lancar.
Selain itu, hal ini juga membolehkan saya menghantar kerja khusus ini dalam tempoh masa
yang ditetapkan.

Terlebih dahulu, saya ingin megucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya
iaitu Puan Rose Adila yang telah memberi banyak tunjuk ajar serta maklumat dan cadangan
yang amat bernas kepada saya. Beliau telah memberi penjelasan yang jelas serta
membantu saya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam projek kerja khusus ini
dengan penuh kesabaran. Beliau juga memberi tunjuk ajar serta maklumat yang lengkap
sepanjang pelaksanaan kerja khusus ini, dan hal ini telah menyenangkan dan
mempercepatkan proses penghasilan kerja khusus ini.

Selain itu, saya juga ingin berterima kasih dengan rakan-rakan saya yang sudi
berkongsi maklumat dengan saya. Kami saling menolong dan memberi pendapat serta
nasihat-menasihati antara satu sama lain demi menyiapkan kerja khusus ini dengan baik.

Akhirnya, saya ingin berterima kasih kepada pihak-pihak lain seperti penerbit-
penerbit buku dan pihak media massa seperti internet yang telah memberi maklumat yang
lebih lengkap dalam penghasilan kerja khusus ini. Dengan bantuan semua, barulah saya
dapat menyiapkan kerja khusus ini dengan lancar dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Sekian, terima kasih.

1
2.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, istilah cabaran merujuk kepada sesuatu yang
menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi. Malaysia dikenali
sebagai sebuah negara yang sedang membangun dan ke arah mencapai status negara
maju. Oleh itu, perkembangan negara berlaku semakin pesat, selari dengan matlamat
Wawasan 2020 yang diutarakan oleh Perdana Menteri keempat, Tun Dato' Sri Dr Mahathir
bin Mohamad yang mengharapkan nama Malaysia dapat dikenali di seluruh pelosok dunia.
Menjelang tahun 2020, Malaysia diharapkan dapat menjadi sebuah negara perindustrian.
Pada tahun tersebut, Malaysia dijangka dapat menempatkan diri dalam kalangan negara-
negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat, Britain, Jerman dan Perancis. Sekiranya
impian Tun Dato Sri Dr Mahathir bin Mohamad ini menjadi kenyataan, maka Malaysia sudah
pasti akan berubah daripada sebuah negara yang ekonominya berasaskan pertanian kepada
sebuah negara industri. Ini juga bermakna Malaysia akan memasuki era baru dengan
kemajuan teknologi yang canggih dan moden. Namun begitu untuk menjadikan wawasan ini
sebagai suatu kenyataan bukanlah semudah yang disangkakan. Kerjasama diperlukan
daripada seluruh rakyat Malaysia dalam pelaksanaannya. Ekoran daripada itu, terdapat
pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh negara kita sebelum hasilnya dapat dinikmati
oleh rakyat Malaysia.

2
3.0 CABARAN YANG DIHADAPI OLEH MALAYSIA

Sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, pemimpin-pemimpin negara telah


mencorak hala tuju negara. Kepimpinan Tunku Abdul Rahman dan Datuk Abdul Razak lebih
memfokuskan pembangunan negara untuk mengatasi kemiskinan dan ketidaksetaraan
agihan kekayaan negara antara kaum. Maka diwujudkan Dasar Ekonomi Baru untuk
mencapai hasrat ini. Hubungan luar negara ketika ini juga menghala kepada British kerana
negara baru mencapai kemerdekaan. Datuk Adbul Razak telah membuka era baru
hubungan luar negara apabila menjalinkan hubungan dengan negara China, sebuah negara
komunis pada ketika itu.

Negara bergerak pantas ke arah sebuah negara perindustrian dan maju mengikut
acuan sendiri ketika era kepimpinan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Dasar Pandang ke
Timur telah dijadikan landasan untuk negara menjadi maju dengan meniru kemajuan dan
kemodenan yang telah dicapai oleh negara China, Jepun dan Korea Selatan. Hasilnya
dengan kerjasama negara Jepun, Malaysia membangunkan industri berat dan mengeluarkan
kereta sendiri. Dr Mahathir Mohamad mensasarkan dalam tempoh sehingga tahun 2020
Malaysia akan menjadi sebuah negara yang maju dalam satu blueprint yang dikenali sebagai
Wawasan 2020.

Datuk Seri Abdullah Badawi semasa memimpin negara berusaha membangunkan


modal insan. Pembangunan modal insan dibangunkan dengan Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) dan Islam Hadhari. Kini di era Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa
transformasi sedang dan telah dilakukan untuk menjadi negara ini lebih maju. Di bawah
kepimpinan beliau rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.

Beberapa cabaran telah dan sedang dilalui oleh negara ke arah mempertahankan
kemerdekaaan negara dan menjadikan negara lebih maju. Cabaran-cabaran yang perlu
dihadapi oleh negara kita dapat dikategorikan kepada dua kumpulan utama iaitu cabaran
pertahanan dan kedaulatan negara serta cabaran globalisasi.

3
3.1 CABARAN PERTAHANAN DAN KEDAULATAN NEGARA

Perkataan kedaulatan bermaksud kuasa tertinggi yang dimiliki oleh sesebuah negara.
Kemunculan konsep ini dipengaruhi oleh proses pertumbuhan negara moden. Secara
umumnya kedaulatan merupakan kuasa tertinggi yang dimiliki oleh sesebuah institusi dalam
masyarakat, politik untuk membuat keputusan tentang hal-hal yang berhubung dengan
pentadbiran dan politik.

Ahli falsafah pertama yang memberi pendapat tentang kedaulatan ialah John Bodin
(1530-1596) dalam bukunya Six Books Cancerning The State menegaskan kedaulatan
adalah kuasa tertinggi yang terdapat dalam sesuatu kesatuan negara iaitu kuasa tertinggi ke
atas warganegara dan rakyat wilayah itu. Kuasa tertinggi menurut beliau dimiliki oleh
golongan raja atau pemerintah yang memiliki kuasa daulat (mutlak).

Sebagai warganegara Malaysia, kita haruslah bersyukur kepada Tuhan kerana dapat
hidup dalam sebuah negara yang selamat dan tidak mengalami apa-apa jenis bencana
alam. Namun begitu, isu-isu keselamatan negara seolah-olah tidak dapat dibendung ke akar
umbinya lagi. Pada masa yang sama, isu-isu pertahanan dan kedaulatan negara turut sering
dipaparkan pada dada surat khabar atau menghiasi kaca televisyen sejak kebelakangan ini.
Cabaran pertahanan dan kedaulatan negara ini boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu
ancaman dalaman dan ancaman luaran.

4
ANCAMAN DALAMAN TERHADAP KEDAULATAN NEGARA

Ancaman dan cabaran di alaf baru ini mempunyai perspektif yang berbeza-beza
mengikut sejarah negara masing-masing di samping faktor lain seperti demografi, sosial
politik, status ekonomi dan juga perkembangan pembangunan di negara jiran dan seluruh
dunia. Dari dalam negara, kita menerima ancaman daripada puak-puak ekstrimis kaum dan
penyimpang agama. Kelompok ini menjadi ancaman kepada negara kerana tindak-tanduk
mereka yang sanggup melakukan sesuatu di luar batas kemanusiaan demi mencapai
matlamat masing-masing. Ini adalah disebabkan oleh sebilangan daripada mereka suka
menimbulkan masalah dan menghuru-harakan keselamatan negara. Sikap ini hanya akan
merendahkan sahsiah diri mahupun memcetus kemarahan serta perbalahan antara kaum,
Hal ini seterusnya akan menjejaskan imej negara kita

Selain daripada itu, konsep baru dunia tanpa sempadan dan fenomena kemajuan
teknologi maklumat telah mewujudkan ancaman di alaf baru. Contohnya, internet yang
disalahguna untuk mengedarkan pelbagai bahan anti kerajaan, menjatuhkan kerajaan dan
promosi aktiviti yang boleh menggoyahkan kestabilan keselamatan negara juga merupakan
ancaman dalaman terhadap kedaulatan negara.

Begitu juga dengan ancaman oleh golongan pelampau seperti Al-Ma'unah adalah
sebuah organisasi (pengganas) militan di Malaysia yang terkenal dengan keberaniannya
melakukan pencerobohan nekad ke atas sebuah kem Rejimen Askar Wataniah pada subuh
2 Julai 2000 dan melarikan sejumlah besar senjata api daripada stor persenjataan.
Kumpulan tersebut kemudiannya mendirikan pangkalan rahsianya di kawasan hutan
berhampiran perkampungan di Sauk, Perak dan terlibat dalam pertempuran di antara
Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

5
ANCAMAN LUARAN TERHADAP KEDAULATAN NEGARA

Cabaran luaran biasanya dari Barat dijelmakan dalam bentuk penguasaan Barat.
Kehadiran Barat mewujudkan konflik atau keadaan tidak selesa kerana setiap peradaban
kerap merasa terancam dan diancam. Selain itu, keselamatan negara kita dapat
menunjukkan bahawa strategi pertahanan negara kita masih lemah dan kita perlu berusaha
lagi dalam bidang ini. Hal ini bertepatan dengan konflik antara Kesultanan Sulu dan Malaysia
yang berlaku pada tahun yang lalu telah meragut nyawa kedua-dua orang pihak polis.
Begitu juga dengan 2 kes penculikan yang berlaku di Sempurna pada tahun 2014. Kes ini
bukan sahaja menjejaskan sektor pelancongan negara kita, tetapi juga telah mencemarkan
imej negara kita dan ekonomi negara kita di persada antarabangsa.

Kewujudan sebuah negara bergantung kepada kedaulatan atau wujudnya kekuasaan


tertinggi yang tidak terbatas. KePkuasaan tertinggi ertinya tiada kuasa lain yang akan
menandingi kuasa sebuah negara. Sesiapa pun harus tunduk kepada kuasa kerana
sekiranya negara tidak mempunyai kuasa yang tertinggi atau kuasa yang selalunya tercabar
maka dengan sendirinya kedaulatan sesebuah negara boleh terjejas .Ini bererti kuasa
tertinggi menentukan sebuah negara itu harus bebas dari kongkongan kuasa-kuasa luar
kerana negara yang tunduk dengan kuasa luar boleh menjadi sebuah wilayah jajahan.
Dengan lain-lain perkataan sesebuah negara merdeka iaitu dapat menentukan nasib
raktyatnya sendiri tanpa duduk di telunjuk kuasa lain atau luar. Jelasnya, rakyat Malaysia
perlu bersatu-padu mempertahankan kestabilan satu-satunya tanah air kita ini. Bagi
menangani ancaman luar, kerajaan turut perlu mengoptimumkan hubungan diplomatik dan
hubungan kebudayaan dengan negara asing bagi memastikan keamanan dan kemakmuran
dunia.

6
3.2 CABARAN GLOBALISASI

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, globalisasi merupakan proses yang


membolehkan sesuatu aktiviti seperti ekonomi, kebudayaan dan sebagainya disebarkan atau
diperluas ke peringkat antarabangsa, terutamanya dengan adanya kemudahan sistem
komunikasi, dasar terbuka dan lain-lain dalam tempoh yang singkat.

Selain itu, Dr. Taha Jabir Alwani (1991) pula berpendapat bahawa globalisasi
merupakan satu usaha pihak yang mempunyai kuasa dan pengaruh untuk mewujudkan
centralization untuk memaksa agenda ekonomi, sosial, politik dan sosial mereka kepada
pihak yang lemah. Kuasa tersebut akan memandu atau memimpin negara-negara lain
dengan acuan yang telah disediakan dengan meletakkan mereka sebagai pusat dan pihak
lain sebagai pinggiran.

Cendekiawan barat pula mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan


yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, ekonomi dan
social yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna segala-
segalanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.

Seterusnya, berdasarkan himpunan penulisan dan pandangan bekas Perdana


Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad, beliau mengingatkan agar masyarakat Malaysia
tidak dipengaruhi dengan arus globalisasi, sebaliknya kita haruslah membina kekuatan dan
menangkis unsur-unsur negatif yang membawa kesan buruk kepada kita.

Kesimpulannya dapatlah ditakrifkan bahawa globalisasi merupakan satu kuasa yang


menekankan pelbagai aspek merangkumi politik, negara, ekonomi, sosial dan sebagainya
untuk kepentingan yang tertentu. Globalisasi juga merangkumi perkembangan teknologi

7
yang mampu mencerminkan identiti sesebuah negara. Negara yang mengikut arus
globalisasi dikatakan sebuah negara yang membangun kerana mengikuti peredaran dan
perubahan semasa.

3.2.1 CABARAN GLOBALISASI DARI SEGI POLITIK

Politik dapat disamaertikan sebagai segala yang berkenaan dengan pemerintahan


negara dan perhubungan dengan negara lain. Malah, cabaran globalisasi Malaysia dari
aspek politik amat berkait rapat dengan isu integritii dan rasuah.

Suapan, sogokan dan duit kopi adalah beberapa istilah yang tidak asing lagi apabila
memperkatakan perihal rasuah. Jenayah kolar putih ini sering dikaitkan dengan ahli politik,
ahli perniagaan dan pegawai kerajaan. Menurut Glosari Integriti, Institut Integriti Malaysia
(IIM), integriti pula memberi maksud perihal sifat individu dan organisasi yang sempurna,
berteraskan nilai murni seperti jujur, benar, amanah, adil, bertanggungjawab, telus, cekap
dan bijaksana. Oleh itu, integriti merupakan suatu tahap yang sempurna dan tidak ada
rasuah, salah guna kuasa atau penyelewengan, tiada rungutan dan aduan atau
ketidakpuasan hati pelanggan ke atas perkhidmatan yang diberi. Maka wujudlah
perkhidmatan yang telus, adil dan saksama. Namun begitu, isu rasuah di Malaysia tidak
pernah surut dibincangkan dalam kalangan masyarakat terutama apabila tiba musim pilihan
raya.

Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dikeluarkan oleh Transparency International


pada tahun 2014 menunjukkan Malaysia menduduki tangga ke-50 daripada 175 negara yang
mengambil bahagian serta mendapat 52 markah berbanding dengan 50 markah untuk tahun
2013 dan 49 markah untuk tahun 2012. Markah sederhana yang diperoleh itu menunjukkan
betapa masih banyak lagi usaha perlu dilakukan untuk memperbaiki persepsi rasuah
terhadap negara, seperti mengekang politik wang, menjadikan urusan yang membabitkan
perbelanjaan, pemberian kontrak dan sebagainya, lebih telus.

8
Terdapat pelbagai punca yang membolehkan seseorang cenderung untuk melakukan
jenayah ini. Antaranya adalah disebabkan oleh individu itu sendiri. Dalam konteks ini,
individu yang mempunyai keperibadian yang lemah seperti kekurangan iman dan bersifat
materialistik. Secara logiknya, seseorang itu sememangnya mengetahui bahawa rasuah
adalah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi sanggup melakukannya dengan
seribu satu alasan peribadi..Sikap hendak hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin
cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah
keperibadiannya. Hal ini menepati catatan dalam Laporan Tahunan 2011 Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM):

Mereka yang mengamalkan rasuah bukan kerana tidak cukup gaji atau pendapatan.
Mereka melakukan bukan kerana kelaparan atau serba kekurangan. Tetapi mereka
melakukannya kerana rasa tamak haloba, sentiasa ingin hidup lebih mewah, tidak
bertanggungjawab dan mengkhianati amanah. (SPRM, 2012)

Selain itu, masalah rasuah adalah disebabkan daripada kelemahan kepimpinan


dalam sesebuah organisasi. Sesebuah organisasi seharusnya mempunyai pemimpin yang
tegas, telus dan adil dalam menjalankan segala operasi organisasinya. Ini adalah untuk
memastikan organisasi dapat menghindari masalah dalaman yang berpunca dari pucuk
pimpinan itu sendiri. Kepimpinan yang lemah turut akan menyebabkan kekurangan
penyeliaan dalam menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya gejala
rasuah ini.

Sebagai contoh, peruntukan undang-undang mengenai penetapan kadar saman bagi


kesalahan menjalankan perniagaan pusat hiburan tanpa lesen di sebuah Pihak Berkuasa
Tempatan, memberi kuasa mutlak kepada Yang Di Pertuanya seorang sahaja menentukan
kadar saman- sama ada kadar minima RM1,000 atau kadar maksima RM25,000. Kuasa
monopoli dan kuasa budi bicara seperti ini mewujudkan suasana tiada ketelusan dalam
membuat keputusan. Lantaran itu boleh membuka peluang kepada YDP PBT
menyalahgunakan kuasanya dengan melakukan rasuah. Kes rasuah juga pernah dipaparkan
pada surat khabar, seorang YAB Majlis Perbandaran didapati bersalah kerana meminta dan
menerima rasuah sebanyak RM385,000 berserta satu set golf bernilai RM2,500 daripada
kontraktor, kerana telah menjanjikan kelulusan dan membantu kelicinkan projek

9
pembangunan perumahan seluas lebih kurang 10 ekar. Sebagai akibatnya, beliau telah
dijatuhkan hukuman penjara empat tahun dan denda berjumlah RM 1.945 juta.

Kestabilan politik dalam sesebuah kerajaan boleh tergugat dengan terbongkarnya


perbuatan pecah amanah dan rasuah. Skandal BMF yang dikaitkan dengan beberapa orang
pemimpin negara telah hampir-hampir membawa kepada krisis keyakinan terhadap
kerajaan. Contohnya, kes pecah amanah Pan-Electric telah menyebabkan Tan Koon Swan
merengkok di dalam penjara dan hilang jawatan sebagai Presiden MCA. Dengan terlucutnya
jawatan itu, satu pemilihan baru pula terpaksa dibuat. Oleh itu, pergolakan dan perebutan
dalam MCA berterusan.

Kesan pecah amanah adalah besar bukan setakat sesebuah pertubuhan, malahan
membabitkan kestabilan negara. Pecah amanah yang berlaku di beberapa buah koperasi
pengambil deposit (KPD) telah membawa kepada pengurangan majoriti kerusi Barisan
Nasional dalam plihan raya 1986. Sebanyak 588000 pendeposit dengan jumlah wang $600
juta terlibat dalam kes pecah amanah KPD. Ke rasuah Dato Harun Idris yang melibatkan
Bank Rakyat telah mewujudkan suasana yang tegang dalam politik negara pada akhir tahun
1970-an.

Kesimpulannya, rasuah sememangnya akan mendatangkan banyak masalah. Bukan


sahaja terhadap individu yang melakukannya, bahkan kepada masyarakat sekeliling dan
lebih parah apabila mula melibatkan negara kita. Kegiatan rasuah boleh melumpuhkan
fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Pentadbiran sesebuah negara juga boleh menjadi
kucar-kacir. Akibatnya, hal ini akan mendorong berlakunya masalah lain seperti kemerosotan
ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Akhirnya boleh
menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. Contohnya, di Filipina
yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan
disebabkan amalan rasuah yang tidak dapat dikawal lagi.

10
3.2.2 CABARAN GLOBALISASI DARI SEGI EKONOMI

Sejak kebelakangan ini, Malaysia menghadapi dilemma dalam membendung


kemasukan pendatang dari negara asing khususnya negara Indonesia. Dipercayai bahawa
setiap hari sebanyak 2000 hingga 3000 pendatang Indonesia menyusup masuk ke negara
Malaysia sama ada secara haram atau dengan menggunakan passport antarabangsa.
Ketidakseimbangan dalam kemasukan pendatang Indonesia berbanding dengan
penghantaran balik sebanyak 250 hingga 300 orang setiap hari oleh pihak imigresen telah
meningkatkan jumlah pendatang tanpa izin kepada satu angka yang sukar dianggarkan.

Malaysia bukan sahaja menghadapi masalah dalam mengawal kemasukan tanpa izin
Indonesia tetapi juga kesulitan membendung kemasukan pendatang dari Filipina dan
pelarian politik Vietnam. Kemasukan secara berama-ramai ini dari segala penjuru yakni dari
sebelah Sumatera di barat, Jawa di selatan, Kalimantan dan Filipina dari arah timur serta
Vietnam di utara telah memberi suatu gambaran bahawa Malaysia telah dikepong oleh
cabaran tetau yang tidak diundang

Salah satu punca yang menyebabkan Malaysia mendapat perhatian pendatang tanpa
izin adalah kerana kedudukannya yang strategik dan berdekatan dari sudut geografi dengan
negara-negara jiran. Sebagai contoh, perjalanan dari Sumatera ke pantai barat
Semenanjung Malaysia mengambil masa beberapa jam sahaja. Selain itu, kemajuan dan
kestabilan ekonomi Malaysia turut menarik perhatian rakyat asing, terutamanya dari negara
Indonesia. Masalah pendatang Indonesia ini telah menjadi satu isu nasional kerana

11
fenomena ini telah menimbulkan berbagai-bagai masalah sosial, ekonomi dan demografi
bukan sahaja kepada kerajaan malah melibatkan rakyat tempatan.

Implikasi yang paling nyata akibat daripada masalah pendatang ialah dalam bidang
ekonomi. Pelbagai bentuk, jenis dan bidang pekerjaan telah dibolot oleh golongan ini. Di
bandar raya Kuala Lumpur, kalau dahulu kawasan Chow Kit dimonopolikan oleh peniaga
tempatan, kini kawasan tersebut telah dikuasai sepenuhnya oleh penjaja dan penjual
pendatang Indonesia. Kad pengenalan sementara yang diberikan telah membawa mereka
keluar daripada lading kelapa sawit dan getah. Dengan adanya kad pengenalan sementara
mereka bebas menjalankan kegiatan tanpa gangguan pihak berkuasa. Manakala bagi
mereka yang tidak mempunyai sebarang pengenaan yang sah, mereka menceburi bidang
pekerjaan dalam sektor pembinaan, ladang kelapa sawit dan getah. Kekurangan sumber
manusia di dalam ketiga-tiga sektor ini hanya dapat diatasi melalui pengambilan buruh
Indonesia. Rakyat Malaysia tidak berminat bekerja dalam sektor-sektor ini kerana industri
perkilangan menawarkan insentif yang lebih menarik. Pengisian dalam sektor-sektor
pekerjaaan tersebut oleh pendatang Indonesia sebenarnya merumitkan masalah
pengangguran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia. Hal ini akan meningkatkan lagi kadar
pengangguran dalam kalangan generasi yang bakal meninggalkan alam persekolahan.

Selain itu, pekerja asing yang bekerja di sini setiap bulan menghantar wang balik ke
negara asal mereka. Pengaliran keluar mata wang negara pada kadar yang banyak pada
setiap bulan bakal merugikan negara dari segi tukaran wang asing dan menguntungkan
negara asal pekerja asing ini. Keadaan ini menyebabkan wang itu tidak digunakan untuk
membangunkan semula ekonomi negara secara efektif. Sebaliknya, wang negara digunakan
untuk menjana ekonomi negara asal pekerja asing itu dan wang negara pula digunakan
untuk membiayai kehidupan keluarga pekerja asing itu. Sistem transaksi canggih di bank-
bank negara kita menyumbang kepada proses pertukaran wang dapat dilakukan dengan
mudah dan cepat serta perkhidmatan yang murah. Menurut statistik, sebanyak RM 9.124

12
juta telah dihantar ke negara asal pekerja asing antara bulan Januari hingga Jun setiap
tahun. Hal ini akan membebankan kewangan negara. Bukan itu sahaja, sebanyak RM1.169
juta digunakan sehari oleh kerajaan sebagai kos untuk penahanan pendatang asing tanpa
izin (PATI) amat merugikan negara sekali gus mengganggu gugat kerancakan ekonomi di
negara kita. Jadi, keadaan ini tidak sihat terutama dalam jangka masa panjang atau ketika
negara dalam kegawatan ekonomi.

Keduanya, globalisasi kewangan yang begitu pesat pada dekad ini menyebabkan
dunia saling berhubung dan bergantung pula merupakan salah satu cabaran globalisasi dari
aspek ekonomi yang dihadap oleh Malaysia. Krisis kewangan global yang secara langsung
memberi kesan kepada kelembapan ekonomi dunia hari ini bakal menyaksikan pertumbuhan
ekonomi dunia berada pada tahap sederhana iaitu sekitar 3.7 peratus pada akhir tahun ini
dan dijangka pulih mulai akhir 2009 pada sekitar 2.2 peratus. Situasi tersebut sudah pastinya
menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat memandangkan Malaysia tidak terkecuali
daripada menerima tempiasnya.

Kemelesetan ekonomi merupakan salah satu daripada masalah ekonomi yang sering
kali dibincangkan oleh pakar-pakar ekonomi. Tiada sebuah negara pun terlepas daripada
menghadapi kemelesetan ekonomi walaupun negara tersebut merupakan negara yang maju,
sedang membangun mahupun mundur. Krisis ini selalunya akan berkait rapat dengan
masalah utama makroekonomi iaitu pengangguran dan inflasi.

Ekonomi Malaysia sejak tahun 1970, telah mengalami pasang surut beberapa kali
disebabkan oleh pelbagai faktor yang sebahagian besarnya berpunca daripada faktor luaran
memandangkan keterbukaan ekonomi Malaysia. Pada tahun 1973/74, Malaysia pertama kali
mengalami krisis ekonomi berikutan kenaikan harga minyak yang lebih dikenali sebagai
kejutan minyak pertama akibat peperangan antara Mesir dan Israel. Sebagai akibatnya,
ekonomi negara-negara perindustrian mengalami pengucupan yang turut memberi kesan
kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia yang hanya meningkat 0.8% pada 1975 iaitu paras
terendah dalam tempoh 1970-1980. Malaysia sekali lagi mengalami krisis ekonomi yang juga
berpunca daripada kenaikan harga minyak iaitu kejutan minyak kedua pada 1978 akibat

13
daripada revolusi Iran. Ini mengakibatkan kemelesetan ekonomi yang diikuti dengan
masalah utama makroekonomi di negara-negara maju. Walaupun ekonomi Malaysia tidak
mengalami kemelesetan, namun pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK)
meningkat perlahan pada awal 1980an berikutan kejatuhan eksport dan harga komoditi.

Pada masa ini, nilai mata wang Ringgit semakin merosot. Perkara ini tidak boleh
dinafikan oleh kerajaan tetapi perbuatan pihak-pihak tertentu yang menyifatkannya sesuatu
yang baik untuk ekonomi negara adalah tidak wajar. Hal ini adalah kerana kita semua
mengetahui bahawa beberapa bulan yang lalu, nilai mata wang Malaysia adalah RM3 bagi
USD 1. Kini, nilainya semakin hari semakin menurun sehingga RM4.10 bagi USD 1 sehingga
hari 19.08.2015. Kenaikan ini akan membawa banyak implikasi negatif kepada ekonomi
negara. Keadaan ini merupakan yang paling teruk sejak krisis kewangan pada tahun 1997.

Antara punca-punca kepada kejatuhan yang mendadak ini adalah kerana kemasukan
pelaburan asing yang semakin merosot, peningkatan hutang dari luar negara, kemerosotan
harga minyak di peringkat global, kemerosotan harga komoditi mentah seperti getah dan
kelapa sawit dan isu-isu atau krisis dalam negara yang kerap memberi imej yang negatif.

Dalam keadaan ekonomi negara yang semakin merudum, penurunan nilai mata
wang negara amat membimbangkan seluruh rakyat jelata kerana berpendapat bahawa
kerajaan akan sukar untuk memulihkan ekonomi negara dalam jangka masa yang tertentu.
Hal ini turut menunjukkan kita sudah tercicir daripada landasan mengejar status negara
berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Selain daripada itu, kejatuhan nilai Ringgit Malaysia juga akan menyebabkan import
menjadi lebih mahal. Harga barang-barang yang dibeli dari negara-negara lain akan
meningkat kerana mata wang kita mengalami kemerosotan. Oleh yang demikian, barang-
barang yang diberi dari negara lain terpaksa dengan harga yang lebih tinggi di negara kita.

14
Hal ini juga akan merugikan rakyat tempatan. Tambahan pula, kenaikan harga barang-
barang yang diimport ini akan memberi kesan inflasi yang ketara dalam negara kita.

3.2.3 CABARAN GLOBALISASI DARI SEGI SOSIAL

Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang terdiri daripada rakyat yang berbilang
kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Pada abad ke-19, semasa penjajahan British, kekayaan
sumber ekonomi dan kestabilan politik telah menarik minat kedatangan imigran Cina dan
India ke Tanah Melayu. Dasar British ini yang menggalakkan penghijrahan buruh asing telah
membawa kemunculan dan pembentukan masyarakat berbilang kaum. Dalam usaha
merealisasikan Wawasan 2020 yang berbunyi mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu
padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi di
peringkat Wilayah dan antara kaum, berasaskan persamaan hak dan keadilan, perpaduan
amat penting dan pelbagai kesan positif dapat diperoleh melalui usaha mengadakan pakatan
murni ini.

Namun begitu, isu perpaduan kaum adalah antara cabaran globalisasi yang terpaksa
dilalui negara ketika ini. Cabaran ini ternyata amat getir apabila negara pernah mengalami
peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun negara telah mencapai kemerdekaan selama 58
tahun dan rakyat hidup dalam keadaan harmoni namun begitu masalah perpaduan ini masih
tidak pernah padam dalam kalangan masyarakat perlbagai kaum di negara ini. Beberapa isu
sensitif yang melibatkan kaum seperti agama, bahasa, hak istimewa sering dimainkan oleh
pihak-pihak berkepentingan telah menyebabkan keharmonian yang dbentuk berkocak
kembali.

15
Terdapat beberapa faktor sejarah yang menyulitkan proses pencapaian perpaduan di
Malaysia. Salah satu faktor yang menyebabkan masalah perpaduan masih wujud di negara
kita ialah agama dan budaya. Hal ini kerana setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan
kebudayaan yang berlainan. Setiap kaum pula mempunyai adat resam, bahasa, kesenian,
budayadan sistem nilai yang berbeza. Oleh itu, mereka masing-masing kurang mengenali
dan memahami serta seringkali menganggap mereka sahaja yang terbaik. Sikap ini
menguatkan perasaan buruk sangka yang menghalang pergaulan baik antara pelbagai
kaum.

Selain itu, Laporan Razak turut menyebut bahawa tiada satu sistem pendidikan
nasional di Tanah Melayu di mana setiap etnik lebih gemar menghantar anak mereka ke
sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing juga menghalang kewujudan
perpaduan. Kurikulum yang digunakan di sekolah pula tidak sama. Keadaan ini
melebarluaskan lagi jurang pergaulan, menghasilkan pandangan yang berlainan dan
menjejaskan persefahaman dan perhubungan sesama rakyat di samping mewujudkan
keperibadian dan perwatakan yang berbeza tanpa mempedulikan pembentukan warga
negara yang beridentitikan kekitaan. Isu pergaduhan di Plaza Low Yat baru-baru ini turut
membuka satu lagi lembaran hitam dalam sejarah negara kita bukan kerana negara pada
ketika ekonomi rakyat sedang parah dimamah kegawatan tetapi kerana isu jenayah yang
ditiup kencang sehingga hampir menjadi isu perkauman.

Menurut Joseph Stiglitz, seorang ketua ahli ekonomi bank dunia, kunci bagi survival
Malaysia ialah hubungan etnik yang harmonis atau dalam erti kata yang lain perpaduan
rakyat dalam negara. Beliau menyatakan sekiranya hubungan etnik tergugat, survial
Malaysia, sebagai satu negara bangsa juga turut terjejas. Peristiwa 1969 jelas membuktikan
hubungkait ekonomi dengan etnik di mana wujudnya stereotaip dalam kalangan etnik pada
masa itu. Ekoran daripada perpecahan kaum di Malaysia mungkin akan menyebabkan
aktiviti ekonomi tidak dapat berjalan dengan lancar dan juga mungkin berhenti dengan serta-
merta. Hal ini akan mengakibatkan negara mengalami kerugian di mana perbelanjaan
melebihi pendapatan. Contohnya, kerajaan akan terpaksa membelanjakan banyak duit untuk
mengamankan negara dan pada masa yang sama pendapatan negara akan berkurang

16
kerana ekonomi terbantut. Selain daripada itu, pelabur-pelabur juga akan menghentikan
pelaburan mereka di Malaysia kerana risau mengalami kerugian dan pelabur luar negara
ingin melabur di Malaysia turut akan membatalkan hasrat mereka. Mata wang Malaysia pula
akan jatuh teruk serta ramai akan meninggalkan negara Malaysia untuk mencari tempat
yang lebih selamat dan hal ini akan mengakibatkan duit ringgit Malaysia keluar dengan
banyaknya dari Malaysia.

Keduanya,cabaran pendidikan turut menjadi salah satu cabaran globalisasi yang


dihadapi oleh negara kita. Pendidikan merupakan nadi pembangunan sesuatu bangsa dan
negara. Tanpa sistem pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan
perkembangan zaman, maka bolehlah dianggap bahawa bangsa atau negara tersebut gagal
dalam melaksanakan tanggungjawab memartabatkan sesuatu bangsa atau negara. Peranan
sistem pendidikan sangat penting dalam pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti
dan cemerlang merupakan wahana usaha membangunkan generasi alaf baru. Sistem
pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang strategik yang boleh meningkatkan
keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tingggi dan cemerlang agar
dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21. Selanjutnya dunia era globalisasi kini
memperlihatkan perkembangan ilmu yang sangat pantas.. Perubahan demi perubahan yang
berlaku itu turut membawa bersama isu dan cabaran dalam sistem pendidikan kita.

Cabaran pendidikan yang dihadapi oleh Malaysia merujuk kepada keberkesanan


kurikululum di sekolah. Dunia tanpa sempadan menyebabkan Malaysia menghadapi
kemelutan sosial. Kebanjiran maklumat, akses yang mudah, keadaan dunia hiburan menjadi
kegilaan ramai sekarang ini iaitu facebook menyebabkan berlakunya gejala negatif di
masyarakat kini. Perasaan kebimbangan terhadap generasi pelajar masa ini telah tercetus
akibat fenomena negatif ini. Perkembangan tersebut telah mendorong para perancang
kurikulum Malaysia terpaksa menyemak semula keberkesanan kurikulum sekolah untuk
menghadapi pelbagai perubahan akibat pengaruh globalisasi tersebut.

17
Selain itu, cabaran inovasi dalam pelaksanaan kurikulum juga dihadapi oleh
Malaysia. Ohmae (1995) menyatakan bahawa perkembangan dalam teknologi maklumat
dan arus globalisasi telah menyebabkan berlakunya kecairan sempadan nasional yang telah
melahirkan paradigma baru kepada semua organisasi, termasuk institut pendidikan. Menurut
Hallinger (1998), globalisasi pula telah mendorong berlakunya anjakan paradigma yang amat
ketara di kebanyakan negara dalam konteks untuk mencari makna terhadap kualiti
pendidikan dan juga kurikulum yang ditawarkan. Hal ini disebabkan kebimbangan akan
kehilangan daya saing dalam persekitaran dunia global sekiranya penyemakan dan
perubahan terhadap kurikulum tidak dilakukan. Dalam konteks ini, sistem pendidikan
Malaysia telah mengalami transformasi yang agak radikal bermula sekitar tahun 1990-an
sebagai reaksi kepada perubahan di peringkat global tersebut.

Tambahan pula, cabaran yang terpaksa dilalui oleh institusi pendidikan dalam
konteks pelaksanaan inovasi kurikulum adalah kesediaan guru untuk menerima dan
melaksanakannya dengan penuh dedikasi dan kesungguhan. Harvey (1990) telah
menyenaraikan beberapa faktor yang mengekang kesediaan guru untuk melaksanakan
perubahan iaitu penambahan beban, kekurangan sokongan pentadbir, kurang rasa
kepunyaan dan lain-lain.

Seterusnya, sistem persekolahan yang berbeza mempunyai haluan masing-masing


dan tidak dapat melahirkan satu identiti bangsa. Atas rasa kesedaran kebangsaan menerusi
pendidikan sebagai alat untuk mencapai perpaduan bangsa, maka satu jawatankuasa
ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan yang sedia ada. Akta Pelajaran 1961 telah
dirangka berasaskan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 yang
menekankan penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa perpaduan.Walaupun
hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada di Malaysia
ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu memandangkan pola
tempat tinggal yang berlainan. Misalnya orang Melayu tinggal di kampung-kampung dan
pinggir pantai, kaum Cina pula tinggal di kawasan perlombongan dan kaum India di kawasan
ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah amat sukar untuk menyatukan mereka. Malah,
Sabah dan Sarawak masih terdapat murid-murid yang ketinggalan dari segi kemudahan

18
insfrastruktur dan sebagainya. Oleh itu, sehingga kini jurang pendidikan antara desa dan
bandar masih ketara.

4.0 LANGKAH-LANGKAH MENANGANI CABARAN

Sejak akhir-akhir ini, kita berada pada alaf globalisasi dan liberalisasi. Pelbagai inisiatif
perlu dijalankan demi menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang
bersatu-padu serta berakhlak mulia. Walaupun terdapat beberapa cabaran yang harus kita
hadapi, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigih dan strategi yang
lebih efektif seta dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab dan bersifat proaktif oleh
semua pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan dan integrasi nasional akan tercapai
dengan restu dan perkenan Tuhan Yang Maha Berkuasa.

Dari aspek politik, bagi mencegah berlakunya kes rasuah, Ketua-Ketua Jabatan perlulah
mengambil tindakan disiplin yang tegas terhadap pegawai-pegawai yang didapati tidak
berintegriti serta terlibat dengan perlakuan rasuah mahupun salah guna kuasa. Adalah tidak
memadai untuk mengenakan Amaran Pentadbiran sahaja. Bagi kes-kes yang serius,
tindakan menahan gaji, turun pangkat atau lain-lain tindakan yang wajar hendaklah
dikenakan. Ini menunjukkan keseriusan kerajaan dalam menangani perlakuan yang tidak
berintegriti dalam kalangan anggota perkhidmatan awam.

19
Selain itu, usaha kerajaan untuk menakutkan pesalah rasuah dan masyarakat boleh
dicapai menerusi satu kempen iklan yang efektif. Kempen yang dilancarkan itu mestilah
menggunakan media massa secara holistik iaitu daripada akhbar hinggalah ke internet untuk
memastikan semua khalayak masyarakat menerima kempen tersebut. Semua imej atau aksi
yang dipaparkan melalui iklan itu mestilah berupaya meninggalkan kesan atau menjadikan
masyarakat berfikir dua kali sebelum mereka menerima ataupun memberi rasuah.

Seterusnya, penerapan konsep keagamaan dan moral hendaklah dilakukan


terutamanya dalam sektor pendidikan negara seperti dalam kalangan pelajar sekolah dan
universiti. Usaha menerapkan konsep murni sebegini perlu dilakukan pada peringkat awal
kehidupan seseorang itu supaya mudah untuk mengawalnya. Semua konsep yang baik
patutlah dijelaskan kepada pelajar supaya mereka memahami keperluan untuk
membebaskan diri dan negara daripada ancaman rasuah ini sebagai usaha untuk
merealisasikan Wawasan 2020.

Dari segi ekonomi pula, banyak langkah harus diambil untuk mengatasi kebanjiran
pedatang tanpa izin. Antaranya ialah menghantar mereka balik ke tempat asal. Akan tetapi,
dalam hal ini pihak berkuasa menghadapi kesukaran kerana setiap kali penghantaran balik
yang dibuat akan diikuti dengan kepulangan ke Malaysia. Ketidakmampuan pihak imigresen
mengadakan rondaan secara berkesan di perairan Selat Melaka memudahkan kedatangan
mereka. Kegiatan ini sukar dibendung kerana ia diuruskan oleh tekong atau orang tengah
yang terdiri daripada kalangan penduduk tempatan sendiri. Untuk mengatasi masalah
tersebut, penduduk tempatan patut bekerjasama dengan pihak berkuasa, bukannya
bersubahat dengan pendatang dari seberang.

Undang-undang yang lebih keras dengan peruntukan hukuman yang lebih berat perlu
digubal untuk mengatasi masalah ini. Biasanya pendatang yang ditangkap tidak dikenakan
apa-apa tindaan yang serius kecuali dihantar pulang. Mereka lazimnya akan kembali dan
usaha menghantar mereka balik menjadi satu perbuatan yang sia-sia dan membazir.
Undang-undang khusus perlu diadakan dan denda atau hukuma yang lebih keras haruslah
dikenakan untuk mengurangkan kedatangan tanpa izin dari negara-negara asing.

20
Undang-undang tidak akan memberikan apa-apa erti sekiranya tidak disertakan
dengan penguatkuasaan yang berkesan. Pihak kastam, imigresen dan polis laut harus
dikerah mengadakan kawalan yang ketat di perairan Selat Melaka. Manakala pihak polis
harus mempergiatkan sekatan dan pemeriksaan di kawasan yang menjadi tempat
persembunyian mereka. Tempat yang dipercayaimenjadi tumpuan pendatang adalah di
tapak pembinaan, ladang kelapa sawit dan ladang getah.

Sejajar dengan itu, pihak majikan khasnya, perlu mengehadkan kebergantungan


kepada buruh asing kerana mampu menimbulkan masalah keselamatan. Pengambilan
pekerja asing dalam sektor-sektor tertentu hendaklah mengikut sumber negara yang
diluluskan kerajaan. Pihak berkuasa akan mampu memantau kehadiran dan pergerakan
warga asing di negara ini. Dengan mengehadkan penyertaan pekerja asing dalam sektor
perladangan dan pembantu rumah, mudahlah rakyat serta pihak berkuasa mempersoal dan
mengambil tindakan segera ke atas kehadiran rakyat asing yang tiada permit kerja dalam
sektor-sektor yang ditetapkan oleh kerajaan.

Seterusnya, beberapa langkah pula telah diambil oleh kerajaan dalam menangani
masalah krisis kewangan. Dalam usaha memerangi inflasi dan menstabilkan harga, langkah-
langkah yang diambil oleh kerajaan boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu langkah-
langkah fiskal, kewangan dan pentadbiran.

Melalui langkah fiskal dan kewangan, kerajaan telah mengambil langkah dalam
mengawal cukai bagi barangan tertentu termasuk makanan. Sementara melalui langkah
kewangan pula, kerajaan akan mengamalkan dasar kewangan yang berdisiplin bagi
memastikan kadar inflasi stabil. Melalui langkah-langkah pentadbiran pula, kerajaan
mengambil beberapa pendekatan, antaranya ialah menggalakkan persaingan, memperbaiki
sistem pengangkutan dan meningkatkan kapisiti pengeluaran makanan. Kerajaan akan terus
menggalakkan persaingan yang lebih sihat antara industri untuk menghasilkan produktiviti
yang tinggi, permodenan teknologi dan daya saing industri dari segi harga produk. Begitu
juga dengan sistem pengangkutan yang akan terus diperbaiki dari semasa ke semasa bagi

21
memastikan pengangkutan barangan dan perkhidmatan menjadi cekap dan efisyen.
Pembinaan LRT, lebuh raya dan sistem baru kereta api adalah usaha-usaha untuk
mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.

Tambahan pula, bagi meningkatkan kapisiti pengeluaran makanan, kerajaan melalui


agensi-agensinya seperti Kementerian Pertanian, Kerajaan-Kerajaan Negeri, Lembaga
Kemajuan lkan Malaysia (LKIM), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan
badan-badan berkaitan diberi galakan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan.

Pada masa yang sama, kerajaan telah menyedari bahawa inflasi boleh menimbulkan
kesan buruk kepada perkembangan ekonomi negara serta menyebabkan kos sara hidup dan
taraf hidup orang berpendapatan rendah. Oleh itu, kerajaan telah melaksanakan Kempen
Anti Inflasi melalui media cetak dan elektronik untuk meningkatkan kesedaran dan
perubahan sikap pembeli supaya mereka boleh mengambil langkah-langkah positif bagi
membantu membendung inflasi. Kempen ini diasaskan kepada konsep untuk memupuk
pemikiran masyarakat supaya membanteras inflasi dengan menggalakkan pengguna supaya
membeli barang buatan Malaysia, mengelakkan pembelian tidak dirancang, membeli hanya
barangan yang benar-benar diperlukan, menggalakkan para pengguna berjimat cermat dan
menabung, mengurangkan pembelian menggunakan kad kredit, elakkan amalan mencatut
(profiteering) oleh para peniaga dan menggalakkan pembentukan imej pengguna bijaksana.

Dari aspek sosial, antara usaha yang boleh dilakukan untuk mewujudkan perpaduan
dalam kalangan masyarakat adalah dengan mengadakan aktiviti gotong-royong. Aktiviti
gotong-royong merupakan saluran dan peluang kepada masyarakat di sesuatu kawasan
perumahan untuk bertemu dan mengenali antara satu sama lain. Aktiviti ini juga dapat
memupuk semangat bekerjasama untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan
persekitaran tempat kediaman mereka sesuai dengan slogan Negara Bersih Rakyat Sihat.

Di samping itu, perpaduan kaum di Malaysia boleh dicapai dengan meraikan


sambutan perayaan kaum-kaum di Malaysia secara bersama-sama. Melalui amalan
kunjung-mengunjung yang dilakukan akan dapat mengeratkan ikatan silaturahim antara jiran

22
serta rakan daripada pelbagai kaum. Sebagai contohnya, sambutan Hari Raya Aidilfitri,
Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Gawai dan Hari Krismas merupakan perayaan utama yang
boleh diraikan oleh seluruh masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Melalui
kunjungan sambutan perayaan sesuatu kaum dapat menerbitkan perasaan hormat-
menghormati terhadap adat dan kepercayaan kaum lain. Tambahan pula, budaya ini dapat
mengukuhkan perpaduan apabila kurangnya syak wasangka antara kaum di Malaysia.
Sekiranya perkara ini dapat dipraktikkan nescaya masyarakat Malaysia akan mampu
menghadapi apa-apa sahaja cabaran yang datang dari luar atau masyarakat antarabangsa.

Sebagaimana yang semua telah ketahui tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh
keramat kemerdekaan negara. Sambutan Hari Kebangsaan sesungguhnya membuka satu
lagi jalan dalam usaha memupuk perpaduan di Malaysia. Pada kebiasaannya, pelbagai
kaum akan menyertai upacara sambutan tersebut pada setiap tahun. Melalui pelbagai aktiviti
yang dijalankan nescaya dapat menambahkan ukhwah dan permuafakatan antara
masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Di samping itu, penghayatan tema sambutan Hari
Kebangsaan, misalnya Keranamu Malaysia diharap dapat menanam semangat cinta akan
negara. Sesungguhnya, semua kaum di Malaysia perlu memahami bahawa kemerdekaan
yang digapai pada hari ini perlu dijaga kerana Malaysia hanya satu. Seterusnya, rakyat
haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum. Dalam keadaan tersebut, ibu
bapa perlulah sentiasa menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil
lagi. Anak-anak digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan ibu bapa
juga disarankan membawa anak-anak mereka mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran
atau perayaan. Dengan cara itu, ibu bapa dapat menjadi suri teladan kepada anak-anak dan
membolehkan mereka menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai jenis kaum dan etnik.

Langkah seterusnya untuk menangani cabaran pendidikan di Malaysia adalah


dengan mewujudkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan institusi tertiari
memenuhi kehendak majikan. Langkah untuk mempertingkat kualiti pendidikan tertiari akan
terus dilaksanakan. Institusi pengajian tinggi tempatan perlu diberi tanda aras mengikut
piawaian antarabangsa. Bagi memperkukuh keupayaan penyelidikan di universiti tempatan,
jalinan kerjasama dengan institusi terkemuka di peringkat antarabangsa dan juga swasta

23
perlu dilaksanakan agar misi ini berjaya menjelang 2020. Institusi pengajian tertiari juga
hendaklah meneliti kursus-kursus yang ditawarkan sejajar dengan keperluan semasa.

Selain itu, dengan mengadakan lebih banyak tempat untuk pembangunan kemahiran,
latihan dan pembelajaran kepada tenaga buruh pada setiap peringkat dan umur termasuk
kemahiran penggunaan ICT, misi ini boleh dicapai. Keupayaan dan keberkesanan sesuatu
latihan untuk melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran perlu ditingkatkan dengan
membanyakkan institusi latihan awam, menambah kursus lanjutan dalam bidang-bidang
teknikal, serta menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam bidang latihan teknikal.
Pengambilan pelatih teknikal juga perlu ditambah lagi agar misi ini dapat direalisasikan.

Selain daripada itu, kemudahan-kemudahan bagi tujuan pendidikan juga akan terus
bertambah bagi tujuan pembelajaran. Bersesuaian dengan dunia tanpa sempadan, kita
seharusnya didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan supaya kita semua tidak
ketinggalan. Maka, kemudahan-kemudahan inilah yang akan membantu kita sebagai alat
bantu mengajar yang boleh dipercayai. Kepesatan arus globalisasi ini juga akan
membuatkan pemikiran anak-anak generasi kita pada masa hadapan akan lebih jauh ke
hadapan dengan bantuan pelbagai kemudahan yang di sediakan.

Perdana Menteri matan kita, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah berkata
ketika membentang Rancangan Malaysia Kesembilan, Dalam konteks dunia global, modal
insan bermutu tinggi satu keperluan, bukan lagi kemewahan. Pembangunan modal insan
dalam RMK-9 dirangka supaya bersifat holistik, menyeluruh dan bersepadu. Melalui
ungkapan beliau itu, beliau amat berharap agar negara kita akan mencapai hasrat dan
aspirasi dan seterusnya menyertai barisan negara maju menjelang 2020.

24
5.0 KESIMPULAN

Tuntasnya, cabaran globalisasi masa kini memerlukan pembentukan generasi muda


yang berdaya tahan melalui ilmu dan kemahiran. Berdasarkan beberapa aspek globalisasi
yang telah dibicarakan dapatlah dikatakan bahawa dunia hari ini atau pada abad ke-21
sedang menghadapi cabaran dan perubahan yang sangat hebat yang belum pernah berlaku
di abad yang lalu.

Cabaran globalisasi dan implikasi terhadap politik, ekonomi dan sosial adalah luas
dan mempunyai kesan yang negatif dan positif. Penerimaan terhadap perubahan haruslah
difikirkan dan diterima secara positif dan membina untuk kemajuan
diri,keluarga,agama,bangsa dan negaglobalisasi harus ditangani dengan berhati-hati.

Kerajaan kita seharusnya mengambil langkah-langkah yang proaktif agar rakyat kita
amnya dan remaja khususnya tidak terjerumus dalam lembah kehinaan yang sememangnya
dirancang oleh negara maju untuk memusnahkan golongan muda agar negara-negara
miskin dan membangun senantiasa melutut kepada mereka dan menagih simpati dan
pertolongan yang akhirnya membelenggu kita dari segala aspek kehidupan kita. . Kita

25
sebagai rakyat Malaysia perlulah bersatu-padu agar dapat mempertahankan kedaulatan
negara kita. Marilah kita bersama-sama menuju mancapai Wawasan 2020.

Jelaslah bahawa globalisasi boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk penjajahan


penjajahan mental, ekonomi, budaya, sosial dan politik. Oleh itu, kita perlu berhati-hati
menghadapi era globalisasi ini kerana jangan sudah terhantuk baru tengadah.

6.0 REFLEKSI

Sebenarnya, kali ini merupakan kali pertama saya membuat kerja kursus. Hal ini
adalah kerana saya tidak pernah membuat kerja kursus semasa saya berada di sekolah
menengah atau sekolah rendah. Oleh itu, kerja kursus yang saya hasilkan ini mungkin
kurang baik kerana saya tidak mempunyai sebarang pengalaman dan keyakinan dalam
membuat kerja kursus. Sepanjang menghasilkan kerja kursus ini, saya telah menghadapi
pelbagai masalah dan dugaan. Dengan membincang dengan pensyarah dan rakan sebaya
saya, akhirnya saya juga sempat menyiapkan kerja kursus ini pada tarikh yang ditetapkan.

Puan Rose Adila, selaku pebimbing serta merangkap pensyarah Cabaran Dan Isu
Semasa Dunia, ingin sekali saya ucapkan jutaan terima kasih kerana banyak memberi tunjuk
ajar, malah dorongan kepada saya dan rakan-rakan sepanjang menyiapkan kerja kursus ini.
Walaupun beliau sering menghadapi kesibukan dalam menjalankan tugas tetapi dalam soal
pendidikan anak didiknya sentiasa diutamakan.

26
Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, saya telah melalui pelbagai pengalaman.
Sebagai contohnya, dari segi perolehan ilmu melalui penggunaan internet. Sebelum ini, saya
tidak berapa mahir dalam penggunaan internet untuk mencari maklumat. Dengan
melaksanakan kerja kursus ini, saya dapat peluang untuk mengetahui bagaimana cara untuk
mencari maklumat internet dengan lebih berkesan dan cepat melaui pertolongan daripada
rakan-rakan saya. Di samping itu, saya juga mempelajai bagaimana mengaji teks dan
menguruskan maklumat yang saya dapat.

Tambahan pula, dengan pelbagai tugasan yang diterima menerusi subjek lain, kami
mengalami kesuntukan masa. Namun demikian, ia sedikit pun tidak menjejaskan tugasan ini.
Malah, saya dapat menyiapkannya dengan jayanya serta teliti, bak kata pepatah hendak
seribu daya,tidak hendak seribu dalih.

Walaupun begitu, saya telah mengalami kekangan dalam proses menghasilkan kerja
kursus ini. Dengan menjalankan kerja kursus ini, saya telah membaca dan memahami
maklumat yang berkaitan tajuk-tajuk isu yang terdapat dalam tugasan ini serta juga pasti
maklumat tersebut adalah relevan dan tepat. Selain daripada itu, saya dapat mengetahui
tentang bagaimana pengurusan grafik dan menyusun maklumat serta juga meletakkan
gambar-gambar yang sesuai dalam kerja kursus ini.

Tidak dapat dinafikan bahawa selepas menjalankan kerja kursus ini, saya telah
menambah ilmu pengtahuan saya tentang cabaran globalisasi yang dihadapi oleh Malaysia.
Hal ini telah memberi pengetahuan serta maklumat yang lebih jelas kepada saya dalam kerja
kursus ini. Dunia hari ini atau pada abad ke-21 sedang menghadapi cabaran dan perubahan
yang sangat hebat yang belum pernah berlaku di abad yang lalu. Hal ini telah membuatkan
saya sedar bahawa penerimaan terhadap perubahan haruslah difikirkan dan diterima secara
positif dan membina untuk kemajuan diri, keluarga, agama dan bangsa. Saya yakin apa
yang saya pelajari dalam kerja kursus ini pasti akan berguna pada masa depan saya.

Saya telah menghadapi pelbagai masalah semasa menyiapkan kerja kursus ini
seperti masalah kekurangan kemahiran untuk mencari maklumat dan kekurangan

27
pengetahuan untuk menyiapkan kerja kursus ini. Oleh itu, saya telah melayari internet untuk
mencari dan memahami isu-isu yang berkenaan untuk menyiapkan kerja kursus ini. Selain
itu, saya juga mengalami masalah kekurangan sumber-sumber di perpustakaan, hal ini
menyebabkan saya mengalami kesusahan dalam membuat kerja kursus ini. Manakala, saya
telah dapat cari maklumat daripada perpustakaan walaupun ia adalah sikit tetapi ia amat
berkesan dalam kerja kursus ini. Oleh itu, saya juga meminta tunjuk ajar daripada
pensyarah dan juga rakan-rakan saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Akhir sekali, dalam proses menjalankan kerja kursus ini, saya telah dapat
mengetahui apakah kelebihan dan kelemahan saya dalam membuat kerja kursus. Saya juga
mendapat pengalaman tentang bagaimana cara hendak menyelesaikan sesuatu kerja
kursus. Justerunya, saya berasa bersyukur dan gembira kerana dapat menyiapkan kerja
kursus ini. Saya berharap apa yang telah saya pelajari ini akan memanfaatkan masa depan
saya. Lantaran itu, saya akan lebih berusaha lagi pada masa hadapan demi menghasilkan
sebuah kerja kursus yang baik.

28
7.0 RUJUKAN

Bakri, C. (2012, 7 10). Ancaman dalaman dan ancaman luaran. Retrieved from Blogger:
http://skstjosephpapar.blogspot.com/2012/07/ancaman-dalaman-dan-ancaman-
luaran.html

Cabaran-cabaran yang dihadapi negara dan Langkah-langkah mengatasinya. (2014, 10 19).


Retrieved from Prezi: https://prezi.com/j9uhn7_hhe75/cabaran-cabaran-yang-
dihadapi-negara-dan-langkah-langkah-men/

Kamarudin, Z. (2013). Rasuah: Kupasan Makna Dan Persepsi. Retrieved from Academia:
https://www.academia.edu/5689483/RASUAH_Kupasan_Makna_dan_Persepsi

Kamsir, A. S. (2009, 1 28). Kedaulatan Negara. Retrieved from Scribd:


https://www.scribd.com/doc/11460733/Kedaulatan-Negara

Kepemimpinan Berteladan Teras Integriti. (2008, 11 10). Retrieved from Blogger:


http://myadha.blogspot.com/2008/11/kepemimpinan-berteladan-teras-integriti.html

KESAN EKONOMI GLOBAL KEPADA MALAYSIA. (2013, 2 1). Retrieved from Blogger:
http://globalisasi12.blogspot.com/

PhD, I. B. (2012). Sejarah Malaysia Moden (1945-1969). Penerbitan Multimedia SDN.BHD.

29
Rahim, M. (2011, 11 25). Cabaran globalisasi ekonomi. Retrieved from Blogger:
http://mardhatirahim.blogspot.com/search?updated-min=2011-01-01T00:00:00-
08:00&updated-max=2012-01-01T00:00:00-08:00&max-results=11

Syafiq, M. (2013, 6 25). Bagaimana cabaran globalisasi mempengaruhi he di malaysia.


Retrieved from slideshare: http://www.slideshare.net/MohamedSyafiq/bagaimana-
cabaran-globalisasi-mempengaruhi-he-di-malaysia

Usaha Mengatasi Krisis Ekonomi Global. (n.d.). Retrieved from wordpress:


https://silamgemilang.wordpress.com/2009/03/01/usaha-mengatasi-krisis-ekonomi-
global/

Wah, S. K. (1992). Aspirasi Negara. Penerbit Fajar Bakti SDN. BHD.

30

Anda mungkin juga menyukai