Anda di halaman 1dari 33

“Keutuhan sebuah negara juga bergantung pada perjalanan dasar

luar yang baik. Bincangkan sejauhmana dasar luar


dapat dibina dengan mengambil kira kepentingan
semua kaum di Malaysia.”
NO ISI KANDUNGAN HALAMAN

1 1.0 Pengenalan 3

2 2.0 Matlamat dan Prinsip-Prinsip Pembentukan Dasar Luar 8


Malaysia

3 3.0 Dasar Luar Malaysia semenjak Merdeka hingga Kini 9

3.1 Era Pentadbiran Tunku Abdul Rahman 10


3.2 Era Pentadbiran Tun Abdul Razak 16
3.3 Era Pentadbiran Tun Hussien Onn 19
3.4 Era Pentadbiran Dr. Mahathir Mohamad 19
4 4.0 Analisis 26
5 5.0 Kesimpulan 30

6 Rujukan 32

2
1.0 Pengenalan

Apakah yang dimaksudkan dengan Dasar Luar Negara? Dasar luar dapat didefinisikan

sebagai matlamat, rancangan dan tindakan yang dijalankan oleh sesebuah negara dalam usaha

untuk berhubung dengan sesebuah negara yang lain dalam pengertian yang terhad, dasar luar

negara hanya mementingkan aspek tindakan yang diambil oleh sesebuah negara bagi

mempengaruhi keadaan-keadaan yang berada di luar bidang kuasanya. Bagi menjaga

kepentingan, keamanan dan keselamatan sesebuah negara, hubungan di antara sebuah negara

dengan sesebuah negara yang lain adalah perlu dan penting. Hal ini demikian kerana

kebanyakan negara bergantung antara satu sama lain dalam pelbagai aspek seperti politik,

ekonomi, teknologi dan keselamatan. Negara maju perlu mengadakan hubungan dengan

negara membangun khususnya dalam bidang perdagangan.

Hal ini lebih diutamakan bagi sesebuah negara yang kecil seperti Malaysia.

Kadangkala negara-negara kecil ini terpaksa mencari perlindungan daripada kuasa-kuasa

besar, atau bekerjasama dengan negara lain untuk mempertahankan kepentingan bersama.

Keperluan asas negara yang berikutnya ialah mencari sumber pendapatan. Berdasarkan hal

ini, sesebuah negara perlulah menjamin kepentingan ekonomi perdagangan yang menjadi

punca pendapatannya.

Negara-negara yang bergantung kepada perdagangan tentu akan memelihara

hubungan yang baik dengan negara-negara lain bagi memasarkan barangannya atau bagi

mendapatkan bahan mentah yang diperlukannya. Oleh itu, sekiranya kita ingin memahami

dasar luar sesebuah negara, kita mesti mengetahui keperluan asas negara itu dari segi
keselamatan ekonomi dan politik. Di samping itu pula, kita mesti mengetahui tentang latar

belakang sejarah dan kebudayaan masyarakat tersebut.

Hubungan di antara sesebuah negara dalam konteks dunia hari ini amat penting dalam

menjaga kepentingan, keselamatan dan kemakmuran negara berkenaan. Kebanyakan negara

di dunia mengamalkan sikap saling bergantungan di antara satu sama lain dalam pelbagai

aspek seperti politik, ekonomi, keselamatan dan teknologi. Oleh itu, dasar luar dilihat sebagai

satu medium bagi sesebuah negara dalam mewujudkan satu hubungan dengan negara lain .

Menurut Jayum A Jawan Karisma ( 2003 ), dasar luar merupakan satu kesinambungan

daripada dasar domestiknya.1 Di mana ia merupakan refleksi kepada corak hubungan luar

sesebuah negara. Terdapat dua corak hubungan yang dominan pada hari ini. Pertama

hubungan ‘bilateral’ yang hanya melibatkan perjanjian antara dua negara manakala

hubungan ‘multibilateral’ pula merupakan satu bentuk kerjasama yang melibatkan

sekumpulan negara tertentu.2 Misalnya penubuhan ASEAN pada tahun 1967 dan melibatkan

lima buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, dan Filipina.

Menurut M. Ghazali Shafie ( 1982 ), dasar luar berkait rapat dengan kepentingan serta

keperluan dalam menjaga serta mempertahankan kepentingan nasional.3 Lantaran itu, dasar

luar perlu bersifat dinamik, tidak kaku dan stereotaip tetapi berupaya mengubah corak dan

orientasinya dari semasa ke semasa selaras dengan keperluan serta kepentingan negara.

1
Jayum A Jawan, Malaysia Politics and Government, Shah Alam: Karisma, 2003, hlm. 206.
2
Ibid.
3
M. Ghazali Shafie, Malaysia: International Relations, Kuala Lumpur : Creative Enterprise Sdn Bhd, 1982,
hlm. 164.
Abdul Rani Abdullah (1979) pula berpendapat dasar luar merupakan satu garis

panduan bagi sesebuah negara menentukan bentuk hubungan dengan negara lain.4 Ia

bergantung kepada siapa yang memerintah kerana hubungan sesebuah negara dengan negara

lain ditentukan oleh pemerintah yang berkuasa di negara berkenaan.

Dalam pengertian umum, dasar luar merangkumi maklumat, rancangan dan tindakan

yang diambil oleh sesebuah negara berhubungan dengan negara-negara lain. Dalam

pengertian yang terhad, dasar luar hanya mengutamakan aspek tindakan wang diambil oleh

sesebuah negara untuk mempengaruhi keadaan yang berlaku di luar kawalannya. Ia biasanya

berubah bergantung pada keadaan semasa.5

Dasar luar Malaysia dirangka oleh Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri

merangkap Menteri Hal Ehwal Luar pada tahun 1963-1970. Pembentukan dasar luar

dimonopoli oleh segolongan elit politik dengan erti kata lain bahawa dasar luar sebagai dasar

awam yang bersifat keelitan. Menurut Tilman, elit ini merujuk kepada, “…individu-individu

atau kumpulan yang berada di dalam struktur kerajaan yang mampu mempengaruhi

pembentukan dan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan”.6 pengaruh dan monopoli golongan elit

dalam dasar luar dapat dikesan daripada peranan yang dimainkan oleh seseorang Menteri Hal

Ehwal Luar.

4
Abdul Rani Andullah (ed.), Latar belakang dan Sejarah Malaysia Moden, Kuala Lumpur: Adabi Sdn Bhd,
1979, hlm. 291.
5
Ranjit Singh Malhi, Kenegaraan Malaysia, Kuala Lumpur: Federal Publications, 1988, hlm. 235.
6
Ahmad Atory Hussain, Politik dan Dasar Awam Malaysia, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor
Sdn. Bhd., 1990, hlm. 154.
Dasar Luar Malaysia adalah berkenaan matlamat, rancangan dan tindakan dalam

sebuah negara yang menjalinkan hubungan antarabangsa atau dengan negara luar. Dasar ini

dibentuk berasaskan kepada keperluan, keutamaan dan matlamat nasional. Dasar ini turut

mengambil kira faktor muka bumi dan geopolitik negara Malaysia yang agak kecil dan

mempunyai kekuatan ketenteraan yang terhad. Faktor ekonomi, sosial, teknologi dan

keselamatan adalah penting dalam menjalinkan hubungan sesama negara terutama dengan

negara-negara maju.

Dasar Luar Malaysia turut mengalami perubahan mengikut keadaan dan kehendak

semasa. Hal ini bermaksud bahawa dasar luar adalah tidak statik kerana ia sentiasa berubah

mengikut perkembangan-perkembangan yang berlaku di luar negara. Setiap dasar luar

Malaysia diberi tumpuan sepenuhnya kepada perubahan-perubahan dalam memelihara

kepentingan di rantau Asia Tenggara dan juga antarabangsa.

Pada asasnya, Malaysia mengamalkan dasar berkecuali iaitu mengadakan hubungan

baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi. Keutamaan dasar luar Malaysia adalah

berpandukan kepada hubungan erat dengan negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), negara-

negara Islam (OIC), dan negara-negara Komanwel. Namun semua ini adalah bergantung

kepada pendirian dasar luar yang ditentukan oleh pemimpin negara.

Penerangan mengenai sumber dasar luar dan motivasi sikap antarabangsa sesebuah

negara secara tradisinya di sebut dalam konsep kepentingan kebangsaan. Analisis oleh

kumpulan realist seringkali menggunakan kepentingan kebangsaan sebagai konsep pusat/asas

bagi mengorganisasikan pemikiran mereka terhadap dasar luar. Pembentukan sesebuah dasar

luar perlu mengambil kira beberapa elemen penting yang berlaku dalam negeri dan juga
berkembang di sekitar dunia. Oleh itu, pembentukan dasar luar adalah dipengaruhi oleh

faktor kepentingan kebangsaan, iaitu dengan mengambil kira kepentingan penduduk di

sesebuah negara dan ia turut dipengaruhi oleh persekitaran politik antarabangsa. Misalnya di

Malaysia, pada peringkat awal kemerdekaan pihak kerajaan dan rakyat lebih banyak

menumpukan perhatian terhadap soal-soal keselamatan. Pemimpin negara lebih banyak

menumpukan usaha ke arah menghapuskan ancaman komunis demi keselamatan rakyat,

membangunkan ekonomi negara dan menyediakan kemudahan infrastruktur dalam negara.

Rakyat di sesebuah negara turut mengambil berat terhadap isu-isu dasar luar. Oleh itu,

kerajaan perlu menunjukkan keupayaan yang tinggi untuk terlibat di dalam arena politik

antarabangsa. Jelas bahawa kerajaan perlu memastikan bahawa sesuatu dasar luar yang

dibentuk dapat memenuhi dua matlamat asal, iaitu dengan mengambil kira keperluan rakyat

dan tanggungjawab antarabangsa.7

Kesimpulannya dasar luar merupakan satu usaha sesebuah negara dalam menjalinkan

hubungan baik dengan negara lain. Ia bertujuan untuk mewujudkan satu usaha sama dalam

pelbagai aspek dan juga untuk keamanan serta kemakmuran sejagat. Pembentukan dasar luar

biasanya tidak bersifat rigid dan sentiasa berubah-ubah mengikut keperluan nasional

sesebuah negara. Ia banyak bergantung kepada faktor-faktor ekonomi, sejarah, penduduk,

kedudukan geografi dan kepimpinan negara.

7
Kamaruzaman Yusof, Sejarah, Bahasa dan Sastera dalam Pembinaan Negara Bangsa, Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia, 1998, hlm. 21.
2.0 Matlamat dan Prinsip-Prinsip Pembentukan Dasar Luar Malaysia

Objektif dasar luar sesebuah negara lazimnya bertujuan untuk melindungi kepentingan negara

dalam perkara keselamatan dan kestabilan ekonomi. Beberapa perkara diambil kira dalam

pembentukan dasar luar Malaysia. Pertama, negara kita terletak dalam kawasan yang

strategik dari aspek geo-politik di rantau Asia Pasifik. Hal ini bererti kedudukan negara kita

adalah penting dari sudut keselamatan dan kestabilan di kawasan Asia Pasifik. Kedua,

ekonomi Malaysia berasaskan bahan-bahan mentah, oleh itu ia hendaklah memastikan

kestabilan politik di Asia Tenggara kerana keadaan yang tidak stabil boleh mengancam

kedudukan ekonomi dan politik negara ini.

Ketiga, Malaysia mempercayai konsep Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),

iaitu kewujudan sistem antarabangsa di mana semua negara dapat hidup dalam keadaan

harmoni. Keempat, sebagai bekas tanah jajahan British, Malaysia terus menganggotai

pertubuhan negara-negara Komanwel. Kelima, Malaysia memainkan peranan yang positif

dalam Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC).


3.1 Dasar Luar Malaysia semenjak Merdeka sehingga Era Tun Dr. Mahathir

Mohamad

Gaya dan pendekatan dalam mengumumkan dasar luar negara Malaysia mungkin berbeza

mengikut personaliti setiap Perdana Menteri Malaysia. Mengikut kajian yang dibuat oleh

penyelidik-penyelidik di negara ini menunjukkan bahawa dasar luar negara Malaysia sejak

1957 memperlihatkan perkembangan yang stabil dan mempunyai ciri perubahan ketara

mengikut perubahan dalam pengawasan politik Malaysia. Dalam zaman Tunku Abdul

Rahman dari 1957–1969, dasar luar Malaysia berada di tahap pengasasan dan

pengembangan, di mana ianya didorong ke arah kelangsungan hidup negara yang baru

merdeka.

Era pemerintahan Perdana Menteri Kedua Malaysia dari 1970–1976, di bawah

kepimpinan Tun Abdul Razak memperlihatkan keupayaan mendalam beliau mengendalikan

hubungan luar Malaysia mengikut arus perubahan. Dasar luar Malaysia dalam tempoh ini

menunjukkan era pengukuhan, di mana kita tidak memihak kepada mana-mana negara. Dasar

luar ini kemudiannya disambung oleh Perdana Menteri Malaysia ketiga iaitu Tun Hussein

Onn.

Perubahan yang lebih ketara terjadi apabila Tun Dr. Mahathir Mohammad mengambil

alih jawatan sebagai Perdana Menteri yang keempat pada tahun 1981 (1981-2003). Pendirian

dasar luar negara Malaysia lebih banyak berorientasikan ekonomi daripada sebelum ini,

ditambah dengan pembelaan yang kuat dan bersemangat kebangsaan untuk hak, kepentingan

dan aspirasi negara membangun serta sokongan daripada Kerjasama Selatan-selatan. Sebelum

ini, dasar luar Malaysia menjadikan Barat sebagai role-model, tetapi dalam era Mahathir,
beliau membuat perubahan yang drastik dengan menjadikan Timur sebagai role-model. Hal

ini merupakan satu pembaharuan yang sangar nyata dalam pemerintahan Malaysia dan

menarik perhatian dunia khususnya, Barat.8

3.2 Era Pentadbiran Tunku Abdul Rahman

Tunku Abdul Rahman merupakan tokoh penting dalam dasar luar Malaysia. Tokoh ini telah

memainkan peranan utama dalam mengasaskan dan mengembangkan dasar luar Malaysia

dari tahun 1975 sehingga tahun 1970. Hal ini bersesuaian dengan kedudukannya sebagai

Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri yang pertama setelah Tanah Melayu

mencapai kemerdekaan.9

Keperibadian Tunku paling jelas mempengaruhi dasar luar Malaysia adalah sikap pro-

barat dan anti komunis yang keterlaluan. Hal ini kerana Tunku telah membangunkan konsep

dasar luarnya yang tersendiri berasaskan latar belakang keperibadian sebagai seorang

bangsawan dengan nilai-nilai barat yang telah bertapak kukuh di dalam diri beliau. Kesannya,

dasar luar yang digagaskan oleh Tunku terlalu bergantung kepada Barat dan tidak tulen

sifatnya bagi sesebuah negara yang baru merdeka. Tunku juga begitu membenci komunis

sehingga beliau menolak untuk menjalinkan sebarang hubungan dengan negara yang

berfahaman komunis. 10

8
Zulhimi Paidi, Malaysia Pembinaan Negara dan Bangsa, Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd., 2011, hlm.
134.
9
Mohammad Redzuan Othman, Sejarah Pembinaan Negara Bangsa, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya, 2006, hlm. 239.
10
Ibid., hlm. 242..
Penetapan dasar luar Tanah Melayu ketika itu adalah mengamalkan sikap berkecuali

dan tidak memihak kepada mana-mana negara kuasa besar dunia. Malaysia membuat

pendirian tegas dengan tidak memihak kepada Republik China atau Rusia. Malaysia

berpendapat ancaman yang paling serius adalah keselamatan dalam negeri dan komunis.

Pendirian Tunku Abdul Rahman ini adalah berdasarkan kepada suasana dunia ketika itu yang

sedang mengalami Perang Dingin antara Blok Barat iaitu Amerika Syarikat dan Blok

Komunis iaitu Kesatuan Soviet. Pada masa yang sama, Malaysia masih berada dalam

keadaan darurat akibat keganasan komunis.

Dasar pro-Barat oleh Tunku Abdul Rahman ini dilihat apabila beliau telah

menandatangani Perjanjian Pertahanan Anglo-Malaya pada tahun 1957 yang menyatakan

jaminan kerajaan British untuk menghantar bantuan ketenteraan sekiranya Malaysia diserang

oleh mana-mana negara.11

Keperibadian Tunku yang begitu menyenangi Barat telah mendorong beliau dalam

aspek politik iaitu dengan menjalinkan hubungan yang erat dengan negara-negara Barat.

Sejak tahun 1957 sehingga berakhir zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman dasar luar

Malaysia yang menonjolkan sikap pro-Barat dan anti komunis yang keterlaluan. Dasar

pertama, keputusan Tunku menjadikan Tanah Melayu sebagai negara anggota Komanwel.

Komanwel merupakan pertubuhan yang dianggotai oleh negara-negara bekas jajahan Inggeris

yang menjalinkan hubungan yang baik dengan Inggeris. Bermula pada tahun 1957

kebanyakan implementasi dasar luar Tunku lebih memihak kepada negara Britain dan

Komanwel.

11
Syed Othman Syed Omar, Rejimen Askar Melayu Diraja 1933-1968, Kuala Lumpur: Universiti Malaya,
2005, hlm. 32.
Tunku yakin bahawa apabila Tanah Melayu menganggotai Komanwel akan

menjadikan pertubuhan tersebut sebagai wadah yang menghubungkan Tanah Melayu dengan

kuasa-kuasa Barat seperti Great Britain, Australia dan New Zealand dalam pelbagai aspek

kerjasama politik dan ekonomi. Bahkan, Tunku turut menolak untuk bersikap neutral dan

menyertai mana-mana pakatan negara berkecuali kerana menurut beliau, penyertaan Tanah

Melayu ke dalam mana-mana pakatan berkecuali akan mempercepatkan negara terjerumus

dalam kancah peperangan.12

Sementara pendirian beliau yang anti-komunis pula dilihat apabila Tunku Abdul

Rahman memberi sokongan kepada Amerika Syarikat yang menangani perluasan pengaruh

komunis di Vietnam Selatan. Beliau juga mengiktiraf Republik Rakyat China sebagai sebuah

kerajaan komunis. Sikap antikomunis ini dibuktikan dengan serangkaian tindakan dasar luar

Tunku, yang berorentasi Barat. Tunku dalam tahun 1958 pernah menyatakan di dalam

Parlimen bahawa Tanah Melayu bersikap tidak neutral dalam menghadapi persoalan konflik

Timur dan Barat:

There is no question whatsoever of our adopting a neutral-policy while

Malaya is at war with Communist. only when we are certain that people here

have become truly Malayan-minded and have set their minds on making

Malaya their only home can the government declare our policy of neutrality.

so long as this fight continues, I consider that we would be breaking faith

with the people if this government were to enter into any form of diplomatic

relationship with the communist countries…let me tell you that there are no

such things as local communists. communism is an international organization

which aims for world domination, not by aggression if they can avoid it,

but

12
12
Mohammad Redzuan Othman, Sejarah Pembinaan Negara Bangsa, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya, 2006, hlm. 245.

13
by the use of tactics and methods among the sons of the country to overthrow

democracy and to set up in its place a government after the pattern of all

communist countries. 13

Dasar antikomunis Tunku turut tercermin melalui hubungan Tanah Melayu dengan

China. Walaupun Soviet Union dan negara Benua Eropah yang lain mengiktiraf negara China

tetapi Tanah Melayu melaksanakan dasar sebaliknya. Dasar antikomunis Tunku dapat

difahami ketika itu Tanah Melayu masih melawan sokongan yang diberikan oleh negara

China terhadap gerakan komunis di Tanah Melayu. Menurut Tunku beliau tidak mahu

mengadakan sebarang hubungan diplomatik dengan negara komunis bukanlah kerana terlalu

membenci komunis, tetapi beliau tidak mahu dalam hubungan diplomatik tersebut soal

keselamatan Tanah Melayu menjadi pertaruhan dan demi untuk menjaga kepentingan

hubungan antara kaum di Tanah Melayu kerana majoriti anggota komunis di Tanah Melayu

adalah terdiri daripada orang Cina. Tunku amat menitikberatkan soal kepentingan kaum demi

untuk mengelakkan berlakunya perpecahan dalam kalangan penduduk di Tanah Melayu pada

ketika itu.

Darurat yang berlaku di Tanah Melayu pada tahun 1948-1960 banyak meninggalkan

impak negatif terhadap pembangunan sosial dan ekonomi negara. Ia merupakan satu

lembaran sejarah hitam rakyat jelata yang terpaksa hidup dalam ketakutan serta kesengsaraan.

Menjelang 31 Julai 1960, setelah darurat diisytiharkan tamat, seramai 1865 anggota

keselamatan terkorban dan 2406 terbunuh. Di pihak orang awam pula, seramai 2473

terbunuh, 1383 cedera dan 818 hilang. Justeru itu Tunku mengambil pendekatan yang cukup

13
Straits Times, 7 Disember 1958.

14
berhati-hati dalam menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara komunis agar ia

tidak menguris hati rakyat yang banyak menanggung penderitaan angkara kekejaman PKM.

Sikap pro-barat dan antikomunis yang ditunjukkan oleh Tunku di dalam dasar luar

selain daripada pengaruh peribadi Tunku juga turut dipengaruhi oleh beberapa faktor lain

seperti peranan yang dimainkan oleh elit politik ketika itu, sikap etnik Cina di Tanah Melayu

terhadap komunis, ketuanan dan kedudukan orang Melayu dan terakhir kerana faktor

keselamatan dan ekonomi Tanah Melayu.

Selain itu, Tunku turut berpihak kepada India dalam konflik India - China pada tahun

1962.14 Sebagai tanda sokongan kepada India satu tabung ‘Selamatkan Demokrasi’ telah

dilancarkan dan berjaya mengutip 1 juta dolar. Ia telah disumbangkan kepada India sebagai

usaha membantu India, sebuah negara Komanwel dalam menghadapi ancaman komunis

China. Usaha Malaya itu juga menunjukan sokongannya menegakkan demokrasi dan

menentang komunis.

Pengembangan dasar luar zaman Tunku Abdul Rahman ditandai dengan beberapa isu

seperti konfrontasi Indonesia, tuntutan Filipina ke atas Sabah, perpisahan dengan Singapura

penerusan dasar antikomunis penamatan konfrontasi, penubuhan ASEAN dan pemupukan

kerjasama serantau.

14
Saravanamuttu, The Dilemma of Independence: Two Decades of Malaysia’s Foreign Policy 1957-1977, Pulau
Pinang: Universiti Sains Malaysia, 1983, hlm. 27.
Pada 3 September 1964, Soekarno telah melancarkan dasar konfrontasi dan

memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia. Keakraban hubungan Tanah Melayu

dan Inggeris sering ditonjolkan oleh Tunku di mana akhirnya telah mengundang rasa curiga

Soekarno terhadap pembentukan Malaysia. Justeru Indonesia melihat pembentukan Malaysia

sebagai projek negara kolonial di Asia Tenggara. Perbalahan antara Malaysia dengan

Indonesia telah mewujudkan ketegangan di rantau Asia Tenggara. 15 Keadaan ini dipandang

serius oleh negara-negara seperti Thailand, Jepun dan Amerika Syarikat. Negara-negara ini

berpendapat bahawa konfrontasi antara Malaysia dengan Indonesia dan Filipina perlu diatasi.

Hal ini bagi menghalang pihak komunis mengambil kesempatan memperluaskan pengaruh

serta tapaknya di rantau tersebut.

Pada 30 September 1965, pasukan tentera yang pro-Soekarno dengan sokongan luar

daripada Parti Komunis Indonesia cuba merampas kuasa atas alasan untuk melindungi

Presiden Soekarno daripada ancaman Dewan Jeneral. Jeneral Soeharto yang disifatkan

sebagai seorang yang antikomunis telah berjaya menumpaskan percubaan rampasan kuasa

tersebut. Kemunculan Jeneral Soeharto disambut baik oleh Malaysia dan juga Britain.

Perubahan itu meredakan tempo konfrontasi dan membuka ruang bagi menamatkan

konfrontasi dan pemulihan hubungan luar antara Malaysia dengan Indonesia.16

Seterusnya pada 9 Ogos 1965 Tunku Abdul Rahman telah mengumumkan di

Parlimen mengenai keputusan kerajaan untuk memisahkan Singapura dari Persekutuan

Malaysia. Hubungan antara Kuala Lumpur dengan Singapura mula menghadapi ketegangan

ketika rundingan menggubal perlembagaan Malaysia. Malah, pergeseran antara Tunku

dengan Lee Kuan Yew semakin ketara apabila PAP meletakkan 9 orang calon untuk
15
Mohammad Redzuan Othman, op.cit., hlm. 251.
16
Nik Anuar Nik Mahmud, Konfrontasi Malaysia Indonesia, Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,
2009, hlm. 188.
bertanding kerusi parlimen menentang MCA dalam pilihan raya Parlimen di Semenanjung

pada bulan April 1964. Tindakan tersebut bercanggah dengan ikrar bahawa PAP tidak akan

bertanding dalam pilihan raya di Semenanjung. Ekoran daripada penglibatannya dalam

pilihan raya 1964, Lee Kuan Yew dan PAP telah dicap sebagai “musuh masyarakat Melayu”.

Keadaan bertambah buruk apabila tercetusnya rusuhan kaum di Singapura pada Julai 1964.

Demi mengelakkan hal ini bertambah kronik dan untuk menjaga kepentingan semua kaum di

Malaysia terutamanya untuk menjaga hubungan baik kaum Melayu dan Cina di Semenanjung

Malaysia, akhirnya pada 9 Ogos 1965 Singapura telah dipisahkan dari Malaysia.17

Perpisahan dengan Singapura merupakan refleksi daripada keperibadian Tunku yang cintakan

perdamaian. Beliau tidak ingin melihat ketegangan antara etnik di Malaysia impak

pertarungan kekuasaan Kuala Lumpur dan Singapura.18

3.3 Era Pentadbiran Tun Abdul Razak

Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan pada tahun 1971 iaitu selepas berlakunya Tragedi

13 Mei 1969 dan tempat beliau telah diambil alih oleh Tun Abdul Razak. Salah satu tugas

utama Tun Abdul Razak sebelum menjawat jawatan Perdana Menteri adalah menyelesaikan

isu konfrontasi yang berlaku semenjak 1963. Isu ini telah menyebabkan hubungan kedua-dua

negara menjadi tegang dan mendedahkan perluasan pengaruh komunis di rantau Asia

Tenggara. Hal ini disebabkan oleh gerakan menentang Malaysia di Indonesia didominasi oleh

kumpulan komunis.

17
Ibid., hlm. 191.
18
Mohammad Redzuan Othman, op.cit., hlm. 252.
Sewaktu berlakunya konfrontasi, Tun Abdul Razak telah berusaha mendapatkan

sokongan daripada negara-negara Afro-Asia yang kebanyakannya baru mencapai

kemerdekaan. Usaha ini bagi membolehkan membendung propaganda pihak Indonesia yang

menyatakan penubuhan Malaysia sebagai rancangan negara-negara Barat. Bermula dengan

usaha tersebut, Tun Abdul Razak mula menjalankan pendekatan baru dalam dasar luar

Malaysia dengan berusaha memperluaskan hubungan dengan negara-negara luar terutamanya

dengan negara-negara yang baru merdeka.

Sewaktu zaman Tun Razak, beliau telah mengubah hala cara Tunku Abdul Rahman

yang pro-Barat kepada prinsip dasar luar yang berkecuali dan bersahabat dengan mana-mana

negara tanpa mengira ideologi, politik mahupun agama. Ketegasan beliau dinyatakan sewaktu

Tun Razak menghadiri Persidangan Negara-negara Berkecuali di Lusaka, Zambia di mana

Tun Razak mengisytiharkan Malaysia tidak akan memihak kepada mana-mana blok negara.

Pada tahun 1971, Malaysia telah mengundi supaya negara China diterima masuk sebagai

anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).19

Tun Abdul Razak telah mengetuai proses pentadbiran Majlis Gerakan Negara

(MAGERAN) pada tahun 1970 dan sewaktu itu Malaysia telah menghadiri Persidangan

Negara-Negara Berkecuali (NAM) di Lusaka, Zambia di mana Tun Abdul Razak

mengisytiharkan dasar utama Malaysia dalam hubungan antarabangsanya sebagai berkecuali

dan tidak akan sesekali menyebelahi mana-mana blok dalam pertikaian Perang Dingin.

Malaysia yang juga masih lagi berhadapan dengan ancaman komunis sudah mula lebih

terbuka dalam dasarnya terhadap negara-negara komunis. Pemberontakan komunis yang

19
Zulhimi Paidi, op.cit., hlm. 298.
masih bergerak aktif di Malaysia pada ketika itu diharap dapat diakhiri dengan jalan

perundingan tanpa perlu mengorbankan nyawa.

Tun Razak juga menekankan bahawa Malaysia telah membuat usul di mana kawasan

serantau harus dikecualikan dari pengaruh kuasa-kuasa Besar melalui konsep neutralisation.

Kuasa-kuasa besar harus mengiktiraf dan menerima konsep pelaksanaan berkecuali Malaysia.

Mereka harus mengiktiraf dan menghormati kawasan serantau Asia Tenggara sebagai sebuah

zon aman, bebas dan berkecuali (Zone of Peace, Freedom And Neutrality- ZOPFAN).20

Pada tahun 1971, Malaysia telah mengundi negara China untuk diterima masuk ke

dalam PBB dan seterusnya Malaysia mengorak langkah yang lebih jauh dengan mengadakan

hubungan dengan negara-negar komunis. Sekitar tahun 1972-1973, Malaysia mula

mewujudkankan hubungan yang lebih sihat dengan mengadakan hubungan diplomatik

dengan Vietnam Utara, Korea Utara dan Jerman Timur. Pada 1974 pula, Tun Abdul Razak

ingin mengasaskan hubungan diplomatik dengan mengadakan lawatan ke negara China.

Selain daripada hubungan dengan negara-negara Komunis, Malaysia turut mengambil berat

dan mengeratkan hubungan sedia ada dengan negara pro demokrasi yang lain. Hal ini dapat

dilihat semasa era pemerintahan Tun Abdul Razak yang sentiasa menguatkan lagi kerjasama

serantau dan hubungan Malaysia dengan negara-negara Islam dan Afrika. Malaysia turut

berperanan aktif dalam ASEAN, OIC, NAM dan juga Pertubuhan Negara-Negara

Komanwel.

20

18
3.4 Era Pentadbiran Tun Hussien Onn

Dasar luar Malaysia telah diteruskan oleh Tun Hussein Onn selepas kematian Tun Abdul

Razak pada 14 Januari 1976 tetapi hanya untuk masa lebih kurang lima tahun sahaja. Dasar

yang dibentuk oleh Malaysia adalah berasaskan persahabatan dan saling menghormati, tidak

campur tangan dan mengekalkan prinsip kewilayahan serantau. Malaysia mempunyai

hubungan yang erat dengan semua negara di Asia Tenggara dan menjalin talian persahabatan

dengan negara-negara Indochina terutamanya Republik Demokratik Vietnam. Tun Hussein

Onn juga telah mengeratkan hubungan dengan negara-negara Islam dan Dunia Ketiga.21

3.5 Era Pentadbiran Dr. Mahathir Mohamad

Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, pembentukan dasar luar amat penting

bagi menonjolkan kedudukan dan peranan Malaysia pada peringkat antarabangsa. Dasar luar

merupakan alat penting yang membolehkan sesebuah negara berhubung dengan negara lain

selain menyatakan pandangan dalam pelbagai isu antarabangsa. Terdapat beberapa bentuk

dasar luar yang diamalkan seperti pemencilan, berkecuali, memihak kepada mana-mana

kuasa besar atau menjalin hubungan rapat hanya dengan negara atau blok tertentu.

Sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, dasar luar Malaysia digubal

berdasarkan kepentingan politik dan ekonomi selain disesuaikan dengan perkembangan yang

berlaku pada peringkat serantau dan dunia. Sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957,

dasar luar Malaysia digubal berdasarkan kepentingan politik dan ekonomi selain disesuaikan

dengan perkembangan yang berlaku pada peringkat serantau dan dunia. Semasa zaman awal

21
Ibid.

19
kemerdekaan, dasar luar kerajaan pimpinan Tunku Abdul Rahman adalah pro-Barat dan

antikomunis. Hal ini berikutan perkembangan ketika itu di mana Tanah Melayu baru sahaja

mendapat kemerdekaan daripada Britain dan bergantung kuat kepada negara tersebut khasnya

dalam bidang ekonomi dan pertahanan.

Selepas mengalami beberapa perubahan pada peringkat tempatan dan serantau

sehingga awal tahun 1970an, sedikit demi sedikit dasar luar Malaysia mula berubah apabila

Tun Razak mengambil alih pentadbiran daripada Tunku Abdul Rahman. Dasar pro-Barat dan

antikomunis yang diamalkan sebelumnya mula diubah kepada dasar lebih terbuka dengan

penekanan kepada peningkatan kerjasama serantau, mengamalkan prinsip berkecuali dan

mempertimbangkan hubungan diplomatik dengan blok komunis. Seterusnya apabila Tun

Hussein Onn mengambil alih pimpinan Tun Razak, tidak banyak perubahan yang dilakukan,

beliau sekadar meneruskan dasar sedia ada seperti mementingkan hubungan dengan ASEAN

dan negara-negara Islam.

Namun, perubahan ketara dan drastik berlaku apabila Dr. Mahathir menjadi Perdana

Menteri Malaysia pada tahun 1981. Seperti dijangkakan, Dr. Mahathir merupakan tokoh yang

mempunyai pelbagai idea dan mahu mencuba pendekatan baharu dalam menentukan dasar

luar Malaysia. Terdapat tiga faktor yang mempengaruhi pembentukan dasar luar Malaysia era

Dr. Mahathir iaitu pengaruh peribadi beliau, keperluan politik, ekonomi domestik dan

suasana antarabangsa.

20
Tun Dr Mahathir Mohamad telah dilantik menjadi Perdana Menteri pada tanggal 16

Julai 1981 bagi menggantikan Tun Hussien Onn. Dasar luar Malaysia tidak mengalami

perubahan dari segi asas utamanya semasa awal peralihan pentadbiran tampuk negara ini.

Malaysia yang berkecuali mendapat keutamaan selain pengukuhan hubungan kerjasama

serantau, hubungan dengan Negara-negara Islam, Negara-negara Berkecuali dan Negara-

negara Komanwel. Berlaku penambahan dari sudut penambahan penekanan Malaysia dalam

hubungan luar yang memberi keutamaan atau berteraskan ekonomi berbanding hal-hal politik

dan keselamatan.

Sejak menjawat jawatan Perdana Menteri pada tahun 1981, Tun Dr. Mahathir telah

mula mengadakan langkah-langkah perubahan dalam beberapa dasar, yang telah memberi era

baru dalam dasar luar Malaysia. Beliau dengan cara yang agak berbeza dan berani membawa

unsur penyatuan yang penting bagi suatu dasar yang seimbang dan meliputi dasar luar yang

lama dan baru.22

Selama tempoh pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, beliau telah banyak

melakukan kejutan dan perubahan dalam bidang politik, ekonomi dan hubungan luar. Dasar

dan tindakan Tun Dr. Mahathir menjadikannya popular di seluruh dunia. Pada peringkat awal

pentadbirannya, beliau mengejutkan Britain dengan dasar “Buy British Last” dan

mengundang kritikan pelbagai pihak dengan memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur.

Kedua-dua dasar ini dilihat menyimpang daripada kebiasaan yang diamalkan pemimpin

sebelumnya.23

22
Murugesu Pathmanathan, Isu-isu Hal Ehwal Antarabangsa, Kuala Lumpur: Pelanduk Publications (M) Sdn.
Bhd., 1985, hlm. 9.
23
Ahmad Sohaimi Lazim, Dua Dekad Dasar Pandang ke Timur: Satu Penilaian Aspek Pendidikan (1982-
2002), Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2011, hlm. 1.
Mengambil kira kedudukan sebagai negara membangun di Asia Tenggara dan negara

Islam, Dr. Mahathir memberi keutamaan tertentu dalam menggubal dasar luar Malaysia.

Keutamaan dasar luar Malaysia dalam berinteraksi dengan unit-unit politik antarabangsa lain

tidak berubah: ASEAN berada di tangga pertama, diikuti OIC ditempat kedua; ketiga, negara-

negara berkecuali; keempat, Komanwel dan akhirnya hubungan dengan negara-negara lain

yang tidak termasuk empat pertubuhan tersebut.24

Hubungan Malaysia-ASEAN dianggap penting dan istimewa kerana faktor sejarah

dan geografi. Negara-negara yang menganggotai ASEAN merupakan jiran yang saling

bergantung dalam bidang ekonomi, politik dan budaya. Hubungan Malaysia-Indonesia

misalnya, berbentuk negara serumpun yang berkongsi persamaan budaya dan agama yang

memerlukan kedua-duanya berinteraksi secara rapat.

Keutamaan berikutnya yang diberikan Malaysia adalah terhadap negara Islam yang

menganggotai Persidangan Pertubuhan Negara Islam (OIC). Sejak dahulu lagi, Malaysia

dikenali dan dihormati dalam kalangan negara Islam kerana kemampuannya mencapai

kemajuan dalam pelbagai bidang. Dr. Mahathir yang disifatkan sebagai jurucakap yang

mewakili negara-negara Islam kerana keberaniannya menyuarakan isu-isu yang melibatkan

kepentingan masyarakat Islam seperti krisis Israel-Palestin, pencerobohan Russia di

Afghanistan, krisis di Bosnia Herzegovina, pencerobohan Amerika di Iraq, isu keganasan dan

hubungan kurang baik Barat-Islam. Dr. Mahathir sering menegaskan bahawa adalah penting

untuk ditentukan punca wujudnya ekstrimis dan keganasan sebelum tindakan diambil

terhadap mereka. Jika tindakan yang diambil hanya berdasarkan sikap buruk sangka maka

masyarakat Islam akan terus menjadi mangsa dalam pergolakan politik dunia. Mesej yang

24 Ibid., hlm.

22
mahu diketengahkan Malaysia dalam hal ini adalah Barat perlu memahami dan melayani
25
masyarakat Islam secara lebih adil bagi mewujudkan keamanan dunia. Pendirian Dr.

Mahathir ini amat bersesuaian kerana Malaysia sendiri merupakan sebuah negara Islam di

mana majoriti penduduknya adalah kaum Melayu yang beragama Islam. Semestinya hal

mengenai nasib dan keadaan negara-negara Islam perlu diberi perhatian dalam pembentukan

dasar luar Malaysia.

Negara atau pertubuhan yang menjadi keutamaan Malaysia berikutnya adalah Non-

Aligned Movement atau Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM). Pergerakan ini

umumnya dianggotai negara-negara Asia, Afrika dan Amerika Latin yang terdiri daripada

negara sedang membangun dan berkongsi persamaan dari segi ekonomi. Pertubuhan NAM

ini bertujuan mengumpul suara negara selatan dalam memperjuangkan keadilan dan hak-hak

dunia yang realitinya memberikan banyak kelebihan kepada Barat.

Malaysia mula berperanan aktif dengan serius dalam isu-isu antarabangsa seperti

sekatan-sekatan perdagangan yang dikenakan oleh negara-negara maju terhadap kemasukan

barangan Dunia Ketiga. Tepat pada masa ini jugalah Tun Dr Mahathir mula muncul dengan

memperjuangkan hak-hak kemanfaatan ekonomi untuk negara Dunia Ketiga dalam forum-

forum antarabangsa.

Tun Dr Mahathir turut memperluas hubungan luar Malaysia dengan mengadakan

hubungan dengan negara-negara kecil Pasifik Selatan seperti Fuji dan Tonga dalam usaha

untuk mengeratkan lagi hubungan ekonomi. Melalui Rancangan Kerjasama Teknikal atau

Malaysian Technical Cooperation Programme, Malaysia memberi bantuan teknik kepada

25
Ibid., hlm. 15.

23
negara-negara Pasifik Selatan, Afrika serta Asia Selatan dan juga Asia Barat. Malaysia amat

menitikberatkan kerjasama Selatan-selatan dan hal ini dibuktikan melalui penganjuran

Persidangan Selatan-selatan Kedua di Kuala Lumpur pada 1986.

Tun Dr Mahathir juga berperanan penting dalam penubuhan Suruhanjaya Selatan-

selatan yang ditugaskan untuk memperincikan langkah-langkah bagi meningkatkan

kerjasama dalam pelbagai bidang dalam kalangan Dunia Ketiga.

Di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir, Malaysia turut meluaskan dasar luarnya

dengan menyertai Persidangan Alam Sekitar di Rio de Jeneiro pada tahun 1992 dalam usaha

untuk memperjuangkan hak alam sekitar negara-negara membangun. ASEAN pada masa ini

juga telah berkembang lebih besar dan turut dianggotai oleh lebih banyak negara. Pada masa

kini, negara-negara ASEAN turut dianggotai oleh sepuluh buah negara Asia Tenggara iaitu

Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura, Myanmar, Laos, Kemboja, Vietnam dan

Brunei Darussalam.

Penumpuan pertama beliau dalam dasar luar Malaysia yang bersikap berkecuali dan

memberikan keutamaan kepada kerjasama serantau, hubungan dengan negara-negara Islam,

Dunia Ketiga dan juga Komanwel. Langkah yang agak positif adalah menjalinkan

perhubungan erat, mesra dan kerjasama dengan negara-negara baru yang lebih kecil yang

telah mencapai kemerdekaan, seperti Fiji, Samoa Barat, Tonga, Papua New Guinea dan

kepulauan Maldives.26

26
Murugesu Pathmanathan, op.cit., hlm. 11.

24
Seterusnya, dasar baru yang diperkenalkan oleh Dr. Mahathir adalah Dasar Pandang

ke Timur (DPT). Dr. Mahathir mengumumkan Dasar Pandang ke Timur ketika berucap pada

Persidangan Tahunan Persatuan Ekonomi Malaysia Jepun (MAJECA) di Kuala Lumpur pada

8 Februari 1982. Dasar ini bertujuan mempergiatkan lagi pembangunan negara dengan

mencontohi etika kerja dan amalan-amalan pengurusan yang baik dari Jepun dan Korea

Selatan.27

Hubungan Malaysia-Jepun semakin meningkat ketika pembentukan negara moden

Jepun dalam tempoh tiga puluh tahun selepas pemerintahan Meiji. Pada Perang Dunia Kedua

(1942-1945), hubungan Malaysia-Jepun telah terputus. Namun pada tahun 1960an, ketika

ekonomi meningkat, hubungan telah dipulihkan. Oleh sebab itu, pelancaran Dasar Pandang

ke Timur bukan merupakan hubungan yang baru, cuma ia bertujuan menjadikan Malaysia

sebagai sebuah negara yang maju dan berteknologi tinggi seperti negara tersebut.

Dr. Mahathir berpendapat kejayaan Jepun memajukan ekonominya amat menarik dan

wajar dicontohi. Masyarakat Jepun dan Korea dikagumi kerana memiliki sifat seperti rajin,

berdisiplin, patuh dan taat kepada ketua, mementingkan kumpulan daripada individu serta

sanggup berkorban bagi mencapai sesuatu matlamat. Sistem pengurusannya unik kerana

berbeza dengan amalan Barat dengan memberi penekanan kepada unsur-unsur kemanusiaan

seperti hubungan baik majikan dengan pekerja. Firma-firma besar Jepun menekankan

kebajikan pekerja, perkongsian syarikat-pekerja, keputusan dari bawah ke atas, kesatuan

dalaman dan melaksanakan sistem kerja seumur hidup.28 Etika kerja kerja dan sistem

pengurusan ini yang harus dicontohi serta menjadi amalan kepada seluruh rakyat Malaysia

tanpa mengira soal bangsa, warna kulit mahupun agama.


27
Ibid., hlm. 13.
28
Ahmad Sohaimi Lazim, op.cit., hlm. 21.
Walaupun Jepun bukannya negara yang memiliki banyak sumber alam dan bahan

mentah semula jadi namun mereka berjaya mencapai taraf negara maju sejak penghujung

tahun 1960an dan pencapaiannya setanding dengan negara-negara Barat. Oleh itu Dr.

Mahathir berhasrat supaya rakyat Malaysia khususnya masyarakat bumiputera yang masih

ketinggalan dalam bidang ekonomi bersedia mengubah sikap negatif dengan mencontohi

budaya kerja masyarakat Jepun seperti rajin, dedikasi, mematuhi masa, mementingkan

kumpulan, menjaga kebersihan dan setia kepada organisasi. Sikap seperti ini menurut Dr.

Mahathir dapat membantu peningkatan produktiviti dalam sektor ekonomi seterusnya

meningkatkan daya saing negara di peringkat global.


4.0 Analisis

Dasar luar merupakan polisi sesebuah negara dalam menjalani hubungan antarabangsa

dengan negara lain. Kebijaksanaan mengendalikan dasar luar, termasuk kepekaan terhadap

kepentingan nasional dan serantau serta semangat setiakawan antara satu negara dengan

negara lain menjadi prasyarat hubungan yang berjaya. Justeru disimpulkan bahawa dasar luar

adalah perlakuan asas perhubungan negara dengan negara lain dalam satu-satu suasana

politik antarabangsa. Dengan demikian, sesuatu dasar luar itu akan dilakukan mengikut

syarat-syarat kepentingan negara agar objektif dasar luarnya berjaya dicapai dengan

berkesan. Keberkesanan perlaksanaan sesuatu dasar itu akan membawa kepada pencapaian

matlamat yang telah dirangka itu.

Dengan mengambil kira soal kepentingan kaum dan kesejahteraan rakyat adalah

tanggungjawab yang perlu diberi perhatian oleh pembuat dasar luar. Hal ini merupakan

matlamat penting kerana rakyat tidak boleh diabaikan dalam penggubalan sesuatu dasar.

Pertimbangan untuk mencapai matlamat ini perlulah disertakan dengan pelbagai program

yang boleh memberikan kebajikan kepada seluruh rakyat. Kesejahteraan dalaman sesebuah

negara ini akan membolehkan kemajuan serta kepesatan pembangunan sesebuah negara

sejajar dengan perkembangan negara lain. Bagi menjamin kepentingan kaum dan

kesejahteraan penduduk di Malaysia, kerajaan mengadakan perjanjian-perjanjian atau polisi

dengan negara-negara luar yang dilihat mampu memberi manfaat dan faedah kepada negara

dan rakyat.
Misalnya semasa era pemerintahan Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku

Abdul Rahman di mana beliau telah mengambil langkah dengan membentuk dasar luar yang

bersifat antikomunis. Hal ini bertepatan dengan situasi serta keadaan Tanah Melayu pada

ketika itu masih lagi dibelenggu dengan ancaman komunis sehingga menyebabkan darurat

kepada negara. Demi kesejahteraan dan mengambil kira kepentingan semua kaum di Tanah

Melayu, Tunku Abdul Rahman sekeras-kerasnya menolak untuk mengadakan hubungan luar

dengan negara China yang pada ketika itu dianggap sebagai sebuah kerajaan komunis yang

telah membantu pergerakan komunis di Tanah Melayu. Jelas menunjukkan bahawa pendirian

Tunku Abdul Rahman dalam menetapkan dasar luar Malaysia adalah dengan mengambil kira

soal kepentingan kaum serta kesejahteraan rakyat Malaysia.

Dalam soal kepentingan kaum dalam membentuk dasar luar Malaysia juga boleh

dilihat dalam Dasar Pandang ke Timur yang diperkenalkan oleh Dr. Mahathir Mohamad.

Pengenalan Dasar Pandang ke Timur merupakan satu perkara yang menarik perhatian banyak

pihak kerana ia bukan hanya merupakan satu pendekatan baharu dalam dasar luar Malaysia

tetapi merupakan satu percubaan melakukan transformasi budaya dalam kalangan masyarakat

bumiputera. Dr. Mahathir yang memang terkenal dengan pandangan yang tajam, dan kritikal

dalam banyak hal mahu masyarakat Malaysia mencontohi atau meniru budaya kerja

masyarakat Jepun. Pelajar dan pelatih Malaysia dihantar ke Jepun bagi mempelajari sesuatu

bidang pengajian atau latihan yang khusus.

Dr. Mahathir berpendapat rakyat Malaysia khususnya kaum Melayu perlu berubah

dengan sanggup mengamalkan nilai hidup yang positif serta bekerja bersungguh-sungguh

bagi meneroka peluang ekonomi. Rakyat Malaysia tidak boleh semata-mata mengharapkan

pertolongan dan perlindungan kerajaan tetapi perlu memiliki kemahiran dan kebolehan yang
setanding dengan orang lain. Perkara seperti ini boleh dipelajari daripada masyarakat Jepun

atau Korea yang memang terkenal memiliki sifat dan budaya kerja yang positif.

Dr. Mahathir turut menyatakan bahawa rakyat Malaysia perlu mencari keseimbangan

dalam melihat nilai-nilai yang baik untuk diikuti. Jurang antara negara Malaysia dengan

negara jiran di Asia perlu dirapatkan kerana selama ini tumpuan lebih banyak kepada Barat.

Nilai-nilai yang baik dari Barat akan tetap diterima tetapi pada masa yang sama budaya dan

etika kerja Jepun akan diterapkan kerana membantu proses pembangunan ekonomi negara.
5.0 Kesimpulan

Dasar-dasar kerajaan adalah aspek utama dalam rancangan pembangunan sesebuah negara

tidak kira sama ada di negara maju, negara membangun atau negara mundur demi menjamin

kedaulatan negara serta kesejahteraan rakyat. Dasar merupakan kerangka, pelan atau

perancangan yang menjadi asas kepada pemerintah, atau kerajaan yang merujuk kepada

ideologi, prinsip, sikap, pandangan secara menyeluruh dan bersepadu dalam mencapai

sesuatu matlamat terhadap sesuatu keadaan.

Sesuatu dasar itu biasanya merangkumi objektif, kepentingan, strategi dan langkah

pelaksanaan untuk meraih keberhasilan bagi semua pihak yang terlibat iaitu kerajaan dan

rakyat. Dasar yang disusun dengan teliti membantu pembangunan negara dalam mencapai

status negara maju menjelang tahun 2020. Prinsip hidup bersama yang diamalkan Malaysia

turut menjadi penentu dalam pembentukan dasar luar Malaysia. Malaysia berpegang teguh

kepada prinsip hidup bersama secara aman dan damai.

Dasar luar yang dirangka oleh pemimpin negara bukan sahaja mementingkan

hubungan antarabangsa dan faktor politik, ekonomi, dan keselamatan semata-mata, malah

turut mengambil kira soal kepentingan kaum dalam merangka dan melaksanakan sesebuah

dasar luar Malaysia. Namun dasar sahaja tidak akan menjadi kenyataan sekiranya tidak ada

perpaduan dalam kalangan rakyat dan hubungan rapat bersama kerajaan demi memastikan

kedudukan sosioekonomi negara pada tahap yang membanggakan sama ada dalam negara

mahupun di peringkat global.


Walaupun wujud perubahan pemimpin dan pendekatan dalam dasar luar Malaysia

tetapi objektif dan matlamat negara tetap sama iaitu menjadikan Malaysia sebagai sebuah

negara yang maju dari segi ekonomi, stabil dari segi politik, dihormati oleh semua

masyarakat dunia dan mampu memberikan sumbangan di arena antarabangsa. Bagi mencapai

hasrat ini, Malaysia harus mempunyai dasar luar yang bukan sahaja dinamik, tetapi juga

berupaya mengubah corak dan orientasinya, selaras dengan maklum balas yang diterima oleh

kerajaan dan setimpal dengan tuntutan semasa. Dengan pendekatan ini diharapkan Malaysia

akan terus mengorak langkah menuju ke arah sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
Rujukan

Ahmad Atory Hussain. 1990. Politik dan Dasar Awam Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan

Publication & Distributor Sdn. Bhd.

Abdul Rani Andullah (ed.). 1979. Latarbelakang dan Sejarah Malaysia Moden. Kuala

Lumpur: Adabi Sdn Bhd.

Ahmad Sohaimi Lazim. 2011. Dua Dekad Dasar Pandang ke Timur: Satu Penilaian Aspek

Pendidikan (1982-2002). Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Jayum A Jawan. 2003. Malaysia Politics and Government. Shah Alam: Karisma.

Kamaruzaman Yusof. 1998. Sejarah, Bahasa dan Sastera dalam Pembinaan Negara Bangsa.

Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

M. Ghazali Shafie. 1982. Malaysia: International Relations. Kuala Lumpur : Creative

Enterprise Sdn Bhd.

Mohammad Redzuan Othman. 2006. Sejarah Pembinaan Negara Bangsa. Kuala Lumpur:

Penerbit Universiti Malaya.

Murugesu Pathmanathan. 1985. Isu-isu Hal Ehwal Antarabangsa. Kuala Lumpur: Pelanduk

Publications (M) Sdn. Bhd.

Nik Anuar Nik Mahmud. 2009. Konfrontasi Malaysia Indonesia. Bangi : Penerbit Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Ranjit Singh Malhi. 1988. Kenegaraan Malaysia. Kuala Lumpur: Federal Publications.

Saravanamuttu. 1983. The Dilemma of Independence: Two Decades of Malaysia’s Foreign

Policy 1957-1977. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Syed Othman Syed Omar. 2005. Rejimen Askar Melayu Diraja 1933-1968. Kuala Lumpur:

Universiti Malaya.

Anda mungkin juga menyukai