Anda di halaman 1dari 16

1.

0 PENGENALAN

Menurut Soerjono Soekanto (1990), kelompok sosial adalah himpunan atau kesatuan-
kesatuan manusia yang hidup bersama kerana adanya hubungan di antara mereka secara
timbal balik dan saling mempengaruhi.1 Dalam kehidupan manusia, hubungan antara satu
sama lain amat diperlukan bagi tujuan saling melengkapi dan memenuhi kepentingan dan
matlamat tertentu. Begitu juga dalam hubungan antarabangsa, negara-negara perlu
berhubung di antara satu sama lain dengan mengadakan hubungan antarabangsa agar
dapat mencapai matlamat negara serta memenuhi kepentingan masing-masing.

Istilah hubungan antarabangsa didefinisikan sebagai satu kajian tentang hubungan


antara negara atau interaksi yang melampaui sempadan negara. Ia juga merupakan
hubungan yang turut melibatkan entiti-entiti ataupun aktor lain. Aktor tersebut adalah terdiri
daripada organisasi dan institusi antarabangsa, syarikat-syarikat multinasional dan individu-
individu.2 Menurut Beridge (1992), kajian hubungan antarabangsa melibatkan subjek yang
luas merangkumi aktiviti-aktiviti pelbagai bentuk negara (kuasa besar, negara kapitalis,
demokratik liberal dan sebagainya) dan aktor-aktor antarabangsa lain seperti syarikat-
syarikat multinasional. Ia juga merangkumi kajian mengenai kaedah negara-negara tersebut
mencapai dasar luar mereka.3

Henderson (1998) pula mentakrifkan hubungan antarabangsa sebagai proses


pembahagian kuasa di antara negara-negara di peringkat antarabangsa manakala Holsti
(1995) beranggapan bahawa bidang ini merujuk kepada semua bentuk interaksi antara
anggota-anggota pelbagai masyarakat sama ada disokong oleh kerajaan ataupun tidak.
Berdasarkan takrifan yang pelbagai di atas, hubungan antarabangsa boleh dibahagikan
kepada dua bentuk, iaitu aktor negara dan aktor bukan negara.

Aktor negara yang berdasarkan empat ciri penting kewujudan negara (sempadan,
populasi, kerajaan dan kedaulatan) mampu memberi kesan pada kedudukan dan pengaruh
negara sebagai aktor dalam hubungan antarabangsa. Sesebuah negara bebas daripada
sebarang ancaman, tekanan luar dan berkuasa mutlak (konsep kedaulatan) bagi
menentukan kepentingan dan kebajikannya sendiri. Dengan perkataan lain, sesebuah
negara berkuasa menggubal dan melaksanakan undang-undang, mengutip cukai,
membentuk kuasa tentera, menggunakan sumber asli serta melakukan apa sahaja dalam
lingkungan sempadannya demi kepentingan nasional. 4

1
Soerjono Soekanto, Mengenal Sosiologi Hukum. Bandung:PT Remaja Roskadarkarya,1990,hlm.15.
2
Zulhilmi Paidi dan Asrar Omar, Hubungan Luar Antarabangsa. Pahang: Publications & Distributors Sdn
Bhd,2003,hlm.2.
3
Ibid, Hubungan Luar Antarabangsa,hlm.12.
4
Mohammad Mokhtar. Apa itu Hubungan Antarabangsa.
https://www.academia.edu/6440164/Apa_itu_hubungan_antarabangsa. Diakses pada 10 Ogos 2015.

1
Aktor bukan negara pula merupakan pertubuhan, individu, isu yang mempengaruhi
sistem antarabangsa. Aktor bukan negara memainkan peranan penting dalam hubungan
antarabangsa walaupun dikawal dan dikekang oleh aktor-aktor lain. Aktor-aktor ini terdiri
daripada syarikat-syarikat multinasional (MNCs) yang selalunya mampu mengatasi
keputusan dan tindakan negara bagi menentukan kepentingan masing-masing. Sesetengah
syarikat tersebut memiliki kuasa monopoli dalam sumber-sumber yang diperlukan oleh
negara bagi kegunaan pengguna. Sesetengah organisasi-organisasi tersebut ditubuhkan
bermotifkan politik, kemanusiaan, ekonomi dan teknikal. Namun kesemuanya mampu
memberikan pengaruh sebagai aktor yang penting dalam hubungan antarabangsa.5

Para pengkaji hubungan antarabangsa seperti Kenneth Waltz dan Genest telah
mengkategorikan kepelbagaian jenis aktor lepada tiga peringkat analisis, iaitu individu,
negara dan antarabangsa.6 Pada peringkat individu, peranan individu seperti pemimpin
negara atau warganegara dalam politik amat ditekankan. Individu mampu mempengaruhi
tingkah laku antarabangsa seperti Puteri Diana yang menyedarkan masyarakat dunia akan
betapa bahayanya periuk api. 7Bagi peringkat negara, perkara penting di peringkat domestik
dititikberatkan. Antara contohnya ialah nasionalisme, jenis kerajaan, demokrasi, pendapat
awam dan lain-lain. Peringkat antarabangsa pula merangkumi dua sub-peringkat iaitu antara
negara dan global. Sub-peringkat antara negara memperlihatkan formasi hubungan antara
negara manakala sub-peringkat global lebih menjurus kepada isu-isu seperti globalisasi dan
hubungan utara-selatan. Peringkat antarabangsa ini dapat mengelaskan keperluan sesuatu
isu antarabangsa.8

Secara keseluruhannya, hubungan antarabangsa adalah bidang yang mengkaji


politik antarabangsa yang mengkaji dasar tindakan kerajaan ke atas kerajaan-kerajaan lain.
Hubungan politik antara negara juga meliputi pelbagai bentuk aktiviti seperti diplomasi,
peperangan, perdagangan, pakatan, pertukaran budaya dan sebagainya.9 Oleh hal yang
demikian, pendekatan multilateral yang diamalkan oleh pentadbiran Malaysia merupakan
antara cara pemimpin kita mengeratkan hubungan antarabangsa dengan negara lain.

2.0 PRINSIP PEMBENTUKAN DASAR LUAR MALAYSIA

Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan, dasar luar negara telah dibina berasaskan
matlamat, keutamaan, dan keperluan nasional yang berpunca daripada struktur

5
Ibid.
6
Zulhilmi Paidi dan Asrar Omar, Hubungan Luar Antarabangsa,hlm.12.
7
Ibid,hlm.12.
8
Ibid,hlm.14.
9
Ibid,hlm.10.

2
ekonominya. Pembentukan dasar luar Malaysia adalah untuk mewujudkan identiti Malaysia
sebagai sebuah negara yang berdaulat serta menunjukkan kewibawaan Malaysia di arena
politik global.10 Objektif dasar luar negara kita adalah bertujuan untuk melindungi
kepentingan negara dalam perkara keselamatan dan kestabilan ekonomi. 11 Keselamatan ini
mempunyai dua aspek iaitu memelihara hak perundangan sesebuah negara untuk
memerintah dan membentuk hal ehwal negara yang bebas dari sebarang ancaman
ketakutan.12

Di samping menggariskan matlamat dasar luar negara, Malaysia juga mempunyai


beberapa prinsip atau tafsiran yang menjadi panduan dalam membentuk dan melaksanakan
dasar luarnya. Antara prinsip pertama yang diamalkan ialah kestabilan dan keselamatan
kedudukan negara kita di rantau Asia-Pasifik. Hal ini demikian kerana Malaysia terletak
dalam kawasan yang mustahak dari sudut geopolitik di rantau Asia-Pasifik iaitu di antara
Lautan India dan Lautan Pasifik yang kaya dengan sumber galian seperti minyak. Kedua,
Malaysia sendiri mempunyai kekayaan yang agak menarik dan ekonominya berlandaskan
keupayaan dan kebolehan mengeksport bahan-bahan mentah serta barangan yang
diproses. Ini akan membantu meningkatkan taraf hidup dan ekonomi yang kukuh di Asia.13

Ketiga, Malaysia amat berpegang teguh dengan konsep Pertubuhan Bangsa-Bangsa


Bersatu (PBB), iaitu kewujudan sistem antarabangsa di mana semua negara dapat hidup
aman dan damai. Malaysia juga bergiat aktif dalam memberi sumbangan kepada PBB
melalui penyertaan penuh semangat dalam agensi-agensi PBB seperti UNESCO dan
UNCTAD. Keempat, Malaysia sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam
penglibatan sebagai anggota Komanwel. Pada tahun September 1989, Malaysia telah dipilih
menjadi tuan rumah persidangan Ketua-Ketua Negara Komanwel (CHOGM). Kelima,
sebagai sebuah negara Islam, Malaysia mengambil inisiatif menjalinkan hubungan yang erat
dengan negara-negara Islam serta memainkan peranan penting dalam Pertubuhan Negara-
Negara Islam (OIC). Malah, Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Setiausaha Agung
pertama OIC.14

3.0 PENDEKATAN MULTILATERAL DALAM HUBUNGAN LUAR MALAYSIA

10
Kassim Thukiman. Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik. Kuala Lumpur: Penerbit UTM Press, 2002,
hlm.184.
11
Mohd Zul’Adli Mat Noh. Matlamat Dasar Luar Negara. http://sejarah-history.blogspot.com/2010/02/matlamat-
dasar-luar.html. Diakses pada 12 Ogos 2015.
12
Mustafa Ishak & Afifi Abdul Razak. Politik dan Pemerintahan Negara. Singapura: Thomson Learning, 2006,
hlm.206.
13
Razali Samad. Dasar Luar Malaysia. https://www.scribd.com/doc/19011598/Dasar-Luar-Malaysia#scribd.
Diakses pada 13 Ogos 2015.
14
Ibid.

3
Dasar luar Malaysia sentiasa mengalami perubahan mengikut peredaran masa dan
perkembangan dunia semenjak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Dalam
menentukan dasar luar negara, pendekatan multilateral yang diamalkan oleh pentadbiran
Malaysia memainkan peranan yang sangat penting sehingga banyak memberikan manfaat
kepada negara. Menurut R. Stubbs dan G. Underhill, multilateralisme adalah suatu istilah
hubungan antarabangsa yang menunjukkan kerjasama antara sebuah negara dengan
pertubuhan-pertubuhan atau organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB). Ia juga merujuk kepada hubungan dalam bentuk kumpulan dan
pertubuhan.15

Berita Harian (23 November, 2013) pula menyatakan bahawa diplomasi multilateral
bermaksud penyertaan dan pembabitan dua atau lebih perkumpulan komuniti atau negara
secara saksama menerusi pelbagai kaedah kerjasama bertujuan mencari penyelesaian
terhadap sebarang bentuk pertikaian dan perselisihan yang wujud antara kelompok
masyarakat di peringkat tempatan, serantau atau global.16 Dalam konteks hubungan
multilateral, dasar luar Malaysia telah dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu tahap pertama
yang dibimbing oleh Tunku Abdul Rahman, tahap kedua oleh Tun Abdul Razak dan Tun
Hussein Onn serta tahap ketiga yang dipimpin oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad.17

3.1 Tahap Pertama - Tunku Abdul Rahman (1957-1970)

Pada tahap pertama, untuk memelihara kepentingan nasional dan menangani ancaman
pengganas komunis, Tunku Abdul Rahman terpaksa mengambil pendirian antikomunis
dan pro-Barat dalam dasar domestik dan luarnya. Perkara utama pada kerajaan pimpinan
beliau adalah menjamin keselamatan negara supaya usaha membangunkan negara dan
perpaduan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya dapat diberi
tumpuan. Oleh kerana Malaysia masih kekurangan ketenteraan dan sumber manusia, maka
kita terpaksa bergantung kepada bantuan pihak Inggeris untuk menjaga keselamatan dan
pentadbiran negara.18

Bukan itu sahaja, Malaysia juga mengadakan kerjasama baik dengan negara-negara
Komanwel terutama Britain, Australia dan New Zealand untuk mendapatkan bantuan
pertahanan serta memulihkan keamanan negara. Pertubuhan Komanwel telah dibentuk

15
Nani Widiawati. Hubungan Bilateral & Multilateral. http://naniwidiawati.blogspot.com/2009/04/hubungan-
bilateral-multirateral.html. Diakses pada 13 Ogos 2015.
16
Muhammad Razak Idris. (23 November, 2013). Diplomasi Multilateral Tangani Konflik Global. Berita Harian, 6.
17
Razali Samad. Dasar Luar Malaysia. https://www.scribd.com/doc/19011598/Dasar-Luar-Malaysia#scribd.
Diakses pada 13 Ogos 2015.
18
Syed Hamid Albar. Dasar Luar Negara. http://syedhamidalbar44.blogspot.com/2012/11/dasar-luar-negara.html.
Diakses pada 13 Ogos 2015.

4
pada tahun 1931 dan anggotanya terdiri daripada negara bekas jajahan Britain yang telah
merdeka. Matlamat utamanya adalah untuk membina semangat setia kawan dalam
kalangan negara anggota dan mewujudkan kerjasama dalam segala bidang. Selepas
mencapai kemerdekaan, negara-negara Komanwel telah membantu Malaysia memelihara
keamanan dan kedaulatan negara dalam bentuk menyekat perjuangan Parti Komunis
Malaya.19 Oleh itu, sebuah perjanjian antara Malaysia dengan British iaitu Anglo-Malayan
Defence Agreement (AMDA) telah ditandatangani pada tahun 1956. Mengikut perjanjian ini,
pihak British akan memberi bantuan ketenteraan kepada Malaysia sekiranya diserang oleh
mana-mana negara. Setelah temat perjanjian dengan AMDA, Malaysia mengadakan
hubungan Kerjasama Pertahanan Lima Negara (Five Power Defence Agreement) yang
disertai oleh British, Australia, New Zealand, Singapura dan Malaysia pada 1 November
1971.20

Melalui penyertaan dalam Komanwel, Malaysia memperolehi pelbagai kelebihan


yang amat menguntungkan negara kita. Antaranya ialah Malaysia diberi peluang untuk
membincangkan hal-hal kepentingan bersama dalam Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan
Komanwel (CHOGM). Selain itu, Malaysia berpeluang menyuarakan penentangan terhadap
dasar apartheid yang diamalkan di Afrika Selatan. Eksport Malaysia ke negara Komanwel
juga akan dikenakan cukai yang rendah. Namun, keistimewaan ini telah dihakis selepas
Britain menjadi anggota pertubuhan Kesatuan Eropah (EU). Pada bulan Oktober 1989,
Deklarasi Langkawi yang bersepakat mengawal dan mengatasi pencemaran telah
diisytiharkan. Bukan itu sahaja, Malaysia berjaya menganjurkan Sukan Komanwel 1998.
Dalam Rancangan Colombo pula, pelajar Malaysia turut diberi bantuan kewangan, teknikal
dan biasiswa dalam bidang pendidikan.21

Dalam konteks yang lain, Malaysia juga mengambil inisiatif memulakan kerjasama
serantau di Asia Tenggara. Selepas berlakunya konfrontasi dengan Indonesia (1963-1965),
terputusnya hubungan dengan Filipina (1963-1965) dan keluarnya Singapura daripada
Malaysia (1965), Malaysia telah menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara
(ASA) pada tahun 1961 yang melibatkan Thailand dan Filipina. Kerjasama antara negara
Malaysia, Indonesia dan Filipina (MAPHILINDO) juga diwujudkan pada tahun 1962.
Tujuannya adalah untuk memelihara dan memulihara hubungan dengan negara jiran. Walau
bagaimanapun, kelonggaran kerjasama antara negara anggota serta penentangan Filipina
terhadap gagasan Malaysia telah mengakibatkan ASA mengalami kegagalan.22

19
Razali Samad. Dasar Luar Malaysia.
20
Kassim Thukiman. Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik, hlm.184
21
Razali Samad. Dasar Luar Malaysia.
22
Kassim Thukiman. Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik, hlm.185.

5
Pada 17 September 1957, Malaysia telah bergabung dengan Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB). PBB telah ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1945, iaitu
selepas Perang Dunia Kedua apabila Liga Bangsa dibubarkan. Matlamat-matlamat
utamanya adalah menjamin keamanan dan keselamatan dunia bagi mengelakkan
perulangan pertikaian yang hebat, menegaskan hak asasi manusia yang utama, menjamin
rasa hormat akan undang-undang antarabangsa, serta memperbaiki taraf hidup penduduk di
seluruh dunia. Sebagai seorang anggota dalam PBB, Malaysia di bawah pimpinan Tunku
Abdul Rahman mula mengamalkan piagam PBB bagi memelihara keamanan dunia secara
bersama. Hal ini demikian kerana beliau menyedari bahawa kerjasama antarabangsa amat
penting untuk perkembangan ekonomi, pelancongan dan kebudayaan.23

Memang tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia memperolehi banyak manfaat


dalam PBB. Antaranya, negara kita telah mendapat pengiktirafan masyarakat antarabangsa
dan PBB. Manakala untuk Anggota Tentera Malaysia, ia banyak memberi pengalaman dan
pendedahan kepada situasi konflik dan perang. Hal ini kerana Malaysia telah dipilih untuk
menyertai pasukan pendamai di bawah panji-panji PBB untuk menamatkan perang saudara
di Congo sejak tahun 1960. Selain itu, penglibatan negara dalam tujuh misi pengaman PBB
di seluruh dunia sejak tahun 1960an telah memberi pengalaman dan pendedahan yang
amat berharga kepada Malaysia. Sebagai contoh, Malaysia dipilih untuk mewakili pasukan
pengamanan PBB ke Namibia bagi membantu negara itu mncapai kemerdekaan pada tahun
1989.24 Di samping itu, Malaysia juga telah bekerjasama dan menyertai beberapa agensi di
bawah PBB. Contohnya, kerjasama dalam bidang pengeluaran makanan (FAO), bidang
kesihatan dan perubatan (WHO) serta bidang sains dan teknologi (UNESCO).

Menurut Syed Hamid Albar (2014), dalam tempoh itu lebih daripada 20,000 anggota
tentera Malaysia telah mengambil bahagian dalam misi-misi PBB sehingga membawa kesan
positif kepada anggota tentera serta negara. Misi-misi itu menguji kesiapsiagaan ATM dan
membolehkan ATM menggunakan doktrin serta prosedur peperangan. Seterusnya, Malaysia
sebagai ahli Bank Dunia memperoleh faedah dari segi kemasukan pelabur-pelabur asing
dan ini diharapkan dapat membasmi kemiskinan di luar bandar selain menyediakan peluang
pekerjaan. Antara caranya ialah Malaysia menggunakan bantuan daripada Bank Dunia
untuk menjayakan rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan
membangunkan prasarana pendidikan dan penyelidikan.25

Pada zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman, Malaysia merupakan anggota blok
sterling yang menjalankan urusan perdagangan dalam nilai mata wang paun sterling.
23
Syed Hamid Albar. Dasar Luar Negara.
24
Syed Hamid Albar. Misi pengaman Malaysia ke PBB. http://syedhamidalbar44.blogspot.my/2014/06/misi-
pengaman-malaysia-ke-pertubuhan.html. Diakses pada 13 Ogos 2015.
25
Ibid.

6
Malaysia pada dulunya masih memberikan tumpuan kepada dua hasil utamanya, iaitu bijih
timah dan getah dengan mengharapkan sepenuhnya permintaan daripada negara Barat
termasuk Britain. Pelabur Britain masih menguasai peratus yang besar dalam ekonomi
Malaysia terutama dalam bidang perladangan dan perindustrian. Bagi mengurangkan
pergantungan ini, Malaysia berusaha mengambil pendekatan multilateral dengan membina
rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Jepun,
Singapura dan Jerman Barat bagi meluaskan pasaran ekonomi serta mengurangkan
pergantungan kepada Britain.26

3.2 Tahap Kedua – Tun Abdul Razak Hussein (1970-1976) & Tun Hussein Onn (1976-
1981)

Menjelang tahun 1970-an, dasar luar Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali dan
berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi di bawah kepimpinan Tun Abdul
Razak Hussein. Sebagai bukti, Malaysia bermula menjalin hubungan diplomatik dengan
negara berfahaman komunis seperti China, Jerman Timur, Korea Utara, Vietnam Utara dan
Mongolia. Perubahan dasar luar ini disebabkan kurangnya peranan yang dimainkan oleh
AMDA dan kurangnya pengaruh Britain di Timur. Ia juga disebabkan oleh pergolakan yang
berlaku di Vietnam yang melibatkan dua kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat dan China. 27
Namun begitu, beberapa perkara dasar yang dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman terus lagi
dikekalkan. Hal ini dibuktikan dengan dasar Malaysia yang tetap mengadakan hubungan
diplomatik dengan negara Barat.28

Pada tahun 1967, Tun Abdul Razak mengambil tindakan mempereratkan semula
hubungan kerjasama serantau dengan mewakili Malaysia dalam Pertubuhan Negara-negara
Asia Tenggara (ASEAN). ASEAN ini ditubuhkan hasil daripada Deklarasi Bangkok.
Menerusi Deklarasi tersebut, pelbagai kerjasama dalam bidang politik, ekonomi,
kebudayaan, teknikal, pertahanan dan lain-lain telah disetujui oleh negara-negara Asia
Tenggara. Dalam usaha mencapai matlamat dasar luar negara, Malaysia telah memberi
kata sepakat mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan
Berkecuali (ZOPFAN) pada tahun 1971. Tujuan utama ZOPFAN adalah mengekalkan
keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara, tidak bersekongkol dengan mana-
mana blok Barat atau blok Timur bagi mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar.

26
Razali Samad. Dasar Luar Malaysia.
27
Ibid.
28
Kassim Thukiman. Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik, hlm.186.

7
Penubuhan negara ASEAN dapat menjamin kedaulatan negara-negara serantau.
Sebagai contoh, untuk memastikan kestabilan politik, negara kita telah menjadi anggota
ASEAN setelah negara mencapai kemerdekaan. Di samping itu, penubuhan Kawasan
Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) iaitu zon bebas cukai antara negara ASEAN mampu
mewujudkan pasaran yang berpotensi besar kepada pengeksport Malaysia serta
memakmurkan ekonomi negara. Kerjasama antara negara ASEAN dalam membanteras
kegiatan lanun, mengatasi pencemaran laut dan udara serta masalah jenayah turut
dibuktikan dapat mengekalkan keharmonian dalam negara. Selain itu, Malaysia berjaya
menjadi tuan rumah bagi Sukan SEA pada tahun 1977, 1989 dan 2001. Pertandingan
seperti ini akan meningkatkan industri pelancongan sekali gus memajukan ekonomi
negara.29

Semasa Perang Vietnam berlaku di Indochina, penglibatan Amerika Syarikat


memburukkan lagi keadaan dan perang ini menyebabkan rantau Asia Tenggara menjadi
bergelora. Kesan paling utama ialah timbulnya isu pelarian Vietnam ke Malaysia dan negara
lain pada zaman pemerintahan Tun Abdul Razak. Pada peringkat awal, Malaysia menolak
kedatangan pelarian tetapi dikritik sebagai bertentangan dengan hak asasi manusia. 30 Atas
desakan PBB, Malaysia mengambil keputusan menerima pelarian Vietnam ini sebelum
dihantar ke negara ketiga. Dengan tindakan kolektif dari negara ASEAN, Malaysia berjaya
menggesa satu persidangan diadakan di Geneva untuk mencari penyelesaian kepada
masalah pelarian ini serta mengembalikan kestabilan dan keselamatan negara. Walau
bagaimanapun, masalah ini tidak dapat diselesaikan dengan sempurna sehingga
kebanyakkan pelarian Vietnam dihantar balik ke Vietnam pada tahun 1996-1997.31

Dasar luar Malaysia di bawah kepimpinan Tun Abdul Razak adalah menitikberatkan
pembangunan dan integrasi sosial dengan mengadakan lebih banyak hubungan
diplomatik dengan semua negara tanpa mengira ideologi politik. Sebagai buktinya,
Malaysia menjalin hubungan diplomatik dengan negara selain daripada barat atau negara
yang berfahaman komunis seperti China, Republik Mongolia, Vietnam Utara, Korea Utara
dan Jerman Timur.32 Pada tahun 1974, Tun Abdul Razak telah mencipta sejarah dengan
mengadakan lawatan pertama ke Beijing, China. Tindakan ini berjaya meningkatkan
hubungan perdagangan Malaysia-China kerana negara China juga mula mengamalkan
dasar ekonomi terbuka. Walau bagaimanapun, Malaysia tetap mengamalkan pendirian yang

29
Muinmohsein. Kebaikan Menjalin Hubungan Baik dengan Negara Serantau.
http://muinmohsein.blogspot.com/2013/08/karangan-hubungan-serantau.html. Diakses pada 17 Ogos 2015.
30
Kassim Thukiman. Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik, hlm.186.
31
Ibid,hlm. 187.
32
Razali Samad. Dasar Luar Malaysia.

8
jelas, iaitu bersikap berkecuali, dasar tidak campur tangan dan kehidupan bersama serta
menggalakkan kerjasama serantau di antara tempoh 1970-1980.33

Dalam usaha melaksanakan dasar hubungan luar, Tun Hussein Onn iaitu perdana
menteri yang ketiga pula meneruskan dasar-dasar luar yang ditinggalkan Tun Abdul Razak
kerana persekitaran politik dan rantau yang tidak menentu. Beliau membawa pendekatan
dasar luar berteraskan kesinambungan bagi mengelakkan ancaman keselamatan dari
negara-negara lain seperti Amerika dan Britain. Hal ini demikian kerana pada ketika itu
berlakunya perang dingin dan persaingan di antara negara kuasa-kuasa besar. Perkara
seperti ini mampu membawa pengaruh negatif kepada negara yang sedang membangun
iaitu Malaysia. Bukan itu sahaja, beliau juga terus menjadikan ASEAN sebagai tunggak
utama kepada dasar luar Malaysia .34

3.3 Tahap Ketiga – Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad (1981-2003)

Apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad mengambil alih kepimpinan negara, walaupun beliau
meneruskan pendekatan dasar luar yang disandarkan kepada kepentingan nasional tetapi
orientasinya berubah kepada mengutamakan pembangunan sosioekonomi. Pada tahun
1982, Dasar Pandang ke Timur telah diperkenalkan dengan menjadikan Jepun dan Korea
Selatan sebagai model bagi membangunkan sosioekonomi negara. Dasar ini bertujuan
menggalakkan rakyat Malaysia mengambil dan menerima pakai nilai-nilai yang baik seperti
semangat mencintai negara, kesungguhan dalam pekerjaan dan etika pengurusan kerja
yang baik. Untuk mencapai matlamat dasar tersebut, syarikat multinasional Jepun dan
Korea Selatan banyak diberi peluang membangunkan pelbagai projek besar di Malaysia.
Malaysia juga mula menghantar pelajarnya untuk melanjutkan pelajaran di negara contoh
itu. Sebagai kesannya, pendirian Malaysia terhadap Timur ini dapat mengurangkan
pergantungan kepada British dalam pelbagai aspek sama ada dari aspek ekonomi, politik
atau sosial.35

Aspek sosioekonomi yang ditekankan di sini adalah berkaitan dengan isu-isu


perdagangan, pelaburan dan pembangunan terutama dalam kalangan negara membangun.
Dalam usaha mencapai matlamat dasar tersebut, Malaysia telah mengadakan hubungan
yang lebih erat dengan negara-negara ASEAN seperti menyelesaikan krisis Vietnam dan
Kampuchea. Malaysia juga berusaha mempertingkatkan hubungan dua hala dengan
negara-negara lain menerusi lawatan yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia yan

33
Kassim Thukiman. Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik, hlm.188.
34
Syed Hamid Albar. Dasar Luar Negara.
35
Kassim Thukiman. Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik, hlm.188-189.

9
keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad ke negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan
Pasifik Selatan. Dalam setiap siri lawatannya, misi perdagangan Malaysia akan turut serta
dan menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua
belah. Pada pandangan beliau, Malaysia bukan sahaja harus menjalin hubungan politik dan
perdagangan dengan negara maju malah dengan negara Dunia Ketiga juga.36

Selain itu, Malaysia bergiat aktif dalam menggerakkan pertubuhan Negara-negara


Islam (OIC) yang ditubuhkan pada 25 September 1969. Semasa ditubuhkan, ahlinya terdiri
daripada 57 buah negara Islam dari seluruh dunia. Matlamat utamanya adalah untuk
menggalakkan kerjasama dan persefahaman di kalangan negara Islam dalam bidang
ekonomi, sosial, budaya, saintifik dan pelbagai bidang lain yang dianggap penting. Di
samping itu, mempertingkatkan kedudukan ekonomi dan kemasyarakatan umat Islam serta
mempertingkatkan perjuangan umat Islam bagi memelihara maruah dan hak mereka. 37
Pertubuhan ini banyak memberikan bantuan kepada negara-negara Islam dengan
menghantar pasukan perubatan ke Lubnan, Bosniadan Afghanistan. Bantuan dalam bentuk
kewangan juga diberikan kepada negara-negara Islam yang maju seperti Sudan, Nigeria
dan Chad. OIC juga telah menubuhkan Bank Pembangunan Islam bagi memberikan
perkhidmatan kewangan kepada negara anggota.

Tidak dapat disangkal lagi Malaysia telah memainkan peranan yang cergas dalam
pertubuhan ini apabila Tunku Abdul Rahman diberikan penghormatan untuk menjadi
Setiausaha Agung OIC yang pertama. Di samping itu, Malaysia memberi sumbangan
kepada pembangunan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dengan kerjasama OIC.
Malaysia turut menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan Iran-Iraq dan banyak
sumbangan lagi. Sebagai negara anggota OIC, Malaysia juga telah memperolehi faedah
seperti mendapat pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam bagi melaksanakan projek
pembangunan negara. OIC juga telah memberikan bantuan kepada Malaysia untuk
menubuhkan UIAM. Selain itu, Malaysia mendapat penghormatan daripada negara anggota
lain kerana amat serius dalam memperjuangkan hak dan kebajikan negara-negara Islam.38

Malaysia juga menyertai dalam Pertubuhan Negara-Negara Berkecuali (NAM) yang


ditubuhkan pada bulan September 1961 semasa kemuncak Perang Dingin. Matlamat utama
penubuhannya adalah untuk mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong blok Barat
atau blok komunis. Prinsip perjuangan NAM adalah mengelakkan campur tangan asing
dalam hal ehwal sesebuah negara, menyelesaikan pertelingkahan antara negara melalui
perundingan dan persefahaman serta menghormati hak asasi manusia. Pada tahun 1970,

36
Razali Samad. Dasar Luar Malaysia.
37
Ibid.
38
Ibid.

10
Malaysia telah menganggotai NAM. Dalam hal ini, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah
melakukan pembaharuan di dalam NAM dengan mengetuai Majlis Perniagaan NAM yang
bertujuan mengukuhkan kerjasama selatan-selatan dan membantu perdagangan dan
pelaburan antara negara anggota.39

Dalam Sidang Kemuncak Ketujuh di New Delhi, Malaysia telah membuat beberapa
usul bagi membela kepentingan negara-negara yang sedang membangun pada tahun 1987.
Antaranya termasuklah isu Palestin, kerjasama ekonomi dan isu Benua Antartika. Isu
Pelestin-Israel ini timbul apabila kedua-dua kumpulan ini ingin menuntut kawasan tanah
yang sama. Sebagai kesannya, askar-askar Israel telah mencerobohi serta menyerang
sempanan Palestin dan mengakibatkan penderitaan hidup rakyat Palestin. 40 Dalam konteks
ini, pernyataan Malaysia adalah menyokong perjuangan kemerdekaan Palestine dari
penindasan rejim Israel. Walau bagaimanapun, penyertaan negara dalam NAM
mengundang banyak kebaikan kepada Malaysia seperti mewujudkan kesejahteraan,
keharmonian rakyat negara-negara NAM. Sementara itu, NAM juga memberi tekanan moral
kepada pemimpin-pemimpin negara Barat untuk sama-sama mewujudkan negara Palestin.
Penubuhan NAM turut berjaya mengelakkan campur tangan kuasa asing dalam hal ehwal
sebuah negara dan menyelesaikan pertelingkahan antara negara melalui rundingan dan
persefahaman.41

39
Mohd Zul’Adli Noh, Matlamat Dasar Luar Negara.
40
Mohd. Ashraf Ibrahim et.al. (2014). Cabaran dan Isu Semasa Dunia. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan
Multimedia Sdn.Bhd.
41
Wiramalaysia. (17 Julai, 2009). Nam Mengutamakan Isu Palestin Di Persidangan Mesir, 8.

11
4.0 ULASAN KRITIS- DASAR LUAR MALAYSIA ERA DATO’ SERI MOHD NAJIB TUN
RAZAK: KEUTAMAAN DALAM ASPEK HUBUNGAN DUA
HALA

Merujuk kepada artikel Dasar Luar Malaysia Era Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak yang
ditulis oleh Rusdi Omar dan Mas Juliana Mukhtaruddin, dapatlah kita membuat banding
beza dasar luar Malaysia Era Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak dengan dasar luar negara
yang terdahulu. Dalam zaman Tunku Abdul Rahman, dasar luar Malaysia adalah berada di
tahap pengasasan serta bersifat antikomunis dan pro-barat. Negara Malaysia telah
mengadakan hubungan rapat dengan negara-negara Komanwel dan juga menentang kuat
terhadap kuasa dasar Aparteid. Kerjasama serantau Malaysia adalah bermula dengan
kemunculan ASA, MAPHILINDO dan ASEAN. Terdapat perbezaan dasar luar era antara
Dato Seri Najib dengan dasar luar era Tunku Abdul Rahman. Antaranya adalah Dato Seri
Najib telah mengorak langkah menekankan dasar luar yang lebih proaktif dan dinamik jika
berbanding dengan era Tunku Abdul Rahman.

Semasa pemerintahan Tun Abdul Razak, beliau berjaya membimbing negara ke


arah pembangunan dan mengendalikan hubungan luar Malaysia mengikut arus perubahan
dunia. Beliau telah mula menjalin hubungan diplomatik dengan semua negara tanpa
mengira ideologi untuk memelihara kepentingan pembangunan negara. Malaysia ketika itu
juga mula menganggotai OIC dan mengenalkan diri sebagai “Negara Islam”. Malaysia turut
melaksanakan dasar kekecualian dan menekankan semangat serantau dengan menjauhkan
diri daripada kuasa besar dunia. Selain itu, beliau memenuhi tuntutan strategik negara
dengan mengadakan penyelarasan dalam aspek politik, ekonomi dan pertahanan.

Adalah jelas bahawa bahawa Dato’ Seri Najib meneruskan usaha bapanya iaitu Tun
Abdul Razak dalam meningkatkan hubungan Malaysia dengan China. Namun, beliau
membawa hubungan ini ke peringkat yang lebih tinggi berbanding dengan bapanya. Dato’
Seri Najib lebih menekankan perdagangan dua hala kerana kebanyakan import Malaysia
adalah dari China dan hubungan ini mampu memajukan lagi sektor pelancongan di kedua-
dua negara. Dengan ini, hubungan dua hala di era Najib dibuktikan adalah lebih erat dan
kukuh berbanding dengan perdana menteri sebelumnya.

Manakala tempoh pemerintahan Tun Hussein Onn pula, ASEAN telah dijadikan asas
dalam dasar luar negara Malaysia. Pada tahun 1975, satu Perjanjian Persahabatan dan
Kerjasama di Bali telah ditandatangani oleh Malaysia. Selain itu, Tun Hussien Onn juga
telah mengekalkan dan meneruskan dasar-dasar yang diasaskan sebelumnya. Kita boleh
lihat bahawa dasar luar Malaysia pada tempoh ini telah menunjukkan era pengukuhan iaitu
negara kita tidak dipihak oleh mana-mana negara. Banding bezanya ialah pada era Tun

12
Hussein Onn merupakan era pengukuhan manakala era Najib adalah ke arah menwujudkan
ekonomi yang mantap, dinamik dan mudah pulih.

Pada zaman Dr. Mahathir pula, pendirian dasar luar negara Malaysia ditambah
dengan pembelaan yang kuat dan bersemangat kebangsaan untuk hak, kepentingan dan
aspirasi negara membangun serta sokongan daripada Kerjasama Selatan-selatan. Dr.
Mahathir membuat perubahan yang drastik dengan menjadikan Timur sebagai role-model.
Perkara ini amat menarik perhatian dunia khususnya Barat. Dr. Mahathir juga menunjukkan
naik dan turun dalam hubungan dua hala ini. Ini adalah kerana terdapat percanggahan
pendapat dalam menguruskan isu antarabangsa antara Malaysia dan Amerika. Perubahan
terhadap tahap politik dan ekonomi dalam hubungan dua hala kedua-dua buah negara iaitu
Amerika Syarikat di persada antarabangsa diakui sebagai sebuah negara kuasa besar
sedangkan Malaysia hanya sebuah negara yang berada dalam lingkungan negara dunia
ketiga dan sedang membangun.

Manakala Dato Seri Najib telah mengadakan lawatan rasmi ke Amerika Syarikat
pada bulan April 2010 yang lalu. Najib dan Obama berusaha untuk memperbaiki dan
meletakkan kembali hubungan Malaysia-Amerika pada kedudukan lebih
memberangsangkan daripada keadaan sebelum ini yang ada kalanya tidak begitu
menggembirakan di bawah pentadbiran lama. Di samping itu, Model Ekonomi Baru (MEB)
yang diumumkan oleh Najib bertujuan antara lainnya untuk menjadikan Malaysia sebuah
negara berpendapatan tinggi. Amerika Syarikat merupakan rakan perdagangan terbesar
Malaysia dan negara ini adalah rakan perdagangan ke-10 terbesar Amerika Syarikat.

Bagi Tun Abdullah Ahmad Badawi, corak pemerintahannya adalah sama dengan
dasar luar sebelumnya tetapi telah diperhalus dan dikonsolidasikan olehnya. Hal ini
demikian supaya respons pragmatik dalam menghadapi cabaran geopolitik dan ekonomi
dapat disampaikan dengan jelas. Malaysia juga boleh menjadi negara Islam contoh yang
bertoleransi dan progresif. Berbanding dengan Tun Abdullah, Dato’ Seri Najib melaksanakan
dasar yang lebih proaktif dengan memberi penekanan kepada kerjasama serantau (ASEAN,
OIC, NAM dan lain-lain). Beliau juga menjalin hubungan dua hala (diplomasi dua hala)
bersama negara ‘trading partner’ dengan Malaysia. Hubungan mesra dengan negara jiran
terus menjadi keutamaan Malaysia dalam era Najib. Malaysia turut mengadakan hubungan
baik dengan negara Asia, Afrika, Timur Tengah dan Amerika Latin yang lain.

Akhir kata, dasar luar Malaysia Era Dato’ Seri Najib telah memperlihatkan
kesinambungan dasar luar Perdana Menteri sebelumnya, di mana Malaysia masih
menekankan pendekatan dasar luar yang proaktif di peringkat antarabangsa. Objektif dan
matlamat negara tetap sama iaitu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju

13
dari segi ekonomi, stabil dari segi politik, dihormati oleh semua masyarakat dunia dan
mampu memberikan sumbangan di arena antarabangsa.

5.0 RUMUSAN

Sebagai kesimpulan, dapatlah dijelaskan bahawa negara Malaysia telah mengamalkan


dasar luar atau pendekatan multilateral sejak kemerdekaan. Dalam konteks ini, Malaysia
dikatakan amat berusaha menjalin hubungan baik dengan negara luar dari zaman
pemerintahan Tunku Abdul Rahman hingga Dr. Mahathir Mohamad dengan cara menyertai
di dalam pertubuhan antarabangsa seperti KOMANWEL, PBB, OIC dan lain-lain lagi. Hal ini
demikian kerana dasar luar yang terbuka membolehkan Malaysia mempertahankan
kemerdekaan, kedaulatan dan keselamatan negara selain daripada memelihara
kepentingan negara dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Ianya juga mampu mengeratkan
hubungan anatra negara jika kerjasama dalam pelbagai bidang diwujudkan dan perkara ini
pasti akan meningkatkan lagi pembangunan negara Malaysia.

Sememangnya dasar luar digubal mengikut keperluan semasa berasaskan suasana


geo-politik atau geo-ekonomi negara dan persekitarannya. Malaysia juga mengambil
pendekatan yang lebih kurang sama dengan negara-negara lain di dunia. Dapat
diperhatikan sejak negara mencapai kemerdekaan, dasar luar negara diwarnai oleh
pendekatan yang konsisten, berprinsip dan pragmatik. Pendekatan ini berteraskan
kepentingan nasional mengikut persepsi negara terhadap persoalan keselamatan, politik,
ekonomi dan sosial bagi menjamin pembangunan dan kestabilan politik sebagai sebuah
negara majmuk kaum, agama dan budaya. Selain itu, kegemilangan dan kestabilan politik,
ekonomi dan masyarakat membolehkan Malaysia bersuara lantang dan mengeluarkan
pendapat dalam forum antarabangsa mengenai isu-isu dunia. Justeru itu, elemen politik dan
sosial tersebut telah mendorong hubungan antarabangsa Malaysia ke arah lebih baik di
peringkat rantau dan antarabangsa sama ada bilateral ataupun multilateral.

14
6.0 BIBLIOGRAFI

Kamarulnizam Abdullah. (2011). Malaysia Dalam Hubungan Antarabangsa Serantau. Perlis:


Universiti Utara Malaysia.

Kassim Thukiman. (2002). Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik. Kuala Lumpur: Penerbit
UTM Press.

Mohd. Ashraf Ibrahim, Mohd. Aris Othman, Siti Fatihah Abdullah, Chin Kuang Tiu, Norazlan
Ismail (2014). Cabaran dan Isu Semasa Dunia. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan
Multimedia Sdn.Bhd.

Mohammad Mokhtar. (2012). Apa itu Hubungan Antarabangsa. Diakses pada 10 Ogos
2015, daripada https://www.academia.edu/6440164/Apa_itu_hubungan_antarabangsa

Mohd Noh bin Md. Yunus. (2010). Konsep Asas Hubungan Antarabangsa. Diakses pada 10
Ogos 2015, daripada http://www.scribd.com/doc/32046126/Konsep-Asas-Hubungan-
Antarabangsa#scribd

Mohd Zul’Adli Mat Noh. (2010). Matlamat Dasar Luar Negara. Diakses pada 12 Ogos
2015, daripada http://sejarah-history.blogspot.com/2010/02/matlamat-dasar-luar.html

Muinmohsein. (2013). Kebaikan Menjalin Hubungan Baik dengan Negara Serantau. Diakses
pada 17 Ogos 2015, daripada http://muinmohsein.blogspot.com/2013/08/karangan-
hubungan-serantau.html.

Mustafa Ishak & Afifi Abdul Razak. (2006). Politik dan Pemerintahan Negara. Singapura:
Thomson Learning.

Nani Widiawati. (2009). Hubungan Bilateral & Multilateral. Diakses pada 13 Ogos 2015,
daripada http://naniwidiawati.blogspot.com/2009/04/hubungan-bilateral
multirateral.html.

Razali Samad. (2009). Dasar Luar Malaysia. Diakses pada 13 Ogos 2015, daripada
https://www.scribd.com/doc/19011598/Dasar-Luar-Malaysia#scribd

Soerjono Soekanto. (1990). Mengenal Sosiologi Hukum. Bandung: PT Remaja


Roskadarkarya.

Syed Hamid Albar. (2012). Dasar Luar Negara. Diakses pada 13 Ogos 2015, daripada
http://syedhamidalbar44.blogspot.com/2012/11/dasar-luar-negara.html

15
Syed Hamid Albar. (2014). Misi pengaman Malaysia ke PBB. Diakses pada 13 Ogos 2015,
daripada http://syedhamidalbar44.blogspot.my/2014/06/misi-pengaman-malaysia-ke-
pertubuhan.html.

Wiramalaysia. (17 Julai, 2009). Nam Mengutamakan Isu Palestin Di Persidangan Mesir, 8.

Zulhilmi Paidi dan Asrar Omar. (2003). Hubungan Luar Antarabangsa. Pahang: Publications
& Distributors Sdn Bhd.

7.0 LAMPIRAN

Rajah 1- Dato' Seri Dr.Mahathir bersalaman dengan Dato' Hussein Onn.

Rajah 2- Tun Abdul Razak dan Zhou En Lai

16

Anda mungkin juga menyukai