Anda di halaman 1dari 1

BEBAS MERDEKA

Suatu aruna aku duduk di halaman rumah.


Kelihatan burung-burung sedang terbang bebas
menghirup udara
Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup lembut
menyapa diriku yang mengelamun.
Mengelamun cemburu melihat ‘mereka’ bebas.
manakala daku, masih lagi terpenjara.

Bangsa kini kian jauh.


Kita dipisahkan oleh benteng-benteng ketaksuban
Kita dipisahkan demi kepentingan diri
Kita dipisahkan oleh ideologi, puak dan etnik
Kita dipisahkan oleh warna kulit, bahasa dan politik.
Mereka resah, takut dan taksub.
sehingga bangun berjuang menegakkan identiti sendiri.

Dalam keadaan genting sebegini,


masih ramai manusia yang polos.
Sedarlah bahawa kita masih lagi belum bebas!
Maka bangun, berdiri bangsaku
bersatu, berjalan, berlari serentak!
menjulang taat setia
bersama menikmati kemakmuran.
agar akal sari,
dapat menjiwai,
sahmura negara tercinta.

Anda mungkin juga menyukai