Anda di halaman 1dari 2

KUIZ PJM3023

PENDIDIKAN KESELAMATAN

1. Proses perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak dipercayai dipengaruhi oleh interaksi


dengan persekitaran. Teori ini sangat terkenal kepada pengamal pendidikan.

Nyatakan 5 model tersebut

i. Mikrosistem iaitu pengaruh persekitaran yang paling hampir dengan kanak-kanak


seperti ibu bapa, rakan sebaya serta guru.
ii. Mesosistem iaitu pengaruh yang mampu mempengaruhi interaksi kanak-kanak
seperti rumah, jiran dan sekolah.
iii. Ekosistem pula ialah keadaan yang tidak melibatkan individu secara langsung
namun ia mampu memberi kesan kepada orang lain seperti peraturan sekolah
yang telah ditetapkan untuk murid-murid patuhi.
iv. Makrosistem merupakan perkembangan yang melibatkan norma atau nilai
sesuatu masyarakat seperti bersopan-santun, berbudi bahasa apabila bergaul
dan saling tolong-menolong apabila ditimpa kesusahan.
v. Kronosistem pula merupakan suatu keadaan yang mampu mempengaruhi
seseorang seperti perubahan teknologi yang boleh memberi kesan negatif
sekiranya teknologi disalahgunakan .

(5 Markah)

2. Nyatakan kekuatan dan kekurangan Teori Pembelajaran Sosial

i. Guru mampu menjadi contoh kepada murid-murid kerana mereka merupakan role model
yang sering dilihat oleh murid-murid untuk melakukan sesuatu perkara yang baik seperti
cara berpakaian dan cara bergaul
ii. Peneguhan tingkah laku yang positif dapat diterapkan dalam diri murid-murid kerana
mereka mendapatkan bimbingan secara berterusan untuk melakukan perkara yang baik
iii. Murid akan berusaha untuk mengubah tingkah laku mereka dan mempelajari mana yang
baik dan mana yang salah.
iv. Memerlukan pengulangan dalam mendalami peniruan. Di mana mereka perlu sentiasa
diperhatikan gerak geri mereka
v. Seseorang akan mudah terpengaruh untuk meniru tingkah laku yang negatif seperti
mencuri, bercakap bohong dan seumpamanya kerana mereka hanya tahu meniru sahaja
dan tidak mengetahui kesan atau akibat tingkah laku tersebut.

(5 Markah)

3. Anda sebagai seorang guru diberi mandat oleh Guru Penolong kanan Ko Kurikulum untuk
mengadakan perkhemahan Unit Beruniform di luar kawasan sekolah.Bagaimanakah anda memilih
elemen-elemen keselamatan untuk memastikan perkhemahan tersebut berjalan dengan lancar.

Antara elemen keselamatan yang akan saya lakukan sebagai guru yang akan menguruskan
perkhemahan Unit Beruniform di luar kawasan sekolah ialah dengan membuat surat
kebenaran daripada pihak sekolah dan juga pihak yang menguruskan tapak perkhemahan
untuk meminta kebenaran melakukan perkhemahan. Contohnya, membuat surat kebenaran
kepada pihak polis dan penghulu kawasan perkhemahan dengan memberitahu tujuan dan
berapa bilangan ahli yang terlibat dalam perkhemahan tersebut. Hal ini supaya, mendapat
kelulusan daripada pihak berkenaan agar kawasan yang dijadikan sebagai lokasi tapak
perkhemahan terjamin keselamatannya. Bukan itu sahaja, saya juga akan membuat surat
kebenaran untuk ibu bapa bagi membenarkan sekiranya ada kejadian yang tidak diingini
berlaku untuk mendapatkan kebenaran membawa murid ke hospital untuk mendapatkan
rawatan sekiranya berlaku kecemasan Selain itu, saya akan menubuhkan satu jawatankuasa
bagi memastikan program tersebut terurus dan berjalan dengan lancar agar keselamatan
murid-murid terjamin.
Saya akan memastikan kawasan tapak perkhemahan tersebut merupakan kawasan yang
selesa seperti tanah yang rata bagi memudahkan untuk mendirikan khemah, kawasan yang
lapang iaitu tidak mempunyai semak-samun dan pokok-pokok yang tua serta jauh daripada
kawasan serangga atau haiwan yang berbahaya dan berbisa seperti ular, semut api dan
biawak. Dari segi aspek keselamatan, saya akan memastikan untuk membawa kelengkapan
peti pertolongan kecemasan sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku kecemasan
yang tidak diingini berlaku. Saya juga akan memastikan murid-murid untuk memakai pakaian
yang bersesuaian seperti pakaian sukan dan berkasut sepanjang menjalankan aktiviti
perkhemahan. Saya juga akan memastikan setiap murid supaya sentiasa berkumpul dan
membawa lampu picit untuk kegiatan aktiviti waktu malam. Malah, apabila selesai
menjalankan aktiviti, saya akan memastikan semua peralatan yang digunaka akan disimpan
di tempat yang betul serta memastikan kawasan dibersihkan selepas selesai menjalankan
aktiviti.

(10 Markah)

Anda mungkin juga menyukai