Anda di halaman 1dari 96

PENDAHULUAN MANUAL SEKOLAH SELAMAT

1. Pendahuluan:
Persoalan mengenai keselamatan sekolah sering mendapat liputan pihak media massa
yang memberikan gambaran bahawa ianya berada di tahap yang tidak
membanggakan. Aspek fizikal, sosial, emosi dan teknikal digambarkan seolah-olah
kurang selamat dan kurang meyakinkan. Namun realitinya bukanlah begitu biarpun
terdapatnya insiden-insiden tertentu yang berlaku mutakhir ini memberikan gambaran
yang sedemikian. Hakikatnya masih banyak lagi sekolah di negara ini yang berkeadaan
selamat dan berfungsi secara efektif.

Perubahan dalam iklim pendidikan masa kini telah mewujudkan keperluan untuk
mengenalpasti kaedah, strategi dan model program yang mampu meletakkan
persoalan keselamatan di landasan yang betul dan ditangani sebaik-baiknya demi
untuk memastikan kecemerlangan warga sesebuah sekolah. Atas kesedaran inilah
maka semua pihak yang terlibat secara langsung atau pun tidak dengan sesebuah
sekolah bertanggungjawab untuk mewujudkan Program Sekolah Selamat.

Bagi merealisasikan program sekolah selamat berjalan dengan baik dan terancang,
maka semua usaha ke arah meningkatkan keselamatan sekolah dan penghuninya
haruslah dipikul bersama oleh semua pihak. Pihak sekolah bertanggungjawab
mewujudkan peraturan-peraturan, latihan-latihan yang berteraskan pendidikan demi
mengelak, mengawal dan mengurangkan kemungkinan berlakunya insiden-insiden
negatif di kalangan warga sekolah. Manakala di rumah, amalan keselamatan adalah
merupakan pengukuhan kepada segala nilai yang diterapkan melalui pengajaran,
asuhan dan amalan. Dalam konteks masyarakat yang lebih luas pula, keselamatan
adalah merupakan suatu manifestasi bangsa yang berdisiplin, bertanggungjawab,
berpengetahuan dan memiliki jati diri
yang cemerlang.
2. MATLAMAT:
Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan
sokongan keluarga dan komuniti setempat.

3. OBJEKTIF:
3.1. Meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam menghadapi sebarang isu

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 1


keselamatan, kecemasan, kemalangan dan malapetaka.
3.2. Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keselamatan dalam
perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti sekolah.
3.3. Mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat, selamat dan menyeronokkan.
3.4. Memastikan hak setiap individu warga sekolah dipertahankan dan dijaga.
3.5. Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
3.6. Mewujudkan persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat.
3.7. Menyediakan panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil.
3.8. Meningkatkan tahap penumpuan kepada pelajaran dan kerja di kalangan warga
sekolah.
3.9. Menimbulkan rasa lebih mudah dan rela untuk menyumbang secara positif
kepada sekolah.

4. RASIONAL:
4.1. Dalam banyak keadaan keselamatan kerap diabaikan dan jarang dijadikan asas
utama pertimbangan.

4.2. Warga sekolah dewasa ini terdedah dengan isu-isu keselamatan fizikal, sosial,
emosi dan teknikal. Jesteru, polisi yang berterusan perlu diwujudkan.
4.3. Kurang mendapat kerjasama daripada keluarga dan masyarakat dengan institusi
pendidikan daripada segi keselamatan.
4.4. Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu keselamatan amat terbatas tanpa
sokongan keluarga dan komuniti.
5. BIDANG PELAKSANAAN PROGRAM SEKOLAH SELAMAT:

5.1. Keselamatan Aktiviti Murid:


5.1.1. Pergi Dan Balik Sekolah
5.1.2. Menjalankan Aktiviti Kokurikulum
5.1.3. Menjalankan Kegiatan Luar

5.2. Keselamatan Bencana Alam:


5.2.1. Banjir
5.2.2. Kebakaran
5.2.3. Perubahan Cuaca
5.2.4. Wabak Penyakit

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 2


5.3. Keselamatan Fizikal Dan Bangunan:
5.3.1. Bilik-bilik Khas
5.3.2. Kantin
5.3.3. Pusat Sumber
5.3.4. Padang Dan Gelanggang Permainan
5.3.5. Pendawaian Dan Peralatan Elektrik
5.3.6. Perabot Kelas
5.3.7. Bilik RBT/Bengkel
5.3.8. Makmal Sains
5.3.9. Kawasan Sunyi Dan Gelap
5.3.10. Bangunan Dalam Kawasan Sekolah
5.3.11. Tandas

5.4. Keselamatan Sosial:


5.4.1. Peras Ugut
5.4.2. Sumbang Mahram
5.4.3. Gangguan Seksual
5.4.4. Membuli
5.4.5. Keharmonian Kaum
5.4.6. Gangguan Emosi Dan Rohani
5.5. Keselamatan Persekitaran Dan Lokasi:
5.5.1. Kawasan Berhampiran Jalan Raya
5.5.2. Kawasan Perumahan
5.5.3. Kawasan Berisiko
5.6 Panduan Pembukaan Semula Sekolah PASCA Covit 19

1. KESELAMATAN DIRI MURID SEMASA PERJALANAN


PERGI DAN BALIK SEKOLAH

1. PENDAHULUAN:
Keselamatan diri murid dalam perjalanan pergi dan balik ke sekolah
memerlukan perhatian serius kerana kemalangan boleh berlaku sekiranya
pihak yang terlibat tidak perihatin tentang persoalan ini. Keupayaan pihak

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 3


sekolah dalam menangani isu keselamatan diri murid pergi dan balik
sekolah adalah terbatas maka manual ini telah dirangka dan diharapkan
dapat menjadi garis panduan kepada semua warga SJK(T) Natesa Pillay
tentang peranan yang boleh dimainkan dalam memastikan keselamatan
diri murid pergi dan balik sekolah terjamin.

2. RASIONAL:
2.1. Ramai murid yang pergi dan balik sekolah terdedah dengan
bahaya akibat kecuaian ataupun tidak mementingkan aspek
keselamatan.
2.2. Kurang kesedaran daripada keluarga dan masyarakat dari segi
menjaga keselamatan diri murid pergi dan balik sekolah.
2.3. Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu keselamatan di luar
kawasan sekolah amat terbatas tanpa sokongan keluarga dan
masyarakat.
2.4. Perlunya pihak sekolah menyediakan persekitaran yang selamat
untuk warga sekolah melalui pendidikan keselamatan untuk warga

sekolah melalui pendidikan keselamatan diri dalam perjalanan


pergi dan balik sekolah.

3. OBJEKTIF:
3.1. Menyedia dan menyebarkan maklumat tentang tatacara tindakan
keselamatan diri murid pergi dan balik sekolah.
3.2. Mengenalpasti masalah berkaitan penggunaan laluan perjalanan
pergi dan balik sekolah.
3.3. Semua pihak faham dan bertindak berdasarkan tatacara yang
disediakan apabila melibatkan keselamatan diri murid pergi dan
balik sekolah.
3.4. Mengambil tindakan yang betul berdasarkan peraturan yang
disediakan.

4. PERANAN MURID:
4.1. Anda mesti memastikan kenderaan yang anda naiki ke sekolah

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 4


adalah selamat.
4.21. Anda mesti mematuhi arahan pihak yang mengawal kenderaan
seperti pemandu dan polis.
4.3. Memahami dan mengamalkan peraturan mengenai keselamatan
diri dalam perjalanan pergi dan balik sekolah.
4.4. Anda hendaklah sepanjang masa mengamalkan langkah-langkah
keselamatan seperti berikut:
4.4.1. Sentiasa sedar dan peka tentang kemungkinan
berlakunya perbuatan jenayah ke atas diri anda.
4.4.2. Berjalan dalam kumpulan dan menggunakan laluan yang
selamat.
4.4.3. Melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran
seni mempertahankan diri.
4.5. Mengelakkan diri daripada berinteraksi dengan orang yang tidak
dikenali.
4.6. Melaporkan kepada pihak pentadbir sekiranya terdapat sesuatu
yang mencurigakan.
4.7. Tidak menumpang kenderaan orang yang tidak dikenali.

5. PERANAN JAWATANKUASA OPERASI:


5.1. Memberi kesedaran dan kefahaman kepada murid tentang
pentingnya keselamatan diri melalui poster, perhimpunan
mingguan, ceramah, pengajaran dan pembelajaran dalam kelas,
tayangan video dan edaran.
5.2. Merekodkan semua aduan bagi sebarang insiden atau mereka
yang disyaki mempunyai niat jahat.
5.3. Memaklumkan kepada ibu bapa dan pihak berkenaan.
5.4. Menganalisis setiap kejadian.
5.5. Memanfaatkan sepenuhnya Jawatankuasa Keselamatan dan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam merancang langkah
keselamatan pelajar semasa perjalanan ke sekolah.
5.6. Bekerjasama dengan pihak polis dan ibu bapa untuk membuat
rondaan di kawasan yang difikirkan berisiko tinggi dari segi

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 5


keselamatan.
5.7. Merancang dan melaksanakan program gotong-royong
membersihkan kawasan semak di kawasan laluan harian yang
digunakan oleh murid.
5.8. Mengadakan peraturan yang jelas tentang keselamatan murid
dalam perjalanan pergi dan balik sekolah.
5.9. Membantu menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah di sekolah.

6. PERANAN IBU BAPA:


6.1. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam merancang dan
menguatkuasakan keselamatan murid pergi balik sekolah.
6.2. Membantu pihak sekolah melaksanakan gotong-royong
membersihkan kawasan semak laluan murid ke sekolah , meronda
dan bergiat aktif dalam Jawatankuasa Permuafakatan.
6.3. Memastikan anak selamat pergi dan balik sekolah.
6.4. Mendidik anak dalam aspek keselamatan diri.
6.5. Memastikan anak pergi dan balik sekolah dengan kawan-kawan
atau dalam kumpulan.
6.6. Memastikan kenderaan yang digunakan oleh anak dalam keadaan
baik.
6.7. Menasihati anak supaya tidak berinteraksi atau mengikut orang
yang tidak dikenali.

7. TATACARA MURID:
7.1. Pergi dan balik menggunakan bas sekolah
Bas sekolah adalah milik Syarikat .
7.1.1. Kenal pasti kenderaan yang biasa dinaiki sama ada
melalui nama syarikat, nombor plat, pemandu, pembantu
pemandu atau identiti khas yang lain.
7.1.2. Memastikan kenderaan betul-betul berhenti apabila turun
atau naik.
7.1.3. Berbaris dan tidak berebut/tunggu giliran semasa turun
atau naik dan tidak bertolak-tolak dengan rakan.
7.1.4. Sekiranya duduk dikerusi, duduklah dengan tertib.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 6


7.1.5. Sekiranya tiada tempat duduk dan terpaksa berdiri,
pastikan berdiri dalam keadan stabil dengan memegang
pemegang yang disediakan dan jangan berdiri di tangga.
7.1.6. Setelah tiba di destinasi, turunlah dari kenderaan yang
dinaiki setelah betul-betul berhenti dan jangan
berebut/bertolak-tolak dan terus menuju ke
7.1.7. rumah/sekolah
Sekiranya perlu menyeberang jalan pastikan tiada
7.1.8. kenderaan di kiri dan kanan.
Apabila berlaku kemalangan, ikut panduan Tatacara
Berlaku Kemalangan.

7.2. Pergi dan balik menggunakan kenderaan sendiri.


Kenderaan sendiri yang dimaksudkan ialah kenderaan yang
dibawa oleh murid sendiri seperti basikal.

7.2.3. Menggunakan basikal:


 Mahir menggunakan basikal dan pastikan basikal
berkeadaan sempurna.
 Jangan bawa pembonceng.
 Jangan berlumba.
 Jangan bergurau senda
 Jangan mengayuh terlalu laju.
 Jangan bersaing-saing/bergandingan.
 Setelah tiba di sekolah ikut lalu lintas sekolah.
 Sekiranya berlaku kemalangan ikut Tatacara Berlaku
Kemalangan yang telah ditentukan.

7.3. Pergi dan balik dengan berjalan kaki:


7.3.1. Melintas jalan:
 Cari tempat terdekat dan selamat untuk melintas jalan.
 Hendaklah berdiri di atas kaki lima jalan .
 Undur ke belakang 2 langkah apabila melihat kenderaan
besar

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 7


 Ikut arahan pengawal lalu lintas jika ada
 Apabila hendak melintas jalan lihat kanan,lihat kiri dan
kanan semula. Melintas apabila sudah pasti tiada
kenderaan.

7.3.2. Tempat yang selamat melintas jalan raya :


 Lintasan pejalan kaki (lintasan zebra).
 Laluan bawah.
 Jejantas
 Dekat lampu isyarat
 Di tempat-tempat yang terdapat anggota polis, warden
trafik dan pengawal lalu lintas.
 Jangan melintas jalan di celah-celah kenderaan.

7.3.3. Cara melintas jalan di lintasan pejalan kaki:


 Nampakkan diri anda kepada pemandu kenderaan.
 Setelah semua kenderaan berhenti, barulah melintas
dengan cermat.

7.3.4. Cara melintas jalan di lampu isyarat :


 Melintas apabila lampu pejalan kaki berwarna hijau.
 Apabila lampu hijau berkelip-kelip, jangan melintas. Jika
sedang melintas, teruskan melintas secepat mungkin.

7.3.5. Berjalan kaki di kawasan awam:


 Gunakan kaki lima jalan sebelah kiri.
 Jika tiada kaki lima, gunakan bahu jalan sebelah kanan.
 Jangan bergandingan.

7.3.6. Berjalan kaki pada waktu hujan:


 Pakai baju hujan supaya tidak menghalang pandangan
hadapan
 Berjalan dengan berhati-hati terutama di tempat-tempat
yang licin.
 Sekiranya hujan terlalu lebat, tumpang berteduh di tempat
selamat seperti di pondok menunggu bas atau lain-lain

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 8


bangunan. Jangan berteduh di bawah pokok.
 Jangan menggunakan payung ketika hujan terlalu lebat
dan angin kencang.
 Jangan bermain-main dalam hujan.

7.3.7. Berjalan kaki di tempat sunyi/semak :


 Berjalan dalam kumpulan sekurang-kurangnya dua orang.
 Murid perlu ada pengetahuan seni mempertahankan diri.
 Sekiranya berlaku kecemasan, jangan panik, menjerit
meminta tolong/cuba pertahankan diri/lari menyelamatkan
diri.
 Jika perlu melintas jalan, pandangan kanan, kiri dan kanan
sebelum melintas.

7.4. Dihantar oleh ibu bapa/penjaga:


7.4.1. Jika menggunakan kereta atau van pastikan pintu
kenderaan ditutup dengan sempurna sebelum kenderaan
7.4.2. bergerak.
7.4.3. Gunakan tali pingang keledar/topi keledar.
7.4.4. Jangan bermain/bergurau semasa kenderaan bergerak.
Pastikan kenderaan telah berhenti sebelum turun/naik
kenderaan.

8. TATACARA JAWATANKUASA OPERASI:


8.1. Melaksanakan program-program mengenai keselamatan jalan raya
seperti taklimat, ceramah, tayangan video, melukis poster dan
lain-lain lagi.
8.2. Memberi penerangan mengenai keselamatan pergi dan balik
sekolah kepada ibubapa/penjaga melalui program-program
tertentu seperti mesyuarat PIBG.
8.3. Menyimpan rekod tentang pengangkutan murid ke sekolah.
8.4. Menyimpan rekod tentang kenderaan-kenderaan murid ke sekolah.
8.5. Menyediakan tempat letak kenderaan yang sesuai dan selamat
untuk murid.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 9


8.6. Menyimpan rekod ibubapa/penjaga pelajar supaya mudah
dihubungi di waktu kecemasan.
8.7. Mendapatkan dan menyimpan kebenaran ibubapa/penjaga untuk
kegunaan semasa kecemasan.
8.8. Memaklum dan mempamerkan tatacara berkaitan.
8.9. Sekiranya berlaku kemalangan, ambil tindakan mengikut Tatacara
Berlaku Kemalangan yang telah ditentukan.

9. TATACARA IBUBAPA/PENJAGA:
9.1. Memastikan basikal dalam keadaan sempurna dan selamat untuk
ditunggang.
9.2. Menemani anak semasa menunggu bas atau berjalan kaki dalam
keadaan gelap/hujan/sunyi sehingga keadaan selamat.
9.3. Mengingatkan/Menasihati anak supaya sentiasa berwaspada
dengan orang-orang yang tidak dikenali dan berhati-hati semasa
pergi dan balik sekolah.
9.4. Mengambil tahu waktu anak pergi dan balik sekolah dan
menghubungi pihak sekolah sekiranya anak lewat balik.
9.5. Memastikan anak memakai pakaian yang cerah atau pemantul
cahaya jika berjalan dalam keadaan gelap.
9.6. Memastikan anak berjalan secara berkumpulan jika melalui
kawasan yang semak/sunyi/gelap.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 10


SJK(T) NATESA PILLAY TELUK INTAN
BORANG KEMALANGAN

A. Butiran Pelajar:

1. Nama :…………………………………………………………………….

2. Tingkatan :…………………………………………………………………….

3. No K/P :…………………………………………………………………….

4. Alamat :…………………………………………………………………….

…………………………………………………………………….

B. Butiran Kemalangan:

1. Tarikh :…………………………………………..

2. Masa :…………………………………………..

3. Tempat :…………………………………………………………..

4. Jenis Kemalangan :………………………………………………………………………….


(seperti jatuh, kejutan elektrik, letupan dan sebagainya)

5. Jenis Kecederaan :………………………………………………………………………….

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 11


(seperti luka, patah, melecur dan sebagainya)

6. Anggota yang cedera :………………………………………………………………………………


7. Keterangan ringkas :………………………………………………………………………………
.………………………………………………………………………………
8. Tindakan diambil :………………………………………………………………………………
.………………………………………………………………………………

( ) Tarikh

CARTA ALIRAN TATACARA


APABILA BERLAKU KEMALANGAN DI DALAM /LUAR SEKOLAH

Kemalangan

Laporkan kepada guru bertugas

Rekod

Dapatkan rawatan kecemasan

Tentukan tahap kecederaan.


Serius?

Tidak
Ya
Bawa ke hospital

Maklum kepada penjaga

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 12


Kes polis?

Laporkan kepada polis

Sediakan laporan hospital dan polis


untuk tuntutan insuran

Selesai

2. KESELAMATAN MENJALANKAN AKTIVITI


KOKURIKULUM

1. PENGENALAN:
Aktiviti kokurikulum adalah merupakan sebarang aktiviti yang dijalankan
di luar kelas yang tidak melibatkan waktu pembelajaran.
2. OBJEKTIF:
2.1. Tidak ada kemalangan berlaku semasa menjalankan aktiviti
kokurikulum.
2.2. Memastikan aktiviti yang dijalankan, dirancang dengan mengambil
kira tatacara keselamatan dan mematuhi dasar Kementerian
Pendidikan.
2.3. Memastikan pengurusan peralatan dan diri pelajar mengikut
tatacara yang disediakan.
3. PERANAN PELAJAR:
3.1. Mengikut arahan guru sepanjang aktiviti dijalankan.
3.2. Melaporkan dengan segera sebarang masalah yang timbul
sepanjang aktiviti dijalankan.
3.3. Mengikuti aktiviti yang dijalankan dengan mengutamakan aspek
keselamatan.
3.4. Melaporkan taraf kesihatan diri kepada guru.
4. PERANAN GURU PENASIHAT:
4.1. Memberi kesedaran dan kefahaman kepada pelajar tentang
pentingnya keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 13


kokurikulum melalui : - Perhimpunan Mingguan
- Pengajaran dan Pembelajaran dalam kelas
- Edaran
4.2. Menerima aduan pelajar dan tindakan susulan.
4.3. Merekodkan semua aduan bagi sebarang insiden atau mereka
yang disyaki mempunyai niat jahat.
4.4. Memaklumkan kepada ibu bapa dan pihak berkenaan.
4.5. Menganalisis setiap kejadian.
4.6. Mengadakan peraturan yang jelas tentang keselamatan pelajar
dalam aktivti kokurikulum.

5. PERANAN IBU BAPA:


5.1. Mengambil tahu aktiviti kokurikulum yang diikuti oleh anak jagaan
masing-masing.
5.2. Meneliti dan mengisi borong-borang yang disediakan oleh pihak
sekolah yang berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan.
5.3. Menandatangani borang pengesahan kebenaran untuk
menjalankan aktivti.
5.4. Mengenal pasti guru-guru yang menguruskan aktiviti dan
menyimpan nombor telefon guru berkenaan/pihak sekolah.

6. SEMASA MENJALANKAN AKTIVITI KELAB & PERSATUAN:


6.1. Tatacara Pelajar:
6.1.1. Pelajar berada di bilik/tempat tepat pada masa yang
ditetapkan.
6.1.2. Guru penasihat merekodkan kehadiran ahli.
6.1.3. Pelajar hendaklah memakai pakaian yang ditetapkan oleh
guru penasihat.
6.1.4. Pelajar hendaklah mengikut arahan guru sepanjang
aktivti dijalankan.
6.1.5. Sekiranya berlaku kecemasan/kemalangan hendaklah
diberi rawatan kecemasan dengan segera, dan laporkan
pada guru.
6.1.6. Sekiranyan pelajar tidak dapat meneruskan aktivti, guru
penasihat hendaklah melaporkan kepada ibu
bapa/penjaga, dan menghantar pelajar pulang atau ke

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 14


hospital.

6.2. Tatacara Guru Penasihat:


6.2.1. Peka terhadap surat pekeliling yang diedarkan serta
memahami kandungannya.
6.2.2. Mematuhi tatacara tindakan sebelum, semasa dan
selepas aktiviti dijalankan.
6.2.3. Menyimpan rekod profil dan aktiviti pelajar serta sentiasa
dikemaskini.
6.2.4. Memeriksa sebarang peralatan yang akan digunakan
sebelum dan selepas aktiviti dijalankan
6.2.5. Menggantikan peralatan yang tidak selamat atau yang
tidak boleh digunakan.
6.2.6. Menyimpan dan menyelenggara stok peralatan dengan
baik.
6.2.7. Mengenal pasti pelajar yang tidak sihat atau mempunyai
surat pengesahan perubatan yang perlu mendapatkan
pengecualian dari sesuatu aktiviti.
6.2.8. Menyediakan surat makluman kepada ibubapa/penjaga
tentang sesuatu aktiviti yang dijalankan.
6.2.9. Mengedarkan borang kebenaran ibubapa/penjaga untuk
dipenuhkan dan dikumpulkan sebelum aktiviti dijalankan.
6.2.10. Hadir di tempat aktiviti 10 minit sebelum aktiviti
dimulakan dan mengawasi pelajar sepanjang masa untuk
elakkan berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini.
6.2.11. Mencatat kehadiran pelajar dalam Buku Penilaian
kokurikulum setiap pelajar.
6.2.12. Memastikan aktiviti yang dilakukan mengikut kesesuaian
dan kemampuan pelajar.
6.2.13. Memastikan kawasan yang digunakan sentiasa dalam
keadaan yang selesa dan selamat.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 15


6.3. Tatacara Ibubapa/penjaga:
6.3.1. Menandatangani surat kebenaran ibubapa/penjaga.
6.3.2. Memastikan anak berada dalam keadaan sihat.
6.3.3. Memaklumkan kepada pihak sekolah tentang taraf
kesihatan anak masing-masing.
6.3.4. Memastikan ada surat pengesahan doktor jika anak tidak
dapat mengikuti sebarang aktiviti.
6.3.5. Menyediakan pakaian dan kasut yang sesuai untuk anak
menyertai aktivti.
6.3.6. Mengetahui masa bermula dan berakhirnya sesuatu
aktiviti.
6.3.7. Mengambil tahu tempat aktiviti dijalankan.
6.3.8. Mengambil tahu guru yang menguruskan aktiviti supaya
mudah dihubungi.

3. KESELAMATAN PERKHEMAHAN/AKTIVITI LUAR SEKOLAH

1. PENDAHULUAN:
Kegiatan perkhemahan yang dijalankan di luar kawasan sekolah
merupakan antara aktiviti kokurikulum yang adakalanya melibatkan
agensi luar dan dijalankan dipersekitaran yang tidak menentu.

2. RASIONAL:
2.1. Kegiatan perkhemahan luar kawasan sekolah perlu dijalankan oleh
pihak sekolah untuk mendedahkan ilmu pengetahun yang tidak
dapat diperolehi di dalam bilik darjah kepada murid.
2.2. Mengubah suasana aktiviti supaya murid berminat untuk terus
mengikuti aktiviti kokurikulum.

3. OBJEKTIF:
3.1. Tidak berlaku kemalangan semasa menjalankan aktiviti
perkhemahan
3.2. di luar kawasan sekolah.
Memastikan aktiviti perkhemahan di luar kawasan sekolah yang
dijalankan, dirancang dengan mengambil kira tatacara

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 16


3.3. keselamatan dan mematuhi dasar Kementerian Pendidikan.
Memastikan pengurusan perkhemahan di luar kawasan sekolah
mengikut tatacara yang disediakan.

4. PERANAN MURID:
4.1. Mendapatkan kebenaran ibu bapa untuk mengikuti aktiviti yang
dianjurkan.
4.2. Melaporkan taraf kesihatan diri kepada guru yang mengendalikan
aktiviti.
4.3. Mengikut setiap arahan guru sepanjang aktiviti dijalankan.

4.4. Melaporkan dengan segera sebarang masalah yang timbul


sepanjang aktiviti dijalankan.
4.5. Mengikuti aktiviti yang dijalankan dengan mengutamakan aspek
keselamatan.

5. PERANAN GURU:
5.1. Memberi kesedaran dan kefahaman kepada murid tentang
pentingnya keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti
perkhemahan di luar kawasan sekolah iaitu poster, perhimpunan
mingguan, ceramah, pengajaran dan pembelajaran dalam kelas,
tayangan video dan edaran.
5.2. Menerima aduan pelajar dan mengambil tindakan susulan
5.3. Merekodkan semua aduan bagi sebarang insiden
5.4. Memaklumkan kepada pihak pentadbir sekolah dan ibu bapa
5.5. Menganalisa setiap kejadian
5.6. Mengadakan peraturan yang jelas tentang keselamatan murid
sewaktu menjalankan aktiviti perkhemahan.

6. PERANAN IBU BAPA:


6.1. Mengambil tahu aktiviti yang diikuti oleh anak jagaan masing-
6.2. masing.
Meneliti dan mengisi borang-borang yang disediakan oleh pihak
6.3. sekolah yang berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 17


6.4. Menandatangani borang-borang berkaitan untuk menjalankan
aktiviti.
6.5. Menyediakan bahan keperluan anak jagaan sepanjang aktiviti
dijalankan.
Mengenalpasti guru-guru yang menjalankan aktiviti dan
menyimpan nombor telefon guru berkenaan dan pihak sekolah.

SJK(T) NATESA PILLAY

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 18


BATU 14, JALAN BIDOR

36000 TELUK INTAN PERAK DARUL RIDZUAN

“KOMUNITI BERILMU SJK(T) NP TERBILANG”


Tel : 05-656 1739 Kod Sekolah : ABD5109 Fax: 05-656 1739
_____________________________________________________________________
Ruj. Kami: SJK(T) NP. T.I.06/07/03 ( )

…………………………………………. Tarikh :

...........…………………………………..

Tuan/Puan,

KEBENARAN MENGIKUTI PROGRAM PENDIDIKAN

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. Dimaklumkan anak/ jagaan tuan


…………………………………….................. dari Tahun .................................. telah
dipilih untuk menyertai program / aktiviti seperti berikut:
Program /
aktiviti :...................................................................................
Tarikh :................................................................................
...
Masa :...............................................................................
....
Tempat :................................................................................
...
Anjuran :................................................................................
...
2. Pihak sekolah akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan
keselamatan para pelajar terjamin. Kerjasama daripada pihak tuan agar menasihati
anak/ jagaan tuan mematuhi peraturan tersebut.
3. Sila kembalikan surat kebenaran ibubapa / penjaga yang dilampirkan bersama-
sama surat ini.
Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 19


.............................................................
Guru Besar SJK(T) Natesa Pillay,
Teluk Intan, Perak.
3.1. KESELAMATAN PERKHEMAHAN DI LUAR KAWASAN
SEKOLAH

1. RASIONAL:
Kemalangan di kawasan perkhemahan seringkali berlaku akibat tiada
perancangan yang rapi, kurang pengetahuan dan tiadanya peraturan yang
jelas. Pegawai-pegawai yang mengendalikan sering lalai, lambat bertindak
serta tidak bertindak mengikut landasan yang betul.

2. OBJEKTIF:
Kertas kerja ini menurunkan beberapa panduan bagi mengelakkan kemalangan
daripada berlaku di kawasan perkhemahan.

3. PERATURAN PERKHEMAHAN:
 Setiap ahli wajib mendapat kebenaran ibubapa/penjaga
 Tidak dibenarkan keluar kawasan, kecuali mendapat kebenaran komandan
kem.
 Dilarang berhubung dengan orang luar semasa perkhemahan
 Dilarang mengganggu dan merosakkan tanaman serta kawasan persekitaran
 Tidur apabila arahan diberi kecuali yang berkawal
 Setiap ahli mesti menetapi masa
 Setiap ahli mesti menjalankan aktiviti yang dirancang
 Barang-barang berharga tidak dibenar dibawa. Oleh itu barang tersebut
hendaklah diserahkan kepada urusetia.

4. PERATURAN AM-KESELAMATAN:
4.1. Punca-punca Kemalangan:
a. Kelalaian
b. Suasana tempat yang tidak kondusif
c. Pengurusan pentadbiran yang tidak cekap dan tidak jelas
d. Mutu bahan yang rendah
e. Pakaian yang tidak sesuai
4.2. Keselamatan orang lain:

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 20


a. Tiada isyarat atau tanda amaran
4.3. Keselamatan alat dan mesin:
a. Pemasangan wayar, suis dan fius yang tidak sempurna
b. Pembumian yang tidak sempurna.
c. Bahaya renjatan elektrik
4.4. Keselamatan Kebakaran:
a. Alat pemadam yang boleh berfungsi
b. Peraturan dan langkah-langkah mencegah kebakaran
c. Isyarat dan papan tanda
4.5. Langkah-langkah keselamatan meliputi Fasa-fasa Perkhemahan :
a. Pra-perkhemahan
b. Semasa Perkhemahan
c. Pasca Perkhemahan

5. PRA-PERKHEMAHAN
LANGKAH-LANGKAH MENGADAKAN PERKHEMAHAN:
1. Menubuhkan Jawatankuasa Perkhemahan. Jawatankuasa yang
dicadangkan ialah Pengerusi, Setiauasaha, Bendahari, Ahli Jawatankuasa
yang terdiri daripada Kem Komandan, Keselamatan, Peralatan dan
Pengangkutan.
2. Mengadakan mesyuarat untuk menentukan: tarikh, masa, tempat,
bilangan ahli, kewangan, dan pengangkutan.
3. Mendapatkan kebenaran mengadakan perkhemahan dari Guru Besar.
4. Membuat pemeriksaan tapak perkhemahan
4.1. Menilai keseluruhan kawasan perkhemahan.
4.2. Menilai topografi kawasan
4.3. Memastikan kawasan terdapat kemudahan asas seperti air.
4.4. Membuat plan kawasan perkhemahan (Rujuk contoh Lampiran Z)
5. Jika perkhemahan hendak diadakan di luar kawasan sekolah kebenaran
dari Pegawai Pendidikan Daerah hendaklah diperolehi melalui borang
khas yang dimajukan dalam 6 salinan dan 6 minggu sebelum bertolak.
6. Setiausaha juga perlu mendapatkan kebenaran dari tempat-tempat yang

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 21


ingin diadakan perkhemahan/lawatan.
7. Menyedikan surat kebenaran dari ibubapa/penjaga. Pelajar yang tidak
menyediakan borang ini hendaklah disingkir dari mendapatkan insuran
peserta (rujuk lampiran y).
8. Mendapatkan permit perjalanan dari Jabatan Pengangkutan Jalan.
(Kebanyakkan syarikat bas mengusahakan permit ini sendiri.)
9. Jika perkhemahan/lawatan hendak melibatkan aktiviti air atau
berhampiran air, minima seorang guru mestilah mempunyai sijil
Gangsa/Bronze dari Persatuan Penyelamat kelemasan Diraja/Royal Life
Saving Society. Rujuk peraturan rombongan 1961.
10. Memaklumkan tentang lawatan serta memberi satu salinan program
kepada Balai Polis, Ketua Kampong, Penghulu atau Ketua Masyarakat
berdekatan.

6. MENUBUHKAN JAWATANKUASA BERTINDAK:


1. Ketua Perkhemahan
1.1 Membantu guru pemimpin/penasihat.
1.2 Membantu mengendalikan aktiviti.
2. Quarter Master
2.1 Membantu mengagih makanan.
2.2 Memastikan setiap ahli mendapat bekalan.
2.3 Menjaga peralatan.

3. Pertolongan Cemas
3.1 Menyediakan dan memperlengkap pengisian Peti Pertolongan
Cemas.
3.2 Memberi pertolongan cemas sebelum doktor tiba atau menghantar
mangsa ke hospital.
4. Tugas-tugas Khas
4.1 Melantik Ketua Am. (Penghulu)
4.2 Melantik Ketua-ketua kumpulan kecil.
5. Lain-lain jawatankuasa yang difikirkan perlu.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 22


6. PERALATAN KUMPULAN (PUSAT) YANG PERLU ADA:

Bil. Perkara Semak


1. Khemah Utama Serta Alas
2. Khemah Ibadat
3. Khemah Urusetia
4. Khemah Quarter Master
5. Dapur
6. Lampu dan Bahan Bakar Secukupnya
7. Lampu Suluh untuk Kawalan Malam
8. Dinding tandas
9. Dinding Bilik Air
10. Tali Secukupnya
11. Alatan Aktiviti
12. Cangkul
13. Pencebak
14. Tukul Besi
15. Gergaji
16. Parang
17. Belerang
18. Kotak ubat
19.

7. PERALATAN INDIVIDU:

Bil. Perkara Semak


1. Pakaian:
Pakaian Seragam
2. Pakaian Aktiviti
3. Kasut dan selipar yang tahan air
4. Pakaian mandi dan tuala
5. Pakaian Khusus Untuk Cuaca Tertentu
6. Pakaian Aktiviti tertentu
7. Buku Log Dan Alat Tulis
8. Cawan, Pinggan, Sudu
9. Kebersihan Diri:
Sabun
10. Berus Gigi dan Ubat Gigi
11. Minyak Rambut Dan Sikat
12. Alat Keselamatan:
Wisel
13. Lampu Suluh
14. Baju Hujan
15. Ubat Persendirian
Contoh: Ubat Asthma

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 23


16. Alat Masak:
Periuk
17. Kuali
18. Sudu dan sudip
19. Mancis
20. Pisau
21. Alatan lain:
Plastik sampah
22. Plastik pakaian basah
23. Tikar
24. Khemah
25. Tali
26. Ubat tambahan
Plaster
27. Krim/Losyen kulit
28. Ubat anti-serangga

8. PEMILIHAN KAWASAN PERKHEMAHAN:


1. Ada sumber air
2. Persekitaran tidak bahaya:
2.1 Bahaya binatang buas.
2.2 Bahaya pokok tumbang/ranting patah.
2.3 Air pasang/ Surut.
2.4 Air curahan dari ulu.
2.5 Alur-alur air.
2.6 Kawasan nyamuk.

9. 1. SEMASA PERKHEMAHAN:
A. Mendirikan Khemah
1. Memilih tapak individu.
1.1 Jauhkan dari pokok berpotensi tumbang/patah.
1.2 Perjalanan matahari (sisi khemah menghala matahari).
1.3 Arah angin (sisi khemah menghala angin).
1.4 Kerataan tapak.
1.5 Binaan alur atau longkang di sekeliling khemah (menghindar
takungan air jika hujan).
1.6 Membuang tali-tali yang tidak berguna pada laluan.
1.7 Memastikan peralatan tajam ditempatkan digejet berkaitan.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 24


1.8 Membuang tunjang dan ranting pada persekitaran khemah.
1.9 Menabur belerang disekeliling khemah untuk mengelak dari
lipan/ular.
2. Memilih tapak khemah am
2.1 Memilih utama.
2.2 Memilih tapak memasak/dapur.
2.3 Tempat simpanan barang/peralatan.
2.4 Tempat simpanan bekalan makanan.

B. Gejet:
Gejet perlu dibuat di dalam kawasan khemah untuk mengurus alat-alat
perkhemahan supaya teratur. Antara gejet-gejet yang perlu ada ialah
1. Tempat pinggan.
2. Tempat perkakas tajam.
3. Penyidai kain.
4. Tempat makan.
5. Tempat kasut.
C. Kesihatan Am:
1. Tempat Ibadat
2. Tandas
3. Bilik air

2. ISTIADAT/UPACARA SEMASA MENJALANKAN AKTIVITI


PERKHEMAHAN:
1. Tatacara Perjumpaan.
2. Tatacara memulakan aktiviti:
2.2.1 Berkumpul
2.2.2 Mengira ahli kumpulan
2.2.3 Mendapat taklimat
2.2.4 Berdoa
3. Menjalankan aktiviti
2.3.1 Melantik ketua kumpulan

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 25


2.3.2 Melantik orang yang awal (Lead Man)
2.3.3 Melantik orang yang paling akhir (Last Man)
4. Tatacara majlis penutup
2.4.1 Berkumpul
2.4.2..Mengira ahli dan merujuk kiraan awal
2.4.3..Memberi laporan aktiviti.
2.4.4 Berdoa selamat
5. Upacara khas perasmian/penutup.
2.5.1 menyediakan senarai protokol.
2.5.2 Menyediakan teks ucapan.
2.5.3 Menyediakan perabot dan siaraya yang sesuai.
6. Majlis penyampaian sijil/cenderahati.
2.6.1 menyediakan senarai protokol.
2.6.2 Menyediakan teks ucapan.
2.6.3 Menyediakan perabot dan siaraya yang sesuai.
2.6.4 Memastikan hadiah/sijil telah disusun.
2.6.5 Menentukan pembantu serta talam beralas disediakan.

3. PENJAGAAN PERALATAN DAN KAWALAN MALAM :


3.1.Melantik dan menyusun jadual berkawal malam.
3.1.1 Memastikan kawasan khemah.
3.1.2 Mengawal keluar-masuk setiap orang dari kawasan perkhemahan
3.1.3 menjaga barang dan peralatan.
3.1.4 menjaga kebersihan.
3.1.5 penyelenggaraan kawasan.
3.1.6 Menyediakan lampu suluh berbateri dalam keadaan sempurna.
3.1.7 Menyediakan minuman dan kudapan disediakan untuk pengawal.

4. PERJALANAN AKTIVITI:
Perjalanan aktiviti perlulah mengikut masa yang telah ditetapkan yang
semestinya mengandungi masa rehat/ tidur yang mencukupi. Aktiviti yang
terlalu padat akan menyebakan peserta lesu dan boleh mengundang
kemalangan semasa menjalankan aktiviti.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 26


5. AKHIR PERKHEMAHAN
5.1 Berkemas sebelum sebelum bersurai.
5.2 Meruntuhkan khemah.
5.3 Membersih kawasan secara gotong royong.

10. PASCA PERKHEMAHAN:


1. Membersih dan mengering khemah.
2. Menyimpan dan memulang barang dan peralatan.
3. Laporan perkhemahan dan mesyuarat akhir.
4. Pembentangan penyata kira-kira.
5. Ucapan lisan atau bertulis tanda terima kasih kepada yang berkenaan.

11. PERTOLONGAN CEMAS


1. Melantik seorang/lebih pegawai yang mahir dalam pertolongan cemas.
2. Memastikan alat-alat dan peti pertolongan cemas kemas kini.
3. Memaklumkan langkah-langkah keselamatan.
4. Mengadakan latihan-latihan dalam rawatan pertolongan cemas/bantu mula:
4.1. Luka pada kulit.
4.2. Luka berdarah.
4.3. Rawatan renjatan elektrik.
4.4. Rawatan patah.
4.5. Pemulihan pernafasan.
4.6. Pemulihan pernafasan dan peredaran darah.
5. Keselamatan diri
5.1 Menjaga keselamatan diri.
5.2 Berdisiplin semasa menjalankan aktiviti.
5.3 Memakai pakaian keselamatan.
5.3.1 Pelindung mata (goggle), kepala (topi keledar), tangan (sarung
tangan),
5.3.2 Tali pinggang keselamatan termasuk ‘seat harness’ dan ‘body
harness’
5.3.3 Pakaian sejuk seperti baju hujan dan wind breaker
Prinsip-prinsip asas pertolongan cemas:

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 27


1. Memastikan keadaan persekitaran selamat.
2. Segera menilai situasi dan punca.
3. Melakukan proses menyelamat secara tertib, segera dan tenang.
4. Memulih pernafasan jika berkemampuan.
5. Mengenalpasti pendarahan mangsa.
6. Tenangkan mangsa.
7. Jangan biarkan orang berkumpul di sekeliling mangsa.
8. Dapatkan bantuan perubatan.
Kaedah-kaedah menyelamat:
1. Pernafasan mulut ke mulut (EAR).
2. Kaedah Holger-Nielson.
3. Kaedah Selvester.
4. Kaedah Cardiopulmonary Resuscitation (CPR).
5. Berbagai balutan.

Prosedur Dr ABC

Prosedur TOTAPS

Tindakan Awal RICE

Teknik EAR

Teknik CPR

Prosedur Dr ABC

1. DANGER (BAHAYA)
Semasa mendekati mangsa, pastikan keadaan persekitaran tidak bahaya
kepada mangsa/penyelamat. Jika tidak selamat pindahkan mangsa.

2. RESPONSE (TINDAK BALAS- KEPADA CAHAYA, SUARA, BUNYI, SENTUH


BAU /RASA)

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 28


Periksa mangsa sama ada mangsa sedar/tidak. Jika sedar tanya apa
berlaku.
Jika tidak, tepuk bahu mangsa
3. AIRWAYS (SALURAN UDARA)
Pastikan saluran udara tidak tersekat oleh lidah, muntah /benda asing.
4. BREATHING (PERNAFASAN)
Pastikan adanya pernafasan melalui hidung/mulut. Rendahkan telinga ke

hidung&mulut mangsa mata melihat pergerakan dada.


Jika tidak, lakukan EAR-mulut ke mulut. Tutup hidung dan tiup 2X ke
mulut mangsa. Rasa sama ada udara keluar dari mulut mangsa atau ada
gerakan turun naik dada.

5. CIRCULATION (EDARAN DARAH)


Periksa nadi karotid. Jika ada nadi lakukan no.4. Jika tiada nadi,= jantung

tidak bergerak. Lakukan CPR


1. Cari tapak kompressi. 2jari di atas lekuk sternum.
2. Gengam 2 tangan
3. Luruskan siku
4. Tekan +-5cm, sebanyak 15X (Kadar 1234x1234x)
5. Mulut ke mulut 2X
6. Teruskan hingga pulih
7. Periksa nadi setiap 3 minit

Prosedur TOTAPS (Jika mangsa sedar)


1. TALK (bercakap) : Bercakap, tanya, tenangkan
2. OBSERVE (Perhati) : Perhati tanda-tanda luka, pendarahan, lebam, bengkak
3. TOUCH (Sentuh) : Sentuh, rasa tulang, nilai keseriusan
4. ACTIVE (Aktif) : Mangsa dapat menggerakkan anggota yang sakit
5. PASSIVE (Pasif)
Mangsa tidak dapat mengerakkan anggota yang sakit atau boleh menggerakkan

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 29


anggota tetapi secara bantuan orang lain.

6. SKILL (Kemahiran)
Mangsa dapat melakukan pergerakkan anggota yang melibatkan kemahiran
dalam permainan bertujuan menentukan sejauh mana kecederaan yang dialami.
Tindakan awal R.I.C.E

1. REST - Rehatkan bahagian yang cedera


2. ICE - Menggunakan ais pada bahagian yang cedera.
Ais mengecilkan kapilari darah bagi menghentikan pendarahan
dalaman.

3. COMPRESSION - Membalutkan bahagian yang cedera


-Balutan dengan grip sejuk dan longgar

4. ELEVATION - Meninggikan bahagian yang cedera melebihi paras jantung.

TEKNIK EAR (Expired Air Resuscitation)


Pastikan adanya pernafasan mangsa melalui hidung/mulut. Jika tiada nafas
rendahkan telinga penyelamat ke hidung&mulut mangsa, mata melihat
pergerakan dada.
Jika tiada nafas, lakukan EAR-mulut ke mulut. Tutup hidung dan tiup 2X ke
mulut mangsa. Rasa sama ada udara keluar dari mulut mangsa atau ada
gerakan turun naik dada.

TEKNIK CPR (CardioPulmonary Resuscitation)

Cari tapak kompressi. 2jari di atas lekuk sternum.


Gengam 2 tangan
Luruskan siku
Tekan +-5cm, sebanyak 15X (Kadar 1234x1234x)
Mulut ke mulut 2X
Teruskan hingga pulih
Periksa nadi setiap 3 minit/3 Set CPR

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 30


4. KESELAMATAN SEMASA BENCANA ALAM

1. PENDAHULUAN:
SJK(T) Natesa Pillay , Teluk Intan terdedah kepada perubahan-perubahan
iklim yang akan menyebabkan berlakunya bencana alam seperti banjir,
kebakaran, jerebu, ribut taufan dan sebagainya . Kesan daripada
perubahan cuaca tersebut akan membawa kepada berlakunya wabak
penyakit . Justeru, langkah-langkah keselamatan perlu diambil untuk
menghadapi segala kemungkinan ketika berlaku bencana tersebut .

2. OBJEKTIF:
2.1. Mengambil langkah-langkah keselamatan untuk menghindari
kemalangan di kalangan warga SJK(T) Natesa Pillay.
2.2. Menyediakan peraturan bagi menghadapi bencana alam secara
selamat.
2.3. Mengadakan latihan menghadapi bencana alam.
2.4. Menjadikan warga SJK(T) Natesa Pillay sentiasa prihatin dan
bersedia menghadapi kecemasan.
2.5. Mewujudkan permuafakatan dan perasaan bertanggungjawab di
kalangan warga SJK(T) Natesa Pillay dan masyarakat sekitar ketika
menghadapai bencana alam.

3. SENARAI BENCANA ALAM YANG DIBERI PERHATIAN:


3.1. Banjir
3.2. Kebakaran
3.3. Perubahan cuaca
3.4. Wabak penyakit

4. PERANAN JAWATANKUASA:
4.1. Menubuhkan jawatankuasa kecemasan.
4.2. Menyediakan peraturan menghadapi bencana alam dengan
4.3. selamat.
Mengadakan latihan kecemasan , seperti kawad kebakaran ,
4.4. sekurang-kurangnya dua kali setahun.
Memberi peringatan dan arahan kepada warga SJK(T) Natesa

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 31


4.5. Pillay dari semasa ke semasa.
4.6. Bertindak mengawal keadaan supaya tidak panik dan kelam kabut.
Memastikan semua murid berada di tempat selamat dan guru
kelas menyemak jadual kedatangan murid serta mencari pelajar
4.7. yang tiada di tempat yang ditetapkan .
4.8. Menyediakan jaket keselamatan.
Meminta bantuan daripada pihak tertentu seperti polis , tentera ,
4.9. dan bomba , jika perlu.
Memastikan pihak Persatuan Bulan Sabit Merah sentiasa bersedia
untuk memberi pertolongan cemas jika berlaku kemalangan atau
4.10. Kecederaan .
Melaporkan bencana yang dihadapi kepada JPN/PPD/PIBG/Ketua
4.11. Komuniti.
Memastikan semua suis elektrik dipadamkan ketika berlaku
bencana .

5. PERANAN MURID:
5.1. Jangan panik.
5.2. Patuhi peraturan dan arahan yang diberikan.
5.3. Menutup semua suis elektrik.
5.4. Berpindah ke tempat tinggi yang lebih selamat , jika berlaku banjir
, atau bergerak ke tempat yang telah ditetapkan dalam keadaan
teratur apabila berlaku kebakaran.
5.5. Memberi pertolongan kepada kawan yang memerlukan bantuan.
5.6. Melaporkan sebarang insiden yang tidak diingini dengan segera
kepada guru atau kaunselor sekolah.

6. PERANAN IBU BAPA:


6.1. Sentiasa mengikuti perkembangan semasa mengenai laporan kaji
cuaca dan amaran banjir.
6.2. Menghubungi pihak sekolah yang terlibat untuk mendapat
maklumat terkini.
6.3. Memberi bantuan dan kerjasama kepada pihak sekolah semasa
banjir.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 32


4.1. KESELAMATAN SEMASA BANJIR

1. Definisi:
Banjir merupakan satu keadaan apabila sesuatu kawasan ditenggelami air
atau lumpur . Banjir boleh dikategorikan kepada :
1.1. Banjir Kilat – berlaku akibat hujan lebat yang berterusan dan
sistem perparitan yang tidak sempurna di sesuatu kawasan
1.2. Banjir Lumpur - aliran air deras bercampur lumpur dari arah
tanah tinggi ke kawasan lembah
1.3. Banjir Musim Tengkujuh – berlaku akibat hujan yang turun
secara berterusan di musim tengkujuh

2. Apa yang perlu dilakukan ketika berlaku:


2.1. Banjir kilat :
 Jangan panik
 Tutup atau matikan semua suis
 Guru hendaklah membawa murid ke tempat selamat
 Guru kelas/ketua kelas memastikan bilangan murid mencukupi
 Cari murid yang tidak ada di tempat selamat .
 Bawa barangan atau dokumen peribadi yang penting sahaja
 Ikut arahan guru
 Lapor diri kepada ketua kelas/guru kelas sewaktu di tempat
selamat
 Guru hendaklah menghubungi pihak penjaga
 Guru hendaklah menghubungi pihak bomba dan penyelamat serta
unit pertolongan cemas .
 Nombor Telefon Bomba : 994
 Murid tidak perlu pergi ke sekolah sekiranya keadaan banjir
membahayakan pada hari berikutnya .
 Jika keadaan banjir sangat membahaya , semua murid hendaklah
berada di tempat yang selamat di sekolah sehingga mendapat
bantuan daripada pihak polis/tentera/pasukan penyelamat atau
sehingga banjir surut .
2.2. Banjir Lumpur : (Sekolah di tepi sungai/lereng bukit/di atas

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 33


bukit)
2.3. Banjir Musim Tengkujuh:
 Simpan semua dokumen penting dan barangan berharga di tempat
selamat.
 Jangan panik.
 Tutup atau matikan semua suis.
 Berpindahlah ke tempat yang lebih selamat.
 Sentiasa mematuhi arahan daripada pihak berkuasa Bilik Gerakan
Banjir.
 Jika diarah berpindah bawa bersama barangan atau dokumen
peribadi yang penting sahaja..
 Murid hendaklah memberitahu pihak sekolah tentang keadaan
banjir di tempatnya .

CARTA ALIRAN TATACARA MURID MENGHADAPI BANJIR

Tutup semua suis elektrik

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 34


Berpindah ke tempat tinggi
yang lebih selamat mengikut arahan guru

Lapor jika ada sebarang


Insiden yang tidak diingini
Kepada guru , kaunselor ,
pengetua/guru besar

TAMAT

CARTA ALIRAN TATACARA GURU MENGHADAPI BANJIR

Bunyikan loceng kecemasan

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 35


Maklumkan kepada JPN/PPD/Polis

Padamkan suis

Beri arahan kepada murid


supaya bergerak ke tempat selamat

Semak jadual kedatangan pelajar

Kawal – lapor dan cari

Lapor kepada PPD/JPN/Polis

TAMAT

4.2. KESELAMATAN MURID SEMASA KEBAKARAN

1. Definisi:
Kebakaran yang berlaku mungkin disebabkan oleh litar pintas ,
pembakaran terbuka atau kecuaian pengguna.
2. Jika berlaku kebakaran:
2.1. Jangan panik dan laporkan kepada guru sekiranya ada kelihatan
tanda-tanda kebakaran .

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 36


2.2. Tutup suis utama.
2.3. Ketepikan kerusi meja supaya ada ruang laluan.
2.4. Segera tinggalkan kelas dalam keadaan teratur apabila mendengar
loceng kecemasan.
2.5. Jangan lari ke bilik air.
2.6. Ikut laluan kecemasan seperti yang telah ditetapkan dalam plan
kawad kebakaran.
2.7. Berhimpun di tempat yang telah ditetapkan mengikut kelas supaya
ketua kelas boleh menyemak bilangan murid dan memastikan
ianya menyamai jumlah pelajar yang hadir pada hari itu .
2.8. Laporkan kepada guru sekiranya bilangan ahli kelas tidak akur
dengan jumlah yang hadir.
2.9. Menjerit meminta tolong sekiranya terperangkap dalam
2.10. kebakaran.
Pentadbir sekolah hendaklah menghubungi bomba: 994
Guru atau pasukan kadet bomba boleh menggunakan alat
2.11. pemadam api sekiranya kebakaran kecil sahaja yang berlaku.
Hantar murid yang mengalami kecederaan , jika ada , ke hospital
2.12. dan hubungi penjaganya dengan segera .
2.13. Buat laporan polis jika kecederaannya serius.
2.14. Buat tuntutan insurans kebakaran takaful dengan menyediakan:
Slip hospital , Laporan polis, Borang takaful yang lengkap diisi.

CARTA ALIRAN TATACARA GURU MENGHADAPI KEBAKARAN

Bunyikan loceng kecemasan

Maklumkan kepada JPN/PPD/Bomba

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 37


Tutupkan suis utama

Beri arahan kepada murid


supaya bergerak ke tempat selamat
dalam keadaan teratur

Semak jadual kedatangan pelajar

Kawal – lapor dan cari

Hantar pelajar yang cedera


ke hospital dan hubungi
penjaga dengan segera

TAMAT

CARTA ALIRAN TATACARA MURID MENGHADAPI KEBAKARAN

Tutup semua suis elektrik

Ketepikan semua meja dan kerusi


supaya ada ruang laluan

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 38


Segera tinggalkan kelas
dalam keadaan teratur
ke tempat yang telah ditetapkan
dalam pelan kawad kebakaran

Lapor kepada guru jika ada


rakan yang tiada dalam barisan

TAMAT

SJK(T) Natesa Pillay


36000 Teluk Intan
Perak Darul Ridzuan

TATACARA KAWAD
KECEMASAN DAN KEBAKARAN

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 39


MATLAMAT
Memastikan nyawa dan keselamatan para pelajar dan kakitangan sekolah terselamat
dari ancaman kecemasan dan kebakaran.

OBJEKTIF
Pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah dapat meninggalkan bangunan yang terbakar
dalam masa 90 saat.

JADUAL KAWAD KECEMASAN DAN KEBAKARAN

Diedarkan sekurang-kurangnya sekali setahun. Sekali dalam bulan Januari – Mei atau
kali kedua dalam bulan Jun – September.
TATACARA KERJA

A. Sekiranya berlaku kebakaran :

a. Bunyikan siren atau loceng isyarat kebakaran yang paling hampir.


b. Gunakan alat pemadam api yang sedia ada sekiranya api itu masih kecil
dan tidak berbahaya.
c. Tahu cara bergerak dalam asap dan keluar dari kelas ke tempat selamat
dengan panduan laluan keselamatan.

B. Bila terdengar bunyi siren atau loceng isyarat kebakaran

a. Guru yang bertanggungjawab hendaklah menghuungi pihak bomba dengan


segera.
b. Guru atau ketua kelas akan mengetuai pergerakan mengosongkan
bangunan seperti arahan dan keluar mengikut laluan keselamatan, serta
guru menentukan tiada seorangpun pelajar memeasuki bengunan itu
sehinggalah mendapat pengesahan pegawai bomba bertugas bahawa
bangunan adalah selamat.
c. Pintu-pintu dan tingkap-tingkap hendaklah ditutup semasa pelajar hendak
meninggalkan kelas-kelas.
d. Panggilan baris (nama-nama pelajar) hendaklah dibuat ditempat
berkumpul berdasarkan Jadual Kedatangan pada hari tersebut oleh guru
tingkatan atau ketua kelas.
e. Sekiranya ada pelajar yang hilang maka guru atau ketua kelas hendaklah
segera memeberitahu AJK Sekolah Selamat atau Pegawai Bomba untuk
tindakan selanjutnya.

TEMPAT BERKUMPUL PARA PELAJAR


i. Blok A, B, C, D, E, F dan G berkumpul di Gelanggang serbaguna
berdekatan dengan tempat letak kenderaan pelajar.
ii. Blok H, I, J, K dan L berkumpul di Gelanggang Perhimpunan.
iii. Blok Asrama Putera dan Blok Asrama Puteri berkumpul di Tapak
Letak Kereta di Hadapan Dewan Kuliah.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 40


iv. Sila rujuk Pelan Pergerakan dan Laluan Keselamatan yang ada.

SJK(T) Natesa Pillay


36000 Teluk Intan
Perak Darul Ridzuan

TATACARA KAWAD
KECEMASAN DAN KEBAKARAN

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 41


1. Sekiranya berlaku kebakaran

a. Bunyikan siren atau loceng isyarat kebakaran yang paling dekat


dengan anda.
b. Gunakan alat pemadam api yang ada sekiranya api itu kecil dan
tidak merbahayakan anda.
c. Keselamatan para pelajar perkara yang paling diuatamakan
daripada benda-benda lain.

2. Bila terdengar bunyi siren atau loceng isyarat kebakaran

a. Pegawai atau guru yang bertanggungjawab hendaklah


menghubungi pihak bomba dengan segera.
b. Guru atau ketua kelas akan mengetuai pergerakan
mengosongkan bangunan seperti arahan dan keluar mengikut
arah kecemasan kebakaran.
c. Panggilan baris hendaklah dibuat di tempat berkumpul

3. Tempat berkumpul para pelajar

a. Blok A, B, C, D, E, F, dan G dikehendaki berkumpul di


Gelanggang Serbaguna berdekatan tempat letak kenderaan
pelajar.
b. Blok H, I, J, K, dan L dikehendaki berkumpul di Gelanggang
Perhimpunan.
c. Blok Asrama Putera dan Blok Asrama Puteri dikehendaki
berkumpul di Tapak Letak Kereta di Hadapan Dewan Kuliah.
d. Sila rujuk Plan Pergerakan.

P/S :Adalah menjadi kewajipan para guru untuk melaksanakan tugas-tugas


yang telah ditentukan semasa kejadian kecemasan serta
menentukan tidak ada seorangpun memasuki bangunan itu
sehinggalah mendapat pengesahan pegawai bomba bertugas bahawa
bangunan itu selamat.

4. Mengosongkan bangunan

a. Semua penghuni hendaklah keluar ke tempat berkumpul dengan


cepat dan licin tanpa kekecohan.
b. Guru hendaklah mengelolakan pengosongan bangunan dengan
cepat dan licin tanpa kekecohan.
c. Pintu-pintu dan tingkap-tingkap hendaklah ditutup semasa
pelajar hendak meninggalkan kelas atau dewan.
d. Pelajar-pelajar hendaklah keluar dan berkumpul di tempat yang
telah ditetapkan dan berbaris mengikut kelas masing-masing.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 42


e. Panggilan nama-nama pelajar hendaklah dilakukan oleh guru
kelas berdasarkan Jadual Kedatangan.
f. Nama-nama pelajar yang tidak ada di situ hendaklah diberitahu
dengan segera kepada pegawai bomba yang bertugas.
g. Guru dan para pelajar harus tahu menggunakan alat mencegah
kebakaran serta cara bergerak dalam asap dan laluan
kecemasan.

4.3. KESELAMATAN SEMASA PERUBAHAN CUACA

1. Definisi:
Perubahan cuaca berlaku apabila cuaca panas bertukar kepada hujan
dan sebaliknya .
2. Keadaan Cuaca:
2.1. Kemarau/Panas Berpanjangan:
Keadaan panas berpanjangan akibat hujan tidak turun dalam
jangka masa yang panjang , suhu meningkat , bumi kering , udara
berdebu , tumbuh-tumbuhan kering dan mudah berlaku
kebakaran.
Cara untuk mengatasinya ialah:
a. Elakkan aktiviti luar.
b. Perlu banyak minum air.
c. Sekiranya ada tanda-tanda gangguan kesihatan , dapatkan
rawatan doktor dengan segera.
2.2. Jerebu :
Satu keadaan apabila ruang udara diselubungi dengan debu akibat
daripada pembakaran terbuka , asap daripada kenderaan , kilang ,
dan sebagainya .
Cara untuk mengatasinya ialah:
a. Elakkan daripada melakukan pembakaran terbuka.
b. Gunakan topeng penutup hidung.
c. Elakkan daripada terdedah kepada udara luar
d. Sentiasa memasang lampu apabila menunggang basikal atau
motosikal.
e. Jangan pakai pakaian berwarna gelap.
f. Perlu banyak minum air
g. Sekiranya ada tanda-tanda gangguan kesihatan , dapatkan

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 43


rawatan doktor dengan segera.
2.3. Hujan:
Cara untuk mengatasinya ialah:
a. Jangan bermain hujan.
b. Jangan berpayung ketika menunggang basikal atau motosikal.
c. Sentiasa bersedia membawa baju hujan / payung bagi pejalan
kaki.
d. Berjalan dengan cermat kerana jalan licin dan mudah tergelincir
e. Jika menggunakan paying , pegang paying dengan betul
supaya tidak menghalang pandangan hadapan dan gunakan
payung yang berwarna terang.
2.4. Ribut , Puting Beliung , dan Angin Kencang:
Tiupan angin kencang yang boleh mengakibatkan kemusnahan
bangunan, harta benda , tumbuh-tumbuhan , dan mengancam
nyawa . Keadaan ini lazimnya berlaku secara serta merta dan
dalam tempoh sekelip mata .
Cara untuk mengatasinya ialah:
a. Jangan panik.
b. Murid hendaklah berada di dalam kelas atau di tempat selamat,
seperti di dalam dewan.
c. Tutup tingkap dan pintu.
d. Patuhi arahan pihak sekolah.

e. Jauhkan diri dari tempat yang memungkinkan berlaku


kemalangan seperti berlindung di bawah pokok besar ,
bangsal terbuka dan tempat-tempat tinggi.
f. Utamakan keselamatan diri – sekiranya perlu berpindah , bawa
dokumen penting sahaja .
g. Jauhkan diri daripada bahan api , bahan logam , cermin , dan
tingkap yang bercermin .
h. Jangan bermain di padang atau di tempat-tempat lapang.
i. Pentadbir hendaklah mendapatkan bantuan daripada pihak
berkenaan sekiranya berlaku kecederaaan atau kemalangan.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 44


CARTA ALIRAN TATACARA MURID MENGHADAPI RIBUT TAUFAN

Tutup semua pintu dan tingkap


dan duduk di dalam kelas

Jauhkan diri daripada bahan-bahan


logam ,cermin , atau
tingkap bercermin

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 45


Patuhi arahan pihak sekolah

TAMAT

4.4. KESELAMATAN MURID SEMASA BERLAKU WABAK PENYAKIT

1. Definisi:
Wabak penyakit berlaku akibat daripada jangkitan kuman dan pencemaran
pada makanan kerana kurang penjagaan kebersihan diri dan kebersihan
kawasan persekitaran.

2. Jenis Wabak Penyakit:


2.1. Penyakit Berjangkit:
 Penjaga wajib memaklumkan taraf kesihatan murid kepada pihak sekolah.
 Dapatkan surat kebenaran mendapat rawatan daripada pihak pentadbir
sekolah dan dapatkan rawatan doktor dengan segera.
 Dapatkan surat cuti sakit dan serahkan kepada pihak pentadbir sekolah.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 46


 Sekiranya tinggal di asrama , maklumkan kepada warden - murid akan
dihantar balik ke rumah.
 Jangan berkongsi pakaian dan peralatan mandi dengan rakan-rakan.
 Pelajar dinasihatkan supaya mengutamakan kebersihan diri , pakaian dan
tempat tinggal.
 Sentiasa prihatin terhadap poster dan maklumat mengenai kesihatan.
 Pihak sekolah dinasihatkan supaya mengadakan ceramah kesedaran
menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal serta ceramah kesihatan.

2.2. Pencemaran/Keracunan Makanan:


 Laporkan segera kepada guru kelas , guru bertugas atau warden asrama.
 Jangan mengambil sebarang ubat tanpa nasihat doktor – minum seberapa
banyak air masak.
 Dapatkan surat kebenaran rawatan dari sekolah dan dapatkan rawatan
segera dari hospital atau pusat perubatan berhampiran.
 Pihak sekolah hendaklah memaklumkan kepada penjaga dan melaporkan ke
pejabat kesihatan.
 Kantin/Dewan makan hendaklah ditutup atas arahan guru besar.

5. KESELAMATAN MURID DI BENGKEL RBT

1. DEFINISI:
Merupakan langkah-langkah keselamatan yang seharusnya diambil semasa
menghadapi apa juga keadaan ketika berada dan menggunakan bengkel.

2. OBJEKTIF:
2.1. Menjadikan bengkel tempat yang selamat untuk pengajaran dan
pembelajaran murid.
2.2. Memastkan semua peralatan dalam bengkel berada dalam keadaan yang
baik dan selamat untuk digunakan.
2.3. Memastkan alat pemadam kebakaran mencukupi dan boleh berfungsi.
2.4. Memastikan mesin-mesin elektrik dan sistem pendawaian elektrik
berfungsi dengan baik.
2.5. Memastkan guru dan murid mengetahui tindakan yang akan dilakukan jika

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 47


berlaku kemalangan atau kebakaran di dalam bengkel.

3. TATACARA MURID:
3.1. Pakaian:
 Murid mesti memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap.
 Memakai kasut sekolah bertutup dan berwarna putih.
 Memakai baju lengan pendek semasa amali
 Tali leher tidak perlu dipakai semasa berada di dalam bengkel
 Tudung yang labuh perlu diikat.
 Memakai apron semasa kerja amali.
 Rambut perlu diikat dengan rapi bagi murid perempuan.
3.2. Alatan Tangan:
 Murid boleh menggunakan alatan tangan hanya dengan kebenaran guru.
 Murid hendaklah melaporkan kepada guru jika peralatan yang digunakan
tidak berfungsi dan tiada dalam simpanan seperti yang dipamerkan.
 Gunakan alatan tangan dengan cermat dan berhati-hati.
 Alatan tangan tidak dibenarkan membawa keluar dari bengkel tanpa
kebenaran guru.
 Jangan menggunakan alatan tangan yang rosak.
 Jangan cuba memperbaiki alatan tangan yang rosak
 Alatan tangan perlu disimpan semula ke tempat asalnya selepas
digunakan.
3.3. Mesin:
 Murid tidak dibenarkan menggunakan mesn gergaji jig tanpa
pengetahuan guru.
 Mesin gerudi, mesin pemotong segitepat, mesin lipat dan mesin canai
boleh dgunakan dengan tunjukajar guru.
 Ketika menggunakan mesin gerudi, pelajar diwajibkan memakai gogal.

4. TATACARA GURU:
4.1. Guru hendaklah memaklumkan peraturan penggunaan bengkel kepada
murid.
4.2. Guru hendaklah memastikan alatan yang digunakan dalam keadaan baik
dan selamat untuk digunakan
4.3. Guru hendaklah memastikan bahan buangan / lebihan dbuang/ disimpan

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 48


ditempat yang telah ditetapkan.
4.4. Jika berlaku kemalangan, jangan panik dan ikut peraturan keselamatan
dan arahan yang telah ditetapkan.

5. PERATURAN AM:
5.1. Beg sekolah tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bengkel.
5.2. Murid mesti beratur di luar bengkel sebelum guru memberi arahan untuk
masuk ke dalam.
5.3. Murid tidak dibenarkan masuk ke dalam bengkel tanpa kehadiran guru.
5.4. Pintu bengkel mestlah dikunci selepas digunakan.
5.5. Guru harus memastikan lantai tidak licin dan berminyak bagi
mengelakkan kemalangan.
5.6. Murid dilarang bermain, membuat bising atau berkelakuan tidak senonoh
semasa berada di bengkel.
5.7. Murid adalah dilarang/dicegah sama sekali menyentuh, mengusik dan
mengubah alatan/bahan yang sedia ada tanpa arahan/kebenaran guru.
5.8. Murid hendaklah memastikan tangan dibersihkan selepas aktviti
dijalankan.
5.9. Murid hendaklah melaporkan kepada guru jika peralatan yang digunakan
tidak berfungsi dan tiada dalam simpanan seperti yang dipamerkan.
5.10. Murid perlu memastikan tangan dalam keadaan yang kering sebelum
menggunakan sebarang peralatan elektrik.

6. SEKIRANYA BERLAKU KEBAKARAN, LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU


DAMBIL ADALAH :
6.1. Padamkan suis kecemasan
6.2. Gunakan pemadam api untuk memadam api.
6.3. Jika api tidak dapat dikawal, keluar dari bengkel dengan teratur.
6.4. Murid mesti mematuhi arahan guru dan ketua fomen.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 49


CARTA ALIRAN TATACARA (RAWATAN KECEMASAN) SEKIRANYA
BERLAKU KEMALANGAN
DI BENGKEL RBT

Kemalangan

Laporkan kepada guru.


Rekodkan
Dapatkan rawatan mengkut jenis kemalangan

TIDAK Serius ?

YA

Sekola Bawa ke hospital


h
seperti
biasa
Beritahu penjaga

TIDAK

Kes polis/laporkan untuk tuntutan

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 50


YA

Laporkan kepada polis

Sediakan laporan hospital dan laporan


polis untuk tuntutan

Sekolah
seperti biasa

CARTA ALIRAN
JIKA BERLAKU KEBAKARAN KECIL DALAM MAKMAL

Kebakaran kecil

Kawal keadaan dan pastikan tiada


pelajar yang cedera.

Jauhkan pelajar dari situasi


yang bahaya.

Padamkan api menggunakan alat


pemadam api, tutup dapur dan suis.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 51


Laporkan kepada pentadbir

Jika ada pelajar yang cedera, beri rawatan


yang sepatutnya.

Baik pulih keadaan dan tempat.

6. KESELAMATAN MURID DI MAKMAL SAINS

1. DEFINISI:
Merupakan langkah-langkah keselamatan yang seharusnya diambil semasa
menghadapi apa juga keadaan ketika berada dan menggunakan makmal.

2. OBJEKTIF:
2.1. Menjadikan makmal tempat yang selamat untuk pengajaran dan
pembelajaran pelajar.
2.2. Memastikan semua alat-radas dalam makmal berada dalam keadaan
yang baik dan selamat untuk digunakan.
2.3. Memastikan alat pemadam kebakaran mencukupi dan berfungsi.
2.4. Memastikan penggunaan gas dan sistem pendawaian elektrik berfungsi
dengan baik.
2.5. Memastikan guru dan pelajar mengetahui tindakan yang akan diambil
jika berlaku kemalangan atau kebakaran di dalam makmal.

3. TATACARA MURID:
3.1. Pakaian:
 Pelajar mesti memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap.
 Memakai kasut sekolah bertutup dan berwarna putih/hitam.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 52


 Memakai baju lengan pendek semasa amali
 Tali leher tidak perlu dipakai semasa berada di dalam makmal.
 Tudung yang labuh perlu diikat.
 Memakai ‘lab-coat’ semasa menjalankan kerja amali.
 Rambut perlu diikat dengan rapi bagi pelajar perempuan.
 Tidak boleh(dilarang) sama sekali makan/ minum dalam makmal.
3.2. Bahan dan Radas:
 Pelajar boleh menggunakan bahan dan radas hanya dengan kebenaran
guru.
 Murid hendaklah melaporkan kepada guru jika peralatan yang digunakan
tidak berfungsi dan salah dilabelkan.
 Gunakan bahan dan radas dengan cermat dan berhati-hati.
 Bahan dan radas tidak boleh dibawa keluar dari makmal tanpa
kebenaran guru.
 Jangan menggunakan alat-radas yang rosak.
 Jangan cuba memperbaiki alat-radas yang rosak.
 Alat-radas perlu disimpan semula ke tempat asalnya selepas digunakan.
 Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menyentuh/mengusik dan
menggunakan peralatan tanpa keizinan dari guru.
3.3. Bahan asid dan Beralkali:
 Pelajar sama sekali tidak dibenarkan menjalankan eksperimen melibatkan
bahan asid dan alkali tanpa arahan dari guru.
 Ikut panduan yang betul apabila mengoperasikan dua bahan
berasid/beralkali.
 Minta panduan/Tanya guru dari masa ke semasa sekiranya kurang yakin
dengan tindakbalas yang mungkin akan berlaku.
 Sekiranya berlaku tumpahan asid/alkali pada anggota badan maka segera
basuhkan dengan air yang banyak dan laporkan kepada guru.

4. TATACARA GURU:
4.1. Guru hendaklah memaklumkan peraturan penggunaan makmal kepada
murid.
4.2. Guru hendaklah memastikan alat-radas yang digunakan dalam keadaan
baik dan selamat untuk digunakan

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 53


4.3. Guru hendaklah memastikan bahan buangan(lebihan eksperimen)
dibuang/ disimpan ditempat yang telah ditetapkan.
4.4. Jika berlaku kemalangan, jangan panik dan ikut peraturan keselamatan
dan arahan yang telah ditetapkan.

5. PERATURAN AM:
5.1. Beg sekolah tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam makmal.
5.2. Pelajar mesti beratur di luar makmal sebelum guru memberi arahan
untuk masuk ke dalam.
5.3. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa kehadiran guru.
5.4. Pintu makmal mestilah dikunci selepas digunakan.
5.5. Guru harus memastikan lantai tidak licin dan berminyak bagi
mengelakkan kemalangan.
5.6. Murid dilarang bermain, membuat bising atau berkelakuan tidak senonoh
semasa berada di makmal.
5.7. Murid adalah dilarang/dicegah sama sekali menyentuh, mengusik dan
mengubah alatan/bahan yang sedia ada tanpa arahan/kebenaran guru.
5.8. Murid hendaklah memastikan tangan dibersihkan selepas eksperimen
dijalankan.
5.9. Murid hendaklah melaporkan kepada guru jika peralatan yang digunakan
tidak berfungsi dan salah dilabelkan.
5.10. Murid perlu memastikan tangan dalam keadaan yang kering sebelum
menggunakan sebarang peralatan elektrik.

6. SEKIRANYA BERLAKU KEBAKARAN, LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU


DIAMBIL ADALAH :
6.1. Padamkan suis kecemasan
6.2. Gunakan pemadam api untuk memadam api.
6.3. Jika api tidak dapat dikawal, keluar dari makmal dengan teratur.
6.4. Pelajar mesti mematuhi arahan guru dan ketua fomen.

7. KESELAMATAN PENGGUNAAN KANTIN


1. PENDAHULUAN:
Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian berat terhadap
kepentingan kesihatan dan keselamatan murid. Usaha-usaha untuk melindung,

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 54


menjaga dan memelihara kesihatan dan keselamatan murid hendaklah diberi
keutamaan ketika berurusan di kantin sekolah.

2. RASIONAL :
Kantin sekolah merupakan sumber utama bagi murid dan juga warga sekolah
mendapatkan keperluan makanan semasa mereka berada di sekolah. Justeru itu
adalah sangat penting bahan-bahan makanan yang dijual di kantin sekolah
sentiasa selamat dimakan, bersih dan berkhasiat. Konsep makanan seimbang
yang berkualiti dan mengenyangkan perlu diutamakan. Selain daripada mutu
makanan itu sendiri faktor kebersihan dan suasana kantin yang ceria perlu
dititikberatkan.

3. OBJEKTIF:
3.1. Memastikan kantin memenuhi ciri-ciri keselamatan, kebersihan dan
keceriaan.
3.2. Memastikan pengendali/pengusaha kantin dapat menentukan makanan
yang disedia dan dijual adalah selamat untuk dimakan oleh pengguna di
sekolah.
3.3. Memastikan hanya makanan yang bersih, selamat, berkhasiat, segar dan
mengenyangkan sahaja dijual di kantin sekolah.
3.4. Pengawasan kebersihan kantin sentiasa dipantau meliputi kebersihan diri
pekerja, kemudahan dan perkakasan.
3.5. Menyelia keadaan kantin dengan rapi bagi memastikan penyelenggaraan
dan kemudahan-kemudahan kantin sentiasa terkawal.
3.6. Memastikan pekerja / pengusaha kantin mengetahui tindakan perlu
diambil jika berlaku keracunan, kebakaran, kecederaan dan sebagainya.

4. TATACARA MURID:
4.1. Mematuhi arahan dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan semasa
berada di kantin.
4.2. Murid tidak dibenarkan bermain atau berlari-lari di kantin.
4.3. Murid tidak dibenarkan masuk atau bermain di dapur / tempat
penyediaan makanan.
4.4. Prihatin terhadap tabiat pengambilan makanan yang sihat dan
mengenyangkan.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 55


4.5. Melaporkan kepada guru sekiranya berlaku sebarang masalah keracunan
makanan, kecederaan atau kerosakan kepada guru / pengusaha kantin.
4.6. Mengalihkan bekas makanan yang telah digunakan ke dalam bekas yang
disediakan, bagi membolehkan waktu senggang pelajar lain untuk
mentelaah pelajaran sementara sesi kelas berikutnya bermula.
5. TATACARA GURU:
5.1. Memaparkan dan memaklumkan kepada murid segala peraturan semasa
berada di kantin.
5.2. Menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan dan kempen yang berkaitan
dengan kantin.
5.3. Sentiasa bersedia iaitu mengetahui tentang langkah-langkah yang perlu
diambil jika berlaku keracunan makanan, kebakaran atau kecederaan.
5.4. Menanam sikap dan amalan adap-adap kepada murid ketika berada
kantin sekolah melalui:
 poster,
 edaran risalah
 taklimat semasa perhimpunan mingguan.
5.5. Memantau dan memastikan tidak berlaku sebarang kegiatan tidak sihat
yang dilakukan oleh pelajar seperti mencuri, merosakkan peralatan,
merosakkan kemudahan-kemudahan kantin dan sebagainya.
5.6. Melaporkan dan membantu pihak sekolah/ pengusaha kantin jika berlaku
sebarang kerosakan kemudahan kantin.

6. PERANAN IBUBAPA:
6.1. Menyampaikan maklum balas dan cadangan kepada pihak sekolah
berkaitan dengan pengurusan kantin dan sebagainya.
6.2. Melaporkan dan bekerjasama dengan pihak sekolah sekira anak-anak
mengalami keracunan makanan disebabkan pengambilan makanan yang
dijual di kantin sekolah.
6.3. Sering menasihati anak-anak tentang pengambilan pemakanan yang
sihat dan mengenyangkan ketika berbelanja disekolah.
6.4. Bersedia membantu atau bergotong-royong dengan pihak sekolah untuk
meningkat tahap keselamatan, kemudahan, kebersihan dan keceriaan

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 56


kantin.

TATACARA KERACUNAN MAKANAN

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 57


9. KESELAMATAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
1. DEFINISI:
Manual keselamatan pusat sumber merupakan langkah-langkah keselamatan
yang seharusnya diambil semasa menghadapi apa juga keadaan, ketika berada
dan menggunakan pusat sumber.

2. LATAR BELAKANG:
2.1. Kekuatan:
 Guru dan pelajar setiap masa menggunakan pusat sumber.
 Terdapat lebih kurang 5 000 koleksi buku di sini.
2.2. Kelemahan :
 Bangunan ini adalah bangunan lama.
 Ruang yang terhad.

3. OBJEKTIF :
3.1. Guru dan pelajar yakin menggunakan pusat sumber sekolah ini.
3.2. Keselamatan pengguna terjamin.
3.3. Pihak pengguna tahu serta mengamalkan manual keselamatan di pusat
sumber.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 58


4. TATACARA PELAJAR:
4.1. Sebarang penggunaan perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu.
4.2. Pastikan peralatan yang digunakan baik dan selamat.
4.3. Laporkan segera kepada guru atau pegawai bertugas jika didapati
sebarang kerosakan.
4.4. Pengguna mestilah patuh kepada peraturan atau penggunaan sedia ada
dan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.
4.5. Jika berlaku sebarang kecemasan, jangan panic, patuhlah kepada
peraturan keselamatan yang telah ditetapkan.
4.6. Jika berlaku kebakaran, pelajar mestilah menggunakan alat pemadam
api yang tersedia.

5. TATACARA GURU PUSAT SUMBER:


5.1. Memaparkan dengan jelas peraturan yang disedikan untuk bilik pusat
sumber.
5.2. Menanam sikap bertanggungjawab terhadap diri murid.
5.3. Jika menerima laporan kerosakan, ambil tindakan dan segera melaporkan
kepada pihak pengurusan.
5.4. Memastikan alatan diperiksa dari semasa ke semasa.

10. KESELAMATAN PENGGUNAAN PERALATAN PERMAINAN


DAN PADANG / GELANGGANG

1. PENGENALAN:
Penggunaan peralatan permainan dan padang/gelanggang merupakan aktiviti
yang dijalankan di luar kelas sama ada yang melibatkan waktu pembelajaran
contohnya sewaktu pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan maupun yang
di luar waktu pembelajaran seperti aktiviti kokurikulum.

2. RASIONAL:
2.1. Penggunaan peralatan permainan dan padang/gelanggang memerlukan
suatu tatacara tindakan yang dapat menjadi panduan semua pihak dalam
memastikan keselamatan semua pihak.
2.2. Guru menghadapi masalah apabila murid yang di bawah jagaannya
mendapat kemalangan disebabkan masalah kesihatan yang sepatutnya

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 59


boleh dikesan lebih awal.

3. OBJEKTIF:
3.1. Tidak berlaku kemalangan semasa menjalankan aktiviti menggunakan
peralatan permainan dan padang/gelanggang
3.2. Memastikan aktiviti yang dijalankan, dirancang dengan mengambil kira
tatacara keselamatan dan mematuhi dasar Kementerian Pendidikan.
3.3. Memastikan pengurusan peralatan dan diri murid mengikut tatacara yang
disediakan.

4. TATACARA MURID:
4.1. Penggunaan padang atau gelanggang permainan mestilah mendapat
kebenaran guru atau pegawai yang diamanah oleh pentadbir sekolah.
4.2. Memastikan alatan yang digunakan selamat dan berkeadaan baik.
4.3. Sebarang aktiviti di padang permainan dan penggunaan alatan
permainan mestilah dalam pengawasan guru/jurulatih. .
4.4. Melaporkan dengan segera sebarang masalah yang timbul sepanjang
aktiviti dijalankan.
4.5. Mengikuti aktiviti yang dijalankan dengan mengutamakan aspek
keselamatan.
4.6. Memastikan padang/gelanggang permainan dibersihkan dan
mengembalikan alatan setelah digunakan.

5. PERANAN GURU:
5.1. Memberi kesedaran dan kefahaman kepada pelajar tentang pentingnya
keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti menggunakan
padang/gelanggan permainan melalui :-
 Poster
 Perhimpunan mingguan
 Ceramah
 Pengajaran dan pembelajaran dalam kelas
 Tayangan video
 Edaran
5.2. Memastikan penggunaan padang/gelanggang permainan mendapat

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 60


kebenaran.
5.3. Memastikan pemeriksaan/pemantauan untuk mengenalpasti sebarang
masalah atau kerosakan padang/gelanggang permainan.
5.4. Memastikan penyelenggaraan padang/gelanggang permainan dilakukan.

11. KESELAMATAN DI KAWASAN SUNYI DAN GELAP

1. PENDAHULUAN:
Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian berat terhadap
pentingnya keselamatan murid. Usaha-usaha untuk melindung, menjaga dan
memelihara keselamatan murid hendaklah diberi keutamaan sepanjang masa
mereka berada di sekolah.

2. RASIONAL:
Merupakan langkah-langkah keselamatan yang seharusnya diambil semasa
menghadapi apa jua keadaan, ketika melalui atau menggunakan kawasan yang
sunyi dan gelap. Kawasan sunyi mengikut pentakrifan buku Konsep dan Manual
Sekolah Selamat yang disediakan oleh Bahagian Sekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia adalah merujuk kepada kawasan yang bukan laluan utama
dan jauh daripada penempatan murid. Manakala kawasan gelap pula merujuk
kepada kawasan yang tidak mendapat bekalan elektrik atau tidak diterangi oleh
cahaya lampu.

3. OBJEKTIF:
3.1. Memastikan kawasan sekolah kawasan yang selamat.
3.2. Memastikan warga sekolah warga yang perihatin dan sentiasa bersedia
menghadapi menghadapi sebarang kemungkinan.
3.3. Memastikan langkah-langkah diambil untuk memastikan semua kawasan
sekolah diterangi.

4. TATACARA MURID:
4.1. Mematuhi arahan dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan semasa

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 61


berada di kawasan yang berisiko.
4.2. Murid dinasihatkan supaya menjauhkan diri / tidak dibenarkan bermain di
kawasan yang sunyi dan berisiko.
4.3. Murid dinasihatkan berteman apabila perlu pergi ketempat yang berisiko.
Melaporkan dengan segera sekiranya berlaku sebarang masalah
4.4. /kejadian yang mencurigakan dikawasan berkenaan atau melihat
kerosakan peralatan atau kecederaan seseorang kepada guru atau
pentadbir sekolah.
Jika perlu berada ditempat berkenaan, jangan berada terlalu lama.
4.5. Beredar segera terutama pada waktu berisiko tinggi.

5. TATACARA GURU:
5.1. Memaparkan dan memaklumkan kepada murid segala peraturan semasa
berada di tandas, lorong gelap, hujung bangunan , atau seumpamanya.
5.2. Menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan dan kempen yang berkaitan
dengan cara menjaga keselamatan diri.
5.3. Memaklumkan kawasan-kawasan berisiko kepada murid melalui poster,
edaran risalah dan taklimat semasa perhimpunn mingguan.
5.4. Memantau dan memastikan tidak berlaku sebarang kegiatan tidak sihat di
kawasan berisiko.

12. KESELAMATAN PENDAWAIAN DAN PERALATAN ELEKTRIK

1. DEFINISI:
Merupakan langkah-langkah keselamatan yang seharusnya diambil semasa
menghadapi apa jua keadaan, ketika berlaku kerosakan sistem pendawaian dan
peralatan elektrik di dalam kawasan sekolah SJK(T) Natesa Pillay .

2. TATACARA MURID:
2.1. Laporkan dengan segera kepada guru / pekerja atau pihak pentadbiran
sekolah.
2.2. Jangan ubah suai peralatan elektrik yang rosak.
2.3. Jangan cuba memperbaiki atau menyentuh alatan dan pendawaian
elektrik yang terdedah dan merbahaya.
2.4. Segera maklum dan melabelkan serta menjadikan kawasan berkenaan
sebagai kawasan larangan sementara.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 62


2.5. Jangan menghampiri tempat yang berlabel atau bertanda “BAHAYA
atau AWAS”. Mematuhi peraturan dan arahan yang ditetapkan dan
dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
3. TATACARA GURU:
3.1. Melaporkan kepada pihak pentadbir supaya mengambil tindakan yang
sewajarnya dengan segera untuk memperbaiki peralatan tersebut.
3.2. Sekiranya keadaan memerlukan, pindahkan murid-murid ke tempat lain
atau tempat yang lebih selamat.
3.3. Pemeriksaan berkala perlu dilakukan dan diperbaiki setiap 10 tahun sekali
oleh pihak pentadbir.
3.4. Kaunselor perlu memaklumkan dan melabelkan serta menjadikan
kawasan tersebut sebagai kawasan larangan.
3.5. Setiap laporan dan tindakan hendaklah direkodkan semula.
3.6. Jika berlaku sebarang kemalangan, segala arahan dan peraturan yang
telah ditetapkan hendaklah dipatuhi.

BORANG ADUAN KEROSAKAN


PENDAWAIAN DAN PERALATAN ELEKTRIK

NAMA PENGADU : .………………………………….


LOKASI / KELAS : …………………………………..
TARIKH : …………………………………..

BIL JENIS PERALATAN KUANTITI BENTUK KEROSAKAN CATATAN

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 63


13. KESELAMATAN BANGUNAN DALAM KAWASAN SEKOLAH

1. DEFINISI:
Menjadikan SJK(T) Natesa Pillay tempat yang selamat. Mewujudkan suasana
persekitaran kondusif yang dapat membantu keselamatan ke atas semua warga
SJK(T) Natesa Pillay. Ia termasuklah pendawaian dan peralatan elektrik di
sekolah, kelas, bilik-bilik khas di sekolah, tandas, gelanggang permainan dan
persekitaran dalam kawasan sekolah berada dalam keadaan baik dan selamat.

2. OBJEKTIF:
2.1. Menjadikan kawasan sekolah selamat untuk diduduki oleh semua warga
SJK(T) Natesa Pillay.
2.2. Bahagian bangunan sekolah sesuai digunakan mengikut fungsi dan
kegunaannya.
2.3. Memastikan sistem perparitan berada dalam keadaan sempurna.
2.4. Memastikan alat pemadam kebakaran mencukupi dan boleh berfungsi
dengan baik.
2.5. Memastikan bangunan kantin sekolah baik dan sesuai untuk proses
penyediaan makanan.

3. TATACARA MURID:
3.1. Melaporkan kepada guru sekiranya berlaku sebarang masalah kerosakan.
3.2. Menjauhi kawasan merbahaya.
3.3. Tidak menggunakan peralatan yang rosak atau yang boleh
membahayakan.
3.4. Mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
3.5. Membaca peraturan dan memahami cara penggunaan peralatan yang
akan digunakan dengan betul.
3.6. Dapatkan khidmat nasihat guru untuk menggunakan sesuatu peralatan.

4. PERANAN GURU:
4.1. Memaparkan dengan jelas peraturan yang telah dibuat di semua bilik
khas.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 64


4.2. Menanam sikap bertanggungjawab dalam diri murid-murid.
4.3. Menerima laporan kerosakan.
4.4. Meletakkan papan tanda atau label di tempat-tempat yang merbahaya
dan tidak selamat.
4.5. Mengambil tindakan segera dengan melaporkan kepada pihak
pengurusan.
4.6. Memastikan premis dan alatan dari masa ke semasa untuk memastikan ia
dapat digunakan dengan baik.
4.7. Buat laporan jika berlaku kemalangan.

5. PERANAN IBU BAPA:


5.1. Melaporkan kepada pihak sekolah sebarang kerosakan yang dikesan
5.2. Menolong pihak sekolah membaiki kerosakan menggunakan kepakaran
yang ada.
5.3. Mengadakan gotong royong membersihkan kawasan sekolah
5.4. Selalu mengingatkan anak-anak tentang keselamatan diri.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 65


CARTA ALIRAN TATACARA KESELAMATAN BANGUNAN,
PENDAWAIAN DAN PERALATAN ELEKTRIK DI SEKOLAH

Taklimat

Melabelkan tempat
yang bahaya

Mengadakan
taklimat

Pemantauan

BAHAYA
Rujuk Pentadbir

Tiada bahaya
(memuaskan)

Mesyuarat penilaian
Staf PIBG

Bantuan Tindakan susulan/


Pihak Luar Penambahbaikan

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 66


14. KESELAMATAN PERABOT KELAS

1. DEFINISI:
Mewujudkan sekolah tempat yang selamat. Menjadikan suasana persekitaran
dalam bilik darjah tempat yang kondusif dan semua perabot selamat
digunakan pada setiap masa. Antara perabut yang dimaksudkan ialah meja
murid, kerusi murid, meja guru, kerusi guru, papan putih, penyodok sampah,
bakul sampah, penyapu, pemadam,bulu ayam dan marker pen yang sesuai.

2. OBJEKTIF:
2.1. Menjadikan bilik darjah tempat yang selamat untuk aktiviti pengajaran
dan pembelajaran.
2.2. Memastikan semua perabot kelas berada dalam keadaan baik dan
memuaskan.
2.3. Memastikan bangku dan meja murid yang rosak tidak digunakan oleh
murid
2.4. Memastikan guru dan murid mengetahui tindakan yang patut dibuat jika
perabot rosak atau membahayakan.
2.5. Tidak menjadikan perabot kelas sebagai alat senda gurauan ataupun
pergaduhan dalam bilik darjah
2.6. Menjadikan jangka hayat perabot lebih lama daripada biasa kerana
kesedaran murid untuk sama-sama bertanggungjawab menjaganya.

3. TATACARA MURID:
3.1. Setiap murid dikehendaki menjaga kebersihan dan keselamatan kerusi
dan meja masing-masing.
3.2. Murid dikehendaki duduk di kerusi dan meja yang diperuntukan kepada
mereka sejak awal tahun mengikut nombor siri perabot dalam kelas
berkenaan.
3.3. Murid melaporkan kepada guru kelas masing-masing jika ada perabot
yang tidak selamat digunakan.
3.4. Pelajar tidak dibenarkan membaiki perabot yang rosak kerana ini
membahayakan murid.
3.5. Jawatan kuasa perabot dikehendaki mengemaskinikan retan perabot
kelas dari masa ke masa.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 67


3.6. Perabot yang benar-benar rosak hendaklah dihantar ke tempat
pengumpulan yang telah ditetapkan untuk dilupuskan.
3.7. Perabot yang masih baik tetapi berlebihan terdapat dalam kelas
hendaklah dijaga dengan baik ataupan dihantarkan semula ke bilik
penyimpanan perabot.

4. TATACARA GURU:
4.1. Guru perabot bertanggungjawab untuk memproses perabut baru
antaranya ialah menyediakan kad inventori perabot, melabelkan HAK
KERAJAAN, menulis nombor siri dan kod perabot.
4.2. Memaklumkan kepada murid tatacara penggunaan perabot dengan cara
yang betul.
4.3. Semua perabot baru tidak boleh dikeluarkan daripada simpanan tanpa
kebenaran pentadbir sekolah.
4.4. Semua guru bertanggungjawab menjaga keselamatan perabot sekolah.
4.5. Murid yang sengaja merosakkan perabot ataupun menconteng perabut
hendaklah diambil tindakan oleh guru.
4.6. Pemantauan perabot kelas hendaklah sentiasa dilakukan oleh guru yang
bertanggungjawab.
4.7. Guru perabot dikehendaki menyediakan retan perabot untuk
perancangan permohonan perabot tahun berikutnya.

5. PERANAN IBUBAPA:
5.1. Ibu bapa perlu sedar bahawa jika anak-anak mereka didapati bersalah
merosakkan perabot sekolah, mereka dikehendaki membayar ganti rugi
perabot berkenaan.
5.2. Ibu bapa harus sedar bahawa PIBG sekolah begitu banyak membantu
sekolah membeli perabot khususnya kerusi plastik untuk kegunaan
murid.
5.3. Semaikanlah semangat menghargai barangan awam kepada anak-anak
di rumah
15. KESELAMATAN MURID DALAM TANDAS

1. DEFINISI:
Merupakan langkah-langkah keselamatan yang seharusnya diambil semasa

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 68


berada dan menggunakan tandas. Ianya bertujuan untuk memastikan tandas
digunakan dengan selamat dan mengikut peraturan.

2. TATACARA MURID:
2.1. Memahami peraturan penggunaan yang telah ditetapkan.
2.2. Menjalani latihan menggunakan tandas ( masuk dan keluar ) jika perlu.
2.3. Jika didapati sebarang kerosakan, jangan cuba perbaiki atau
menyentuhnya, laporkan dengan segera kepada guru bertugas.
2.4. Pastikan tandas digunakan dengan betul dan mengikut peraturan.

3. TATACARA GURU:
3.1. Memaklumkan peraturan penggunaan tandas kepada murid.
3.2. Menanam sikap bertanggungjawab kepada murid.
3.3. Memastikan lantai tidak basah dan licin serta boleh membahayakan.
3.4. Mengadakan latihan menggunakan tandas ( masuk dan keluar ) jika perlu
3.5. Jika didapati sebarang kerosakan, laporkan dengan segera kepada pihak
pentadbir.
3.6. Sebarang kerosakan hendaklah diperbaiki dengan segera.
3.7. Setiap laporan dan tindakan hendaklah direkodkan.
3.8. Jika berlaku kemalangan, patuhi peraturan dan arahan yang dikeluarkan.
3.9. Memastikan tandas sentiasa bersih, ceria, selesa dan berkeadaan
kondusif.

16. PERAS UGUT

1. PENDAHULUAN:
Peras ugut seringkali berlaku tanpa disedari oleh warga sekolah. Ia bukan
sahaja berlaku di luar kawasan sekolah malah kini telah menular ke kawasan
sekolah sehingga ke bilik darjah. Peras ugut melibatkan individu atau pun
secara berkumpulan yang lebih kuat untuk menguasai pihak yang lemah.
Contoh-contoh peras ugut ialah seperti meminta wang atau barangan bernilai
atau berharga.

2. DEFINISI:
Satu perlakuan memaksa seseorang untuk memberikan sejumlah wang atau
barangan tertentu. Mangsa akan mendapat kesusahan sekiranya tidak mengikut
kehendak pemeras ugut.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 69


3. OBJEKTIF:
3.1. Mengenalpasti punca berlaku peras ugut.
3.2. Membanteras kejadian peras ugut di sekolah.
3.3. Mewujudkan suasana yang selamat di sekolah.
3.4. Membantu menyelesaikan masalah memeras ugut.
3.5. Melahirkan warga sekolah yang bersifat penyayang dan bertoleransi.

4. PUNCA-PUNCA PERAS UGUT:


4.1. Kurang pendidikan nilai-nilai murni di sekolah.
4.2. Terpengaruh dengan rakan sekolah atau sebaya atau pengaruh media.
4.3. Mencari keseronokan setelah memanipulasikan orang lain.
4.4. Mendapat kepuasan dengan mendominasikan diri sendiri.
4.5. Kurang berkemampuan dari segi material.
4.6. Tabiat suka membuli.

5. PERANAN MURID:
5.1. Patuhi peraturan sekolah.
5.2. Memilih dan berkawan dengan murid-murid yang mengamalkan nilai
murni.
5.3. Sentiasa bergerak dalam kumpulan.
5.4. Mengamalkan budaya penyayang, toleransi dan menghormati orang lain.

6. PERANAN GURU / PIHAK SEKOLAH:


6.1. Rondaan berkala Guru Besar, PK HEM atau Guru Disiplin atau Guru
Bertugas.
6.2. Menyebarkan maklumat tentang keburukan peras ugut di perhimpunan
mingguan atau risalah yang dipamerkan.
6.3. Mengingatkan murid-murid tatacara dan tindakan yang akan diambil jika
terlibat dalam kejadian peras ugut.

7. PERANAN IBU BAPA:


7.1. Memberi didikan asas agama yang mencukupi kepada anak-anak.
7.2. Memperuntukan masa yang berkualiti untuk mengikuti perkembangan
anak-anak.
7.3. Mengamalkan budaya penyayang.
7.4. Menyediakan peralatan dan keperluan pembelajaran yang mencukupi

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 70


untuk mengelak anak-anak meminta atau meminjam daripada rakan-
rakan.
7.5. Elak menggunakan bahasa yang kesat
7.6. Mendoakan kejayaan dan kebahagiaan keluarga.

8. TATACARA MURID:
8.1. Murid melaporkan kepada guru sekiranya diperas ugut.
8.2. Saksi juga diminta membuat laporan.
8.3. Mengisi borang yang disediakan.

9. TATACARA GURU:
9.1. Menerima aduan
9.2. Memastikan kebenaran aduan
9.3. Menjalankan sisatan yang rapi terhadap kes yang dilaporkan.
9.4. Mengambil tindakan yang wajar, adil untuk kedua-dua belah pihak yang
terlibat dengan memberi nasihat dan bimbingan .
9.5. Merekodkan semua kes yang disiasat.

10. TATACARA IBU BAPA:


10.1. Laporkan kes kepada pihak sekolah setelah menerima aduan atau dari
sesiapa yang berkaitan.
10.2. Mengisi borang aduan
10.3. Jika perlu bawa anak ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
10.4. Hubungi pihak sekolah untuk memaklumkan tentang keadaan anak.
10.5. Buat laporan polis jika perlu.

CARTA ALIRAN BAGI KES PERAS UGUT

KEJADIAN

Membuat aduan kepada guru


atau ibu bapa

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 71


Guru menerima aduan

Murid mengisi borang aduan

Guru menyiasat aduan

Mengambil tindakan

Merujuk kepada kaunselor

Melapor kepada polis (jika perlu)

Urusan selesai
( simpan semua rekod kes )

17. MEMBULI / PELACOAN


1. PENDAHULUAN:
Sejak akhir-akhir ini tingkah laku membuli seringkali berlaku di sekolah yang
melibatkan individu atau kumpulan terhadap sasarannya. Perbuatan ini jika
dibiarkan akan menimbulkan masalah yang lebih besar. Contohnya pergaduhan
di kalangan murid-murid yang terlibat, gangsterism atau pergaduhan di antara
ibu bapa yang terlibat.

2. DEFINISI:
Perbuatan membuli bermaksud percakapan atau perlakuan fizikal yang tidak
disenangi atau tidak diterima.

3. OBJEKTIF:
3.1. Menyebarkan maklumat keburukan perbuatan membuli kepada murid
dan sekolah.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 72


3.2. Menimbulkan kesedaran kepada murid dan warga sekolah agar
menghindari perbuatan membuli.
3.3. Manual ini akan menjadi panduan kepada mangsa dan pemangsa
kejadian untuk jalan penyelesaian dan tindakan selanjutnya.
3.4. Melahirkan generasi muda yang bebas daripada gejala pelacoan.

4. PERANAN MURID:
4.1. Sentiasa berada di dalam kumpulan.
4.2. Mempunyai kesedaran bahawa dirinya terlibat dengan kes buli atau
tidak.
4.3. Peka terhadap tatacara murid sekiranya anda terbabit dengan kes ini.
4.4. Mempelajari seni mempertahankan diri untuk keselamatan.
4.5. Menjauhkan diri daripada bergaul dengan murid yang berisiko tinggi dan
kawasan yang berisiko tinggi.

5. PERANAN JAWATANKUASA / GURU:


5.1. Sentiasa peka terhadap tingkah laku murid yang mencurigakan.
5.2. Memupuk nilai-nilai murni di kalangan murid.
5.3. Sering memberi peringatan kepada murid supaya jangan bertindak
secara bersendirian terhadap sebarang gangguan.
5.4. Guru bertugas dan guru disiplin sentiasa membuat rondaan dan
memastikan persekitaran sekolah adalah selamat.

6. PERANAN IBU BAPA:


6.1. Memberi didikan asas agama yang mencukupi kepada anak-anak.
6.2. Memperuntukan masa yang berkualiti untuk mengikuti perkembangan
anak-anak.
6.3. Mengamalkan budaya penyayang.
6.4. Menyediakan peralatan dan keperluan pembelajaran yang mencukupi
untuk mengelakkan anak-anak meminta atau meminjam dari rakan-
rakan.
6.5. Elakkan menggunakan bahasa kasar dan kesat.
6.6. Mendoakan kejayaan dan kebahagiaan ahli keluarga.

7. TATACARA MURID:
7.1. Melaporkan kepada guru sekiranya anda mengalami atau melihat

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 73


sebarang bentuk perbuatan membuli.
7.2. Mengisi Borang Aduan.

8. TATACARA GURU:
8.1. Menerima aduan.
8.2. Memastikan kebenaran aduan.
8.3. Menjalankan siasatan yang rapi terhadap kes yang dilaporkan.
8.4. Mengambilkan tindakan yang wajar, adil untuk kedua-dua belah pihak
yang terlibat dengan memberi nasihat dan bimbingan.
8.5. Merekodkan semua kes yang disiasat.

9. TATACARA IBU BAPA:


9.1. Laporkan kes kepada pihak sekolah setelah menerima aduan atau dari
sesiapa yang berkaitan.
9.2. Mengisi 74oring aduan.
9.3. Jika perlu bawa anak ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
9.4. Hubungi pihak sekolah untuk memaklumkan tentang anak.
9.5. Buat laporan polis jika perlu.

1 Carta Aliran Tindakan

10.1 Carta Aliran Tatacara Murid

Mula

Berjumpa dengan Guru

Membuat aduan

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 74


Mengisi borang

Guru membuat siasatan /


mengambil tindakan

Tamat

10.2 Carta Aliran Tatacara Guru

Mula

Menerima aduan

Menjalankan siasatan rapi

Mengambil tindakan wajar

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 75


Merekod kes

Tamat

10.3 Carta Aliran Tatacara Ibu bapa

Mula

Menerima aduan

Melaporkan kes kepada pihak


sekolah

Mengisi borang

Membawa anak ke hospital


Jika perlu

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 76


Menghubungi pihak sekolah
Untuk makluman

Membuat laporan polis


Jika perlu

Tamat

18. KEHARMONIAN KAUM

1. DEFINISI:
Keharmonian kaum bermaksud membina perasaan hormat-menghormati, kasih
mengasihi, tolong menolong dan persefahaman dalam membentuk percakapan
dan perbuatan antara kaum.

2. OBJEKTIF:
2.1. Mengenal dan memahami perbezaan antara kaum.
2.2. Menghormati perbezaan yang terdapat antara kaum.
2.3. Menjalin kerjasama dan Bantu-membantu.
2.4. Mewujudkan satu rupa bangsa yang bersatu padu.
2.5. Menghormati Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

3. TATACARA GURU:
3.1. Menghormati Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.
3.2. Menghormati kaum yang lain.
3.3. Menyertai Program dan aktiviti perpaduan.
3.4. Bekerjasama dalam mewujudkan iklim sekolah yang kondusif sama ada
melalui perkongsian pengalaman, melaporkan sebarang salah laku yang
berbau perkauman dan memastikan sahsiah yang ditonjolkan dapat

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 77


melahirkan satu situasi yang harmoni.

4. TATACARA GURU:
4.1. Memberi taklimat dalam perhimpunan tentang kepentingan perpaduan
kaum di sekolah.
4.2. Mengadakan pertandingan melukis poster, pidato, forum dan esei dalam
usaha mewujudkan iklim sekolah yang kondusif.
4.3. Mewujudkan budaya hormat-menghormati, beradab sopan, berhemah
tinggi dan sebagainya dalam kehidupan seharian pelajar di sekolah dan
dalam masyarakat.

5. TATACARA IBU BAPA / KOMUNITI:

5.1. Menyertai aktiviti social di kawasan masing-masing.


5.2. Memberikan kerjasama kepada aktiviti yang berbentuk penyatuan kaum
melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

19. KAWALAN EMOSI DAN ROHANI MURID

1. PENDAHULUAN:
Kestabilan emosi dan rohani dapat melahirkan insan yang berfikiran positif.
Gangguan emosi dan rohani boleh menjadikan seseorang itu berasa dirinya
terasing, tidak berkeyakinan dan tidak selamat. Kestabilan emosi dan rohani
dapat membantu meningkatkan kualiti diri seseorang murid dan memungkinkan
berlakunya peningkatan pencapaian akademik di kalangan pelajar.

2. RASIONAL :
2.1. Ketidakstabilan emosi dan rohani murid perlu ditangani sebaik-
baiknya kerana mereka adalah aset terpenting negara di masa akan
datang. Kejayaan melahirkan murid-murid yang terdidik dan terkawal
emosi dan rohaninya akan mempertingkatkan ketahanan dan kualiti diri
seseorang pelajar.
2.2. Emosi dan rohani yang stabil menjadikan manusia lebih tenteram dan
harmoni dalam kehidupan mereka. Situasi ini dapat mengurangkan
gejala negatif di kalangan warga sekolah.

3. OBJEKTIF :
3.1. Mewujudkan sekolah yang ceria dan damai bagi membantu

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 78


kecemerlangan pendidikan.
3.2. Membangunkan potensi individu secara sepadu dan seimbang
berasaskan pegangan agama.
3.3. Meningkatkan ketahanan diri warga sekolah melalui penerapan nilai-
nilai murni.
3.4. Mempereratkan hubungan kasih sayang serta mengurangkan gejala
negatif di kalangan warga sekolah.

4. PUNCA-PUNCA GANGGUAN EMOSI DAN ROHANI:


Diri sendiri, keluarga , sekolah , rakan-rakan , komuniti sekeliling ,baka /
keturunan , alat audio visual / media.

5. TANDA-TANDA GANGGUAN EMOSI DAN ROHANI:


Suka menyendiri, panas baran, murung, ponteng kelas / sekolah, tidak menyiap
/ membuat kerja sekolah, termenung, merendah diri dan meninggi diri.

6. PERANAN MURID:
Untuk memiliki emosi dan rohani yang tenteram dan selamat anda perlu :
6.1. Memahami dan mematuhi ajaran agama.
6.2. Berfikiran positif dan menghindari gejala negatif.
6.3. Memahami bahawa mental dan rohani yang sihat asas kecemerlangan.
pendidikan.
6.4. Melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan berfaedah.
6.5. Mengasihi diri orang lain seperti mana anda mengasihi diri sendiri.
6.6. Mengamalkan gaya hidup sihat.
6.7. Tidur dan rehat secukupnya.
6.8. Berfikiran terbuka dan logik.
6.9. Mendapatkan bimbingan sekiranya menghadapi masalah.

7. PERANAN KAUNSELOR/GURU BIMBINGAN:


7.1. Merupakan tempat rujukan dan memberi bimbingan kepada murid.
7.2. Membina emosi dan rohani yang tenteram melalui budaya ilmu.
7.3. Menjadikan diri sebagai contoh dan ikutan yang baik kepada semua.
7.4. Ikhlas membimbing murid.
7.5. Amanah dan bertanggungjawab terhadap rahsia peribadi murid.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 79


7.6. Menjadikan asas pegangan agama sebagai teras ketahanan diri.
7.7. Memastikan murid tidak memiliki bahan-bahan yang tidak sesuai yang
boleh menyebabkan gangguan emosi dan rohani.
7.8. Sentiasa bekerjasama dengan jabatan dan agensi kerajaan yang lain
dalam menjalankan tugas membimbing murid.

8. PERANAN IBU BAPA:


8.1. Ibu bapa perlu peka terhadap perubahan sikap dan tingkah laku anak
seperti :-
 Selalu mengasingkan diri
 Muram dan bersedih
 Memberontak
 Tidak betah berada di rumah
 Malas membuat kerja rumah
 Bercakap kasar
8.2. Menyediakan didikan asas agama yang cukup untuk anak-anak dan
keluarga.
8.3. Memperuntukkan masa untuk mendampingi anak
8.4. Bekerjasama dengan kaunselor/guru sekolah dan semua pihak untuk
menyelesaikan masalah
8.5. Menyediakan pemakanan berzat dan seimbang untuk anak
8.6. Menyediakan peralatan dan keperluan belajar yang mencukupi
8.7. Mengenali rakan-rakan anak

9. LANGKAH-LANGKAH MURID UNTUK MENGATASI GANGGUAN EMOSI


DAN ROHANI:
9.1. Perlu memahami dan mematuhi ajaran agama.
9.2. Perlu berfikiran positif dan menjauhi gejala negatif.
9.3. Menyediakan dan mematuhi jadual harian kehidupan.
9.4. Memahami bahawa mental dan rohani yang sihat asas kecemerlangan
pendidikan.
9.5. Mengasihi diri orang lain seperti mana mengasihi diri sendiri.
9.6. Mengamalkan cara dan gaya hidup yang sihat.
9.7. Tidur dan rehat yang secukupnya.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 80


9.8. Berfikiran terbuka dan logik.
9.9. Elakkan daripada menonton, membaca dan melihat bahan-bahan yang
boleh menyebabkan gangguan emosi dan rohani. Contohnya aksi ganas,
aksi lucah, seram dan sebagainya.
9.10. Jika ada masalah gangguan emosi dan rohani dapatkan bimbingan
daripada rakan sebaya, guru, ibubapa dan kaunselor.
9.11. Libatkan diri secara aktif dalam kegiatan berfaedah.

10. LANGKAH-LANGKAH GURU/KAUNSELOR UNTUK MENGATASI


GANGGUAN EMOSI DAN ROHANI:
10.1. Memberi bimbingan kepada murid yang mengalami gangguan emosi dan
rohani
10.2. Membina emosi dan rohani yang tenteram melalui budaya ilmu
‘Role Model’ kepada murid dan komuniti setempat
10.3. Ikhlas membimbing murid
10.4. Mengamalkan nilai-nilai profesionalisme keguruan
10.5. Amanah dan bertanggungjawab terhadap rahsia peribadi murid
10.6. Merampas bahan-bahan yang tidak sesuai yang boleh menyebabkan
gangguan emosi dan rohani

11. LANGKAH-LANGKAH IBU BAPA UNTUK MENGATASI GANGGUAN


EMOSI DAN ROHANI:
11.1. Menerapkan didikan asas agama yang sempurna untuk ahli keluarga
11.2. Peka terhadap perubahan sikap dan tingkah laku anak seperti berikut :-
 Selalu mengasingkan diri
 Muram dan bersedih
 Memberontak
 Tidak betah berada di rumah
 Malas membuat kerja sekolah
 Bercakap kasar
11.3. Memperuntukan masa bersama keluarga
11.4. Bekerjasama dengan pihak sekolah

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 81


CARTA ALIRAN TATACARA IBU BAPA
MENGHADAPI GANGGUAN EMOSI DAN ROHANI

Mendengar masalah anak

Mendapatkan bantuan
Membantu
menyelesaikan
masalah

Tamat

Memaklumkan kepada
pihak sekolah

Tindakan pihak sekolah

Mendapatkan bantuan
Selesai

Tamat

Rujuk kaunselor

Mendapatkan bantuan
Selesai

Tamat

Rujuk kepada pakar


sakit jiwa di hospital

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 82


20. KESELAMATAN PERSEKITARAN & LOKASI SEKOLAH

1. PENDAHULUAN:
Sekolah-sekolah di Malaysia terletak dalam lokasi yang berbeza-beza.Lokasi-
lokasi yang berbeza ini mungkin akan menimbulkan masalh-masalah yang
pelbagai. Atas dasar itu, perlunya ada satu polisi tentang tatacara yang perlu
dilakukan dalam menangani masalah yang mungkin timbul.
Tatacara ini melibatkan murid, guru-guru, pentadbiran sekolah, ibu bapa
dan komuniti setempat. Bidang persekitaran dan lokasi sekolah membincangkan
tatacara sebagai panduan sebelum, semasa dan selepas sesuatu masalah
berkemungkinan berlaku.

2. LOKASI SEKOLAH:
SJK(T) Natesa Pillay terletak di kawasan luar bandar dan berdekatan dengan
kawasan ladang kelapa sawit. Kebanyakan murid sekolah datang dari kawasan
berdekatan.

20.1. KESELAMATAN KAWASAN BERHAMPIRAN JALAN RAYA

1. PANDUAN MURID:
1.1. Gunakan garisan putus kuning atau lampu isyarat untuk melintas.
1.2. Jangan bermain/tolak menolak berhampiran jalanraya. Ini termasuk
sewaktu berbasikal.
1.3. Pastikan keadaan selamat ketika hendak menyeberang jalan.
1.4. Jangan berlari/berebut-rebut ketika melintas jalan.
1.5. Jangan bersaing atau bergerak merentang jalan ketika berbasikal atau
berjalan kaki.
1.6. Tunggu bas atau kereta ibubapa ditempat yang disediakan sahaja
seperti di perhentian bas dan di Pondok Jaga.

2. TATACARA MURID JIKA BERLAKU KEMALANGAN:


2.1. Jangan panik.
2.2. Laporkan kepada guru atau pejabat sekolah. Nombor telefon pejabat
sekolah ialah 05 - .

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 83


2.3. Catat nombor,jenis dan warna kenderaan yang terlibat.
3. PERANAN AJK KAWASAN BERHAMPIRAN JALANRAYA:
3.1. Memberi peringatan kepada pelajar dari masa ke semasa, semasa
perhimpunan.
3.2. Menelefon pihak polis, bomba dan ambulans.
3.3. Hubungi keluarga mangsa yang terlibat.
3.4. Membuat kawalan sementara menunggu Polis/Bomba.
3.5. Memberi pertolongan cemas jika mampu.
3.6. Menenangkan mangsa yang terlibat dan jangan tinggalkan mangsa
sehingga bantuan tiba.
3.7. Membuat kawalan Pemberita.
4. PERANAN IBUBAPA:
4.1. Pastikan anak-anak melalui laluan biasa pergi dan balik sekolah.
4.2. Sentiasa mengutamakan keselamatan anak-anak dengan memberikan
kerjasama kepada semua sekolah.
4.3. Pastikan anak anda pergi & balik sekolah bersama kawan yang boleh
dipercayai atau dikenali.
4.4. Sentiasa mengingatkan anak-anak tentang tatacara semasa berada di
jalanraya.
20.2. KESELAMATAN KAWASAN PERUMAHAN

1. PANDUAN MURID:
1.1. Sentiasa berjalan dalam kumpulan sekurang-kurangnya tiga orang.
1.2. Jangan mudah terpengaruh dengan ajakan kawan.
1.3. Bersikap tegas untuk mengatakan ‘tidak’ kepada sesuatu yang bersifat
negatif.
1.4. Berwaspada dengan orang yang tidak dikenali.
1.5. Amalkan nasihat ibu bapa, guru dan orang tua.
1.6. Jangan menyimpang ke tempat lain sewaktu pergi dan balik sekolah
seperti kedai runcit, gerai makan dan kafe siber.
1.7. Elakkan diri dengan aktiviti yang tidak sihat seperti lepak, pergaduhan
dan samseng.

2. TATACARA MURID BILA BERLAKU KEJADIAN:


2.1. Jika anda terlibat/ternampak sesuatu gejala yang tidak baik seperti

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 84


pergaduhan, dan peras ugut. Sila:-
a. Laporkan kepada pihak sekolah, guru, kakitangan sekolah, ibu bapa
dan polis.
b. Jangan cuba bertindak sendiri mengawal keadaan.

4. PERANAN IBU BAPA:


4.1. Pastikan anak-anak melalui laluan biasa pergi dan balik sekolah.
Sentiasa mengutamakan keselamatan anak-anak dengan memberikan
4.2. kerjasama kepada semua sekolah.
4.3. Pastikan anak anda pergi dan balik sekolah bersama kawan yang boleh
dipercayai atau dikenali.
4.4. Sentiasa mengambil tahu tentang kegiatan luar anak-anak.

21. PANDUAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH PASCA COVIT 19


1. Peranan dan Tanggungjawab
Peranan dan tanggungjawab umum pihak yang terlibat adalah seperti
yang berikut:

1.1 Pentadbir Sekolah


1.1.1. Memastikan sekolah berada dalam keadaan selamat untuk
beroperasi;
1.1.2. Memastikan murid, guru dan warga sekolah yang hadir ke
sekolah berada dalam keadaan sihat dan selamat;
1.1.3. Memberikan penerangan dan pendidikan berterusan kepada
murid, guru dan warga sekolah mengenai penularan jangkitan
COVID-19 dengan memperincikan kepentingan penjagaan
kesihatan seperti mencuci tangan dan menggunakan pensanitasi

tangan (hand sanitizer), penggunaan pelitup muka apabila perlu


serta kepentingan amalan penjarakan sosial;
1.1.4. Memastikan murid, guru dan warga sekolah mematuhi garis
panduan yang ditetapkan;
1.1.5. Memastikan murid mendapat akses kepada PdP dengan sokongan

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 85


dan kerjasama JPN, PPD, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
dan agensi-agensi yang berkaitan;
1.1.6. Memantau PdP yang dijalankan dan memberikan sokongan yang
bersesuaian kepada guru;
1.1.7. Melaporkan perkembangan pembelajaran murid kepada ibu
bapa/penjaga; dan
1.1.8. Membuat keputusan untuk menangani isu pengoperasian sekolah

berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh KPM serta


1.2 mengambil kira pandangan pihak yang berkaitan seperti PPD dan
Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

Guru
1.2.1. Menyediakan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) seperti yang
digariskan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999: Penyediaan

Rekod Pengajaran dan Pembelajaran;


1.2.2. Melaksanakan PdP yang bersesuaian dengan kesediaan murid dan

situasi semasa;
1.3 1.2.3. Mengingatkan murid untuk sentiasa menjaga kebersihan dan
mengamalkan penjarakan sosial; dan6
1.2.4. memaklumkan pentadbir sekolah jika terdapat murid yang
bergejala.

Ibu Bapa/Penjaga
1.3.1. Memastikan anak/anak jagaan berada dalam keadaan sihat,
menjaga kebersihan diri dan tidak menunjukkan gejala awal
COVID-19 sebelum hadir ke sekolah;
2. 1.3.2. Membantu anak/anak jagaan belajar mengikut kemampuan ibu
bapa/penjaga; dan

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 86


2.1 1.3.3. Memberikan motivasi kepada anak/anak jagaan untuk terus
belajar.

Pelaksanaan

Pengurusan Sekolah
2.1.1. Kehadiran guru dan murid ke sekolah adalah seperti yang berikut:
a. Kehadiran guru tertakluk pada arahan perkhidmatan Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA), Jabatan Perdana Menteri dan KPM

dari semasa ke semasa;


b. Kehadiran murid ke sekolah secara berfasa dan dimulai dengan

murid yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran


Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia (STPM), dan Sijil Tinggi Agama Malaysia

(STAM), termasuk Murid Berkeperluan Khas (MBK); dan


c. Murid selain pada para (b) tidak perlu hadir ke sekolah. Mereka

kekal meneruskan PdP di rumah sehingga KPM mengeluarkan


pemakluman lanjut.
2.1.2. Waktu persekolahan boleh dilaksanakan secara berperingkat
2.2 setelah mendapat kelulusan pendaftar negeri.
2.1.3. Perhimpunan sekolah dan aktiviti lain yang melibatkan murid,
guru atau warga sekolah berkumpul secara beramai-ramai tidak
dibenarkan.
2.1.4. Pentadbir mesti memberikan fokus kepada lima (5) aspek dalam
pengurusan sekolah, iaitu pengurusan prasarana, keselamatan
murid, guru dan warga sekolah, PdP, peranan ibu bapa/penjaga
dan pengurusan asrama

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 87


Pengurusan Prasarana
Pentadbir bertanggungjawab:
2.2.1. Memastikan kawasan dan bangunan sekolah termasuk semua bilik

PdP dibersihkan sebelum sesi persekolahan bermula dan pada


setiap hari selepas tamat sesi persekolahan;
2.2.2. Memastikan fokus utama pembersihan adalah pada permukaan

yang sering disentuh dan pada paras ketinggian yang boleh


dicapai oleh tangan seperti tombol pintu, suis lampu, singki,
kepala paip, butang lif, pengepam tandas, pelapik duduk tandas,
susur tangan di laluan pergerakan murid bagi sekolah yang
mempunyai MBK dan lain-lain;
2.2.3. Menyediakan pelan perancangan susun atur bilik-bilik PdP dengan

mengoptimumkan penggunaan bilik-bilik khas dan lokasi-lokasi


lain yang bersesuaian dan boleh berfungsi dengan baik untuk
PdP;
2.2.4. Memastikan semua bilik PdP disusun atur mengikut arahan
penjarakan sosial sebelum sekolah dibuka;
2.2.5. Memastikan susunan meja bagi setiap kelas mesti berada dalam
jarak satu (1) meter antara satu dengan yang lain. Sekiranya
bilangan murid melebihi kapasiti meja yang disediakan, lebihan
murid perlu ditempatkan di kelas yang lain;
2.2.6. Memastikan pengudaraan dan pencahayaan yang mencukupi bagi

setiap bilik PdP, bilik guru dan pejabat;


2.2.7. Memastikan pengusaha kantin hanya menyediakan makanan
berbungkus. Penggunaan kerusi, meja dan ruang makan di
kantin tidak dibenarkan;
2.2.8. Memastikan murid makan di dalam bilik PdP di bawah seliaan
guru pada waktu rehat;

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 88


2.2.9. Memastikan murid yang makan di dewan makan asrama pada
waktu rehat dalam makluman guru bertugas;
2.2.10. Memastikan bilik kesihatan/sakit di sekolah harian dan sekolah
berasrama dijadikan sebagai bilik isolasi bagi murid yang
bergejala sebelum mendapatkan rawatan. Bilik ini perlu
dibekalkan dengan pelitup muka serta sabun/pensanitasi tangan

(hand sanitizer);
2.2.11. Menyediakan pelan lokasi untuk diletakkan tanda penjarakan
sosial dengan menggunakan pita pelekat berwarna di lokasi
yang bersesuaian seperti yangn berikut:
a. Bilik PdP - tanda penjarakan diletakkan pada kaki meja baris

hadapan dan baris tepi pertama untuk rujukan;


b. Kantin - tanda penjarakan diletakkan pada ruang berbaris
untuk pembelian dan pengambilan makanan serta laluan ke

singki;
c. Bilik guru/pejabat - tanda penjarakan diletakkan pada kerusi,

meja, kaunter dan tempat mengimbas kehadiran.


2.2.12. Menyediakan pelan laluan pergerakan terarah atau sehala.
2.3 Tanda penjarakan diletakkan untuk memandu arah pergerakan

murid dalam kawasan sekolah termasuk asrama;


2.2.13. Menyediakan tong sampah bertutup dan dipastikan sentiasa
ditutup;
2.2.14. Menyediakan sabun di lokasi yang bersesuaian seperti kantin,
tandas dan surau, manakala pensanitasi tangan (hand sanitizer)

boleh disediakan di lokasi seperti bilik PdP, pejabat dan bilik


guru;

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 89


2.2.15. Mempamerkan bahan bercetak mengenai langkah kebersihan
dan keselamatan di lokasi strategik seperti laluan murid, kantin,

bilik PdP, pejabat, bilik guru, ruang menunggu dan asrama


sebelum sesi persekolahan bermula. Pentadbir hendaklah
memuat turun bahan bercetak terbitan KKM daripada laman
sesawang KKM; dan
2.2.16. Meletakkan peringatan langkah-langkah pencegahan COVID-19
di pintu masuk utama sekolah.

Keselamatan Murid, Guru dan Warga Sekolah


Pentadbir bertanggungjawab:
2.3.1. Merujuk Standard Operating Procedure (SOP) Pencegahan
Penularan Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di
Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia yang dikeluarkan oleh

KPM pada 13 Mac 2020;


2.3.2. Memastikan murid, guru dan warga sekolah berada dalam
keadaan sihat untuk hadir ke sekolah. Pemakluman awal perlu
diberikan kepada mereka sebelum sekolah dibuka semula;
2.3.3. Memastikan saringan demam serta gejala batuk, selesema, sakit
tekak dan sesak nafas dilakukan terhadap murid, guru dan warga

sekolah pada setiap hari di pintu masuk sekolah sebelum sesi


persekolahan bermula. Jika mempunyai suhu badan melebihi
37.5°C atau bergejala, mereka tidak dibenarkan masuk ke
kawasan sekolah. Pentadbir sekolah dibenarkan untuk
melaksanakan saringan ini di dalam kawasan sekolah
berhampiran dengan pintu masuk utama jika laluan masuk ke
sekolah sempit atau berhampiran dengan jalan utama. Hal ini
adalah bagi mengelakkan kesesakan dan ketidakpatuhan kepada

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 90


penjarakan sosial;
2.3.4. Memastikan masa senggang diperuntukkan bagi pengambilan
suhu badan murid yang berjalan kaki/berbasikal ke sekolah;
2.3.5. Melantik guru bertugas untuk:
a. Mengawal pergerakan murid di pintu masuk utama sekolah
semasa tiba dan pulang;
b. Memeriksa suhu badan murid menggunakan alat pengimbas
suhu badan; dan
c. Mengawal pergerakan murid semasa rehat.
2.3.6. Memastikan murid, guru dan warga sekolah sentiasa mematuhi
penjarakan sosial pada setiap masa dengan pengawasan guru;
2.3.7. Memastikan hebahan mengenai langkah kebersihan dan
keselamatan dibuat melalui siar raya pada waktu pagi, waktu
rehat dan sebelum tamat sesi persekolahan setiap hari.
Peringatan secara berterusan dilaksanakan semasa PdP;
2.3.8. Memastikan murid, guru dan warga sekolah kerap mencuci
tangan dengan menggunakan air dan sabun. Sekiranya tiada air

dan sabun, pensanitasi tangan (hand sanitizer) boleh digunakan;


2.3.9. Memastikan guru atau pembantu pengurusan murid membantu
MBK yang perlu memegang bahan bantu belajar (guna sama)
seperti gambar rajah timbul dan peralatan khas mencuci tangan
dengan air dan sabun atau pensanitasi tangan (hand sanitizer);
2.3.10. Memastikan kedudukan murid dijarakkan dengan selang satu
tempat duduk apabila mereka menaiki kenderaan sekolah
seperti bas/van/coaster;
2.3.11. Mengingatkan murid untuk mematuhi dan menggunakan laluan
pergerakan yang disediakan.
2.3.12. Membekalkan pelitup muka kepada murid yang bergejala dan
mereka diasingkan di bilik kesihatan/sakit sementara menunggu

ibu bapa/penjaga membawa mereka pulang.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 91


2.3.13. Memastikan murid yang mempunyai masalah berkaitan imuniti
badan yang rendah sentiasa memakai pelitup muka.
2.3.14. Memastikan guru bimbingan dan kaunseling melaksanakan Ujian
2.4
Minda Sihat secara berkala bagi mengenal pasti murid yang
terkesan dengan norma baharu di sekolah;
2.3.15. Memberikan taklimat keselamatan kepada kontraktor
pembersihan, pengusaha kantin dan pembekal perkhidmatan

makanan bermasak di asrama serta membuat penegasan


supaya sentiasa mengingatkan pekerja mereka mengenai
perkara berikut:
a. Mengimbas suhu badan mereka setiap hari sebelum
memulakan tugas;
b. Tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah jika
bergejala;
c. Mematuhi arahan penjarakan sosial, pemakaian pelitup
muka dan prosedur keselamatan yang lain; dan
d. Mengamalkan hand hygiene (memadai mencuci tangan
dengan air bersih dan sabun).
2.3.16. Memastikan tindakan berikut diambil sekiranya terdapat kes
positif COVID-19 dalam kalangan murid, guru dan warga
sekolah yang disahkan oleh PKD:
a. Mengenal pasti dan menyediakan senarai kontak rapat
bagi membantu PKD;
b. Memberikan kerjasama kepada anggota PKD; dan
c. Mendapatkan nasihat daripada PKD mengenai keperluan

melaksanakan pembasmian kuman di lokasi yang


dikenal pasti.

Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 92


PdP akan berlaku dalam dua kaedah iaitu PdP di sekolah dan PdP di
rumah. Murid yang dibenarkan hadir ke sekolah akan mengikuti PdP di
sekolah, sementara murid lain akan mengikuti PdP di rumah.

2.4.1. Pentadbir perlu mengambil tindakan berikut bagi melancarkan


pelaksanaan PdP:
a. Mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan PdP;
b. Menyusun jadual PdP dengan mengambil kira bilangan
kelas yang beroperasi dan kesediaan guru serta murid.
Guru yang tidak mengajar kelas peperiksaan turut
dilibatkan;
c. Melakukan semakan Rancangan Pengajaran Tahunan

(RPT) bagi menyusun semula perancangan PdP;


d. Melaksanakan pemantauan PdP; dan
e. Memberikan bimbingan secara berfokus kepada guru
untuk memastikan pembelajaran dapat dilaksanakan
secara berkesan.
2.4.2. Guru yang melaksanakan PdP di sekolah hendaklah:
a. Merancang pelbagai kaedah penyampaian PdP yang
bersesuaian. Kaedah PdP yang boleh diterokai adalah
seperti pembelajaran teradun (Blended Learning) iaitu
gabungan pengajaran bersemuka dan penggunaan
teknologi secara dalam talian;
b. merancang dan melaksanakan aktiviti PdP yang akur
kepada keperluan penjarakan sosial;
c. Memastikan semua PdP yang dilaksanakan tidak
melibatkan aktiviti luar bilik darjah; dan
d. Memastikan semua aktiviti sukan dan kokurikulum
secara bersemuka tidak dilaksanakan sehingga ke
suatu tarikh yang akan dimaklumkan.
2.4.3. Guru yang melaksanakan PdP di rumah hendaklah:

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 93


a. Mempelbagaikan kaedah penyampaian PdP mengikut
2.5 kreativiti masing-masing berdasarkan kesesuaian
setempat;
b. Menggunakan kaedah PdP yang bersesuaian seperti
pembelajaran dalam talian, TV pendidikan, radio atau
media sosial bagi murid yang bersedia untuk mengikuti
kaedah pembelajaran tersebut;
c. Mengambil kira capaian Internet, pemilikan serta
keupayaan penggunaan alat peranti dan kesediaan
murid untuk melaksanakan PdP secara dalam talian;
d. Memberi latihan dalam buku teks, buku kerja atau
disediakan sendiri oleh guru bagi murid yang tidak
mempunyai akses Internet;
e. Melaksanakan Pembelajaran Berasaskan Projek dengan
menggunakan sumber yang mudah didapati oleh murid
sekiranya bersesuaian;
f. Menggunakan kaedah serahan bahan PdP di sekolah.
Bahan tersebut dimasukkan dalam kotak serahan yang
diletakkan dalam pondok keselamatan untuk penyerahan
dan pengambilan bahan oleh guru dan ibu bapa/penjaga
mengikut jadual yang ditetapkan;
g. Melaksanakan pentaksiran bilik darjah berdasarkan hasil
kerja murid seperti latihan, kuiz dan lain-lain yang boleh
dikemukakan secara dalam talian atau serahan tangan;
dan
h. Melaksanakan pentaksiran bilik darjah apabila sesi
persekolahan bermula bagi murid yang tidak dapat
menyerahkan tugasan mereka secara dalam talian atau
serahan tangan.

Pelibatan Ibu Bapa/Penjaga


Ibu bapa/penjaga boleh dilibatkan melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 94


(PIBG) dan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) bagi membantu pihak
sekolah:

2.5.1. Meningkatkan kesedaran dan kefahaman berkaitan penularan


jangkitan COVID-19:
a. Memberi kesedaran kepada anak/anak jagaan berkaitan
penjarakan sosial sebelum, semasa dan selepas menaiki
kenderaan;
b. Menasihati anak/anak jagaan supaya tidak berjabat
tangan (bersalaman) atau bersentuhan antara satu sama

lain sama ada guru, rakan-rakan atau orang sekeliling;


c. Menasihati anak/anak jagaan supaya sentiasa
mengamalkan kebersihan sebelum dan selepas makan;
d. Menggalakkan ibu bapa/penjaga sendiri yangmenghantar

dan mengambil anak/anak jagaan;


e. Menyarankan ibu bapa/penjaga menyediakan makanan
dan minuman dari rumah untuk anak/anak jagaan bagi
mengurangkan pergerakan dan kesesakan di kantin;
f. Memastikan anak/anak jagaan mengambil sarapan yang
sesuai sebelum hadir ke sekolah;
g. Menasihati anak/anak jagaan agar tidak berkongsi
makanan dan minuman dengan murid lain; dan
h. Menjaga kebersihan dan keselamatan anak/anak jagaan
sebelum dan selepas pulang dari sekolah dengan kerap
membasuh tangan dan mandi.
2.5.2. Membantu pihak sekolah membuat tanda penjarakan sosial dan
mengawal pergerakan murid semasa datang, rehat dan balik
serta mengikut keperluan pihak sekolah; dan
2.5.3. membantu pihak sekolah menyediakan pensanitasi tangan (hand
sanitizer) dan alat pengimbas suhu badan untuk kegunaan pihak

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 95


sekolah (jika mampu dan berkeperluan).

5. PENUTUP:
Kawasan persekitaran dan lokasi sekolah memainkan peranan yang penting
dalam menentukan keselamatan pelajar sekolah yang pergi dan balik dari
sekolah. Oleh kerana populasi pelajar SJK(T) Natesa Pillay datang dari kawasan
sekitar 7 km dari sekolah, lebih tumpuan akan diberikan untuk mendidik pelajar
supaya sentiasa berhati-hati dan menjaga keselamatan diri dan rakan-rakan.
Kerjasama yang erat diantara AJK , pelajar, semua guru, ibubapa dan pihak
keselamatan amat penting untuk menjadikan sekolah sebagai sebuah tempat
yang selamat untuk dikunjungi.

MANUAL SEKOLAH SELAMAT 96

Anda mungkin juga menyukai