Anda di halaman 1dari 6

MODUL P&P BERKESAN

Ciri-Ciri Dan Potensi Diri


Guru Berkesan Dalam Merealisasikan
Pendidikan Cemerlang

Pendahuluan

Antara persoalan yang sering timbul di benak kita ialah mengapakah berlaku prestasi
sebuah sekolah itu lebih baik daripada sebuah sekolah yang lain? Apakah pula faktor-
faktor yang menyebabkan wujudnya senario demikian? Atau adakah perbezaan yang
wujud itu disebabkan 'nasib' semata atau kurangnya usaha-usaha melakukan
perubahan dan penambahbaikan yang berterusan (kaizen) kerana tidak wujudnya misi
(mission), visi (vision), komitmen (committment) atau suri teladan (role model), sama
ada dari aspek diri individu atau pihak pengurusan sekolah yang boleh mencetuskan
inspirasi dan halatuju (direction) yang jelas, betul dan tepat.

Ramai orang inginkan kemajuan, peningkatan, kecemerlangan dan kegemilangan


seterusnya apa yang kita namakan sebagai kejayaan. Kejayaan pula berlaku dalam
banyak bentuk sama ada kejayaan peribadi, kejayaan organisasi atau pun kejayaan
kelompok dan komuniti.

Phillip Van Hooser (1998) mendapati bahawa ada tiga unsur penting dalam
menentukan kejayaan. Tiga unsur ini berkait rapat antara satu sama lain dan ianya
digelar sebagai "Triangle of Success" (yang merangkumi ilmu pengetahuan,
kemahiran dan sikap).

Ilmu Pengetahuan: Apakah pengetahuan? Adakah pengetahuan sahaja sudah


cukup? Phillip Van Hooser menyatakan bahawa pengetahuan bukan dimanifestasikan
oleh sijil dan diploma, ia juga bukan satu ukuran yang tepat berdasarkan angka gred
mata purata atau dengan kekananan dan kelamaan seseorang itu berada di tempat
kerja. Pengetahuan sebenar ialah kefahaman (understanding). Dalam kepimpinan,
kefahaman terhadap apa yang diperlukan dan dijangkakan oleh pengikut-pengikut
daripada pemimpin merupakan pengetahuan kerja yang praktikal.

Kemahiran: Pengetahuan dan kemahiran sama-sama penting. Kedua-duanya sangat


diperlukan bagi pembangunan kepemimpinan personal. Ringkasnya, kemahiran sama
erti dengan aplikasi (application). Kebolehan mengaplikasi sesuatu konsep atau idea
kepada sesetengah 'task' merupakan satu kelebihan kepimpinan yang tidak dapat
dipertikaikan. Kemahiran-kemahiran khusus termasuklah keberanian profesionalisme,
ketegaran (decisiveness) dan kesabaran serta kemahiran mendengar.

Sikap: Sikap adalah kunci kepada segalanya. Sikap dapat disamakan dengan
kehendak (desire). Sesiapa jua boleh memiliki pengetahuan dan kemahiran yan
tertentu bagi melaksanakan perkara-perkara besar lagi hebat, tetapi jika tanpa
kehendak yang mendorong dan menggerakkan tingkah-laku dan perbuatan maka
hasil akhirnya adalah potensi yang tidak dapat direalisasikan. Didapati juga individu-
indidvidu yang kurang pengetahuan dan kemahiran tetapi mereka memiliki sikap,
kehendak dan dorongan yang cukup kuat dapat mengatasi sebarang halangan yang
mereka hadapi dengan jayanya.

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 1


MODUL P&P BERKESAN
Cabaran kita ialah secara sedar membuang perasaan berpuas hati (complacency)
dan terlalu yakin (overconfidence) sewaktu kita mengembangkan satu atau lebih
unsur-unsur di atas.

Kejayaan dan kecemerlangan sekolah terletak pada keberkesanan seluruh sistem,


nilai, kepercayaan, iklim, semangat dan budaya yang diamal dan dipamerkan setiap
waktu oleh setiap orang pelajar, guru, kakitangan bukan guru dan juga pentadbir dan
pengurus kurikulum sesebuah sekolah itu. Pihak yang amat besar kesan dan
pengaruhnya terhadap kemajuan dan kecemerlangan ini tidak lain tidak bukan ialah
guru-guru sendiri.

Guru Berkesan

Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang
berkesan itu? Mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor
Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut:
 Bersikap profesional.
 Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
 Kaya ilmu.
 Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
 Bermoral teguh.
 Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
 Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
 Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
 Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan
semasa.
 Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan
sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
 Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam
kelas.
 Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya murid mempunyai
kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
 Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
 Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan
nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan
diri dengan situasi tertentu).
 Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat
profesionnya.
 Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak
berbelah bahagi.
 Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.
Kenyataannya adakah semua ciri tersebut telah kita miliki? Atau sekurang-kurangnya
sebahagian besarnya telah kita amalkan dalam diri peribadi mahu pun dalam
organisasi? Tetapi yang nyata masih ramai atau sebahagian besar dari kita amat
kurang memiliki ciri-ciri tersebut. Jadi bagaimana kita hendak melahirkan pengajaran
dan pembelajaran yan berkesan dan seterusnya sekolah berwatak dan sekaligus
pendidikan cemerlang?

Untuk menjadi guru berkesaan kita perlu berubah. Kita perlu menganjak paradigma,
kita perlu melakukan lonjakan quantum dengan merobah dan meruntuh tembok
penghalang yang pertama dan utama iaitu Menolak Perubahan (Resist Change). Ken
Blanchard, pengarang buku "The One Minute Manager" menyatakan bahawa kita
lumrahnya liat dan sukar menerima perubahan. Beliau menyatakan bahawa;

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 2


MODUL P&P BERKESAN
 Apabila memikirkan perubahan kita sering fikirkan perkara-perkara yang
kita kena lepaskan, bukan kepada perkara-perkara yang akan kita dapat .
 Setiap orang mempunyai toleransi yang berbeza terhadap perubahan
kendatipun kepada mereka yang memiliki tahap toleransi yang tinggi akan ada
satu titik di mana perubahan tidak berupaya ditanggungi.
 Sekali pun perubahan telah berlaku kita secara fitrahnya mahu
meletakkan perkara-perkara kembali kepada keadaan asalnya.
Mengubah Diri Mengubah Sikap

Plato berkat, "Kemenangan yang utama dan pertama ialah menakluki diri." Garfield
pula berkata, "Di dunia ini benda-benda tidak berubah, kecuali ada orang yang
mengubahnya."

Jelas sekali perubahan tidak terjadi tanpa penggeraknya atau pun penyebabnya, dan
perubahan yang paling berat dan paling sukar ialah perubahan diri peribadi. Stephen
Covey (1989) daalm bukunya "The Seven Habits of Highly Effective People"
menyatakan ada dua tahap proses perubahan yang perlu dilalui bagi mencapai status
'orang-orang yang paling berkesan' iaitu tahap 'memenangi peribadi' dan 'memenangi
publik'. Tiga tabiat (habit) yang fundamental bagi seseorang memenangi diri peribadi
adalah:
 Jadilah Proaktif (Be Proactive)
 Mulai dengan yang akhir di dalam minda (Begin with the End in Mind)
 Buat dahului perkara pertama (Put First Things First)
Bagi memenangi publik (dalam hubungan interpersoal) tabiat (habit) yang perlu
diamalkan adalah:
 Firkikan Menang/Menang (Think Win/Win)
 Fahami dahulu, kemudian minta difahami (Seek first to understand, and
then to be understood)
 Sinergi (Synergize)
 Tajamilah mata gergaji (Sharpen the Saw)
Memenangi Peribadi

Dalam hubungan interpersonal kita sentiasa berinteraksi dengan orang-orang di


dalam organisasi rasmi kita iaitu sekolah di mana personaliti dan perwatakan
memainkan peranan dan pengaruh yang kuat terutama ke atas anak didik kita dan
juga rakan sejawatan. Peribadi yang positif dan kuat mudah memberi kesan dan
pengaruh serta dapat menjalin hubungan interspersonal yang baik dan harmonis.

Antara rangsangan (stimulus) dan tindakan (response) terdapat satu ruang di mana
kita boleh membuat pilihan. Apa jua tindakbalas/tindakan yang diambil bergantung
kepada sedar-diri (self-awareness), imaginasi, hati nurani (conscience) dan
keazaman-diri (independent will) setiap individu itu. Oleh itu sebelum berlakunya
sebarang tindakbalas, setiap orang mempunyai satu ruang untuk membuat pilihan,
dan di ruangan 'kebebasan memilih' inilah pula manusia sebenarnya memiliki
'anugerah istimewa' iaitu sedar-diri -- keadaan setiap orang sedar situasi sekeliling
dan juga implikasi terhadap tindakbalas yang mungkin diambilnya. Di samping sedar-
diri ini manusia juga dianugerahklan imaginasi -- kebolehan menjana sesuatu di dalam
minda yang melangkaui realiti semasa. Hati nurani (consceince) pula merupakan
kesedaran dalaman (suara hati) terhadap salah dan betul, benar dan palsu, terhadap
prinsip-prinsip yang mengawal tingkah-laku serta kesedaran wujudnya harmoni antara
pemikiran dan tindakan. Akhir sekali ialah satu anugerah kepada 'kemerdekaan' dan
keazaman diri -- satu kebolehan bertindak berdasarkan sedar-diri dan bebas daripada
segala bentuk pengaruh.

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 3


MODUL P&P BERKESAN
Ciri kedua memenangi peribadi ialah 'mulai dengan gambaran akhir di dalam minda'
yang bererti setiap kita dapat melihat diri di akhir episod hidup kita sama ada
kemajuan dalam kerjaya atau kejayaan peribda dan keluarga. Ringkasnya apakah kita
mahukan 'husnul khatimah' atau pun 'su'ul khatimah'.

Dan ciri ketiga ialah buat dahulu perkara pertama (Put First Things First) yang
maksdunya kita mengamalkan 'pengurusan masa' yang kemas dan sistematik,
mengutamaakan prioriti tindakan serta tidak suka menanggguh kerja. Insya Allah
setelah tiga unsur penting ini kita kuasai maka tidaklah sukar untuk menjadi seorang
yang lebih berkesan baik dalam lelaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai
seorang guru yang cemerlang mahupun sebagai seorang ahli organisasi yan boleh
menjadi role model kepada orang-orang lain.

Pendidikan Cemerlang

Aristotle berkata, "We are what we repeatedly do. Excellence, then, is not an act, but
a habit." Sesungguhnya kecemerlangan bukan terjadi secara begitu sahaja tanpa
faktor-faktor yang menggalak dan merangsang setiap guru dan pelajar berusaha
mencapai matlamat dan kepuasan kendiri yang tinggi setelah bekerja keras,
berkorban masa dan tenaga yang bukan sedikit.

Oleh itu sekolah dan guru-guru perlu pertamanya melakukan sesuatu bagi
menghapuskan atau mengurangkan faktor-faktor dalaman sekolah yang menyekat
kemajuan pelajaran pelajarnya. Usaha-usaha memperbaiki kemajuan dan sekaligus
kecemerlangan pendidikan di sekolah mestilah berfokuskan pengajaran dan
pembelajaran di bilik-bilik darjah. Semua ini perlukan perubahan sikap dan
kepercayaan para guru (termasuk pelajar-pelajar).

Hussein Mahmood (1993) dalam bukunya "Kepemimpinan dan Keberkesanan


Sekolah" berkata;

"Walau bagaimanapun , di peringkat sekolah pada keseluruhannya,


seluruh cara hidup atau cara bekerja - yang dikatakan budaya
sekolah serta sistem-sistem tertentu yang menghalang kejayaan
sekolah perlu dikaji semula dan diperbetulkan segera. Jika tidak,
segala apa juga usaha untuk memajukan sekolah, kemungkinan
matlamat yang sepatutnya dicapai tidak dicapai."

Menurut beliau usaha untuk memajukan sekolah hendaklah berfokuskan;


a. Pencapaian matlamat sekolah, iaitu pelajaran dan pencapaian akademik
para pelajar;
b. Penyelesaian punca-punca masalah yang menyebabkan keadaan
sekolah demikian;
c. Membentuk atau mewujdukan budaya baru bagi menggantikan budaya
yang sedia ada melalui (b) atau memperkukuhkan budaya yang didapati
produktif; dan
d. Menggerakkan segala tenaga di sekolah dan di luar sekolah ke arah
pencapaian matlamat-matlamat sekolah melalui kepemimpinan pengetua.
Kajian terhadap Program Peningkatan Kurikulum dasn Kemajuan Pendidika
(PKKP) Jabatan Pendidikan Pahang, Edisi Kedua (1999); Satu Penilaian dan
Cadangan Pembaharuan menyebut faktor-faktor berikut sebagai penghalang kepada
peningkatan dan dengan itu mstilah dibasmi dan dielakkan:
 Visi bersama tidak dijelaskan dan tidak dihayati oleh setiap anggota;
 Mesyuarat/perbincangan mengenai strategi yang terlalu kurang;
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 4
MODUL P&P BERKESAN
 Sikap tidak cakna;
 Anggota yang masih tidak mahu berubah dari 'zon selesa';
 Cepat berpuas hati atau puas hati yang melampau;
 Pemimpin organisasi tidak terlibat dan tidak ikut serta untuk membuat
perubahan;
 Tiada usaha yang lebih atau tiada pengorbanan;
 Terlalu cepat mengisytiharkan kemenangan;
 Tiada kemenangan jangka pendek yang boleh diraya atau dibanggakan
oleh organisasi menyebabkan hilang momentum untuk berubah dan anggota
yang kecewa akan memasuki kumpulan yang menolak perubahan.
Menempa Kejayaan

Persekolahan dan pendidikan hari ini bukan sahaja menuntut para guru
menyempurnakan tugas dan tanggunjgjawab mereka dalam mempastikan setiap anak
didik menguasai tulis baca dan mengira, malah menguasai pengetahuan dan
kemahiran-kemahiran baru. Oleh itu tugas dan tanggungjawab serta komitmen guru
juga haruslah bertambah dan meningkat dari sebelumnya dan ini sudah tentu
memerlukan satu sikap baru dan 'pandangan baru' dalam menempa kecemerlangan
pendidikan secara keseluruhannya.

Untuk mencapai matlamat ini guru-guru mestilah mempunyai kesedaran diri yang
tinggi bahawa apa jua faktor yang memghalang hendaklah dibanteras di samping
membuat perubahan pendekatan, strategi dan teknik serta secara berfikir yang positif.

Salah satu aspek penting menempa kejayaan ialah pendekatan positif terhadap
disiplin dalam hubungan meningkatkan mutu kerja, mutu pengajaran dan
pembelajaran, dan akhirnya mutu output iaitu pencapaian anak didik di dalam
penilaian dan peperiksaan.

Blaine Lee dalam bukunya The Power Principle (1989) menyebut bahawa "The
positive approach to discipline focuses 20% on what went wrong, and 80% on what
could be different next time."

Yang demikian kita seharusnya menumpukan lebih perhatian dan tenaga kepada
aspek "next time" ini dan sekaligus menghapuskan segala amalan, tabiat dan tingkah-
laku negatif yang merugikan semua orang. Satu daripada pendekatan dan konsep
yang boleh diamalkan ialah Shewhart Cycle atau lebih dikenali sebagai PDCA (yakni
Plan - Do - Check - Act).

Plan (Rancang) : Semua aktiviti (sekolah, kelas, kokurikulum, zon dan daerah)
mestilah dirancang dengan rapi. Elakkan sekali-kali mentaliti ad-hoc, buat sesuatu
secara tangkap muat, atau ikut sahaja kerana ramai orang lain buat begitu.

Do (Buat) : Semua yang telah dirancang mesti dilaksanakan sepenuhnya. Inilah


aspek paling penting dan kritikal kerana pada peringkat inilah yang menentukan
kejayaan setiap perancangan itu. Apa makna dan apa gunanya jika perancangan
tinggal pernacangan sahaja? Soal balik diri sendiri apakah perancangan yang kita
buat telah semuanya dilaksanakan? Lihat kembali Folio B dalam Program PKKP
selama ini sudahkah dibuat sebagaimana dirancang? Jujurlah kepada diri sendiri, dan
jika belum, nah inilah puncanya mengapa kita begitu sukar mengatasi kelemahan dan
kemerosotan.

Check (Semak) : Semakan amat penting kerana setiap perancangan dan


pelaksanaan perlukan; penilaian bagi melihat keberkesanannya atau pun sebab-
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 5
MODUL P&P BERKESAN
sebab mengapa ianya tidak mencapai objektif yang ditentukan. Banyak kerja guru-
guru kita perlu disemak dengan teliti dan rapi seperti buku latihan murid diperiksa
atau tidak, pembetulan dibuat atau tidak, diagnosis mata pelajaran dibuat atau tidak
dan jika dibuat tindakan susulan dibuat atau tidak, keputusan mesyuarat guru atau
mesyuarat panitia mata pelajaran dibuat atau tidak, pencerapan pengajaran guru
dalam bilik darjah dibuat atau tidak; atau laporan-laporan berkala yang diminta oleh
JPNP dan PPD dibuat atau tidak, dan dihantar mengikut masanya atau tidak? Satu
cara berkesan memastikan sistem semakan yang praktikal ialah dengan mewujudkan
satu Senarai Semak Komprehensif yang melibatkan semua perancangan aktiviti di
sekolah.

Act (Bertindak) : Setelah semakan dibuat dan jawapannya diketahui sama ada ianya
positif atau sebaliknya, tindakan yang amat penting seterusnya ialah mengambil
tindakan. Cari puncanya, cari mana silapnya dan cari siapa culpritnya (afritnya).
Adakah puncanya kerana sikap manusia atau sistem dan prosedur atau tidak jelas
bidang tugas? Tindakan seterusnya memastikan tidak berulang lagi perkara-perkara
tidak memuaskan ini dan personnel yang terlibat mestilah disedarkan melalui nasihat,
teguran, bimbingan dan kaunseling malah amaran dan tindakan selanjutbya sekali
pun jika sudah sampai kepada tahap yang serius dan kritikal.

Penutup

Menjadi guru berkesan, sekolah berkesan dan pencapaian pendidikan yang gemilang
dan cemerlang bukan suatu yang mustahil dicapai. Prasyarat yang utama dan
pertama ialah kesediaan dan keanggupan guru-guru sendri mengubah paradigma,
mengubah stail berfikir dan bertindak secara orang-orang profesional dan yang paling
penting menjadi seorang guru yang tidak mudah patah semangat.

Guru yang profesional sentiasa mempamerkan ciri-ciri kekutan ilmu dan bertingkah-
laku dengan keluhuran etika kerja serta menuntut kefahaman yang jelas dan
mendalam, kesungguhan dan komitmen yang tinggi kepada penyempurnaan
tugasnnya di sekolah setiap masa dan waktu. Guru yang berjiwa waja tidak mudah
mengaku kalah dalam kehidupan kerjayanya di sekolah, dan mempunyai sikap
optimistik dalam semua tindakan, serta sedia belajar dari kesilapan dan kelemahan.

Orang-orang yang berfikiran dan bersikap optimistik tidak mudah melatah, merungut
dan menyalahkan orang lain dan keadaan semata-mata, orang yang optimistik melihat
semuanya dari sudut yang serba berkemungkinan berjaya dan meningkat maju, sama
ada dari aspek diri peribadi mahu pun aspek organisasi.

Seperti kata Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Abdul Shukor Abdullah
beliau menyebut;

" Guru-guru perlu dapat menyampaikan ilmu pengetahuan secara


berkesan, menjadi pembimbing yang dihormati dan memastikan
diri masing-masing dapat dijadikan contoh kepada pelajar. Oleh
itu pada setiap masa, kaum guru sekalian hendaklah menampilkan
watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai
pendidik yang unggul."

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 6

Anda mungkin juga menyukai