Anda di halaman 1dari 16

1.

0 PENDAHULUAN
2.0 RASIONAL
3.0 MATLAMAT
4.0 OBJEKTIF
5.0 PERANAN
5.1 PELAJAR
5.2 GURU (KAUNSELOR)
5.3 IBU BAPA / PENJAGA
6.0 TATACARA PELAJAR DATANG DAN BALIK
6.1 MENGGUNAKAN KENDERAAN AWAM
6.2 MENGGUNAKAN BOT / SAMPAN
6.3 MENGGUNAKAN KENDERAAN SENDIRI
6.4 PEJALAN KAKI
6.5 DI HANTAR IBU BAPA / PENJAGA
7.0 TATACARA PIHAK SEKOLAH
8.0 TATACARA IBU BAPA / PENJAGA
9.0 PENUTUP
10.0 LAMPIRAN
I. CARTA ALIRAN
II. BORANG LAPORAN KEMALANGAN
III. BORANG PEMILIK KENDERAAN
IV. GAMBAR DAN KERATAN AKHBAR
PENDAHULUAN
“Lihat kanan , lihat kiri , lihat kanan , baru melintas”. Ayat
tersebut sinonim dengan kempen keselamatan jalanraya.
Persoalannya adakah ianya menjadi tabiat bagi para
pelajar sewaktu melintas? Kiranya ya mengapa kadar kemalangan
yang melibatkan pelajar kian meningkat? Menyedari hakikat ini
pihak sekolah mengambil inisiatif untuk melaksanakan konsep
sekolah selamat yang membabitkan para pelajar sendiri sebagai
sasaran utama.Dalam pada itu peranan guru serta ibu bapa
diharapkan dapat membendung gejala kemalangan daripada
berlaku.Namun keupayaan pihak sekolah untuk menangani
masalah ini agak terbatas.Sehubungan itu prosedur atau tatacara
yang dikemukakan diharap akan dapat membantu semua pihak
kiranya berlaku gejala yang tidak dikehendaki sewaktu pelajar-
pelajar pergi dan balik dari sekolah.
RASIONAL
 Sikap pelajar yang cuai serta tidak mementingkan
keselamatan menyebabkan mereka terdedah kepada
pelbagai bentuk kecelakaan mahupun kemalangan
 Kurangnya perhatian ibu bapa terhadap keselamatan
pelajar sewaktu pergi dan balik dari sekolah
mendedahkan pelajar kepada kemalangan
 Kurangnya keberkesanan prosedur atau tatacara
menangani kemalangan yang sedia ada menyulitkan
pihak-pihak yang terlibat mengambil tindakan
 Pengabaian aspek keselamatan di kalangan
masyarakat sebagai suatu tindakan bersama dalam
memastikan keselamatan para pelajar terjamin
MATLAMAT
Melatih diri pelajar akan
aspek-aspek keselamatan
yang perlu diberi perhatian
agar menjadi panduan
pada masa-masa akan
datang
 Melaksanakan peranan dan tanggungjawab
pihak sekolah dalam memastikan setiap anak
didik selamat sampai dan balik ke sekolah.
 Mewujudkan kesepaduan dan kesepakatan di
kalangan masyarakat akan tanggungjawab
bersama memastikan keselamatan pelajar.
 Menyedia dan menyebarkan maklumat tentang
tatacara tindakan keselamatan diri pelajar
sewaktu pergi dan balik dari sekolah.
 Mengambil tindakan yang betul berdasarkan
format tatacara yang ditetapkan sekiranya
berlaku kemalangan.
 Memastikan setiap pihak yang terbabit
mempunyai kesedaran serta melaksanakan
tanggungjawab masing-masing.
PERANAN PARA PELAJAR

1. Mengetahui dan melaksanakan peraturan


keselamatan diri sewaktu dalam perjalanan

2. Peka dan sentiasa berjaga-jaga dengan


keadaan dan suasana persekitaran.

3. Sentiasa memberikan kerjasama yang sepenuhnya


kepada pihak yang bertanggungjawab dalam
mengendalikan aspek-aspek keselamatan

4. Mengutamakan aspek-aspek keselamatan yang


tinggi.
 Bertanggungjawab memberikan kesedaran dan
maklumat kepada pelajar tentang aspek keselamatan
diri.
 Menerima dan mengambil tindakan susulan.
 Merekodkan aduan dan maklumat pelajar yang
terbabit.
 Menganalisis dan memaklumkan kepada Pengetua
atau Bahagian HEM.
 Peka kepada persekitaran dan merancang langkah-
langkah keselamatan melalui J/kuasa PIBG , J/kuasa
Keselamatan Sekolah dsb.
 Mengadakan aktiviti-aktiviti permuafakatan
peningkatan keselamatan pelajar.
 Turut serta dalam merancang dan melaksanakan
aktiviti-aktiviti Kelab Pencegahan Jenayah di sekolah.
PERANAN IBU BAPA

1. Bekerjasama dalam merancang dan menguatkuasakan tatacara


keselamatan pelajar.

2. Membantu membersihkan kawasan laluan pelajar yang semak


dan agak terbiar

3. Memastikan anak-anak selamat pergi dan balik dari sekolah.

4. Mengenalpasti rakan-rakan dalam kumpulan yang bersama-


sama pergi dan balik dari sekolah.

5. Memastikan anak-anak menggunakan kenderaan yang sesuai


serta selamat
TATACARA PELAJAR
1. Memastikan kenderaan yang dinaiki itu selamat.
2. Mematuhi peraturan jalanraya
3. Mengamalkan sikap berhemah ketika berada di jalan
raya
4. Memulakan perjalanan dengan niat untuk pergi ke
sekolah dan bukannya untuk pergi ke tempat lain dan
sebaliknya.
5. Mempelajari ilmu mempertahankan diri
6. Melaporkan sebarang kemalangan yang berlaku atau
sebarang gangguan di jalan raya kepada pihak yang
berkenaan
7. Meletakkan kenderaan yang digunakan di tempat
yang dikhaskan
 Menekankan aspek keselamatan diri pelajar pada setiap masa
melalui pengajaran , peraturan latihan , bimbingan dan amalan
aktiviti bercorak pendidikan seperti ceramah , pameran ,
pementasan dan pemeriksaan diadakan dari semasa ke
semasa.
 Memaklumkan ibu bapa atau penjaga tentang penggal
persekolahan , jadual waktu sekolah dan jadual lain-lain
aktiviti yang melibatkan penyertaan pelajar-pelajar termasuk
hari cuti dan perubahan masa persekolahan.
 Mewujudkan satu sistem kawalan dan rekod yang kemas
tentang pergerakan keluar masuk orang-orang awam ke dalam
kawasan sekolah.
 Menyediakan tempat berkumpul yang selamat para pelajar
yang sampai awal pagi dan para pelajar yang menunggu
kenderaan pulang.
 Memperkenalkan sistem berteman untuk mengelakkan
pelajar berjalan seorang diri semasa pergi dan balik sekolah.
 Mengawasi dengan kerap kawasan-kawasan yang terceruk atau
terlindung.
TATACARA IBU BAPA / PENJAGA
1. Memastikan anak-anak mengutamakan keselamatan
sebelum atau selepas mereka ke sekolah
2. Berbincang berkaitan keselamatan dengan anak-
anak
3. Mendedah dan melatih anak-anak dengan aspek-
aspek keselamatan diri
4. Memastikan anak-anak menggunakan laluan yang
selamat serta meluangkan masa menemani mereka
sekali-sekala
5. Mengetahui waktu anak pergi dan balik sekolah
serta aktiviti yang mereka jalankan selepas waktu
sekolah
6.Memberi kerjasama kepada pihak-pihak berkaitan
sekiranya maklumat penting diperlukan
7. Mewujudkan hubungan yang baik dengan pihak
sekolah
KEKANGAN

1. Sikap pelajar yang kurang peka dan lalai


terhadap peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan oleh pihak berkuasa

2. Kurang kerjasama daripada segelintir ibu


bapa dan penjaga dalam memastikan
hanya anak-anak yang mempunyai lesen
sahaja dibenarkan memandu kenderaan
PENYELIAAN

● Bekerjasama dengan pihak polis untuk


mengadakan pemeriksaan mengejut ke
atas kenderaan pelajar-pelajar

● Pengawasan berterusan dari Unit


Disiplin Sekolah
PENUTUP
Kita merencanakan , tuhan yangmenentukan
namun selaku manusia kita boleh merancang
dan mengambil beberapa langkah perlu agar
kemalangan yang tidak diingini dapat dihindari.
Sejauhmana keberkesanan langkah yang
diambil adalah bergantung kepada kesediaan
diri sendiri untuk mengamalkannya tetapi
sekiranya panduan di atas dilaksanakan
dengan jayanya , konsep sekolah selamat yang
disarankan pasti mencapai matlamatnya.
Kemalangan

Laporkan kpd guru / guru bertugas

Rekod

Rawatan kecemasan mengikut jenis kemalangan


TIDAK
Serius

Bawa ke Hospital

Beritahu penjaga
TIDAK
Kes Polis / Laporkan untuk tuntutan insuran

Laporkan kepada pihak polis

Sediakan laporan hospital dan laporan polis


untuk tuntutan insurans

Pergi ke sekolah seperti biasa

Anda mungkin juga menyukai