Anda di halaman 1dari 11

DISIPLIN dan KESELAMATAN

PENDAHULUAN

Badan disiplin semestinya bergerak selari dan seiring dengan badan-badan lain yang
wujud di sekolah. Ini kerana pencapaian seseorang pelajar dalam sesuatu bidang ini
baik di bidang akademik atau bidang bukan akademik bergantung kepada tahap disiplin
pelajar itu sendiri. Pelajar yang berjaya dalam bidang kehidupan sering dikaitkan
dengan mereka yang berdisiplin. 

RASIONAL
Pembentukan disiplin di sekolah dilihat sama pentingnya dengan penyebaran ilmu
pengetahuan. Oleh itu, badan disiplin harus bergerak dalam bentuk yang terancang dan
sistematik.

 
OBJEKTIF

1. Melahirkan dan membentuk pelajar yang berdisiplin dan bertanggungjawab serta


peka dengan peraturan dan undang-undang sekolah.

2. Melahirkan seorang ahli masyarakat yang bertatasusila, bersatu padu, demokratik,


adil, liberal dan progresif.

3. Melahirkan pelajar yang mengenal dan menilai diri sendiri dan orang lain secara
rasional dan bijaksana.

4. Melahirkan pelajar yang menyayangi dan menghormati diri sendiri, orang lain, dan
menghargai alam sekitar.

5. Melahirkan pelajar yang bersemangat tinggi, berilmu, berketerampilan serta


menjadikan sekolah sebagai landasan menuju ke arah kecemerlangan hidup.

6. Merealisasikan slogan ‘Sekolahku, Rumahku’.

7. Membebaskan pelajar dari semua gejala dan pengaruh tidak baik.

Buku Peraturan Sekolah


perlu dibekalkan kepada pelajar. Buku ini akan dikemaskini dari masa ke semasa, dan
menjadi rujukan kepada setiap pelajar.

Taklimat Awal
Penerangan tentang peraturan dan disiplin juga akan disampaikan oleh Setiausaha
Disiplin pada minggu pertama kemasukan pelajar-pelajar baru di SMK Kudat.

1
Surat Akuan dan Ikrar Pelajar
Surat Ikrar pelajar perlu ditandatangani oleh setiap pelajar baru (bertukar dari sekolah
lain) di hadapan guru disiplin serta penjaga pelajar sebagai jaminan tingkah laku
mereka.

Borang Perjanjian
Borang Perjanjian perlu ditandatangani oleh pelajar yang masih mengulangi
pelanggaran disiplin. Penjaga kepada pelajar berkenaan akan dijemput ke sekolah
kemudian menyaksikan perjanjian dibuat  oleh anak dengan pihak disiplin. Borang ini
sebagai bahan bukti untuk penguatkuasaan dan tindakan seterusnya. Tindakan ini
diharap dapat mengelakkan sebarang tindakan dipertikaikan nanti, dan sebagai jaminan
pelajar tidak akan mengulangi kesalahan mereka.

Surat Kebenaran Keluar Sekolah


Pelajar yang akan keluar kawasan sekolah untuk sesuatu urusan diwajibkan mengisi
borang khas. Surat ini akan dibawa oleh pelajar dan menyerahnya kembali apabila
kembali ke sekolah. Surat ini juga dapat menggalakkan pelajar berkenaan daripada
ditangkap polis atas tuduhan ponteng sekolah. Di samping sebagai langkah
mengetatkan peraturan keluar sekolah.

Sudut Disiplin
Setiap kelas juga diwajibkan menyediakan sudut disiplin. Sudut ini  dilengkapkan
dengan peraturan-peraturan dan undang-undang yang dikeluarkan oleh badan disiplin
serta pekeliling-pekeliling dari Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan
berkaitan dengan peraturan dan notis tertentu.
 
Kad Kebenaran Keluar Kelas
Terdapat 2 kad, pertama – Kad Keluar ‘Urusan Guru’, Kedua – Kad ‘Keluar Tandas’.
Kad ini bertujuan untuk menggalakkan dan mengawal pelajar dari terlalu bebas keluar
dan berkeliaran di luar semasa P & P.

Buku Kawalan Kelas


Setiap Kelas dibekalkan dengan buku kawalan kelas yang akan ditandatangani oleh
setiap guru yang memasuki kelas pada setiap waktu pembelajaran. Setiap guru akan
mencatat nama mata pelajaran, masa, dan jumlah pelajar yang hadir pada masa
mereka mengajar. Tujuan buku ini adalah untuk memastikan bahawa tidak ada pelajar
yang ponteng kelas.

‘Spot – Check’
‘Spot – Check’ terhadap pelajar-pelajar diadakan dalam pelbagai bentuk:- ‘Spot Check’
di tempat perhimpunan , ‘Spot Check’ di dalam kelas secara menyeluruh , ‘Spot
Check’ di luar kawasan sekolah di tempat-tempat yang strategik sebagai kawasan lepak
dan sebagainya.

Buku Laporan Disiplin


Buku Khas yang mengandungi semua maklumat bagi pelajar yang kerap melanggar
disiplin seperti Nama, Tahun, Kelas, Kesalahan, Tarikh, Tindakan dan Hukuman.
2
Fail-Fail Maklumat Pelajar
 
a) Fail 001  - Fail Amaran 1
b) Fail 002 - Fail Amaran 2
c) Fail 003 - Fail Amaran 3 dan akhir
d) Fail 004 - Surat Gantung sekolah
e) Fail 005 - Surat Buang / Tukar Sekolah
f) Fail 006 -  Laporan PPD / JPN
g) Fail 007 - Maklumat SSDM
h) Fail 008 - Laporang Kes
i) Fail 009 - Perjanjian ibu bapa / ikrar pelajar
j) Fail 010 - Kes-kes polis
 k) Fail 011 - Minit Mesyuarat Disiplin
 l) Fail 012 - Surat Rujuk Kaunseling
 

PROGRAM ABSENT SIFAR 2011 -  UNIT DISIPLIN


Program untuk mengurangkan masalah ketidakhadiran dan ponteng sekolah hingga ke
tahap yang minimum atau sifar.

RASIONAL
1. Menyedari bahawa kemerosotan akademik dan disiplin pelajar antaranya berpunca
daripada masalah tidak hadir atau ponteng sekolah
2. Merujuk satu sistem kawalan yang mantap bagi menyelesaikan masalah tidak   hadir
ke sekolah.
 
MATLAMAT
Mengurang atau menghapuskan sama sekali masalah tidak hadir atau ponteng sekolah
tanpa  sebab yang munasabah demi menjayakan MISI dan VISI sekolah selaras
dengan matlamat pendidikan negara.
 

OBJEKTIF

1. Meningkatkan rasa sayang dan cinta pelajar kepada sekolah sebagai penyalur
pelbagai ilmu dan pendidikan.

2. Dapat meningkatkan pencapaian pelajar dari segi akademik seterusnya


mengharumkan nama sekolah.

3. Ibu bapa dapat memastikan bahawa anak-anak mereka benar-benar berada di


sekolah pada waktu yang sepatutnya.

4. Menanam sikap bertanggungjawab pelajar kepada peraturan sekolah dan


menyedarkan mereka bahawa tidak hadir ke sekolah merupakan satu kesalahan
besar.

3
5. Meningkatkan mutu disiplin sebagai asas ke arah pembentukan warganegara yang
bertanggungjawab.

6. Menyedarkan pelajar bahawa rekod kehadiran ke sekolah adalah penting untuk


masa depan kerjaya mereka.

7. Guru dapat menyampaikan pengajaran dan murid dapat menerima pengajaran guru
sepertimana yang dirancangkan.

STRATEGI

1. Menyediakan Buku Rekod Kawalan Pelajar - Tujuan untuk mengesan pelajar yang
tidak hadir atau ponteng. Mereka akan  diambil tindakan disiplin sekiranya dikesan.

2. Menandakan Jadual Kedatangan - Guru tingkatan akan menandakan buku


kedatangan pada setiap hari pada masa kedua pengajaran. Pelajar dilarang sama
sekali dari menanda kehadiran pelajar untuk mengelakkan penipuan.

3. Mengumpul Pelajar-Pelajar Yang Tidak Hadir.- Pelajar yang tidak hadir akan
dikumpul oleh AJK Kehadiran dari Unit Disiplin. Mereka di kehendaki menunjukkan
surat-surat kebenaran seperti:
  a) Surat akuan sakit
  b) Surat ibu bapa yang disahkan oleh penghulu, imam atau Ketua Polis
  (tidak melebihi 1 hari)

4. Mengeluarkan surat amaran I, II, III dan Surat Amaran Buang Sekolah kepada ibu
bapa seperti mana yang diarah oleh JPN. Tujuan untuk memaklumkan kepada ibu
bapa tentang tindakan yang diambil seperti berikut:-
a. Tidak hadir selama 3 hari akan dimaklumkan dari surat amaran I
b. Tidak hadir selama 6 hari akan dimaklumkan menerusi surat amaran II
c. Tidak hadir selama 9 hari akan dimaklumkan menerusi surat amaran III dan surat
berhenti sekolah (Kecuali terdapat surat akaun tertentu).

5. Menghubungi penjaga/melawat rumah pelajar - Tujuan untuk mengesan surat-surat


yang dihantar serta mengetahui  masalah sebenar pelajar.

 6. Mengenakan Tindakan Disiplin - Pelajar yang tidak hadir atau cenderung ke arah itu
akan dikurniakan pelbagai tindakan disiplin. Tujuan untuk mencegah dan
menyedarkan mereka.
 
  7. Rondaan dan serbuan mengejut di tempat yang disyaki destinasi pelajar ponteng.
    - Setelah mendapat maklumat penduduk sekitar
    - Kerjasama dengan polis

8. Mengadakan Program Kursus.


    a. Ceramah kesedaran / disiplin
    b. Kem motivasi

4
    c. Pelancaran Minggu  Disiplin
    d. Pelancaran Program ‘Absent Sifar’

9. Mengadakan ‘spot check’ di dalam bilik darjah


    - ‘spot check’ di dalam kelas

10. Mengadakan perbincangan dengan pihak polis sama ada rasmi atau tidak rasmi
untuk mendapat bantuan atau khidmat nasihat.
    a. Pegawai perhubungan polis
    b. Balai Polis Kubang Kerian

11. Merujuk dan mendapatkan laporan bertulis daripada kaunselor.


 
PELAKSANAAN
  1. Tempoh pelaksanaan : Januari sehingga Disember 2011
  2. Membentuk komiti / AJK Program Absent Sifar : Januari 2011
  3. Merancang dan menyusun program yang akan dilaksanakan
  4. Melancar Hari Absent  Sifar : 18 Februaru 2011
 
5. Melaksanakan Program Absent Sifar mengikut tahap - tahap yang telah dijadualkan
seperti:-
    a. Program Berkala
b. Program sepanjang masa (Rujuk Program Tahunan Disiplin)

6. Mengadakan mesyuarat dari masa ke semasa untuk memantau dan menilai


kelemahan dan kejayaan Program Absent Sifar.
 
 
BENTUK-BENTUK PENILAIAN

1. Penilaian Jangka Pendek


    - Data kehadiran bulanan daripada buku kedatangan kelas
    - Jumlah pelajar yang dikumpul setiap hari

2. Penilaian Jangka Panjang


a. Prestasi akademik pada akhir tahun
b. Prestasi disiplin pada akhir tahun.

PROGRAM GERAKSEDAR BERSIRI

PENGENALAN:
Program Geraksedar  adalah satu program pemilihan dan kesedaran khusus untuk 
pelajar-pelajar yang bermasalah. Mereka secara kelompok akan mengalami pelbagai
aktiviti pemulihan dan kesedaran daripada guru-guru atau pakar-pakar pemulihan dari
luar melalui temuramah. Nasihat, ceramah, program, seperti sembahyang hajat / sunat,
doa dan lain-lain.

 
5
RASIONAL
Pelajar-pelajar yang bermasalah boleh dibaiki sikap dan tingkahlaku jika pelbagai
pendekatan digunakan. Selain daripada hukuman fizikal (rotan) atau denda, tindakan
secara kerohanian atau motivasi serta nasihat juga dapat memberi kesedaran kepada
mereka. Oleh itu, masalah disiplin dapat ditangani jika pelbagai kaedah digunakan
menerusi satu disiplin pemulihan yang mantap dilaksanakan.

OBJEKTIF
a. Untuk mengetasi dan menangani masalah disiplin.
b. Memberi peluang kepada guru atau mana-mana individu untuk menggunakan
kepakaran dan kebolehan mereka memulih dan menyedarkan pelajar-pelajar yang
bermasalah, secara ikhlas.
c. Untuk mencuba dan menguji pelbagai kaedah yang terbaik dan menangani masalah
disiplin pelajar.
d. Sebagai antara sumber rujukan dan kayu pengukur dalam menentukan seseorang
pelajar ini layak dan ditukar atau ditamatkan pengajian mereka.
 
SASARAN
Pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan sering dan melakukan kesalahan
berulangkali.
TEMPAT / MASA -  Tempat dan masa yang sesuai
TENAGA PENGGERAK :
1. Guru Unit Disiplin
2. Kaunseling
3. Pengetua, PK HEM, PKP, Ketua-ketua Bidang.
4. Tenaga Luar
5. Sesiapa yang ingin memberi perkhidmatan secara ikhlas.

h. Pelaksanaan Aktiviti Program Gerak Sedar

BULAN DISIPLIN

PENGENALAN

Disiplin adalah teras kejayaan seseorang pelajar serta menentukan kegemilangan


sesebuah sekolah itu. Memandangkan disiplin dan pelajar adalah dua unsur yang
saling berkait rapat, maka Unit Disiplin sebagai agenda tahunannnya. Di harapkan
dengan ‘Bulan Disiplin’ ini dapat mencerna serta meningkatkan kesedaran dan tahap
disiplin para pelajar SMK Kudat.
 
RASIONAL

1. Kemantapan disiplin pelajar memerlukan satu program lebih sistematik.


2. Berakhlak dan berdisiplin adalah satu aspek kehidupan bagi mengawal sosial yang
menjamin keharmonian dan kesejahteraan hidup. Segala usaha ke arah mengukuh
dan meningkatkan disiplin, seharusnya dititikberatkan baik dirumah mahupun di
sekolah.
 
6
SASARAN - Semua pelajar SMK Kudat
MASA - Sepanjang bulan Mei 2011
 
PELAKSANAAN

Pembentukan AJK:-

Pengerusi  : Pengetua SMK Kudat


Tim. Pengerusi : Penolong Kanan HEM
Naib Pengerusi I : P. Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi II : Penyelia Petang
Setiausaha I  : S/U Disiplin Pagi
Setiausaha II  : S/U Disiplin Petang
Penyelaras  :  - Ketua-ketua Bidang.
          - Kaunseling
Bidang Tugas
- Bahagian Perasmian dan Sambutan
- Bahagian Pameran dan Pertandingan
- Bahagian Ceramah
- Bahagian hadiah dan cenderamata

PROGRAM / AKTIVITI

Majlis Pelancaran / Perasmian  :


Tempat  : Dataran SMK Kudat
Masa  : 8.00 Pagi

Pertandingan Poster Dan Karangan


Ceramah oleh : Imam Masjid Asysakirin
Pidato Pelajar
Ikrar Pelajar
Majlis Penutupan oleh Tuan Pengetua SMK Kudat
 

7
Contoh : UNIT KESELAMATAN
 
Pendahuluan

Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian terletak kira-kira 6 kilometer dari


pusat bandar Kota Bharu , justeru dapatlah di kategorikan sekolah ini sebagai pinggir
bandar . Kedudukannya menghala laluan Kota Bharu ke Hospital Universiti Sains
Malaysia Kubang Kerian . Pada masa ini SMK Kubang Kerian 1 merupakan sekolah
saluran kepada beberapa sekolah rendah ke tingkatan satu , beberapa buah sekolah
menengah ke tingkatan empat dan enam rendah . Sehingga kini jumlah keramaian
pelajar di sekolah ini berjumlah 2336 orang pelajar ( 1020 pelajar lelaki dan 1070
pelajar perempuan ) dengan 112 orang tenaga pengajar . Bagi menampung bilik kelas
yang terhad , SMK Kubang Kerian 1 meneruskan sesi persekolahan 2 sesi ( sesi pagi
dan sesi petang ) Sesi pagi terdiri daripada tingkatan tiga , empat , enam rendah dan
enam atas , manakala sesi petang pula bagi tingkatan satu dan dua . Sebagai sebuah
sekolah pinggir bandar , sudah tentu latar belakang sosio-ekonomi dan sosio – budaya
pelajar berbeza-beza . Rata-rata pelajar di sekolah ini datang daripada golongan
keluarga yang berpendapatan sederhana dan rendah.  

Rasional

Program keselamatan amat penting dalam sesebuah institusi khususnya institusi


pendidikan . Para pelajarnya mudah terdedah kepada pelbagai bahaya dan risiko .
Menyedari hakikat bahawa pelajar terlalu mudah dengan pelbagai risiko , maka
langkah- langkah keselamatan amat penting di beri perhatian khusus.

Objektif

1. dapat mempastikan harta benda , persekitaran , bangunan , bilik-bilik dan setor,


kawalan keselamatan serta padang permainan sentiasa berada dalam keadaan
terjamin  dan selamat.

2. dapat membantu pihak perancang sekolah dalam merancang dan membaik pulih
bahagian-bahagian bangunan , kawasan , padang  dan gelanggang permainan ,
setor serta peralatan yang di kenal pasti berisiko

3. memberi pendidikan cara-cara menjaga keselamatan kepada warga sekolah dalam


menghadapi sebarang situasi kecemasan

4. memberi pendedahan kepada teknik mengguna alat-alat keselamatan

5. mempertingkatkan kasedaran kepada warga sekolah tentang pentingnya penjagaan


keselamatan

6. dapat menanam sikap “SEKOLAH KU  RUMAHKU” yang lebih berkesan dalam diri
warga sekolah berlandaskan persekitaran sekolah dalam keadaan selamat

7. melatih pelajar sentiasa bersiap sedia menghadapi kecemasan dan mala  petaka
8
Strategi

1. menbentuk jawatan kuasa keselamatan

2. jawatan kuasa keselamatan yang di bentuk akan di beri tugas dan mandat bagi
mengenalpasti seterusnya emngambil langkah-langkah tertentu sama ada secara
melapor kepada pihak berkenaan atau bertindak segera sebagai bukti
tanggungjawab yang di amanahkan

3. membentuk ‘Skuad Rondaan’ di kalangan anggota pasukan Pasukan Pakaian


Seragam , Ahli Majlis Perwakilan Pelajar, Pelajar- Pelajar Tingkatan Enam Anak
Wawasan , Ahli Skim Lencana Anti dadah ( SLAD) dan Ahli Pembimbing Rakan
Sebaya ( PRS) meronda secara tidak lansung ketika hadir ke sekolah atau semasa
berada di sekolah sama ada pada waktu persekolahan atau pada waktu kehadiran
petang ,hari minggu dan hari kegiatan kokurikulum . Maklumat yang di beri oleh
skuad ini amat penting dalam menangani masalah vandalisme.

4. mengadakan beberapa siri ceramah keselamatan kepada warga sekolah

5. satu rangka pelan bertindak dan jadual pemantauan akan di buat bagi membolehkan
setiap tugas dan tanggungjawab yang di serahkan kepada ketua-ketua unit
keselamatan dapat di sediakan.

6. satu pelan laluan yang kemaskini akan di keluarkan dan seterusnya di edarkan 
kepada semua kakitangan dan papan kenyataan kelas serta papan kenyataan umum
untuk di hayati oleh semua pelajar sebagai langkah menyelamat diri secara tenteram
, aman dan terkawal

7. mengadakan beberapa siri latihan kebakaran dan cara-cara menyelamat diri

8. bekerjasama dengan semua unit lain yang di bentuk di sekolah dalam usaha
melaksanakan setiap program dan aktiviti latihan kebakaran dan menyelamat

9. memeriksa dan mengenalpasti alat pemadam kebakaran di sediakan  di tempat-


tempat yang di tentukan serta dapat berfungsi dengan baik

10. mengenalpasti langkah-langkah  keselamatan adalah tanggungjawap bersama


warga sekolah.
 
 
 
 
 
 

 
 

9
JAWATANKUASA INDUK PROGRAM KESELAMATAN
 
Pengerusi      : Pengetua
N. Pengerusi : Penolong Kanan  Hal Ehwal Murid
     : Penolong Kanan Pentadbiran
: Penolong Kanan Ko Kurikulum
: Penolong Kanan Petang
: Semua Ketua Bidang Kaunselor Sekolah
Ketua Unit  : Setiausaha HEM
 
Urusetia Keselamatan :
Kebakaran              :

Persekitaran           :

Disiplin                 :

Bencana Alam      :

Skuad Kecemasan:  ( pejabat sekolah )


                                ( teknik dan elektrik)
                                ( makmal sains )
                                ( pondok keselamatan )
                                ( kebakaran dan bencana alam )
                                ( bangunan )
                                ( Mussala )
                                ( Perpustkaan dan PSS)
                                ( Kemahiran hidup / SRT)
                                ( Padang dan gelanggang )
                                ( Perabot  sekolah )
                                ( Koperasi sekolah )
                                Semua pekerja
                                Pembantu-pembantu makmal
 
  
BIDANG TUGAS URUSETIA KESELAMATAN

Kebakaran

1. menyediakan peta laluan selamat


2. mengenalpasti fungsi alat pemadam api
3. menyedia dan menempatkan baldi pasir di tempat yang sesuai
4. mengenalpasti tempat pili bomba dan punca tekanan air
5. menyediakan jadual latihan kawad kebakaran
6. menyediakan jadual ceramah dan aktiviti keselamatan
 

10
Persekitaran

1. mengenalpasti lalulintas pelajar di jalan raya


2. menyediakan jadual  ceramah  lalulintas ( maklumat semasa perhimpunan )
3. mengenalpasti keadaan pagar sekolah
4. menyediakan kawasan letak kenderaan pelajar ( basikal)
5. mengenalpasti dan menyediakan ‘pass’ keluar masuk pelajar dari kelas
6. mengenalpasti keluar masuk pelajar dari kawasan sekolah
7. mengenalpasti pintu pagar sekolah terkawal
8. mengenalpasti setiap pintu masuk ( bukan utama ) di awasi atau berkunci)
 
Disiplin

1. mengenalpasti peraturan sekolah di baca oleh setiap pelajar


2. mengenalpasti peraturan sekolah di tampal di papan kenyataan kelas / umum
3. mengenalpasti  ketenteraman pelajar semasa dalam bilik darjah
4. menyediakan jadual ceramah disiplin
5. menyelitkan peringatan disiplin pelajar semasa perhimpunan mingguan
 
Bencana  Alam

1. Menyediakan skuad Bencana Alam


2. Megenalpasti  bangunan / blok selamat  bagi menempatkan pelajar
3. Mengenalpasti bangunan/blok selamat menyimpan stok makanan
4. Menyediakan peralatan pertolongan cemas ketika bencana
5. Mengenalpasti alamat dan telefon agensi berkaitan
6. Menyampaikan maklumat berkenaan kepada pelajar supaya sentiasa berwaspada
7. Bekerjasama dengan unit kebakaran dalam latihan menyelamat diri
8. Meyediakan pasukan petugas khas bencana alam
 
 

11

Anda mungkin juga menyukai