Anda di halaman 1dari 4

OPERASI PONTENG KELAS DAN SALAH LAKU SEMASA PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN
(Pelancaran Buku Pemantauan Pelajar Semasa P&P : 13 April 2009)

Pendahuluan:
Kebelakangan ini, salah laku murid di sekolah sering kali menjadi isu dalam kalangan
masyarakat dan menjadi tajuk utama di muka hadapan akhbar. Langkah pencegahan dan
pemulihan perlu dilakukan. Usaha pencegahan perlu di lakukan seawal mungkin dan
disepadukan dengan proses sosialisasi agar murid-murid dapat membentuk jati diri dengan
nilai2 murni yang boleh diterima umum.

Faktor-faktor penyebab kepada salah laku murid yang dikenal pasti:


1. Individu: bekerja, tidak minat belajar, ketagihan merokok, ...
2. Latar belakang keluarga: perceraian, ibubapa yang terlalu sibuk bekerja, tiada suasana
pendidikan/agama ... kemerosotsn institusi kekeluargaan
3. Rakan sebaya: pergaulan bebas, budaya lepak, ...
4. Persekitaran: pengaruh rakan sekelas, iklim kelas yang tidak kondusif, ...

Jenis-jenis salah laku:


1. Tingkah laku jenayah: mencuri, memeras ugut, membuli, mencabul kehormatan,
mengancam/memukul/mencederakan murid lain, menceroboh bilik khas: bilik guru,
bilik warden asrama, pejabat sekolah, ....
2. Tindakan lucah: bercumbu-cumbuan, berkhalwat, berpeleseran dan berpegang tangan,
menggunakan kata/isyarat/perbuatan lucah, melukis/menulis kata-kata dan gambar
lucah, gangguan seksual, membawa/memiliki/mengedar bahan, alat dan gambar lucah.
3. Tingkah laku Kurang Sopan & Biadab: berkelakuan kasar terhadap pengawas atau
murid lain, berbahasa kesat, menyimpan/menghisap rokok, mengganggu P&P, tidak
hormat guru/pengawas, berkelakuan kasar terhadap pengawas
4. Tingkah laku Musnah: merosakkan harta benda sekolah - kerusi meja, alat pencegah
kebakaran, alatan sukan, guru - kereta, /kantin sekolah/murid
5. Tingkah Laku Tidak Jujur/Menipu: melibatkan wang/kepercayaan.
6. Ponteng: ponteng sekolah/ kelas /makmal/ bengkel KH/ kelas tambahan/ perhimpunan/
aktiviti kokurikulum/ atau ponteng ujian/ peperiksaan
7. Kekemasan Diri: rambut, kuku, misai & janggut, barang2 perhiasan yang dilarang
8. Tingkah laku Tidak Mementingkan Masa: berkeliaran di kawasan sekolah, datang
lewat ke sekolah, lewat ke perhimpunan, makan dikantin di luar masa rehat, ...

Matlamat:
Mengenal pasti murid yang mempunyai masaalah salah laku terutamanya ponteng kelas dan
mengambil langkah2 bersepadu: pencegahan awal serta pemulihan terhadap mereka yang
terjebak. Justeru ponteng kelas dan salah laku dalam kelas dapat dibendung dan ditangani
dengan segera dan berkesan.

Objektif:
1. Memastikan murid memberi tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran &
pembelajaran.
2. Melaksanakan langkah pencegahan awal supaya masalah ponteng kelas dan masalah
salah laku pelajar semasa P&P dalam keadaan terkawal.
3. Mengenal pasti murid-murid yang telah terlibat dengan gejala salah laku dan
pelanggaran disiplin.
4. Menjalankan program pemulihan terhadap murid-murid yang telah dikenal pasti terlibat
dengan salah laku dan pelanggaran disiplin.

Implikasi:
Salah laku murid yang tegar walaupun sedikit atau salah laku murid kecil tetapi kerap dan
berlarutan di sesebuah sekolah akan membentuk budaya sekolah yang tidak sihat. Hal ini
menggambarkan tahap disiplin yang rendah. Kes ponteng kelas dan salah laku semasa P&P jika
tidak dibendung akan menjejaskan proses P&P, seterusnya akan menyebabkan prestasi
akademik yang merosot. Selain itu, dikhuatiri murid akan terjebak dalam salah laku yang lebih
serius seperti merokok, membuli dan ponteng sekolah.

Strategi Pelaksanaan
1. Setiap kelas telah disediakan buku Pemantauan Pelajar Semasa P&P. Setiap pagi,
wakil kelas akan mengambil buku PPS P&P di pejabat dan meletakkannya kembali
sebelum balik di ruang yang telah di sediakan.
2. Dalam buku ini, senarai nama pelajar, waktu belajar dan ruang tanda tangan setiap guru
yang mengajar telah disediakan. Guru akan menuliskan kod kesalahan pada petak
nama pelajar yang telah melakukan kesalahan.
3. Kod kesalahan adalah seperti P-Ponteng kelas, Penampilan diri: A5-memakai barang
perhiasan yang terlarang, Kekemasan Pakaian : B7- tidak memakai tanda nama, .....
4. Hanya wakil pelajar setiap kelas dan guru sahaja dibenarkan menyimpan @
melengkapkan buku PPS P&P. Ini bagi mengelakkan buku ini diconteng, rosak atau
hilang.
5. Murid yang kerap melakukan kesalahan akan di siasat rapi oleh Guru Tingkatan dan
Guru Penyelaras Disiplin Tingkatan. Data akan di masukkan dalam Fail Disiplin
Tingkatan untuk tujuan pengumpulan data salah laku pelajar dan pada sistem SSDM
untuk makluman Pegawai Unit HEM PPD.
6. Laporan kesalahan ini juga akan dimaklumkan kepada kaunselor dan ibu
bapa/penjaga murid untuk diambil tindakan bersama-sama.

Strategi Pengukuhan dan Pemantapan


1. Menghantar SMS kepada ibu bapa/penjaga untuk memaklumkan bahawa anak mereka
telah kerap melakukan kesalahan semasa P&P.
2. Murid mesti menggunakan Pas Pelajar bukti mereka dibenarkan keluar oleh guru
berkenaan. Murid yang tidak memakai Pas Keluar akan dikenakan tindakan disiplin.
3. Meningkatkan penggunaan Borang Salah Laku Bersaiz Kocek di kalangan guru.
4. Murid tidak dibenarkan keluar pada Waktu 1, sebelum atau selepas rehat ( Waktu 4, 5
& 6) dan waktu terakhir (Waktu 9 & 10) kecuali kes-kes kecemasan.
5. Program Pemulihan bagi murid berisiko tinggi melakukan kesalahan akan diadakan.
Contoh : Smart Solat, Mentor Menti, Perjumpaan ibu bapa bersama Ketua Kampung, ...
6. Murid tegar melakukan kesalahan akan diberikan Kad Jom Belajar dan murid
dikehendaki mendapatkan tandatangan setiap guru mata pelajaran dan disemak oleh ibu
bapa atau penjaga setiap hari.

Rumusan :
Kejayaan dan keberkesanan program ”operasi ponteng kelas dan salah laku semasa P&P” ini
memerlukan penggembelingan tenaga semua pihak demi memastikan proses P&P di sekolah
berjalan dengan lancar dan berkesan agar menjamin kecemerlangan akademik dan sahsiah
murid.
Namun secara umumnya untuk mengelakkan salah laku terjadi, pelajar perlu menjaga minda,
hati, input badan (pemakanan) dan persekitaran. Namun solat merupakan terasnya. Ini
dibuktikan dalam Al-Quran dalam Surah Al-Angkabuut: ayat 45 yang bermaksud
”Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar”.

Di sediakan oleh;
HJH ANDI AUDRAYANAH BINTI HJ MD NOOR
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Smk Benut, Pontian, Johor.
Posted by Majlis Hal Ehwal Murid SMK Benut at 7:03 PM

0 comments:

Post a Comment

Older Post Home


Subscribe to: Post Comments (Atom)

PENAFIAN:

SMK BENUT, PONTIAN, JOHOR TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS


SEBARANG KEHILANGAN ATAU KEROSAKKAN YANG DIALAMI KERANA
MENGGUNAKAN MAKLUMAT DARI LAMAN WEB INI PAPARAN TERBAIK :
1024 X 768 px [IE/FF]

Hakcipta Terpelihara © SMK Benut 2009

Info HEM SMK Benut


 ▼  2009 (5)
o ►  March (4)
 Bidang Sokongan Pelajar HEM 2009
 Bidang Kebajikan Pelajar HEM 2009
 Bidang Disiplin Pelajar HEM 2009
 Majlis Hal Ehwal Murid SMK Benut 2009
o ▼  April (1)
 Pelancaran Ponteng Kelas dan Salah Laku Pelajar

Demi Masa
Hubungi Kami
Majlis Hal Ehwal Murid SMK Benut
Sekolah Menengah Kebangsaan Benut,
Jalan Jaafar, 82200 Benut, Pontian, Johor.
Email : hemsmkb@yahoo.com
Tel : 07-6903254
View my complete profile

Anda mungkin juga menyukai