Anda di halaman 1dari 5

SOP untuk murid yang masuk sekolah

1. Setiap pagi sebelum murid masuk kelas dan semasa pdp berlangsung, mereka perlu
diberikan taklimat. Antaranya jangan berkongsi makanan, kerap mencuci tangan,
sentiasa memakai pelitup muka.
2. Persiapan sebelum pembukaan sekolah. Dalam kelas penyusunan antara meja ke meja
berjarak 1 meter. Susunan meja dalam bentuk dam bertujuan banyak ruang dapat di
manfaatkan ( banyak meja dapat masuk).
3. Penggiliran murid ke sekolah. Bermula 3 Oktober juga, sistem penggiliran murid akan
dilaksanakan dengan kehadiran murid ke sekolah 50% daripada enrolmen keseluruhan
kelas. Sebagai contoh, sekiranya 36 orang murid berada dalam satu kelas, maka ia akan
dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B. Kedua-dua
kumpulan ini akan bergilir-gilir untuk hadir ke sekolah mengikut minggu yang ditetapkan
bagi memastikan PdP Bersemuka dapat diteruskan dalam kapasiti yang lebih selamat
untuk murid.
4. Kehadiran murid ke sekolah tanpa penggiliran. Murid tingkatan 6 semester 2. Murid di
asrama sepenuhnya. Sekolah kurang murid.
5. Pengurusan prasarana, memastikan pengudaraan yang baik dalam kelas. Penggunaan
kipas digalakkan.
6. Pemakaian pelitup muka. Wajib memakai pelitup muka di kawasan sekolah. Pemakaian
pelitup muka berganda digalakkan.
7. Waktu rehat semua murid digalakkan makan di dalam kelas dengan seliaan guru.
8. Aktiviti PJK, kelas PJK dibenarkan murid hendaklah berpakaian sukan dari rumah. Aktiviti
kokum tidak dibernarkan.
9. Murid bergejala dari rumah tidak dibenarkan ke sekolah. Sekiranya didapati murid
bergejala ketika di sekolah, ujian saringan covid 19 akan dilaksanakan.
10. Pengurusan asrama sepenuhnya, ujian kendiri covid 19 akan dilakukan 3 kali iaitu
semasa mendaftar, hari ke-6 dan hari ke-14. Pengudaraan dan pencahayaan yang
optimum di dalam bilik.
11. Pakaian seragam sekolah. Murid dibenarkan memakai pakaian yang sesuai dan kemas
sekiranya pakaian seragam yang ada tidak lagi sesuai digunakan.
12. Ketidakhadiran murid ke sekolah tidak akan dianggap satu kesalahan disiplin sebaliknya
ibu bapa perlu memaklumkan kepada pihak sekolah untuk tujuan rekod.
13. Pengurusan sekolah yang mempunyai kes positif covid 19. Sekolah memaklumkan
kepada PKD dan melaporkan dalam aplikasi data covid 19. PKD membuat penilaian
risiko bagi menentukan tindakan seterusnya.
PBD (pentaksiran bilik darjah) pada era pandemik

1. Pemerhatian

Sebelum pandemic pemerhatian dapat dilakukan secara langsung di dalam kelas dalam
penguasaan terhadap sesuatu subjek. Ketika pandemic pemerhatian dapat dilakukan ketika
penghantaran kerja. Selain itu, pentaksiran ketika google meet.

2. Lisan

Memberikan satu tajuk BM dan mengarahkan murid untuk bercakap atau bercerita untuk
dinilai secara lisan.

3. Bertulis.

Bagi tajuk dan mengarahkan murid untuk menjawab dalam buku latihan secara bertulis untuk
dinilai.

Kerelevenan UPSR dimansuhkan

1. Mengurangkan Tekanan di Kalangan Pelajar, Ibu Bapa dan guru.

Bukan sekadar pelajar, malah guru juga tertekan kerana terpaksa mengejar silibus selain perlu
mengadakan kelas tambahan dan seminar bagi melahirkan pelajar yang cemerlang. Masyarakat
kita secara umum mempunyai tanggapan bahawa kejayaan seseorang itu diukur berdasarkan
kecemerlangan dalam peperiksaan. Malah tindakan media yang memberikan liputan kepada
pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang mengukuhkan lagi tanggapan
tersebut. Persepsi ini seterusnya memberikan tekanan kepada ibu bapa yang mahukan anak
yang cemerlang menyebabkan mereka menghantar anak-anak ke pusat-pusat tuisyen di luar
sekolah. Pada sebelah malam, mereka juga perlu menghadiri kelas tuisyen. Kitaran ini
menyebabkan mereka tidak mempunyai masa untuk melakukan perkara selain daripada
akademik. Perkara ini jika dibiarkan akan membantutkan potensi diri yang dimiliki.

2. Kemenjadian’ Murid Lebih Terjamin

Jika UPSR dimansuhkan, waktu yang sebelum ini digunakan bagi menghadiri kelas tambahan
dan tuisyen di hujung minggu dapat dimanfaatkan untuk mengembangkan potensi diri.
Pelaksanaan UPSR hanya menyebabkan pelajar terpaksa melupakan minat mereka yang
mungkin tidak berkaitan dengan UPSR seperti bersukan, bermain piano dan sebagainya.
Seringkali pelajar yang sedang menduduki peperiksaan besar seperti UPSR disuruh untuk
ber’puasa’ oleh pihak sekolah mahupun ibu bapa daripada terlibat secara aktif dalam aktiviti
ko-kurikulum mahupun perkara yang diminati atas alasan jika mereka sibuk dengan aktiviti
bukan akademik, maka mereka mungkin tidak mempunyai masa untuk mengulang kaji
pelajaran dan menyebabkan mereka gagal dalam pelajaran. Tanggapan seperti ini adalah tidak
tepat. Pelajar perlu melibatkan diri dalam aktiviti ko-kurikulum supaya perkembangan mereka
seimbang daripada aspek fizikal, intelek dan emosi.

Selain itu, melibatkan diri dalam aktiviti ko-kurikulum juga sama penting kerana melalui
penglibatan dalam aktiviti ko-kurikulum dapat membantu pelajar untuk mengasah kemahiran
insaniah seperti kepimpinan, kerjasama, kawalan emosi yang berguna untuk kecemerlangan
masa hadapan mereka. Jika UPSR dimansuhkan, maka keutamaan dapat diberikan untuk
mengembangkan minat pelajar.

3. Pendidikan Holistik

sistem pendidikan yang terlalu memberi fokus kepada kecemerlangan dalam peperiksaan
menyebabkan penggabaian kepada pembangunan dan perkembangan manusiawi. Sistem
pendidikan pada hari ini yang berorientasikan peperiksaan dan kecemerlangan akademik
sebenarnya hanya mengukur dua jenis kecerdasan iaitu kecerdasan linguistik dan matematikal.
Ini bermakna sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan adalah satu sistem yang
tidak holistik dan tidak memenuhi keperluan pelajar. Setiap pelajar mempunyai kecerdasan
yang berlainan dan memerlukan sistem yang juga berbeza untuk mengukur tahap keupayaan
mereka.

Kaedah penilaian berdasarkan gred bukanlah satu kaedah penilaian yang komprehensif yang
dapat mengukur kemampuan pelajar. Adalah tidak adil jika kita mengekalkan sistem
peperiksaan kerana ia akan menyebabkan pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasa,
pemahaman dan fakta tercicir serta dianggap sebagai gagal dan tidak pandai. Sedangkan
mungkin kecerdasan mereka bukanlah di situ.

Reformasi dalam sistem pendidikan ini menuntut pihak kementerian pendidikan, pihak sekolah
dan ibu bapa untuk menjadi lebih kreatif dalam merangka satu sistem pembelajaran yang lebih
bersesuaian mengikut kecerdasan dan kecenderungan para pelajar.

Mungkin sudah tiba masanya untuk kita mengubah cara penilaian pelajar dan mencipta satu
sistem pendidikan yang lebih memberi tumpuan kepada kemenjadian insani. Matlamat kita
dalam mendidik juga perlu berubah daripada menjadikan kecemerlangan dalam peperiksaan
sebagai kayu ukur kejayaan individu kepada menjadikan kecemerlangan daripada segi peribadi
dan akhlak serta sumbangan kepada manusia sebagai kayu ukur kejayaan yang baharu.

Semua pihak tidak perlu keluh kesah dengan tahap teknologi sekarang. Pelaburan jutaan
ringgit tidak diperlukan bagi mendapatkan pelantar pengajian baharu khusus untuk 2021.

Sebaliknya, apa yang ada boleh diguna pakai secara cekap dan berkesan mengambil kira
beberapa perkara.

Pertama, penjagaan masa setiap sesi pembelajaran sebenarnya tidak perlu panjang. Apa
diinginkan, pelajar atau peserta dapat menghadam isi kandungan, bukannya keletihan akibat
terlalu lama menghadap pelbagai aplikasi.

Kedua, persembahan atau perkara ingin dikongsi perlu seringkas mungkin menggunakan format
biasa yang mudah difahami masyarakat.

Persembahan pembelajaran perlu mesra pengguna, terutama jika membabitkan pelajar dewasa
yang tergolong dalam kategori Baby Boomers dan Generasi X yang mudah terdedah isu
teknofobia dan teknostres.

Ketiga, pembelajaran perlu lebih bersifat luwes dan fleksibel. Disebabkan pelajar dan tenaga
pengajar berada di dua lokasi berbeza, sesi pembelajaran fleksibel akan memberikan kebebasan
dan autonomi kepada pelajar mengikuti pembelajaran pada masa serta ruang mereka suka.

Sumber pembelajaran juga perlu fleksibel. Pendidik mungkin boleh merakam sesi pembelajaran
supaya boleh diulang-ulang dan ditonton mengikut kesesuaian masa pelajar.

Selain rakaman, bahan bantu mengajar secara tradisional boleh disediakan dan dipos ke dalam
kumpulan WhatsApp dan e-mel.

Secara tidak langsung, pelajar diminta berusaha sedikit untuk mendapatkan ilmu seperti
mencetak atau menyalin nota disediakan dalam pelantar pengajaran.

Keempat, sokongan sosial mantap semua pihak perlu untuk hasil cekap dan berkesan. Ibu bapa
dan ahli keluarga perlu sama-sama memainkan peranan dan mesti ada sedikit ilmu berkaitan
pembelajaran dalam talian.

Kelima, menggalakkan pembelajaran kendiri. Selain memberikan bahan untuk dipelajari,


pendidik perlu bijak memotivasikan pelajar melakukan pembelajaran kendiri. Guru perlu
menyediakan ilmu asas, tetapi pelajar perlu meneroka dan mengaplikasi ilmu melalui
pembelajaran kendiri.

Anda mungkin juga menyukai