Anda di halaman 1dari 16

PENDAPATAN LUMAYAN HASIL SARANG BURUNG WALIT

PENDAPATAN LUMAYAN HASIL SARANG BURUNG WALIT


Oleh MARZITA ABDULLAHutusanperlis@utusan.com.my
KANGAR 25 Nov. – Industri penternakan burung walet atau nama saintifiknya,
‘aerodramus fuciphagus’ untuk mendapatkan sarangnya semakin popular di negara
ini malah Perlis juga tidak ketinggalan terlibat dalam industri berkenaan.
Potensi besar industri itu ke pasaran antarabangsa menyebabkan Agrobank
bersetuju mengeluarkan pembiayaan berjumlah RM67.7 juta kepada mereka yang
berminat menceburi industri sarang burung walet.
Sarang burung walet mampu memberi pendapatan lumayan dengan permintaan
yang tinggi di luar negara.
Menurut beliau, pada masa ini Pembiayaan itu disediakan melalui peruntukan yang
diberikan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bertujuan
menggalakkan pelaburan di dalam industri berkenaan berikutan permintaan tinggi
terutamanya di China.
Secara umumnya, sarang burung walet ini diperbuat daripada air liur haiwan
berkenaan dan mempunyai kualiti tertentu dengan nilai harga yang berbeza
berdasarkan jenis dan warna.
Lazimnya, sarang burung berwarna hitam dijual pada harga RM1,500 sekilogram,
yang berwarna putih RM3,000 sekilogram manakala kuning RM25,000 sekilogram
dan merah RM45,000 sekilogram.
Dianggarkan sehingga kini terdapat lebih 10,000 premis membela burung walet di
seluruh negara dengan nilai eksportnya lebih RM500 juta malah menjelang 2015
industri tersebut dijangka menyumbang sebanyak RM5 bilion kepada pendapatan
negara.
Sarang burung walet disahkan Kementerian Kesihatan sebagai bersih dan boleh
dimakan serta burung itu tidak membawa vektor penyakit.
Bagi menggalakkan industri berkenaan berkembang di Perlis, kerajaan negeri melalui
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) akan mewujudkan model rumah penternakan
burung walet yang hanya bermodalkan RM50,000.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Koperasi
negeri,Sabry Ahmad berkata, langkah tersebut bertujuan melahirkan usahawan-
usahawan kecil dari kalangan para petani melalui tunjuk ajar JPV.
“Pada masa ini JPV telah membina rumah berkenaan di Batu 20, Kaki Bukit di
Padang Besar untuk dijadikan model kepada para usahawan kecil yang berminat
dalam industri ini,” katanya.
Sabry berkata, JPV Perlis mempunyai keupayaan teknikal untuk memberi khidmat
nasihat secara percuma terutama peralatan ujian panggilan burung walit.
“JPV Perlis juga telah berunding dengan JPV Sarawak untuk mendapat khidmat
nasihat yang lebih luas mengenai penternakan burung berkenaan termasuk kos
pembinaan rumah burung tersebut,” katanya.
Usaha yang dilakukan oleh JPV itu menurut beliau adalah untuk membuktikan
bahawa projek penternakan itu tidak memerlukan kos yang tinggi dan boleh diceburi
oleh masyarakat tempatan yang berpendapatan rendah.
“Daripada tinjauan kita mendapati kebanyakan pengusaha penternakan burung
walet terpaksa mengeluarkan kos pembinaan rumah burung yang mencecah
RM200,000 tetapi ia masih tidak berjaya menarik perhatian burung-burung ini untuk
mendiami rumah tersebut,” katanya.
 
Sarang burung walet mampu memberi pendapatan lumayan dengan permintaan
yang tinggi di luar negara.
 
Menurut beliau, pada masa ini Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui
Agrobank telah menyediakan peruntukan kepada mereka yang berminat untuk
menceburi industri sarang burung walet.
Melalui usaha JPV itu, Sabry berkata, ia akan mewujudkan struktur bangunan
pemeliharaan burung walet yang standard di samping menjamin pemuliharaan alam
sekitar.
Beliau berkata, JPV juga akan mengetuai pemantauan terhadap pemeliharaan
burung berkenaan di negeri ini sejajar garis panduan yang telah dikeluarkan oleh
Kerajaan Pusat.
Dalam pada itu, pengusaha burung walet, Abdul Hamid Ahmad berkata,
penternakan burung walet memerlukan kesabaran untuk mendapatkan keuntungan
selain kos yang tinggi dalam pembinaan bangunan.
Dia yang mengusahakan penternakan itu di rumahnya di Padang Besar Selatan
berkata, pada awalnya pelbagai masalah ditempuhi terutama ketiadaan burung
walet yang singgah dalam bangunan yang dibinanya.
“Pada awalnya saya rasa bangunan yang dibina sudah lengkap namun ia gagal
menarik minat burung walet walaupun telah dipasang pembesar suara, rupa-
rupanya burung ini memerlukan tempat yang lembap,” katanya.
Kesungguhan Abdul Hamid dalam industri tersebut membuatkan dia tidak berkira
untuk melaburkan modal yang besar dan sanggup memasang pendingin udara
dalam bangunan itu.
Menurutnya, dia mempelajari teknik-teknik menternak burung walet daripada
seorang rakan berbangsa Cina dan telah mengubah suai rumah tetamu setingkat di
sebelah rumah kediamannya menjadi bangunan tiga tingkat.
“Ada orang bertanya kenapa saya sanggup ‘merosakkan’ rumah yang telah sedia
cantik semata-mata untuk menternak burung walet tetapi bagi saya kalau sudah
minat semua itu tidak menjadi masalah,” ujarnya.
Menurut Abdul Hamid, pada awal tuaian sarang burung tersebut, ia tidak dijual
sebaliknya diberi kepada rakan-rakan, hanya selepas beberapa kali tuaian sarang itu
barulah dia menjualnya kepada pembekal dari sekitar Pulau Pinang, Kedah dan
Kuala Lumpur.
Seorang lagi pengusaha, Khor See Hock, dari Kampung Jejawi Endol, Simpang
Empat, sudah mengusahakan penternakan burung walet sejak lima tahun lalu.
Dia telah menghabiskan kira-kira RM200,000 untuk mendirikan bangunan sarang
burung walet di samping pembelian peralatan lain seperti pembesar suara.
Katanya, dia menjual sarang burung walet dengan harga RM4,000 sekilogram tidak
termasuk upah membersihkan sarang burung mencecah RM1,000 sekilogram.
Sementara itu, dalam menggalakkan industri itu, Majlis Perbandaran Kangar (MPK)
turut mengenakan nilai yuran yang rendah iaitu RM200 setahun dengan borang
permohonan percuma.
Yang Dipertua MPK, Rosley Mat berkata, mengikut bancian, hampir 250 pusat
ternakan burung walet haram terdapat di Perlis.
Menurutnya, jika tidak dikawal, seluruh negeri Perlis akan dipenuhi dengan pusat
ternakan burung tersebut yang akan turut mengganggu penduduk setempat.
”Sebagai jalan penyelesaian kepada para pengusaha industri tersebut yang semakin
banyak tumbuh tanpa kawalan dan pemantauan, kita telah menyediakan satu lesen
khas bagi membolehkan mereka menjalankan industri tersebut,” katanya.
Sarang Burung Walit Asli

     Sarang Burung Walit Asli Dan Segar Dari Ladang.

   

    Harga Seunit : RM 50.00


    Harga Sebekas ( 3 unit ) : RM 100.00 

  

    Khasiat Sarang Burung Walit

   Kajian perubatan Cina di Beijing mendapati sarang burung walit menjadikannya agen
pemutihan kulit dan juga baik untuk kesihatan mata. Bagi penghidap asma, ia juga menjadi
agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru. Hasil daripada
eksperimen dan penelitian menunjukkan bahawa sarang burung bermanfaat sebagai:

# Zat kolagen yang terkandung dalam setiap sarang burung walet dapat melancarkan
pembuluh darah, meningkatkan nafsu makan serta memperbaiki saluran pencernaan.

#  Sarang burung walet dapat mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk. Ini juga
adalah nutrisi yang bagus untuk paru-paru dan menguatkan saluran pernafasan.

#  Pengambilan sarang burung walet ketika kehamilan dapat mengurangi rasa sakit pada
punggung, memperkuat paru-paru bayi yang dikandung. Juga dapat mempercepat proses
penyembuhan setelah melahirkan.

#  Untuk wanita, pemakanan secara teratur dapat meningkatkan daya metabolisme,


memperbaiki kulit serta melambatkan proses penuaan.

# Untuk orang tua, pemakanan secara teratur dapat menguatkan urat dan tulang serta
meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.

# Untuk kanak-kanak, sarang burung berkenaan dapat membesarkan daya serap nutrisi
yang ada pada setiap makanan dan memperkuatkan paru-paru.

# Dipilih sebagai makanan yang amat baik kepada para perokok selain dapat
mengurangkan kesan yang ditimbulkan daripada nikotin dan mencegah serangan barah.

   Cara Memasak : Masak dengan ukuran air 500ml dalam bekas hingga mendidih.
Kemudian masukan sarang burung whole piece dan kecilkan api dapur. Biarkan sarang
burung masak hingga menaikan buih dan kembang. Simpan sarang burung yang telah
dimasak tadi kedalam flask mengikut sukatan anda dan ditambah air panas. Kocak sebelum
meminumnya. Bakinya disimpan didalam peti sejuk. 

      Boleh juga direneh buat sup.

     Cara peyimpanan. : Simpan ditempat yang tidak terkena cahaya matahari.

Keropok Lekor (NEW ITEMS)

a) Keropok Lekor A

      

     Boleh didapati dalam bentuk asal atau sudah dipotong. 

     Harga Sebatang : RM 3.20

     Harga Sebundle (50 BTG) : RM 95.00

b) Keropok Lekor B
   

     Boleh didapati dalam bentuk asal atau sudah dipotong. 

     Harga Sebatang : RM 2.20

     Harga Sebundle (50 BTG) : RM 46.00

c) Keropok Lekor C

   

     Boleh didapati dalam bentuk asal atau sudah dipotong. 

     Harga Sebatang : RM 2.20

     Harga Sebundle (50 BTG) : RM 48.00

 
 --> Setiap barangan diatas, kos penghantaran luar pada Terengganu ialah RM
9.00 sekilogram dan RM 19.00 sekilogram bagi Sabah/Sarawak <--

** Order melebihi 100 Bundle, penghantaran PERCUMA ke Semenanjung Malaysia


sahaja **

Produk Industri Kecil Sederhana (IKS)

a) Keropok Ikan Tamban - GRED A

   

     Keropok ikan ini yang dibuat secara traditional, ikan yang terpilih untuk memastikan
kualiti produk ini. Ia sangat rangup dan dijamin tidak gatal.

     1 kg : RM 25.00         

     500 g : RM 15.00       

     400 g : RM 12.00       

     200 g : RM 5.00         

b) Keropok Ikan Tamban Panjang


   

     1 kg : RM 15.00          

c) Keropok Ikan Tamban Sederhana

   

     1 kg : RM 15.00          

d) Keropok Ikan Tamban Lidi


   

     1 kg : RM 15.00          

e) Keropok Ikan Mini

   

     Keropok mini ini dibuat khas untuk mempelbagaikan lagi bentuk keropok yang telah ada
sekarang. 

     (A) Keropok Mini Ikan Parang 

            Harga( 500 gram ):- RM 15.00 


        

     (B) Keropok Mini Ikan Tamban 

            Harga( 500 gram ):- RM 15.00 

     (C) Keropok Mini Ikan Tamban Gred A

             Harga( 500 gram ):- RM 18.00 

  

f) Keropok Ikan Parang Lebar  

  

    1 kg : RM 25.00         

g) Keropok Ikan Parang Panjang


   

     1 kg : RM 25.00         

h) Keropok Sotong

   

     1 kg : RM 25.00         

i) Keropok Brinjal
  

    500 gram : RM 20.00         

j) Keropok Sira Cap Piala @ Juara

  

     Keropok ikan yang telah dipanggang dan disaluti dengan perisa pedas dan manis. Boleh
dimakan pada bila-bila masa sahaja.

    1 Bundle ( 40 pkt ) : RM 40.00

    5 Bundle ( 40 pkt ) : RM 39.00 per Bundle


 

k) Keropok Sira Ubi Kentang Cap Juara

   

     1 Bundle ( 40 pkt ) : RM 40.00

     5 Bundle ( 40 pkt ) : RM 39.00 per Bundle

l) Keropok Sira Cap Menara

  

    1 Bundle ( 40 pkt ) : RM 40.00

    5 Bundle ( 40 pkt ) : RM 39.00 per Bundle


 

m) Serunding Ummi

   

     Pelbagai pilihan serunding yang dibuat khas demi menjaga kualiti produk. Serunding ini
akan dibuat jika mempunyai tempahan. Ini kerana, pihak kami ingin memastikan serunding
ini dalam keadaan segar semasa sampai ke tangan pelanggan kami. 

     ** Serunding Daging Tempatan **

     1 kg : RM 60.00          

     500 g : RM 45.00        

     100 g : RM 9.00          

     ** Serunding Ayam **

     1 kg : RM 60.00         

     500 g : RM 45.00      

     100 g : RM 9.00         

     ** Serunding Daging Import **


     1 kg : RM 55.00         

     500 g : RM 40.00       

     100 g : RM 8.00          

     ** Serunding Ikan **

      1 kg : RM 50.00         

      500 g : RM 40.00       

      100 g : RM 7.00          

n) Jellyfish Satay

   

     1 Kotak (100 pkt) : RM 90.00   

o) Sotong Kering
   

     1 pkt : RM 33.00        

--> Setiap barangan diatas, kos penghantaran luar pada Terengganu ialah RM
9.00 sekilogram dan RM 19.00 sekilogram bagi Sabah/Sarawak. <--    

Anda mungkin juga menyukai