Anda di halaman 1dari 10

Kertas Kerja Ringkas

Ternakan Landak
Bagi Tujuan Permohonan
Permit Khas

Oleh:
Khalidzulhuddin bin Zainal
790906-04-5221

1
Isi Kandungan

I. Pengenalan...........................................................................................................................3

II. Rumusan Eksekutif..............................................................................................................4

III. Maklumat Am Pemohon......................................................................................................6

IV. Maklumat Am Projek...........................................................................................................7

V. Penutup................................................................................................................................9

VI. Lampiran............................................................................................................................10

1. Pengenalan

2
Landak atau dalam bahasa saintifiknya Hyistrix Brachyura,dikenali juga sebagai porcupine, terdiri
daripada gabungan dua perkataan Latin yang bererti ‘babi berduri’ (tapi bukan spesis babi/khinzir). Landak
telah mula dikomersial secara bersama oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
(Perhilitan) dan orang awam sejak 2005 lagi.Landak raya liar mampu hidup 12 hingga 15 tahun, sementara
landak yang dipelihara pula pernah direkodkan hidup sehingga 20 tahun.
Tempoh bunting landak raya betina adalah 16 minggu atau hampir 100 hari. Landak raya mampu
membiak sehingga dua kali setahun. Haiwan bertulang belakang (vertebrata) ini melahirkan dan
menyusukan anak mereka.
Seekor landak matang disembelih ketika usia lapan hingga 12 bulan dan boleh menghasilkan kira-kira
lapan kilogram (kg) daging. Panjang landak biasanya antara 63 hingga 80 sentimeter dengan berat antara
lima kilogram (kg) hingga 20 kg.
Daging landak sangat lembut, tidak mengandungi lemak (sesuai untuk mereka yang berhajat
kurangkan kolesterol) dan tidak berserat (sesuai pula untuk mereka yang kerap sembelit dan berpotensi
menderitai buasir) serta khasiatnya dikatakan mampu menyembuhkan penyakit kronik menyebabkan
landak menjadi antara makanan pilihan kerana menyediakan pakej yang lengkap sebagaimana yang telah
diperincikan diatas.Malah, keenakan daging landak sering menjadi bualan kelompok penggemar daging
buruan sehingga ia dikatakan lebih lazat daripada daging kijang. Mungkin kerana isinya yang lembut walau
hanya di salai apatah lagi di masak lemak atau dibuat sup. Amalan memakan secubit hati landak setiap hari
juga dikatakan mampu menyembuhkan penyakit kronik seperti kanser, lelah dan leukimia.Daging landak
juga mempunyai gen yang boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.Justeru itu tidak
hairanlah daging landak mendapat permintaan yang amat tinggi dari dalam mahupun luar negara.

3
2. Rumusan Eksekutif

Kertas-kerja ini bertujuan menjadi rujukan dan bimbingan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan
Taman Negara (Perhilitan) bagi permohonan Permit Khas untuk Ternakan Landak.

Spesis dan Jumlah Induk yang diperlukan:

Spesis Landak Raya (Hyistrix Brachyura)


Jumlah Induk yang dipohon 2 induk jantan dan 10 induk betina

Objektif-objektif
1. Menternak landak dari induk yang diperolehi dan membiakkannya.
2. Membantu pihak Perhilitan mengembangbiakkan spesis ini yang dikategorikan
sebagai spesis yang dilindungi.
3. Menjadikan Ternakan Landak ini sebagai satu perniagaan yang menjadi punca
pendapatan.
4. Mempromosi dan memberi penerangan kepada masyarakat mengenai daging landak
yang mempunyai khasiat yang amat tinggi.
5. Memohon bantuan dari pihak Perhilitan dalam segala aspek untuk menjayakan
Ternakan Landak ini.

Misi dan Matlamat

Menjadikan Ternakan Landak ini sebagai langkah awal perniagaan berasaskan ternakan,
secara tidak langsung membantu melindungi spesis ini dari ancaman akibat aktiviti
pemburuan haram.
Membuktikan kepada masyarakat bahawa Ternakan Landak ini menjana pendapatan
lumayan dan menjadikan projek ini sebagai pembekal daging landak di negeri Melaka
pada masa akan datang.

4
Kunci-kunci Kejayaan
1. Pemasaran: Pasaran daging landak adalah luarbiasa hebat dengan permintaan yang
amat tinggi dari dalam dan luar negara. Harga bagi daging landak adalah RM90/kg.
2. Profesionalisma: Termasuk perkhidmatan veterinar, ubatan dan vaksin, kajian
tingkah laku landak.
3. Penjagaan: Kandang akan sentiasa dalam keadaan bersih dengan penggunaan EM
(Effective Microorgnism) untuk mengawal bau dan bakteria. Landak akan sentiasa
dipantau seperti perubahan berat dan tingkah laku untuk mengesan apa-apa
penyakit atau sebarang masalah.
4. Promosi dan Ilmu: Hebahan dan informasi berkanaan khasiat daging landak
sentiasa disampaikan dari masa ke semasa. Daging landak sudah terkenal di
kalangan masyarakat dan sentiasa dicari.

5
3. Maklumat Am Pemohon

1. Nama : Mohmed Taufek bin Kassim

2. Alamat & No. Tel : 108, Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh,
Nyalas, 77100 Asahan,
Melaka.
016-8788521

3. No. Kad Pengenalan : 790406-04-5161

4. Pekerjaan : Kerja kampung

5. Pengalaman : Ternakan lembu, kambing


dan tanaman sawit.

6
4. Maklumat Am Projek

a) Lokasi Projek

Pada peringkat permulaan, Ternakan Landak ini akan beroperasi di belakang kediaman bapa
pemohon di alamat:

108, Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh,


Nyalas, Asahan, 77100,
Melaka.

Ciri-ciri:
1. Kawasan yang redup (dinaungi pohon) dan sejuk.
2. Agak terpencil dari pandangan orang ramai.
3. Ada tebing tanah yang akan digunakan oleh landak untuk menebuk lubang sarang dan di balik
tebing akan di tanam zink sedalam 3 kaki sementara menunggu modal lain untuk menanam simen.
4. Mudah untuk dijaga (mudah untuk mendapatkan sumber air)

Landak-landak ini akan diberikan persekitaran habitat semulajadi mereka dengan membiarkan
mereka menebuk tebing tanah untuk membuat sarang. Bagaimanapun, zink dan simen akan di tanam
sebagai sempadan untuk mengelakkan mereka menebuk lubang keluar dari kawasan projek.
Sangkar-sangkar akan tetap dibina untuk mengasingkan landak-landak ini mengikut keperluan
(mengawan, perekodan, pengkelasan).

b) Cara Perolehan Induk

Memandangkan pihak Perhilitan tidak dapat menyediakan baka induk, saya memlilih untuk
mendapatkan sendiri baka induk melalui khidmat Orang Asli atau menangkap sendiri menggunakan
sangkar.
Pada peringkat permulaan ini, saya memohon permit khas untuk mendapatkan 10 induk betina dan
2 induk jantan.
Induk-induk juga boleh di dapati dengan cara pembelian daripada penternak-penternak landak yang
berlesen di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan seperti syarikat Bahtera Ternak.

c) Pemakanan dan Penjagaan

Buah-buahan dan sayuran mudah untuk diperolehi di kawasan projek. Tambahan pula kawasan
Felda ini kaya dengan buah sawit yang terbuang.

7
Lokasi projek yang berdekatan dengan punca air dan elektrik akan memudahkan kerja-kerja
penjagaan dan pemantauan.

Saya juga amat mengharapkan apa sahaja bantuan dan khidmat nasihat dari pihak Perhilitan bagi
memastikan projek ini berjaya seperti ubat-ubatan, vaksin dan bantuan teknikal.

d) Kesihatan Umum

Pastikan semua landak yang hendak dipelihara di tag / tanda, ditmbang beratnya dan direkod pada
hari pertama dibawa masuk. Pemeriksaan ke atas setiap landak akan dilakukan setiap hari, jika ada
yang sakit akan diasingkan dan diubati serta merta. Kadar kematian tidak boleh melebihi 0.5%.
Selepas 3 minggu dipelihara setiap ekor landak hendaklah ditimbang dan direkodkan. Jika ada
landak yang tidak menunjukkan peningkatan berat badan dalam tempoh tersebut, ia perlulah dijual
secepat mungkin. Khidmat pegawai veterinar Perhilitan akan dipohon dari masa ke semasa untuk
menentukan keperluan ubat-ubatan dan membuat suntikan.

e) Pemasaran dan promosi

Pasaran daging landak amat luarbiasa. Permintaan dari dalam dan luar negara amat tidak mencukupi.
Masyarakat umum sudah mengetahui akan kelazatan daging landak yang menjadikannya sentiasa
diburu. Permintaan dari kedai-kedai makan sahaja sudah tidak mampu ditampung, apatah lagi pada
musim perayaan.

5. Penutup

8
Pengalaman dalam bidang ternakan lembu dan kambing telah memberi semangat dan minat yang
mendalam kepada ternakan landak. Amat jarang kita mendengar orang menternak landak. Memang
ramai anak muda sudah mula berminat dalam bidang ternakan terutamanya lembu dan kambing.
Carian di internet hanya menemukan beberapa orang penternak landak sahaja termasuk sebuah
syarikat yang agak berjaya iaitu Bahtera Ternak. Landak adalah sepsis yang lasak, tahan penyakit,
mudah membiak dengan tempoh bunting hanya 4 bulan, daging yang berkhasiat dan mendapat
permintaan yang amat tinggi. Berdasarkan faktor-faktor ini saya amat yakin penternakan landak ini
pasti berjaya.
Namun begitu, kejayaan ini mestilah bermula dengan langkah pertama iaitu pemberian Permit Khas
dari pihak Perhilitan. Permit Khas ini amat penting bagi saya memulakan ternakan landak ini.
Tanpanya saya tidak akan dapat bergerak walaupun satu langkah. Oleh itu saya amat berharap pihak
Perhilitan dapat meluluskan permohonan Permit Khas untuk spesis landak ini.

9
6. Lampiran

i. Salinan Kad Pengenalan


ii. Gambar Cadangan Lokasi Ternakan
iii. Surat Kebenaran Guna Tanah Sebagai Lokasi Projek
iv. Salinan Geran Tanah
v. Surat Sokongan Felda

10

Anda mungkin juga menyukai