Anda di halaman 1dari 5

JUL401 / 2

JUL401TG1

BAHASA MALAYSIA IV

BAHASA MALAYSIA IV

Academic Session 2019/2020

TUGASAN TG1

 Name

 Matric No.

 IC No.

 Regional Centre

 Phone No.

NOTE :

1. Please use this form as the FRONT COVER of your assignment.


    AS : Please use blue colour cover
    LR : Please use yellow colour cover

2. Complete all details.

3. Without the barcode, your assignment cannot be recorded by the computer system.

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat, berkat serta izin-

Nya dapat saya menyiapkan tugasan bagi subjek JUL 401/2 – Bahasa Malaysia IV ini

dengan jayanya.
1
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih khasnya kepada Pengurus

Kursus Tuan Muhammad Asra bin Rosnan yang telah memberikan tugasan ini dan juga

nota-nota untuk memudahkan tugasan ini disiapkan. Moga segala ilmu yang dicurahkan

dan jasa baiknya akan diganjari dengan kurniaan daripada Allah SWT.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa dan keluarga saya yang

tercinta kerana sentiasa memberikan dorongan kepada saya untuk menyiapkan

tugasan ini dengan sempurna dan jayanya. Selain itu, tidak dilupakan kepada rakan-

rakan seperjuangan saya kerana telah banyak memberikan bantuan dan kerjasama

bagi merealisasikan usaha menyiapkan tugasan ini.

Akhir kata, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak yang telah

terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung. Segala bantuan yang telah

mereka hulurkan amatlah saya hargai. Tanpa sokongan dan bantuan mereka semua

mungkin tugasan ini tidak dapat disiapkan dengan sempurna.

Sekian, terima kasih.

Tugasan Tambahan 1 (Karangan)


Sidang Akademik 2019/2020

JUL 401 – Bahasa Malaysia IV

2
Tajuk soalan: Buli siber dan jenayah dalam talian semakin berleluasa. Bincangkan
faktor-faktor berlakunya gejala ini dan cadangkan cara-cara yang dapat dilakukan untuk
mengatasi masalah tersebut.

Pada masa kini, buli siber dan jenayah dalam talian semakin berleluasa serta

menjadi ancaman siber yang memerlukan perhatian semua pihak khususnya dalam

kalangan pengguna media sosial. Buli siber adalah merupakan antara bentuk gangguan

yang paling kerap berlaku terutama dalam kalangan remaja masa kini yang lahir dan

hidup dalam dunia serba digital dan berteknologi. Generasi ini boleh dikatakan celik

teknologi maklumat dan telah biasa menggunakan alatan teknologi. Jenayah atas talian

pula adalah jenayah komputer yang terdiri daripada kerosakan, pengubahsuaian

program, pencurian maklumat, unsur penipuan, penggodaman dan lain-lain lagi.

Namun begitu, dalam penggunaan alatan teknologi mereka tidak terhindar

daripada kesan negatif iaitu buli siber dan jenayah atas talian. Terdapat banyak faktor

yang mendedahkan mereka kepada gangguan ini. Antaranya ialah peranti mudah alih

seperti telefon pintar, komputer riba dan tablet yang digunakan dengan kerap tanpa

sekatan. Dalam dunia siber ini, pengguna terutamanya golongan remaja menjalinkan

hubungan sosial menerusi laman web seperti Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain

lagi. Melalui laman-laman web sebeginilah yang menjadi tumpuan penjenayah untuk

mencari mangsa mereka.

Selain itu, tahap hubungan dikalangan anak-anak dengan ibu bapa yang sangat

lemah juga menjadi salah satu faktor. Hal ini kerana sikap ibu bapa mempengaruhi

sikap anak-anak terhadap masalah buli siber. Kebanyakan ibu bapa tidak mempunyai

masa bersama keluarga kerana masing-masing sibuk berkerja. Oleh sebab itu, kegiatan

3
anak-anak seharian tidak dipantau dan mereka bebas melakukan apa sahaja yang

dirasakan betul. Mereka yang menjadi mangsa buli siber biasanya mengelak untuk

memberitahu keluarga kerana bimbang mereka akan disekat daripada menggunakan

internet.

Bukan itu sahaja, terdapat juga sikap manusia yang negatif yang mana sekadar

suka-suka untuk melakukan jenayah atas talian ini. Adakalanya mereka menyerang

sistem hanyalah untuk mencuba ilmu yang baru mereka pelajari. Kebanyakan mereka

ini adalah dari golongan remaja yang masih belum matang untuk berfikir tentang kesan

daripada jenayah yang mereka lakukan.

Sikap ketamakan manusia juga menjadi faktor kepada jenayah atas talian ini.

Sikap manusia adalah sesuatu yang sukar dikawal. Ada dikalangan mereka yang

mempunyai keinginan untuk cepat kaya dalam masa yang singkat sehingga sanggup

melakukan jenayah siber. Alternatif ini digunakan oleh mereka kerana tidak perlu

melibatkan tenaga fizikal seperti jenayah-jenayah lain. Semakin tinggi teknologi IT

berkembang, semakin tinggi juga teknologi bagaimana jenayah dilakukan.

Bagi mengatasi masalah tersebut, terdapat beberapa langkah yang boleh kita

lakukan. Antaranya ialah seperti mengawasi penggunaan internet anak-anak dengan

menetapkan had akses internet. Bukan itu saja, mereka juga perlu dididik tentang

tingkah laku dan etika internet yang baik. Ibu bapa juga seharusnya melengkapkan diri

dengan pengetahuan keselamatan siber dan buli siber dan memastikan anak-anak juga

turut memahaminya.

Selain itu, ibu bapa juga perlu memberikan masa santai bersama anak-anak dan

sentiasa mengambil berat tentang mereka. Cuba rapatkan diri dan bimbing mereka

4
kepada tingkah laku yang betul. Komunikasi yang baik diantara ibu bapa dan anak-anak

sebenarnya merupakan kunci kewujudan hubungan yang erat. Justeru, ibu bapa

perlulah mendengar dan mengambil tahu tentang kegiatan anak-anak di alam maya.

Apabila wujud rasa percaya, secara tidak langsung anak-anak akan mudah bercerita

sekiranya berlakunya gangguan buli siber kepada mereka.

Langkah seterusnya ialah pihak berkuasa perlu mengkaji dan memperkenalkan

undang-undang yang mampu menghalang kegiatan jenayah atas talian ini. Pihak

kerajaan juga perlu sedar dan menjadi organisasi utama yang membina laman atau

aplikasi teknologi yang selamat untuk digunakan dan bebas daripada risiko jenayah.

Selain itu, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) pula perlu

diperkasakan lagi agar keselamatan siber dapat dijamin.

Kesimpulannya, buli siber dan jenayah atas talian ini dapat dibendung dalam

kalangan pengguna media sosial tidak kira dari golongan anak-anak, masyarakat

setempat dan sebagainya. Terdapat pelbagai langkah yang boleh kita lakukan bagi

menangani masalah ini. Tindakan terbaik ialah setiap individu seharusnya memainkan

peranan masing-masing dalam lingkungan kuasa dan kemampuan yang ada.

Anda mungkin juga menyukai