Anda di halaman 1dari 25

BAB 1

PENGENALAN

Perniagaan secara digital merupakan satu fenomena hari ini sejajar dengan tren terkini
membeli belah menggunakan teknik online. Menurut kajian yang dijalankan pada
tahun 2013 berkaitan dengan pengguna yang membeli belah menggunakan kaedah
online sebanyak 50 peratus menggunakan kaedah Gropoun dan 39 peratus
menggunakan Facebook dan baki masih menggunakan kaedah kunjung datang ke
pasaraya. Ini menunjukkan bahawa kegiatan perniagaan secara digital merupakan satu
langkah yang sangat positif bagi usahawan abad ke 21 bagi memastikan perniagaan
mereka berada ditahap yang maksimun.
Definasi perniagaan secara digital dapat dilihat sebagai perniagaan yang
dijalankan secara online based dimana penggunaan pelbagai medium, media sosial
sebagai ruang niaga dan sekaligus dijadikan ia sebagai bahan atau alat pemasaran. Ini
mengambarkan bahawa perniagaan yang dijalankan dapat menjimatkan kos operasi
dan dapat meluaskan aktiviti promosi dengan kos yang rendah.

1.1 E-Bisnes

Perkembangan globalisasi yang berlaku pada hari ini sejajar dengan


perkembangan teknologi multimedia dalam pelbagai bidang terutamanya dalam
bidang perniagaan. Perkembangan tersebut dapat merangsang perubahan atau teknik
perniagaan yang dijalankan secara tradisional ke arah perniagaan era teknologi iaitu
menggunakan internet sebagai medium komunikasi dan transaksi.
Perkembangan yang dilakukan adalah untuk memastikan perjalanan sebuah
perniagaan menjadi lebih mantap dan selari dengan keperluan semasa dan ia
merupakan penambahbaikan kepada sistem perniagaan yang sedia ada. Penggunaan
2

internet dalam sesuatu perniagaan dikatakan berlaku dengan lebih baik. Istilah seperti
perubahan, inovasi, transformasi dan reformasi membawa maksud yang sama dalam
menerangkan perubahan-perubahan yang berlaku dalam perniagaan hari ini.
Kehadiran teknologi tersebut membuka satu era baru dalam aktiviti perniagan
negara hari ini. Satu istilah E-Bisnes diperkenalkan dan ia merupakan satu gabungan
teknologi multimedia yang berjaya menghimpunkan perbagai jenis media dalam satu
software digital menjadi satu alternatif yang baik sebagai alat bantu untuk
menjalankan suatu perniagaan.
E-Bisnes merupakan satu aktiviti perniagaan yang dilakukan secara optimis
dengan menggunakan sistem informasi komputer dan sekarang ia menggunakan
teknologi internet. Istilah ini terlah diperkenalkan oleh Lou Gerstner, beliau
merupakan CEO perusahaan IBM. E-bisnes mempunyai karakteristik yang sama
dengan perniagaan secara konvensional, namun begitu melalui E-bisnes sesuatu
perniagaan itu dapat dijalankan dengan lebih efisen dan fleksibel.
E-bisnes juga dikenali sebagai perniagaan atas talian yang merupakan satu
fenomena dalam kalangan usahawan hari ini. Dengan pelbagai aplikasi yang dapat
diakses melalui internet, dapat menjadikan sesebuah perniagaan itu berkembang
secara lebih global.
Menurut Mostafa, Wheeler dan Jones (2006) mendapati bahawa usahawan
yang mempunyai orentasi internet yang tinggi dapat menunjukkan peningkatan dalam
memperluaskan perniagaan mereka. Jesteru perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi sebagai pemangkin kepada luasnya sesuatu perniagaan terutamanya
perniagaan atas talian.

1.2 Idea Perniagaan

Kami ditugaskan untuk melaksanakan satu perniagaan untuk dijadikan


sebahagian daripada tugasan dalam subjek Digital Entrepreneurship. Kami
mengambil masa beberapa hari untuk berbincang untuk memilih produk, memilih
nama perniagaan dan beberapa pekara yang dirasakan perlu mengikut skop yang
diberikan.
3

Kami bersetuju untuk menjual produk baru dan terpakai lantaran modal awal
kami sangat sedikit dan kami hanya mempunyai beberapa barang peribadi yang boleh
dijadikan sebagai produk sebelum rancangan seterusnya dilaksanakan.

Beberapa pilihan nama untuk perniagaan ini disenaraikan iaitu Ezshoenshirt,


EYZ Bundle dan ZEshoe. Setelah berbincang kami bersetuju untuk memilih EYZ
Bundle sebagai nama syarikat kerana EYZ itu merujuk kepada nama kami berdua dan
Bundle dipilih kerana perniagaan kami lebih berfokus kepada barangan baru dan
terpakai dan produk yang boleh kami pasarkan adalah lebih meluas berbanding kami
memilih nama yang hanya ada perkataan shoe atau tshirt dan ia akan menjadikan
lebih sempit ruang fokus produk yang boleh dijual.

Kami mula membina empayar perniagaan kami dengan membuat satu laman
sesawang FACEBOOK untuk dijadikan medan utama mulanya perniagaan kami.

Rajah 1. LAMAN FACEBOOK EYZ BUNDLE

Berdasarkan kepada analisis dan kajian pasaran yang dibuat, perniagaan yang
ingin kami jalankan dapat dilihat mempunyai potensi yang cukup besar untuk
dikembangkan khususnya berfokus kepada produk-produk yang mudah didapati
4

dipasaran hari ini. Perniagaan ini dirasakan sangat berpotensi kerana ia mengunakan
perkhidmatan alam maya sebagai alat perhubungan antara pelanggan.
Skop Perniagaan yang kami fokuskan ialah menjalankan aktiviti perniagaan
seperti mempromosi, memasarkan serta menjual produk seperti kasut terpakai, baju
baru dan terpakai serta pelbagai barang keperluan yang difikirkan sesuai dipasarkan
untuk dijadikan keuntungan sebagai barangan jualan utama di premis perniagaan ini.
Selain itu,kami juga menyediakan tempahan untuk cetakan pada baju untuk
pelbagai jenis majlis keramaian atau pun hari sukan. Produk dan perkhidmatan yang
kami tawarkan adalah seperti berikut :
a) Kasut terpakai
b) Baju/ Tshirt Baru atau terpakai
c) Barang Keperluan Diri
d) Menerima tempahan design baju untuk pelbagai aktiviti atau majlis
keramaian.
e) Menyediakan perkhidmatan pesanan dan penghantaran produk
kepada pelanggan.

1.3 Visi

Istilah visi berasal dari kata vision yang berasal dari bahasa Inggris yang yang
membawa maksud penglihatan. Boleh juga diertikan sebagai satu pandangan tentang
tujuan jangka panjang perniagaan yang akan dicapai oleh sesebuah syarikat. Visi
biasanya mempunyai perkataan yang pendek dan jelas, namun dapat merangkumi
semua tujuan dan cita cita syarikat. Visi Eyz Bundle ialah Produk Kami Tidak akan
Megecewakan Anda.

1.4 Misi
5

Misi adalah kegiatan atau aktiviti yang menjadi motto syarikat kami pada supaya
dapat merialisasikan impian syarikat. Kesimpulannya misi adalah kegiatan atau
aktiviti yang dilakukan untuk mendukung syarikat sehingga mencapai tujuannnya.
Misi Eyz Bubdle ialah menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, pantas, dan
fleksibel bagi mencapai tahap kepuasan pengguna seratus peratus.

BAB 2
6

LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

Latar belakang perniagaan merupakan perincian tentang sebuah syarikat perniagaan.


Ia merangkumi nama perniagaan, jenis perniagaan yang dijalankan, dimana lokasi
perniagaan dibuat, dan juga produk yang dihasilkan untuk dijual kepada pelanggan.

2.1 Maklumat Perniagaan

Syarikat Eyz Bundle merupakan satu syarikat menjual barangan baru dan terpakai.
Eyz Bundle ditubuhkan pada 25 Ogos 2016, syarikat ini secara perlahan-lahan cuba
memperluaskan pasaran dan meningkatkan kuantiti dan kualiti barangan jualan.
Perkembangan perniagaan hari ini, memberi kesedaran untuk kami menggunakan
semaksima mungkin kemudahan mengunakan internet sebagai medium utama
perjalanan perniagaan kami. Kami menghasilkan satu laman Facebook dan satu akaun
Instagram sebagai platform perniagaan kami.

Rajah 2 AKAUN INSTAGRAM EYZ BUNDLE


7

2.1.1 Butiran Perniagaan

Butiran perniagaan yang juga dikenali sebagai profail perniagaan berfungsi


sebagai perincian penuh tentang keseluruhan sesebuah perniagaan. Berikut adalah
profail perniagaan kami :

1. Nama Syarikat : Eyz Bundle


2. Alamat Syarikat : 24, Jalan PI 7/7 Taman Pulai Indah, 81300 JB
3. Alamat Operasi : Kolej Komuniti Bandar Tenggara, Kulai, Johor
4. Alamat E-mel : eyz92198@gmail.com
5. No. Tel / Fax : 018-7787559
6. No. Daftar Perniagaan : Januari 2017[cadangan]
7. Tarikh Daftar Niaga : Januari 2017 [cadangan]
8. Aktiviti Perniagaan : Menjual Barangan Baru dan Terpakai
9. Pemilikan : Pemilikan Tunggal (100%Bumiputera )
10. Modal Permulaan : RM200.00
11. Bank Berurusan : Maybank [cadangan]
12. Alamat Bank : Maybank Bandar Putra Kulai [cadangan]
13. No Akaun Bank : [cadangan]
14. Nama Pemilik : Edry Yuszaireey Aqhmal Bin Eade Yusri
2.1.2 Butiran Pemilik

Berikut adalah butiran pemilik syarikat Eyz Bundle berserta dengan butiran
rakan kongsi.

1. Nama Pemilik : Edry Yuszaireey Aqhmal Bin Eade Yusri


2. Jawatan : Pengurus
3. Alamat : 24, Jalan PI 7/7 Taman Pulai Indah, 81300 JB
4. Telefon : 0187787559
5. E-mel : eyz92198@gmail.com
6. No. Kad Pengenalan :98092101
7. Tarikh Lahir : 21-09-1998
8. Bangsa : Melayu
9. Agama : Islam
10. Taraf Perkahwinan : Bujang
11. Kelulusan Akademik : SPM
12. Pengalaman Kerja : i)
13. Maklumat rakan kongsi
1. Nama : Ahmad Faiz Bin Abu Bakar
2. No Kad Pengenalan:981202-01-6555
8

3. Modal yang dikongsi : RM100.00

2.1.3 Butiran Permis Perniagaan

Permis perniagaan adalah lokasi dimana perniagaan dijalankan. Perniagaan


kami boleh dikatakan 100% dijalankan menggunakan internet, maka stok barangan
yang kami ada kami tempatkan di sebuah rumah yang berlokasi di No 24, Jalan PI 7/7,
Taman Pulai Indah. Manakala operasi lain dijalankan di Kolej Komuniti Bandar
Tenggara kerana kami banyak menghabiskan masa disini lantaran tuntutan
tanggungjawab sebagai pelajar disini.
2.1.4 Peta Lokasi

Syarikat Eyz Bundle beroperasi secara online. Namun begitu terdapat 2 tempat
yang boleh dikatakan operasi perniagaan kami dijalankan . Taman Pulai Indah
merupakan lokasi utama syarikat kami dimana stok ditempatkan. Berikut adalah peta
lokasi Taman Pulai Indah.

Rajah 3 PETA LOKASI TAMAN PULAI INDAH

Lokasi ke dua syarikat kami adalah perpusat di Kolej Komuniti Bandar


Tenggara kerana kami merupakan pelajar sepenuh masa disana. Maka Perjalanan
9

perniagaan banyak dijalankan di sini. Berikut adalah peta lokasi Kolej Komuniti
Bandar Tenggara Kulai Johor.

Rajah 4 PETA LOKASI KOLEJ KOMUNITI BANDAR TENGGARA


2.1.5 Bahagian Pengurusan, Bahagian Pemasaran, Bahagian Operasi dan
Bahagian Kewangan

4 bahagian di atas merupakan bahagian yang penting yang perlu diambil berat
dalam memastikan kejayaan sebuah perniagaan. Berikut adalah penerangan bagi
setiap bahagian yang dinyatakan.

2.1.5.1 Bahagian Pengurusan

PENGURUS RAKAN KONGSI

EDRY YUSZAIREEY AHMAD FAIZ BIN ABU


AQHMAL BAKAR

2.1.5.2 Fungsi dan Tanggungjawab

Tugas Pemilik / Pengurus


10

a) Mengawasi, mengawal dan mengurus perjalanan operasi dan


kewangan syarikat dari semua aspek.
b) Mengawal pengeluaran keluar masuk produk.
d) Bertindak sebagai penghantar bekalan sekiranya perlu.
e) Bertindak sebagai perunding antara pelanggan.
Rakan kongsi
a) Memastikan semua perjalanan operasi dan kewangan
syarikat berjalan seperti yang dipersetujui
b) Memastikan hubungan yang baik bersama akan kongsi dan
mampu berkongsi pendapat.

2.1.5.3 Strategi Pengurusan

Pengurusan perniagaan merupakan salah satu faktor yang menyumbang


kepada kejayaan sesebuah perniagaan. Pengurusan yang sistematik dan
dinamik dapat memastikan syarikat kami sentiasa dapat mengekalkan
dan memperbaiki prestasi ke arah yang lebih baik dan maju.
Amalan dan strategi pengurusan yang dipraktikkan di sini meliputi:
a) Mengamalkan budaya bekerja dalam berkumpulan atau
berpasukan (teamwork) bersama rakan kongsi.
b) Memastikan maklum balas daripada pelanggan dan rakan
kongsi turut diberi perhatian dengan mengadakan sesi khas
dalam pertemuan mingguan di mana perbincangan antara
pihak pengurusan dan rakan kongsi diadakan bagi
mengatasi dan mmmemperbaiki segala kelemahan.
c) Membuat analisis prestasi syarikat pada setiap minggu dan
berusaha untuk menmperolehi peningkatan penjualan
produk.

2.1.5.4 Bahagian Pemasaran


11

Buat masa sekarang, permintaan sangat menggalakkan daripada


pelanggan setempat. Pihak pengurusan telah membuat beberapa
langkah untuk meningkatkan pemasaran produk EYZ Bundle.
Antaranya analisa persainagan , analisa harga, analisa kualiti barang
dan juga analisis komunikasi antara pelanggan.

a) Analisis Persaingan

Dengan pertambahan bilangan penduduk serta kehendak


masyarakat sumber semakin meningkat, EYZ Bundle tidak
menghadapi saingan yang sengit memandangkan perniagaan
percetakan biasanya dikuasai oleh bangsa lain. Masyarakat
masa kini didapati lebih selesa menggunakan perkhidmatan
yang dikendali oleh bumiputera. Jadi ini menjadi salah satu
faktor EYZ Bundle boleh berkembang memandangkan tidak
ramai bumiputera menceburi bidang perniagaan ini.

b) Analisis Harga

Harga pasaran merupakan satu faktor yang sangat


penting dalam mengimbangi kos dan keuntungan yang akan
diperolehi. Untuk itu pihak syarikat akan memfokus ke arah
pengurangan kos operasi syarikat. Antaranya dengan
menyiapkan segala tempahan dalam masa yang singkat.

c) Kualiti

Aspek kualiti adalah sangat penting di dalam semua jenis


pengurusan perniagaan. Antara ciri-ciri kualiti yang perlu
12

dipertingkatkan adalah dari segi operasi, jualan, khidmat


pelanggan, penghantaran dan rekaan berkualiti tinggi. Ini adalah
kerana kualiti yang tinggi akan menjamin kestabilan dan
kesinambungan kepercayaan pelanggan terhadap syarikat.

2.1.5.5 Strategi Pemasaran

EYZ Bundle telah merangka beberapa strategi pemasaran yang strategik dan
unik bagi membantu meningkatkan prestasi syarikat. Strategi utama yang di gunakan
oleh pihak pengurusan ialah sentiasa menjalinkan perhubungan yang baik dengan
semua pelanggan serta pembekal untuk jangkamasa panjang. Disamping itu, pihak
pengurusan perniagaan juga akan mengadakan beberapa promosi di dalam internet.
Pihak pengurusan perniagaan amat mementingkan perkhidmatan serta hasil
yang berkualiti tinggi. Pihak pengurusan juga telah merangka untuk memperluaskan
lagi skop perniagaan dengan meneroka beberapa bidang sampingan yang dapat
menyokong dan memajukan lagi perniagaan utama. Pelbagai teknik pemasaran akan
digunakan untuk mempromosikan Bumi Safas Enterprise kepada masyarakat di dalam
negara secara amnya dan luar negara secara khususnya .

2.1.5.6 Bahagian Operasi

EYZ Bundle mengamalkan konsep operasi yang sama seperti kebanyakkan


perniagaan yang dijalankan secara online. Konsep operasi yang dimaksudkan ialah
apabila pelanggan berminat untuk membeli produk kami, beberapa langkah pelanggan
perlu mengikuti prosedur yang telah kami tetapkan seperti memberi maklumat diri
13

berserta kod barangan yang hendak dibeli. Sekiranya produk yang diminta ada dalam
stok proses seterusnya pelanggan diminta membuat bayaran dan menunjukkan bukti
pembayaran kepada kami sebelum proses penghantaran dibuat. Sekiranya pelanggan
memilih kaedah Cash Of Delivery (COD). Pembayaran akan dibuat semasa
penghantaran barang dibuat.
Bahagian Operasi kami cuba sedaya upaya untuk menjalankan proses
penghantaran secapat mungkin. Kami cuba menghantar mengikut keperluan dan
kehendak pelangan. Kerana syarikat kami merasakan kepuasan pelanggan mrupakan
aspek paling penting yang perlu diutamakan dibahagian operasi ini.
Selain itu, sekiranya pelanggan telah membeli produk kami secara berterusan
kami sedia menaarkan perkhidmatan POS atau COD percuma mengikut keperluan dan
syarat-syarat tertentu berdasarkan keuntungan yang kami fikirkan logik untuk
dikongsi bersama pelanggan.

2.1.5.7 Bahagian Kewangan

BAB 3

PEMASARAN PERNIAGAAN
14

Pemasaran merupakan merupakan falsafah perniagaan ianya adalah satu proses


perancangan dan pelaksanaan beberapa konsep yang berkaitan dengan perletakkan
harga, pengagihan barangan ataupun perkhidmatan, idea bagi mewujudkan pertukaran
untuk memenuhi objektif individu dan matlamat organisasi
Pemasaran perniagaan memerlukan satu pengurusan yang bersistematik ia
meliputi beberapa aktiviti menganalisis, merancang dan mengawal program yang
direka untuk memastikan objektif yang ditetapkan tercapai.
Terdapat lima konsep utama pemasaran iaitu keperluan, kehendak,
permintaan, pertukaran dan transaksi atau urusniaga. Semua konsep ini perlu
digabungjalinkan dalam satu strategi untuk menghasilkan satu plan perniagaan yang
mantap.

3.1 Definasi perniagaan

Perniagaan wujud apabila manusia mula memerlukan sesuatu sebagai


keperluan dan kehendak kerana melalui aktiviti perniagaan manusia dapat
menyediakan pelbagai barang dan perkhidmatan sama ada dikeluarkan di dalam
Negara atau diimport dari luar Negara semata-mata untuk memenuhi keperluan
tersebut.

Norhayah Zulkifli (1999) perniagaan merupakan satu organisasi yang


membekal barangan atau perkhidmatan untuk mendapat keuntungan. Peryataan beliau
disokong penuh oleh Zumilah ( 1999) dengan menambah lagi bahawa perniagaan itu
memerlukan pertukaran sama ada barang atau perkhidmatan dengan wang atau alat
pertukaran lain demi menperoleh keuntungan atau sebarang bentuk faedah.

Pihak yang mengendalikan perniagaan dikenali sebagai peniaga. Seseorang


peniaga mendapat keuntungan apabila sesuatu barang dijual pada harga yang lebih
tinggi daripada kos sebenar barang tersebut.

3.2 Strategi Perniagaan


15

Terdapat terlalu banyak strategi perniagaan yang diperkenalkan dalam dunia


perniagaan. Satu tokoh besar yang disegani dalam perniagaan dunia iaitu Mendiang
Steve Job, bekas pengasas Apple menjadi ikon usahawan dan inspirasi kepada kami
untuk menteladani strategi perniagaan yang beliau amalkan iaitu komunikasi dalam
perniagaan dan menjadikan mudah sesuatu perniagaan itu dijalankan.
Apa yang dimaksudkan dengan komunikasi dalam perniagaan ialah
komunikasi merupakan aspek emas yang perlu ada bagi seorang usahawan bagi
memastikan perniagaan yang dijalankan berada ditahap yang maksima. Komunikasi
bukan bermaksud pandai bercakap dengan pelanggan semata-mata tetapi pandai
menerangkan kegunaan sesuatu produk dan meningkatkan kepercayaan pelanggan
terhadap produk yang dijual.
Manakala strategi kedua yang dipilih ialah memudahkan sesuatu dalam
perniagaan bermaksud memudahkan segala urusan perniagaan iaitu termasuklah jual
beli, rekacipta, laman web, pemasaran, dan lain-lain, sekaligus ia juga memudahkan
pelanggan. Dengan menggunakan konsep simple ia dapat menarik lebih ramai
pengguna dari pelbagai lapisan masyarakat.

3.3 Pengiklanan

Pengiklanan merupakan medium kreatif yang perlu dihasilkan bagi


memperkenalkan perniagaan yang kita jalankan. Untuk menghasilkan sesuatu yang
kreatif perniaga perlu fikir bagaimana bentuk pengiklanan yang harus dipilih sesuai
dengan jenis perniagaan yang dijalankan.
Iklan boleh dijalankan dalam pelbagai bentuk sama ada melalui kaca
television, corong radio, cetakan dari peti surat ke peti surat atau iklan melalui
internet.
Kami memilih iklan melalui internet kerana perniagaan kami sepernuhnya
dijalankan menggunakan platform alam maya sebagai medan utama perniagaan.
16

Pengiklanan menggunakan internet telah menjadi satu revolusi dalam industri


pengiklanan. Iklan dalam bentuk ini secara langsung berinteraksi dan berhubungan
dengan pelanggan. Melalui iklan secara internet ini, pengusaha mampu menonjolkan
sebanyak mungkin idea yang kreatif untuk menarik minat pelanggan.
Selain itu, pengiklanan secara internet dapat diakses dimana-mana sahaja
pelanggan berada selagi rangkaian internet bersama mereka. Maka peratusan
pelanggan terus berminat untuk membeli lebih tinggi.
Pengiklanan dalam internet ini dikatakan berkesan apabila beberapa teknik
penulisan iklan dibuat. Teknik pengiklanan yang sering digunakan dalam perniagaan
internet ini seperti teknik teaser, teknik hard sell, dan teknik soft sell
Teaser merupakan teknik pengiklanan dimana kita mengusik atau memberikan
sedikit pandangan apa yang pengguna akan dapat. Iklan berbentuk ini sesuai
digunakan semasa produk baru nak di perkenalkan.

Berikut contoh yang kami buat dalam laman muka buku kami :

Rajah 5 CONTOH TEASER


17

Manakala teknik Soft Sell pula merupakan teknik iklan yang berbentuk
perkongsian maklumat. Berkongsi maklumat dan menjual barangan. Teknik Soft sell
ini boleh dibuat sekerap yang mungkin kerana pelangan memang meminati keadah ini
kerana ramai diantara pelanggan kita hari ini minat membaca informasi sebelum
membeli. Teknik ini dikatakan sesuai dibuat dalam konsep 3 kali 1 kali iaitu 3 kali soft
sell diselangi 1 kali hard sell.
Soft sell juga merupakan satu cara untuk meningkatkan kepercayaan
pelanggan terhadap perniagaan kami dan produk kami. Melalui perkongsian maklumat
pelanggan akan dapat melihat bahawa EYZ Bundle mampu :
1. Menunjukkan kepakaran
2. Menaikkan kepercayaan
3. Mengajar prospek produk
4. Memudahkan sesuatu produk dibeli

Contoh Soft sell yang kami gunakan dalam Facebook adalah seperti dibawah iaitu
3 kali soft sell yang kami paparkan.
18

Rajah 6 CONTOH SOFT SELL

Hard sell pula merupakan teknik dimana paparan yang dibuat terus kepada
tujuan asal asal iaitu menjual. Berikut beberapa contoh hard sell yang kami gunakan
sepanjang perniagaan ini dijalankan :
19

Rajah 7 COHTOH HARD SELL

BAB 4
20

LOGISTIK &PEMILIHAN PEMBAYARAN

Logistik dan pemilihan pembayaran adalah pekara penting yang perlu dititikberatkan
dalam sesuatu perniagaan untuk mengelakkan kerugian dalam sesebuah perniagaan.
Kami cuba memilih kaedah dan cara yang betul-betul menjimatkan namun kepuasan
pelanggan tetap kami utamakan.

4.1 Penghantaran

Penghantaran produk yang cekap dan cepat akan membuatkan hati pelanggan rasa
lebih seronok dan percaya untuk berbelanja dengan produk yang dijual. Maka syarikat
kami mengamalkan 2 kaedah penghantaran iaitu secara pos atau secara terus ke pintu
rumah pelanggan. Plihan penghantaran terpulang kepada pelanggan.
Namun begitu terdapat beberapa syarat yang kami buat untuk setiap pilihan
pelanggan seperti berikut :

JENIS PENGHANTARAN KOS JARAK

Pos RM9.00 dan ke atas mengikut berat Luar kawasan KULAI dan JOHOR
barang bagi setiap bungkusan BAHRU

Cash on delivery (COD) Percuma Dalam lingkaran kawasan daerah


KULAI dan JOHOR BAHRU
sahaja
4.2 Lokasi Penyimpanan

Lokasi penyimpanan produk syarikat kami sepenuhnya disimpan dikediaman saya


beralamat di no 29, Jln PI 7/7 Taman Pulai Indah, 81300 JB. Penghantaran akan dibuat
terus dari kediaman saya untuk menjimatkan kos penyimpanan.
21

4.3 Platform Pembayaran

Syarikat kami mengguna kan 2 kaedah penghantaran barang iaitu secara POS dan
COD iaitu Cash On Delivery. Ini bermakna platform pembayaran pelanggan kami
membeli produk yang kami jual sama ada menggunakan pembayaran atas talian iaitu
ONLINE BANKING atau pun secara TUNAI ketika penghantaran barang dibuat.

BAB 5
22

LAPORAN KEWANGAN PERNIAGAAN

Laporan kewangan perniagaan atau dikenali sebagai penyata kewangan. Penyata


keangan boleh ditakrifkan sebagai document yang menyenaraikan segala butir yang
merujuk kepada kegiatan atau operasi perniagaan yang direkodkan bertujuan untuk
mengetahui kedudukan kewangan perniagaan berkenaan pada sesuatu tempoh
perakaunan (Zan Asri, 2010).
Menurut undang-undang perniagaan (Akta Syarikat 1965), pihak yang
bertanggungjawab menyediakan penyata kewangan sesebuah perniagaan ialah pemilik
perniagaan itu sendiri.
Tujuan laporan kewangan ini perlu dihasilkan adalah untuk mengetahui
prestasi perniagaan, sama ada untung atau rugi bagi sesuatu tempoh perakaunan
dijalankan. Selain itu, melalui laporan kewangan ini juga kita boleh merancang
aktiviti perniagaan kita dengan lebih baik lagi untuk mendapatkan keuntungan yang
lebih banyak lagi.
Melihat nilai kemampuan perniagaan untuk lebih berkembang juga dapat
dilihat melalui penyata kewangan syarikat. Stabil sesebuah syarikat bergantung penuh
pada keseimbangan dan peningkatan kewangan syarikat itu sendiri. Oleh kerana ilmu
perakuanan kami agak lemah, kami hanya menggunakan kaedah pengisian BUKU
TUNAI sebagai laporan kewangan perniagaan syarikat kami. Buku tunai ialah satu
buku catatan yang menggabungkan akuan tunai dan akuan bank.

Berikut adalah catatan buku tunai syarikat EYZ Bundle mengikut bulan :
23

Rajah 8 BUKU TUNAI EYZ BUNDLE (25 Ogos 27 Sept 2016)

KESIMPULAN/CADANGAN
24

Pekara yang boleh saya kongsikan sepanjang tugasan ini dijalankan. Sesuatu
perniagaan itu dapat dijalankan semudah ABC namun kejayaan bagi sesebuah
perniagaan itu sebaliknya. Ia bukan sesuatu yang mudah, kerana sesebuah perjalanan
perniagaan perlu seiring dengan minat, komitmen dan juga ilmu pengetahuan.
Secara kesimpulannya, banyak ilmu berkaitan perniagaan perlu dipelajari
untuk memastikan peningkatan keuntungan syarikat berada pada tahap yang
disasarkan. Selain daripada itu, saya selaku pengurus berasa satu semangat dan
motivasi untuk terus dan terus berusaha untuk memastikan perniagaan ini terus
beroperasi walaupun penilaian tugaan telah tamat. Sedikit sebanyak ia dapat memberi
saya peluang dan ruang untuk menjana pendapatan. Ini merupakan langkah awal saya
untuk terus mengembangkan potensi EYZ Bundle pada masa akan dating.
Beberapa peningkatan perlu dilakukan bagi memastikan kejayaan EYZ Bundle
kekal dan terus beroperasi. Antaranya ialah :
1. Teknik dan kaedah pengiklanan perlu dibuat dengan lebih menarik
2. Layanan pelanggan di ruangan Facebook lebih cepat dan pantas
3. Akaun Instagram perlu lebih update dan aktif
4. Ilmu pengetahuan tentang pengurusan perniagaan secara online perlu
dipelajari dengan lebih mendalam.

RUJUKAN
25

Faradilla. (2015). Penyertaan Digital dan Ciri Keusahawanan Dalam Pemerkasaan


Usahawan Wanita. Jurnal Komunikasi Malaysia . Jilid 31(1) 2015 : 241-256.

Mostafa, R., Wheeler, C. & Jones, M. 2005. Entrepreneurial orientation, commitment


to the Internet and export performance in small and medium sized exporting firms.
Journal of International Enterprenuership, 3 (4):291-302.

Norlida Ab Wahab dan Osman Hamzah.2003. Perdagangan Tingkatan 4.AnzaGain


SDN BHD. Shah Alam. Selangor.

Zan Asri,Sharini, Salina. 2010. Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 dan 5. SASBADI


SDN BHD. Petaling Jaya, Selangor.

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai