Anda di halaman 1dari 2

Konsep Akhlak

http://ciptaan-mulia.blogspot.com/PENGERTIAN AKHLAK 

Akhlak dari segi bahasa didefinisikan sebagai moral, tabiat, perangai, budi, adab, sifat semulajadi, maruah, watak, amalan
agama atau rupa batin seseorang. Secara etimologi akhlak berasal daripada kata al-akhlaqu iaitu kata jama’ daripada
perkataan al-khuluq yang bererti tabiat, kelakuan, perangai, tingkahlaku, maruah, adat kebiasaan, malah ia juga beretri agama
itu sendiri. Perkataan al-khulq ini di dalama-Qur’an hanya terdapat pada dua tempat sahaja, antaranya dalam surah al-Qalam
ayat 4 iaitu : 

Maksud-Nya : Dan Sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung 

Sementara perkataan al-khalqu bererti kejadian, ciptaan, dan juga bermaksud kejadian yang indah dan baik apabila dirujuk
kepada kejadian manusia, ia membawa maksud struktur tubuh badannya yang indah dan seimbang. Jika dirujuk kepada
kejadian alam semesta, ia juga membawa erti kejadian atau ciptaan yang indah, tersusun rapi, menurut undang-undang yang
tepat. Hal ini sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah ali-‘Imran ayat 190 iaitu : 

Maksud-Nya : Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda
bagi orang-orang yang berakal. 

Dalam Qamus al-Munjid, Lisan al-`Arab dan Mu`jam al-Falsafi akhlak diberikan pengertian sebagai suatu sifat semulajadi,
tabiat, agama atau ringkasnya gambaran batin seseorang. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga akhlak memberi maksud budi
pekerti, kelakuan, tingkah laku manusia dan tabiat samada baik atau jahat.

Dari segi istilah, akhlak membawa pengertian suatu ilmu yang menjelaskan erti baik dan buruk, menerangkan apa yang
seharusnya dilakukan oleh setengah manusia kepada yang lainnya, menyatakan tujuan yang harus dituju oleh manusia dalam
perbuatan mereka dan menunjukkan jalan untuk melakukan apa yang harus diperbuat. Menurut Prof. Omar Al Toumy Al
Syaibani, akhlak adalah sebagai ilmu yang mengkaji tentang hakikat perbuatan berakhlak, sifat kebaikan, kejahatan,
kebenaran, kewajipan, kebahagiaan, hukum dan tanggungjawab akhlak, motif kelakuan dan asas-asas teori gagasan akhlak. 

Menurut ahli falsafah Islam, Ibnu Miskawayh mendefinisikan akhlak dalam kitabnya iaitu Tadhib al-Akhlak sebagai keadaan
jiwa yang menggerakkan seseorang untuk melakukan sesuatu perbuatan tanpa pertimbangan fikiran terlebih dahulu. Dalam
Ihya Ulumuddin, Imam al-Ghazali mendefinisikan akhlak sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang, darinyalah
terbentuk perbuatan dengan mudan dengan tidak memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu. 

Muhammad `Uqlah dalam al-Nizam al-Akhlaqi fi al-Islam mentakrifkan akhlak sebagai keadaan diri yang tenang terkeluar
darinya perbuatan2 dengan senang dan mudah tanpa berhajat kepada akal fikiran. Sekiranya terkeluar darinya perbuatan yang
baik menurut akal dan syarak dipanggil akhlak yang baik. Sebaliknya jika yang keluar perbuatan yang buruk menurut akal dan
syarak maka dipanggil akhlak yang buruk. 

PEMBAHAGIAN AKHLAK 

Akhlak terbahagi kepada dua bentuk iaitu akhlak mahmudah dan madzmumah. Akhlak mahmudah bererti akhlak yang baik
seperti beribadah kepada Allah s.w.t, mencintai-Nya dan mencintai makhluk-Nya dan berbuat baik serta menjauhkan diri
daripada perbuatan-perbuatan yang dibenci dan dilarang oleh Allah s.w.t. Membuat segala kebaikan dengan niat yang ikhlas,
berbakti kepada kedua ibu bapa dan selainya. Firman Allah s.w.t dalam surah an-Nahl ayat 90 menjelaskan suruhan Allah s.w.t
melakukan kebaikan dan melarang melakukan kemungkaran iaitu : 

Maksud-Nya : Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan
Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat
mengambil pelajaran. 

Dalam konteks kajian, menjaga hubungan baik sesama manusia adalah merupakan salah satu nilai akhlak mahmudah dan
sebagaimana dalam ayat 90 surah an-Nahl jelas menunjukkan bahawa Allah s.w.t melarang daripada mengadakan
permusuhan. Akhlak madzmumah merupakan akhlak atau tabiat yang buruk, melanggari perintah dan suruhan Allah s.w.t
seperti sifat ujub, sombong, riya', dengki, melakukan kerosakkan, bohong, bakhil, malas, dan sebagainya. Akhlak mahmudah
adalah merupakan antara sebab-sebab manusia memperolehi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sebaliknya akhlak
madzmumah adalah asal penderitaan di dunia dan akhirat. 
KEPENTINGAN AKHLAK 

Akhlak ataupun budi pekerti memegang peranan penting dalam kehidupan manusia. Akhlak yang baik akan membezakan
antara manusia dengan haiwan. Manusia yang berakhlak mulia, dapat menjaga kemuliaan dan kesucian jiwanya, dapat
mengalahkan tekanan hawa nafsu, berpegang teguh kepada sendi-sendi keutamaan Islam. Menghindarkan diri daripada sifat-
sifat kecurangan, kerakusan dan kezaliman. Manusia yang berakhlak mulia, suka tolong menolong sesama insan dan makhluk
lainnya. Mereka mudah untuk berkorban demi kepentingan bersama. Manusia yang memiliki budi pekerti yang mulia, mudah
kepada kebenaran dan keadilan, toleransi, mematuhi janji, lapang dada dan tenang dalam menghadapi segala halangan dan
rintangan. 

Akhlak yang baik berperanan dalam mengangkat martabat manusia ke darjat yang tinggi dan mulia. Akhlak yang buruk akan
membinasakan seseorang insan dan juga akan membinasakan umat manusia. Manusia yang mempunyai akhlak yang buruk
senang melakukan sesuatu yang merugikan orang lain, senang melakukan kekacauan, mudah terjerumus melakukan
perbuatan tercela yang akan membinasakan diri sendiri dan anggota masyarakat. Hal ini sebagaimana dalam hadith riwayat
Ahmad mengatakan bahawa telah bersabda Rasulullah s.a.w iaitu : 

Maksudnya : Orang Mukmin yang paling sempurna imannya, ialah yang paling baik akhlaknya. 

Golongan beriman akan menjadi sempurna imannya adalah kerana akhlaknya. Oleh itu, akhlak sememangnya memainkan
peranan penting kepada manusia sejagat. 

Anda mungkin juga menyukai