Anda di halaman 1dari 14

POLISI 1 : PERGI DAN BALIK SEKOLAH DENGAN SELAMAT

A) MATLAMAT.

1. Mewujudkan keadaan yang selamat dalam perjalanan pergi dan balik sekolah.
2. Memupuk sikap toleransi di kalangan ibubapa dan murid.
3-. Memastikan ibubapa dan murid menjaga keselamatan diri dan anak dalam perjalanan pergi
dan balik sekolah.
4. Meyakinkan ibubapa terhadap keselamatan diri dan anak mereka dalam perjalanan pergi
dan balik sekolah.

B) RASIONAL

1. Ramai ibubapa dan murid terdedah kepada bahaya akibat kecuaian ataupun sikap tidak
mementingkan aspek keselamatan.
2. Kesedaran ibubapa dan murid terhadap keselamatan pergi dan balik sekolah amat kurang
3. Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu keselamatan keselamatan di luar kawasan
sekolah amat terbatan atas sikap acuh tak acuh ibubapa dan murid.
4. Mengadakan persekitaran yang selamat untuk ibubapa dan murid melalui pendidikan
keselamatn diri dalam perjalanan pergi dan balik sekolah mat diperlukan.

C) POLISI

Memastikan ibubapa dan murid sekolah selamat dalam perjalanan pergi dan balik.

D) TUJUAN / OBJEKTIF

1. Menyedia dan menyebarkan maklumat tentang tatacara tindakan keselamatan ibubapa dan
murid semasa pergi dan balik sekolah.
2. Mengenalpasti masalah berkaitan dengan penggunaan laluan perjalanan pergi dan balik
sekolah.
3. Supaya ibubapa dan murid peka terhadap keselamatan diri mereka semasa pergi dan balik
sekolah.
4. Meyakinkan ibubapa terhadap keselamatan diri mereka dan anak mereka berdasarkan
peraturan yang disediakan.






E) TATACARA AM

1. Penyediaan jadual bertugas guru dan pengawas serta dengan bantuan ibubapa di pintu
masuk di pintu masuk ( gate ) sebelum dan selepas masa persekolahan.
2. Kenderaan ibubapa dilarang memasuki kawasan sekolah.
3. Murid beratur semasa balik ke rumah.
4. Murid berada di tempat menunggu sekiranya kenderaan mereka belum tiba.


F) TATACARA UNTUK MURID.

a) Pergi dan balik dengan berjalan kaki.

1. Melintas Jalan.
Murid dikehendaki berjalan kaki hingga berada dihadapan sekolah.
Murid dikehendaki mengikut arahan pekerja sekolah yang mengawal lalulintas di waktu
pergi dan balik sekolah.
Murid dikehendaki berdiri di atas kaki lima atau bahu jalan ketika hendak melintas.
Undur dua langkah ke belakang apabila anda melihat kenderaan besar.


2. Berjalan kaki di dalam kawasan sekolah.
Murid dikehendaki menggunakan lorong pejalan kaki yang disediakan.
Murid dikehendaki berhenti di lintasan pejalan kaki ( zebra )
Lihat kanan, kiri dan kanan semula.
Melintas apabila sudah pasti tidak ada kenderaan atau kenderaan sudah berhenti.


3. Berjalan kaki di waktu hujan.
Murid dikehendaki memakai baju hujan.
Jika memakai payung anda mesti memegang dengan betul supaya tidak menghalang
pandangan hadapan.
Murid dikehendaki berjalan dengan cermat terutama di tempat-tempat yang licin.
Sekiranya hujan terlalu lebat, murid di minta menumpang teduh di tempat Selamat
seperti pondok menunggu bas atau lain-lain bangunan. Jangan berteduh di bawah
pokok.
Murid dikehendaki tidak menggunakan payung ketika hujan ribut dan angin kencang.
Murid dikehendaki tidak bermain-main di dalam hujan.


4. Berjalan kaki di tempat sunyi dan semak.
Murid dikehendaki berjalan dalam kumpulan sekurang-kurangnya dua orang
Murid digalakkan mempunyai pengetahuan seni mempertahankan diri.
Sekiranya berlaku kecemasan, anda jangan panik. Menjerit meminta tolong, cuba
pertahankan diri atau lari menyelamatkan diri.
Laporkan kejadian tersebut kepada guru dengan segera untuk tindakan seterusnya.

b) Pergi dan balik dengan menaiki bas.
Tidak terdapat murid yang menaiki bas.

c) Pergi dan balik dengan menaiki basikal.

Tidak terdapat murid yang menaiki bas.

d) Pergi dan balik dengan menaiki motosikal.

Pastikan motosikal dalam keadaan baik dan sempurna.
Murid-murid tidak dibenarkan menunggang motosikal ke sekolah.
Murid-murid yang dihantar oleh ibubapa dengan motosikal dikehendaki memakai topi
keledar.
Apabila sampai ke sekolah murid-murid dikehendaki turun di pintu pagar yang
dikhaskan untuk pejalan kaki.
Murid dikehendaki mengikuti tatacara pejalan kaki sebagaimana disebutkan di atas.
Apabila balik dari sekolah murid dikehendaki berada di tempat menunggu sehingga
motorsikal ibubapa / penjaga mereka sampai.
Sekiranya berlaku kemalangan, anda dikehendaki memohon bantuan orang terdekat
dan laporkan segera kepada guru atau guru bertugas atau pihak pentadbir.

e) Pergi dan balik menggunakan kereta atau van.

Murid dikehendaki memastikan pintu kereta ditutup dengan sempurna sebelum kereta
bergerak.
Gunakan talipinggang keledar.
Anda dilarang bergurau atau bermain semasa kenderaan bergerak.
Pastikan kenderaan betul-betul berhenti sebelum turun atau naik kenderaan.
Apabila sampai ke sekolah murid-murid diminta turun di pintu pagar yang dikhaskan
untuk pejalan kaki.
Murid dikehendaki mengikuti tatacara pejalan kaki sebagaimana disebutkan di atas.
Apabila balik dari sekolah murid dikehendaki berada di tempat menunggu sehingga
kereta ibubapa / penjaga mereka sampai.

f ) TATACARA UNTUK IBUBAPA

Menemani anak berjalan kaki dalan keadaan cuaca gelap, hujan dan sunyi sehingga
sampai ke sekolah.
Mengingatkan atau menasihatkan anak supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati
terhadap orang-orang yang tidak dikenali semasa pergi dan balik sekolah.
Mengambil tahu waktu anak pergi dan balik sekolah dan menghubungi sekolah
sekiranya anak lewat balik.
Memastikan anak memakai pakaian cerak atau bahan reflektif jika jika berjalan dalam
cuaca gelap.
Elakkan anak dari menaiki kenderaan yang uzur atau kurang sempurna.
Mengingatkan anak supaya mematuhi peraturan lalulintas sebagaimana yang telah
disampaikan oleh pihak sekolah.


H ) TATACARA UNTUK GURU.

Memberi penerangan tentang risiko yang berada di sekitar sekolah atau sepanjang
perjalanan ke sekolah.
Membuat rondaan ke tempat yang berisiko tinggi atau tempat yang selalu dikunjungi
oleh murid.
Memberi pertolongan cemas jika perlu.
Menelefon pihak ambulan, bomba atau polis jika berlaku kemalangan.
Menghubungi keluarga murid.
Membuat laporan kepada Guru Besar.


I) TATACARA BILA BERLAKU KEMALANGAN.

Murid dikehendaki jangan panik.
Catat nombor, jenis dan warna kenderaan yang terlibat.
Laporkan kepada guru.
Guru akan bertindak mengikut tatacara untuk guru.








POLISI 2 : SIFAR PONTENG.

A) MATLAMAT.

1. Membasmi masalah ponteng sekolah di kalangan murid.
2. Menggalakkan murid menepati waktu persekolahan dan ko-kurikulum.
3. Menanamkan rasa suka berada di sekolah.
4. Memastikan murid membawa surat sakit / surat dari penjaga sekiranya tidak hadir.

B) RASIONAL

1. Adanya pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab yang munasabah.
2. Sikap murid yang tidak menepati waktu.
3. Menyediakan persekitaran belajar yang seronok untuk menarik minat murid.

C) POLISI

Memastikan murid hadir mengikut waktu persekolahan dan aktiviti ko-kurikulum.

D) TUJUAN / OBJEKTIF

1. Mengurangkan ketidakhadiran murid ke sekolah tanpa sebab.

E) TATACARA AM.

1. Penandaan buku jadual kedatangan oleh guru kelas setiap hari sebelum jam 09.00 pagi.
2. Menyimpan rekod / maklumat surat sakit / surat dari penjaga.
3. Mengemaskini borang kehadiran murid dalam Sistem Merit De Merit.

F) TATACARA MURID.

1. Setiap murid mesti ada peraturan sekolah.
2. Murid dikehendaki mematuhi peraturan sekolah.
3. Hendaklah hadir ke sekolah dan hadir dalam semua aktiviti ko-kurikulum yang melibatkan
semua murid.
4. Murid yang tidak hadir hendaklah menyerahkan surat sakit / surat dari penjaga / membuat
panggilan telefon.
5. Murid yang bermasalah hendaklah dirujuk kepada guru kaunseling.



G) TATACARA GURU

1. Pastikan murid ada buku peraturan sekolah.
2. Pastikan murid sampai tepat pada waktunya sebelum 7.30 pagi.
3. Sentiasa memberi peringatan kepada murid.
4. Mengenalpasti murid yang selalu ponteng
5. Mencatat butiran kesalahan murid.
6. Hantar surat peringatan kepada ibubapa murid.
7. Guru hendaklah menyemak rekod kedatangan harian dan buku kawalan kelas.
8. Guru kelas hendaklah merujuk masalah murid yang sukar dibimbing kepada Guru
Bimbingan dan Kaunseling.
9. Kes yang berat akan dirujuk kepada Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid dan Guru
Besar.

H) TATACARA IBUBAPA.

1. Pastikan anak-anak bersekolah pada waktunya.
2. Memaklumkan kepada pihak sekolah tentang ketidakhadiran anak-anak ke sekolah.
3. Sentiasa menghubungi pihak sekolah untuk mengetahui perkembangan anak-anak.
4. Ibubapa pastikan dan beri kerjasama kepada pihak sekolah jika berlaku gejala ponteng.
5. Ibubapa hendaklah hadir ke sekolah setelah menerima surat amaran ketidakhadiran anak
ke sekolah tanpa sebab.
6. Mengadakan perbincangan dua hala dengan pihak sekolah.
7. Ibubapa mesti menandatangani surat jaminan bertulis bahawa anak jagaan menghentikan
perlakuan agar tidak berulang.
















POLISI 3 : BILIK-BILIK SELAMAT.

A) MATLAMAT

1. Memastikan bilik-bilik yang selamat dan kondusif untuk pendidikan dan pembelajaran bagi
melahirkan pelajar yang sihat dan cemerlang.
2. Mengurangkan kecederaan serius ketika sessi pengajajaran dan pembelajaran.

B) RASIONAL

1. Murid kurang kesedaran mengenai keslamatan di dalam bilik darjah dan bilik-bilik khas.
2. Keselamatan diri kerap diabaikan.
3. Terdapat beberapa kes murid mendapat kemalangan / cedera sewaktu mengikuti sessi
pembelajaran.

C) POLISI

Memastikan bilik-bilik di sekolah sentiasa selamat dan sesuai bagi merangsang proses
pengajaran dan pembelajaran agar melahirkan pelajar yang sihat dan cemerlang.

C) TUJUAN / OBJEKTIF

1. Melengkapkan murid-murid dengan pengetahuan mengenai bilik-bilik yang selamat.
2. Tiada kemalangan yang berlaku kecuali masalah yang tidak boleh dielakkan.
3. Ibubapa tidak merasa gusar / bimbang sewaktu anak-anak mereka berada di dalam bilik
darjah / bilik-bilik khas.
4. Memastikan murid-murid mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan.
5. Meningkatkan kesedaran kepentingan menjaga keselamatan diri kepada warga sekolah.

D) TATACARA AM.

1. Penyediaan peraturan bilik darjah dan bilik-bilik khas.
2. Merekodkan peralatan.
3. Pemeriksaan fizikal terhadap kemudahan asas yang terdapat di dalam bilik-bilik tersebut.
4. Sentiasa membersihkan bilik-bilik supaya ianya selamat.
5. Penyediaan jadual bertugas untuk bilik darjah dan bilik tertentu.
6. Terdapat kotak ubat di bilik-bilik yang berisiko mendatangkan kecederaan.




E) TATACARA GURU

1. Merangka satu peraturan yang sesuai dengan bilik masing-masing.
2. Menjumlahkan setiap keperluan asas yang ada dalam bilik masing-masing.
3- Melekatkan peraturan dan jumlah keperluan asas pada tempat yang sesuai di dalam
bilik masing-masing.
4. Mewujudkan satu buku untuk staf atau individu yang ingin meminjam keperluan asas yang
terdapat di dalam bilik tersebut.
5. Menerangkan kepada murid setiap peraturan di dalam bilik masing-masing.
6. Memastikan peraturan tersebut difahami dan diikuti oleh murid-murid.

F) TATACARA UNTUK IBUBAPA

1. Ibubapa dikehendaki mengingatkan dan menasihatkan anak-anak agar mematuhi setiap
peraturan di dalam bilik darjah dan bilik khas.
2. Mengingatkan anak-anak supaya berwaspasa terhadap bilik-bilik yang berisiko dan boleh
mendatang kecederaan.
3. Memeriksa peralatan yang dibawa pulang.
4. Mengingatkam anak-anak supaya memulangkan peralatan atau bahan yang dipijam dari
pihak sekolah sebelum tarikh tamat peminjaman.
5- Sentiasa menghubingi pihak sekolah jika terdapat sebarang kemusykilan.

G) TATACARA UNTUK MURID

Murid dikehendaki mematuhi semua tatacara yang dirangka pada setiap bilik darjah dan
bilik-bilik khas oleh guru yang berkenaan.














POLISI 4 : PERSEKITARAN SELAMAT.

A) MATLAMAT

1.Memastikan persekitaran sekolah yang selamat dan kondusif untuk pertumbuhan dan
perkembangan bagi melahirkan murid yang sihat dan cemerlang.
2. Mengurangkan kecederaan serius ketika berada di dalam kawasan sekolah.

B) RASIONAL

1. Murid kurang kesedaran mengenai keslamatan ketika berada di dalam kawasan sekolah.
2. Keselamatan diri kerap diabaikan.
3. Terdapat beberapa kes murid mendapat kemalangan / cedera sewaktu berada di dalam
kawasan sekolah..

C) POLISI

Memastikan persekitaran sekolah sentiasa selamat dan sesuai bagi merangsang proses
pertumbuhan dan perkembangan murid agar melahirkan murid yang sihat dan cemerlang.

C) TUJUAN / OBJEKTIF

1. Melengkapkan murid-murid dengan pengetahuan mengenai persekitaran sekolah yang
selamat.
2. Tiada kemalangan yang berlaku kecuali masalah yang tidak boleh dielakkan.
3. Ibubapa tidak merasa gusar / bimbang sewaktu anak-anak mereka berada di dalam
kawasan sekolah.
4. Memastikan murid-murid mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan.
5. Meningkatkan kesedaran kepentingan menjaga keselamatan diri kepada warga sekolah.

D) TATACARA AM.

1. Mengenalpasti tempat-tempat yang boleh mendatangkan bahaya.
2. Merekodkan tempat-tempat yang bahaya.
3. Pemeriksaan fizikal terhadap kemudahan asas yang terdapat di sekolah
4. Sentiasa kebersihan persekitaran agar ianya selamat.

E) TATACARA GURU

1. Menyenaraikan tempat-tempat yang bahaya.
2. Melabelkan tempat-tempat yang bahaya tersebut agar mudah dikesan oleh warga sekolah.
3. Memberi penerangan kepada murid tentang tempat-tempat yang boleh mendatangkan
kecederaan.
4. Memastikan peraturan tersebut difahami dan diikuti oleh murid-murid.
5. Guru yang bertugas memantau pergerakan murid agar mematuhi peraturan yang
disediakan.
6. Memberi teguran dan nasihat kepada murid yang melanggar peraturan.
7. Merujuk kapada guru displin atau guru bimbingan dan kaunseling sekiranya seorang murid
melanggar peraturan tersebut lebih dari tiga kali.

F) TATACARA UNTUK IBUBAPA

1. Ibubapa dikehendaki mengingatkan dan menasihatkan anak-anak agar mematuhi setiap
peraturan keselamatan di sekolah.
2. Mengingatkan anak-anak supaya berwaspasa terhadap tempat-tempat yang berisiko di
sekolah yang boleh mendatang kecederaan.
3. Sentiasa menghubungi pihak sekolah jika terdapat sebarang kemusykilan.

G) TATACARA UNTUK MURID

1. Murid yang berjalan kaki dikehendaki mematuhi peraturan berjalan kaki apabila memasuki
kawasan sekolah.
2. Murid yang berbasikal dikehendaki mematuhi peraturan berbasikal dalam kawasan sekolah.
3. Murid yang menaiki kereta atau van dikehendaki mematuhi tatacara menaiki kerata arau
van.
4. Murid dikehendaki sentiasa peka terhadap setiap papan tanda yang terdapat di persekitaran
sekolah.
5. Berhati-hati dengan tempat yang bahaya seperti longkang dan pokok berduri.
6. Murid dikehendaki tidak mencerobohi tempat yang berlabel kawasan larangan.
7. Murid dikehendaki tidak berlari-lari ketika menaiki dan menuruni anak tangga.
8. Murid dikehendaki mematuhi langkah-langkah keselamatan setiap masa.

H) TATACARA UNTUK PENGAWAS

1. Pengawas dikehendaki membantu guru di dalam melaksanakan keselamatan di
persekitaran sekolah.
2. Pengawas diminta merekodkan murid yang melanggar peraturan yang dietapkan.
3. Nama yang direkodkan hendaklah dirujuk kepada guru pengawas.
4. Murid yang melanggar peraturan melebihi tiga kali perlu diambil tindakan dengan merujuk
kepada guru displin atau guru bimbingan dan kaunseling.


POLISI 5 : KEHILANGAN HARTA BENDA.


A) MATLAMAT.

1. Memupuk sikap menghormati harta benda orang lain dan hak milik orang.
2. Memastikan harta benda murid selamat berada di sekolah.
3. Memastikan murid dapat menggunakan harta benda mereka dengan selamat.
4. Memupuk tabiat murid cara untuk menjaga harta benda sendiri dengan selamat.

B) RASIONAL

1. Murid tidak hormat kepada hak milik orang.
2. Kehilangan harta benda murid seringkali berlaku dalam sekolah.
3. Murid kurang memberi perhatian terhadap harta benda mereka.
4. Terdapat murid yang suka mengambil harta benda orang lain.

C) POLISI

Memastikan harta benda murid selamat sepanjang masa mereka berada di dalam kawasan
sekolah.

D) TUJUAN / OBJEKTIF

1. Murid berasa senang hati untuk menyimpan barang mereka di sekolah
2. Memupuk pengetahuan mengenai hak milik.
3. Menyemaikan sifat tidak tamak pada murid sejak kecil.
4. Membuat pemeriksaan secara tiba-tiba apabila berlaku kehilangan harta benda.
5. Menyediakan satu tempat khas untuk menyimpan hartabenda murid yang hilang dan
membuat penyiasatan sekiranya ada murid melaporkan kehilangan harta benda mereka
untuk memastikan benda itu kepunyaan murid tersebut.

E) TATACARA UNTUK MURID.

1. Murid dikehendaki / digalakkan menulis nama mereka pada harta benda seperti pensil,
pemadam, kotak pensil, pembaris dan lain-lain.
2. Murid dikehendaki melaporkan dengan segera kehilangan harta benda.
3. Murid tidak dibenarkan membawa harta benda yang berharga ke sekolah seperti rantai
emas, cincin emas dan lain-lain lagi.
4. Murid tidak dibenarkan membawa duit lebih dari RM 5 ke sekolah kecuali hendak membuat
bayaran tertentu.
5. Murid dikehendaki menyimpan harta benda di tempat yang selamat.
6. Murid dikehendaki mempunyai rasa hormat terhadap hak milik orang lain.
7. Murid hendaklah prihatin terhadap harta benda sendiri.
8. Murid yang kehilangan harta benda dikehendaki melaporkan kepada mana-mana guru,
guru-guru bertuga atau guru kebajikan sekolah dengan seberapa segera.

F) TATACARA UNTUK GURU

1. Guru dikehendaki menasihatkan murid agar menulis nama mereka pada peralatan sekolah
seperti pensil, pemadam, kotak pensil, pembaris dan lain-lain.
2. Guru yang menerima aduan kehilangan harta benda murid dikehendaki membawa aduan
tersebut kepada guru kebajikan sekolah.
3. Guru kebajikan sekolah dikehendaki mewujudkan satu ruang khas untuk menyimpan harta
benda yang hilang.
4. Guru kebajikan dikehendaki menyiasat terlebih dahulu kesahihan aduan kehilangan.
5. Setiap harta benda yang diterima dan diserahkan kepada murid perlulah direkodkan di
dalam buku daftar kehilangan harta benda.


G) TATACARA UNTUK IBUBAPA

1. Sentiasa membekalkan alat tulis dan wang yang secukupnya.
2. Sentiasa memastikan alat tulis mencukupi untuk hari esoknya.
3. Memastikan ada nama pada alat tulis anak.
4. Memastikan anak membawa balik alat tulis.
5. Memastikan anak tidak mengambil harta benda orang serta sentiasa memeriksa begnya.
6. Melaporkan kepada pihak sekolah tentang kekerapan berlakunya kehilangan.
7. Sentiasa mengingatkan anak supaya sentiasa peka terhadap harta benda ketika berada di
sekolah.
8. Sentiasa memeriksa wang yang dibaa oleh anak sebelum pergi ke sekolah.
9. Sediakan dompet kecil untuk anak supaya wangnya tidak tercicir.
10. Memastikan anak-anak tidak membawa barang bernilai ke sekolah.









POLISI 6 : KESELAMATAN DI WAKTU PAGI DAN REHAT.

1. KESELAMATAN DI WAKTU PAGI.


A) MATLAMAT

1. Mewujudkan suasana yang selamat di waktu pagi.
2. Memupuk minat membaca di kalangan murid.
3. Memastikan murid-murid menjalankan aktiviti yang berfaedah semasa waktu pagi.
4. Meyakinkan ibubapa terhadap a]keselamatannya anaknya di waktu pagi.

B) RASIONAL.

1. Murid-murid suka kejar mengejar di waktu pagi.
2. Murid-murid membuat kerja yang sia-sia di waktu pagi.
3. Harta benda murid hilang di waktu pagi.
4. Terdapat ibubapa yang risau terhadap keselamatannya anaknya semasa di sekolah.

C) POLISI

Memastikan murid menggunakan waktu pagi dengan bijak dan optimis dalam suasana yang
selamat pada waktu pagi.

D) TUJUAN / OBJEKTIF

1. Mengurangkan / mengelakkan kadar kecederaan murid-murid pada waktu pagi.
2. Melatih murid agar memurnikan masa pagi dengan betul dan optimis.
3. Memupuk dan mengukuhkan budaya berdisplin dalam diri murid-murid.
4. Mewujudkan keyakinan di kalangan ibubapa terhadap keselamatan anak mereka ketika
berada di sekolah.

E) TATACARA UNTUK MURID

1. Sebaik sahaja murid berada di SK Behor Empiang, murid tertakluk dengan peraturan-
peraturan yang termaktub di dalam buku peraturan sekolah.
2. Murid yang berbasikal hendaklah meletakkan basikal di tempat yang disediakan
3. Murid dkehendaki meletakkan beg di dalam kelas.
4. Murid yang bertugas dibenarkan berada di dalam kelas untuk membersihkan kelas
sehingga loceng dibunyikan.
5. Murid-murid lain hanya dibenarkan berada di kantin ( terutamanya murid RMT ), Dataran
Murni dan Dataran SKBE.
6. Murid-murid menggunakan masa tersebut dengan berkualiti seperti berbincang dan
membaca nota atau apa saja perkara yang berkaitan dengan persekolahan.
7. Murid-murid dikehendaki berbaris di tapak perhimpunan selepas loceng dibunyikan.
8. Perhimpunan harian akan dimulakan dengan bacaan doa selamat.
9. Murid akan mendengar dan meneliti buku displin / peraturan sekolah yang akan di bacakan
sekurang-kurangnya seminggu sekali oleh guru mengikut keadaan semasa.
10. Murid diminta membawa buku peraturan sekolah setiap kali ke perhimpunan.
11. Guru bertugas akan memberi taklimat mengenai senario semasa.
12. Perhimpunan akan diakhiri dengan ikrar murid untuk mematuhi peraturan sekolah.

F) PERANAN PENGAWAS.

1. Pengawas bergerak ke tempat-tempat bertugas seperti yang ditetapkan.
2. Pengawas dikehendaki mengawasi tingkahlaku murid-murid supaya berdisplin di waktu
pagi.
3. Mereka juga akan memastikan murid-murid membuat perkara yang berfaedah di waktu
pagi.
4. Pengawas dikehendaki menghubungi dan melaporkan kepada guru bertugas sekiranya
berlakunya kecederaan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

G) PERANAN GURU BERTUGAS.

1. Guru bertugas perlu memastikan murid-murid mematuhi tatacara di waktu pagi supaya tidak
berlaku apa-apa kemalangan yang tidak diingini.
2. Guru dikehendaki meronda kawasan sekolah untuk memerhatikan tingkahlaku murid.
3. Guru perlu menasihati murid supaya membuat sesuatu yang berfaedah seperti membaca
buku dengan senyap, perbincangan dan sebagainya.
4. Jika terdapat murid yang tidak mematuhi peraturan, guru perlu segera menegur atau
memberi amaran kepada murid tersebut.
5. Jika kemalangan berlaku, guru perlu mengambil tindakan segera.

H) TATACARA UNTUK IBUBAPA.

1. Ibubapa hendaklah memastikan anaknya sampai ke sekolah sebelum 7.30 pagi.
2. Ibubapa yang menghantar anak perlu meninggalkan anak di luar pintu pagar sekolah.
3. Ibubapa tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah tanpa urusan.
4. Ibubapa dikehendaki mematuhi tatacara di waktu pagi.

Anda mungkin juga menyukai