Anda di halaman 1dari 2

SJKT DENGKIL ,43800 DENGKIL

JAWATANKUASA 3K UNIT KESELAMATAN


LAPORAN LATIHAN KECEMASAN KEBAKARAN
Tarikh: 29-01-2015
Hari : Khamis
Waktu

: 9.00 pagi

Tempat : PADANG SJKT DENGKIL


Laporan:
Pada 29-01-2015 bersamaan dengan hari Khamis bertempat di Sekolah Tamil
Dengkil, satu sesi latihan kecemasan kebakaran telah diadakan pada pukul
9.00 pagi. Sebelum latihan dimulakan,satu lampiran Peta Laluan Latihan
Kecemasan Kebakaran dan Protokol Latihan Kecemasan Kebakaran telah
dibekalkan ke setiap kelas dan kepada semua kakitangan sekolah.
Taklimat ringkas tentang latihan kecemasan kebakaran telah disampaikan.
Latihan kecemasan kebakaran telah diadakan pada pukul 9.00 pagi dengan
deringan loceng sebanyak 3 kali berturut turut.
Guru-guru, kakitangan sekolah dan murid-murid telah menunjukkan
komitmen yang sangat baik apabila berjaya mengosongkan bangunan hanya
dalam masa 2 minit sahaja. Guru Besar memberi taklimat kepentingan
latihan ini dan tindakan murid-murid serta kakitangan sekolah. Guru Kelas
memeriksa kehadiran murid-murid berdasarkan rekod kehadiran pada hari
tersebut.
Apabila sesi latihan kecemasan kebakaran selesai, murid-murid dan guruguru kembali ke kelas masing-masing dan proses Pengajaran d Pembelajaran
(PdP) telah disambung seperti biasa. Hasil latihan ini dianggap sebagai
berjaya kerana dapat dilakukan dalam tempoh bawah 5 minit.
Guru Besar En.M.Tamilsekaran mencadangakan agar sesi latihan kecemasan
kebakaran ini akan dilakukan semula pada masa hadapan supaya muridmurid, guru-guru dan kakitangan sekolah sentiasa berada dalam keadaan
bersedia dan berjaga-jaga. Hal ini penting dalam memupuk rasa
bertanggungjawab dan mengambil berat tentang aspek-aspek keselamatan
di sekolah.

Laporan disediakan oleh,


...........................................................................
(EN. P.KANAGARAJU)
Tarikh: 02-02-2015

Guru Penyelaras Unit Keselamatan 3K

LAPORAN DOKUMENTASI SESI LATIHAN KEBAKARAN UNIT


KESELAMATAN 3K

Anda mungkin juga menyukai