Anda di halaman 1dari 4

PK01/3

LAPORAN PROGRAM KESELAMATAN

1. Nama Program : Latihan dan Operasi Menyelamatkan Diri Ketika Berlaku

Kecemasan Kebakaran dan Cara Menggunakan Pemadam

Api F.E

2. Tarikh : 18 November 2023

3. Hari/Masa : Jumaat / 8.30 pagi

4. Tempat : Padang/Dewan Sekolah, SK Kampung Keningau

5. Objektif : Untuk memberi penerangan tentang keselamatan semasa

berlaku sesuatu kebakaran serta tunjuk cara yang betul

berkaitan cara-cara menyelamatkan diri sendiri dan cara

menggunakan pemadam api kepada warga sekolah.

6. Sasaran : Semua warga sekolah SK Kampung Keninau

1. Butiran aktiviti : 1. Aktiviti ini dimulakan dengan pihak sekolah membunyikan

loceng kecemasan selama tiga minit untuk melihat kesedaran

dan kepekaan warga sekolah terhadap sesuatu kecemasan.

2. Pegawai Bomba yang hadir memberikan gimik


memadamkan api di kawasan bangunan sekolah dan sedikit
taklimat dan penerangan tentang keselamatan sebelum,
semasa dan selepas berlaku kebakaran kepada warga
sekolah.

3. Ahli Bomba dan Penyelamat berjaya membuat satu


demonstrasi menyelamat mangsa (murid) yang terselamat dari
kebakaran yang berlaku.

4. Guru-guru menunjukkan cara-cara memberi pertolongan


cemas atau proses rawatan bantu mula kepada mangsa
sebelum bantuan ambulan tiba dan juga cara menggunakan
alat pemadam api yang betul.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
2. Penilaian Program : Program berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua

guru kelas dan semua warga sekolah.

2.1 Kekuatan Program : 1. Aktiviti ini melibatkan semua murid termasuk murid-murid

Pra sekolah.

2. Murid-murid berpeluang dan berani bertanyakan soalan

tentang keselamatan kepada pegawai dan ahli bomba

2.2 Kelemahan Program : 1. Beberapa orang murid tidak peka dengan bunyi

loceng kecemasan kebakaran.

2. Kawalan murid yang kurang semasa anggota Bomba

berada di sekolah.

2.3 Penambahbaikan : 1. Guru dan murid perlu sentiasa peka dengan program yang

diadakan.

2. Program perlu dirancang dengan lebih teliti supaya masa

dapat digunakan dengan baik dan dapat mengawal susun atur

murid-murid

3. Dokumentasi Bergambar: Lihat lampiran

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
LAMPIRAN LAPORAN BERGAMBAR

Murid-murid berlari dan berkumpul ke Murid-murid sedang mendengar


padang perhimpunan selepas bunyi taklimat daripada Pegawai Bomba
loceng keselamatan dibunyikan. tentang keselamatan di sekolah.

Demonstrasi ahli bomba sedang Demonstrasi memadam kebakaran


menyelamatkan seorang mangsa dilakukan oleh wakil murid dan guru
(murid) yang terperangkap dalam menggunakan alat pemadam api.
kebakaran.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
Disediakan oleh: Disahkan oleh:

………………………………......... .....................................................
VASCO ALIP MAURICE VISTOR
Penyelaras Unit Keselamatan GPK HEM
SK KAMPUNG KENINGAU SK KAMPUNG KENINGAU

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00

Anda mungkin juga menyukai