Anda di halaman 1dari 11

KAWAD KEBAKARAN SMKBM 2022 1

LAPORAN

PROGRAM DEMONSTRASI LATIHAN KEBAKARAN

BERSAMA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI


SEMBILAN

(Fire Drill)

TARIKH : 19 SEPTEMBER 2022

HARI : ISNIN

MASA : 8.30 Pagi (Sesi Pagi)


4.45 Petang (Sesi Petang)

Disediakan Oleh :

NORHAYATI BINTI MD ZAINUDDIN

SETIAUSAHA 3K
KAWAD KEBAKARAN SMKBM 2022 2

PENGENALAN

Pada 19 hb September 2022, satu Program Kawad Kebakaran (fire drill) telah dibuat
dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mewah dan Balai Bomba
Seremban. Program ini telah dirancang awal di luar pengetahuan guru-guru dan pelajar untuk
menilai tahap kecekapan dan sensitiviti warga sekolah terhadap situasi kecemasan seperti
kebakaran. Penggerak utama latihan kebakaran ini ialah Tuan Pengetua, Dr. Leong Mei Wei.

Pihak sekolah telah menjemput Pegawai Bomba dan Penyelamat dari Jabatan Bomba
Balai Seremban yang diketuai oleh PBK II Tuan Sundarum a/l Nadesan selaku Pegawai
Operasi Balai Bomba dan anggota bomba yang bertanggungjawab membuat demonstrasi
memadam kebakaran pada hari ini.

Secara keseluruhannya seluruh warga sekolah peka dan memberikan kerjasama yang
padu dalam menjayakan program latihan kawad kebakaran ini.

PERJALANAN PROGRAM KAWAD KEBAKARAN

Latihan Kawad Kebakaran bermula pada jam 9.30 pagi apabila loceng kecemasan
(deringan panjang tanpa henti) dibunyikan. Sehubungan itu, seramai 1816 orang pelajar telah
mengikut arahan yang telah diarahkan oleh guru untuk ke kawasan selamat iaitu di padang
sekolah setelah masing-masing dapat mengenalpasti loceng kecemasan tersebut. Guru yang
terlibat pada pagi tersebut adalah 74 orang di samping staf sokongan seramai 14 orang, 8
orang pekerja kantin, 9 orang pekerja pembersihan swasta dan 2 orang pengawal
keselamatan. Ketua-ketua tingkatan membantu dengan mengenalpasti bilangan pelajar
mencukupi, manakala guru matapelajaran yang mengiringi pelajar tadi memeriksa
kedatangan pelajar. Setelah diteliti, semua pelajar dan guru berjaya dan selamat berkumpul di
kawasan padang sekolah.

Catatan masa yang diambil oleh pelajar untuk berkumpul di 3 tempat berkumpul yang
berbeza adalah Tapak 1 (4.50), Tapak 2 (3.38) dan Tapak 3 (4.26) . Piawaian masa yang
ditetapkan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat ialah 3 minit dengan kerjasama catatan
masa yang diambil bersama dengan Pegawai Bomba dan Penyelamat yang hadir untuk
memantau latihan yang diadakan pada hari ini. Pihak Bomba berpuas hati dengan catatan
masa yang dicatatkan oleh murid-murid walaupun tidak mencapai standard atau KPI yang
telah ditetapkan. Pegawai berharap pada masa depan KPI 3 minit yang ditetapkan mampu
KAWAD KEBAKARAN SMKBM 2022 3

dicapai dan mereka ambil maklum keadaan pelajar sekolah kita yang ramai namun jika
berlaku kebakaran sebenar tindakan pantas dan kekal tenang perlu diambil.

Setelah selesai Latihan Kawad Kebakaran, Tuan Pengetua memberi sedikit


penerangan tentang tujuan latihan kawad kebakaran diadakan untuk memberi pendedahan
kepada murid-murid tentang langkah-langkah awal bagi menghadapi kejadian kebakaran
yang boleh berlaku pada bila-bila masa di bangunan sekolah.

Sejurus selepas ucapan Tuan Pengetua, PBK II Tuan Sundarum a/l Nadesan selaku
Pegawai Operasi Balai Bomba telah memberi taklimat tentang jenis alat pemadam api yang
seharusnya ada di sekolah mengikut tempat yang bersesuaian. Dalam sesi kali ini, dua jenis
alat pemadam api yang digunakan iaitu Karbon Dioksida dan Debu Kering. Kebakaran yang
berpunca daripada sumber petrol dan diesel diperlihatkan dengan langkah pemadaman yang
betul dengan menggunakan alat pemadam kebakaran yang bersesuaian iaitu debu kering (dry
powder).

Alat pemadam api ini juga perlu diperiksa sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk
memastikan ia berada dalam keadaan yang baik dan sedia untuk digunakan. Sebelum
menggunakannya, haruslah dipastikan jenis pemadam api itu terlebih dahulu kerana jika
terguna jenis yang salah ia akan mendatangkan kesan kebakaran api menjadi bertambah
marak.

PENUTUP

Latihan Kawad Kebakaran ini telah berlangsung seperti yang dirancang. Namun
begitu terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki pada masa hadapan iaitu tempoh masa yang
diambil untuk berkumpul perlu mengikut standard yang telah ditetapkan oleh Jabatan Bomba
dan Penyelamat. Selain itu, ketua-ketua bahagian yang bertanggungjawab memeriksa
kedatangan pelajar perlu diwujudkan pada masa hadapan dalam memastikan program Kawad
Kebakaran ini dapat dijalankan dengan jayanya. Ingatan kepada pelajar agar tidak berasak-
asak semasa dalam usaha untul keluar dati bangunan ke tempat selamat. Sehubungan itu,
latihan ini telah berjaya mewujudkan nilai kerjasama, bantu membantu, keprihatinan dan
sensitiviti seluruh warga sekolah.
KAWAD KEBAKARAN SMKBM 2022 4

Laporan disediakan oleh,

……………………………………………...
(Norhayati Binti Md Zainuddin)
Setiausaha,
Jawatankuasa Bertindak Keselamatan,
Jawatankuasa 3K.
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mewah,
70100 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus

Disemak oleh,

.......................................
(Pn. Vijaya Rani a/p Ponniah)
PK Hal Ehwal Murid
Jawatankuasa Bertindak Keselamatan,
Jawatankuasa 3K.
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mewah,
70100 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus

Disahkan oleh,

.......................................
(Dr. Leong Mei Wei)
Pengerusi
Jawatankuasa Bertindak Keselamatan,
Jawatankuasa 3K.
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mewah,
70100 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
KAWAD KEBAKARAN SMKBM 2022 5

ATURCARA PROGRAM

9.30 Pagi : Loceng kecemasan berbunyi

9.40 Pagi : Guru mengambil kedatangan pelajar mengikut kelas masing-masing

10.00 Pagi : Pegawai bomba memberi penerangan tentang latihan kawad


kebakaran, jenis-jenis pemadam api dan langkah menggunakan alat
pemadam api.

10.25 Pagi : Pegawai bomba membuat tunjuk cara/ demonstrasi memadamkan api
dengan menggunakan alat pemadam api jenis debu kering (dry
powder) dan karbon dioksida.

Latihan memadamkan kebakaran dari wakil-wakil pelajar dan guru

11.00 Pagi : Latihan selesai. Pelajar bergerak ke kelas masing-masing untuk


berehat. Guru mengiringi pegawai bomba dan penyelamat ke bilik
jamuan.
KAWAD KEBAKARAN SMKBM 2022 6

LAMPIRAN
LATIHAN KAWAD
KEBAKARAN
SMK BUKIT MEWAH
2022
KAWAD KEBAKARAN SMKBM 2022 7

Pelajar dari Blok A dan B sedang berkumpul di


Tapak Berkumpul 1

Proses menyemak dan mengambil kehadiran


pelajar sedang dilakukan

Pelajar dari Tapak Berkumpul C sedang bergerak


ke Pavilion setelah semakan pelajar dibuat
KAWAD KEBAKARAN SMKBM 2022 8

Semakan kehadiran di Tapak Berkumpul B bagi


pelajar dari Blok C, D dan E

Anggota bomba bersama barisan guru mengambil


tempat untuk sesi taklimat Latihan Kebakaran
oleh Pegawai Bomba En. Sundarum.

Sekalung penghargaan kepada


Tuan PBK II Tuan Sundarum a/l Nadesan
KAWAD KEBAKARAN SMKBM 2022 9

Sekalung penghargaan kepada Tuan Pengetua, Dr


Leong Mei Wei kerana memberi 100% sokongan
penganjuran Latihan Kebakaran ini

Sijil Penghargaan dari sekolah untuk Pihak Bomba


kerana sudi datang berkhidmat untuk Latihan
Kebakaran ini
KAWAD KEBAKARAN SMKBM 2022 10

Demonstrasi yang melibatkan wakil dikalangan guru dan pelajar dalam usaha memadamkan
api dengan alat pemadam api yang bersesuaian dengan punca api tersebut
KAWAD KEBAKARAN SMKBM 2022 11

Barisan Pentadbir, AJK Pelaksana dan Anggota Bomba

Anda mungkin juga menyukai