Anda di halaman 1dari 5

SMK ALAM BERAJA

73430 GEMAS,
NEGERI SEMBILAN

LAPORAN UNIT KAWAT KECEMASAN DAN


LATIHAN KEBAKARAN

2017

TARIKH: 30 Ogos 2017

TEMPAT: SMK ALAM BERAJA

DISEDIAKAN OLEH:
MOHD AL ASYRAF ABD RAHIM
(SETIAUSAHA KAWAT KECEMASAN)

“CEGAH SEBELUM PARAH”


Laporan Latihan Kebakaran

1.0 TARIKH : 30 Ogos 2017


2.0 TEMPAT : SMK ALAM BERAJA
3.0 SASARAN : SELURUH WARGA SMK ALAM BERAJA
4.0 LAPORAN :

Latihan kebakaran biasanya diadakan dua kali setahun bagi memenuhi


peraturan keselamatan bangunan yang ditetapkan oleh pihak yang berwajib. Oleh
itu, pihak hal ehwal murid Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Beraja berjaya
untuk mengadakan latihan kebakaran sebanyak 4 kali bagi tahun 2017. Program ini
dilaksanakan bertujuan memberi kesedaran betapa pentingnya bertindak pantas
menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran sebenar di sekolah. Secara
keseluruhan masih perlu penambahbaikan terutama waktu 'alert' bagi murid dan
guru apabila mendengar loceng kecemasan. Tindakan pantas guru diperlukan
dalam mengatur perjalanan proses penyelamatan atau 'evacuation' murid-murid
dengan melalui laluan yang telah ditetapkan oleh pihak bertanggungjawab. Murid
murid sebenarnya telah diberi taklimat mengenai latihan kebakaran namun terdapat
segelintir yang masih mengambil mudah mengenai latihan ini. Masa mengosongkan
bangunan bagi latihan kedua ini mengikut waktu yang telah ditetapkan oleh pihak
Bomba iaitu selama 2 minit 55 saat. Bagi proses kiraan murid bagi mengenal pasti
jika ada murid yang tertinggal atau keciciran, proses tersebut berjalan dengan lancar
dan guru tingkatan serta pembantu adalah bertanggungjawab bagi kelas masing
masing. Jumlah kehadiran murid pada hari tersebut adalah 400 orang. Untuk
tambahan, pada tahun ini juga,pihak sekolah telah berjaya mengundang pihak
Bomba dari cawangan Serting untuk bersama sama berkongsi ilmu dalam
pengendalian alatan mencegah kebakaran.
Alat pemadam api atau ' fire extinguisher' sebanyak 52 buah telah
tamat tempoh akan di isi semula (refill) pada awal tahun hadapan seperti yang
dibincangkan bersama GPK HEM bergantung kepada sumber kewangan sedia ada.
Bagi alat pemadam api kekal ataupun getah pemadam api di sekitar blok bangunan,
telah dibaik pulih oleh kontraktor yang dilantik oleh pihak berwajib. Rumah pam air
telah diperbaiki dan boleh digunakan. Pemadam api kekal juga berfungsi seperti
yang dikehendaki. Namun yang demikian, dukacita dimaklumkan bahawa kotak
loceng kecemasan yang dilindungi oleh kaca telah dirosakkan oleh pihak tidak
bertanggungjawab dan ini menjadi suatu masalah. Penambahbaikan dari masa ke
semasa akan dilakukan.
Pelaksanaan

1. Siren dibunyikan tepat pukul 9.45 pagi.


2. Guru-guru dan murid bergerak untuk mengosongkan bangunan seperti yang
diarahkan oleh ketua blok masing-masing.
3. Cara-cara pengungsian bangunan diperhatikan oleh ketua insiden.
4. Pasukan penyelamat membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada penghuni
yang berada di dalam bangunan.
5. Pengungsian bangunan mengambil masa lebih dari 3 minit dan ini tidak
menepati masa yang sepatutnya.
6. Takimat ringkas diberikan oleh setiausaha kawad kecemasan.
7. Latihan kawad kebakaran akan dilaksanakan untuk memastikan pergerakan
dengan lebih lancar.

Masalah

1. Murid-murid bergerak lambat, ada yang masih kurang prihtin dengan bunyi
lonceng kecemasan.
2. Ada guru yang tidak mengarah murid keluar dari kelas sehingga diarah oleh
petugas.
3. Murid-murid tidak begitu serius dengan siren kecemasan

5.0 ISU PENAMBAHBAIKAN:


Secara keseluruhannya, Latihan Kebakaran kali pertama,kedua dan
ketiga ini adalah pendedahan yang terbaik buat guru dan murid agar sentiasa peka
dengan keadaan sekeliling serta sentiasa ingat-mengingatkan antara satu sama
dengan yang lain. Secara am nya, guru di ingatkan agar sentiasa bersedia dengan
keadaan sekeliling dalam memastikan keselamatan murid. Satu perkara lagi adalah
berkaitan tentang loceng kecemasan yang mengikut aduan guru tidak terlalu kuat
dan perkara ini perlulah diberikan perhatian. Alat pemadam api pula akan selalu
dipantau agar sentiasa boleh digunakan bila perlu.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

_____________________ _____________________

MOHD AL ASYRAF B ABD RAHIM ZAKARIAH B SAHID


SETIAUSAHA 'FIREDRILL' GPK HEM
SMK ALAM BERAJA SMK ALAM BERAJA

Anda mungkin juga menyukai