Anda di halaman 1dari 2

BIDANG TUGAS UNIT KEBAKARAN DAN KECEMASAN

1. KEBAKARAN  Memastikan alat pencegahan kebakaran dalam keadaan sedia pakai.  Memastikan alat pencegahan kebakaran berada di tempat yang strategik.  Merancang, mengendali latihan kecemasan dari semasa ke semasa dengan bantuan pihak berkuasa terbabit.  Menyediakan pelan laluan untuk tindakan warga sekolah semasa menghadapi kecemasan.  Melatih petugas kecemasan untuk menghadapi sebarang kecemasan.  Menghubungi pihak berkuasa untuk latihan, ceramah, dan penerangan mengenai pencegahan kebakaran dan kecemasan.

2. KESELAMATAN JALAN RAYA  Mengadakan ceramah keselamatan jalan raya dengan bantuan pihak polis  Melatih murid tentang keselamatan jalan raya.  Membuat laporan polis jika berlaku kemalangan jalan raya di persekitaran sekolah.  Memaklumkan kepada ibu bapa murid yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.  Membantu mangsa kemalangan mendapat rawatan segera.  Mencatatkan kes kemalangan yang berlaku di persekitaran sekolah atau yang melibatkan murid dan guru semasa persekolahan.

3. LAIN-LAIN BENTUK KECEMASAN  Mengadakan sesi penerangan mengenai kecemasan yang sering berlaku  Menggalakan murid untuk bersiap sedia menghadapi kecemasan  Memastikan terdapat kawalan keselamatan untuk berlindung semasa kecemasan  Menyediakan pelan tindakan seluruh warga sekolah jika berlaku sebarang kecemasan  Menyediakan laporan lengkap mengenai kecemasan yang berlaku. Berhubung dengan pihak berkuasa berkenaan jika berlaku kecemasan

Budaya Sekolah Selamat Sekolah selamat merupakan sebuah infrastruktur yang mampu merangsang kepercayaan menyeluruh kepada ibu bapa terhadap pihak sekolah. Maka dengan itu, pihak Sekolah dan PIBG sekolah bergabung tenaga dalam mengadakan budaya sekolah selamat. Dalam budaya ini, Ibu bapa dan murid telah diberikan panduan buku keselamatan secara menyeluruh yang meliputi aspek keselamatan diri, keselamatan harta benda, jenayah dan juga keselamatan terhadap gangguan seksual terhadap pelajar. Dengan terlunasnya dan kesedaran budaya ini terhadap ibu bapa khususnya sering menghantar anak-anak mereka dengan selamat malah berdasarkan pemerhatian saya ketika menjalani ROS di SMKKJ, saya mendapati guru pengiring kami iaitu En. Azizan B. Abd Hamid mengambil gambar bumbung bangunan yang rosak akibat hujan lebat. Gambar yang diambil itu akan dijadikan bukti kepada PPD dan meminta pihat PPD Sungai Petani supaya mengambil tindakan lanjut untuk memperbaiki bangunan yang telah rosak.

Perkara ini menunjukkan keselamatan murid amat dititkberatkan dan

budaya

mewujudkan sekolah selamat menjadi perkara penting oleh setiap guru di sekolahMenengah Kebangsaan Khir Johari.

Anda mungkin juga menyukai