Anda di halaman 1dari 3

NAMA MUHAMMAD DANIAL HAKIM BIN NASARUDIN

ANGKA GILIRAN 2021012310125


NO MATRIK P21014760
PROGRAM PPISMP
OPSYEN RBT (SK)
NAMA KURSUS RBTS 1124 TEKNOLGI ELEKTRIK
TAJUK TUGASAN TUTORIAL M1 (AKTIVITI 1) (INDIVIDU)

CADANGAN LATIHAN KEBAKARAN PERINGKAT SEKOLAH


1.0 PENDAHULUAN
Aspek keselamatan adalah elemen yang paling penting dalam semua institusi, pihak sekolah
di bawah Unit Keselamatan mengambil inisiatif untuk mengadakan program latihan kebakaran
yang akan meningkatkan tahap kesedaran murid. Program ini dirancang untuk memberi
pendedahan kepada semua warga sekolah mengenai keselamatan diri dan keselamatan
bengkel dan persekitaran.

2.0 RASIONAL
Memupuk tanggubgjawab, kerjasama dan perasaan prihatin warga sekolah terhadap
keselamatan sekolah.

3.0 OBJEKTIF
- Menanam perasaan cintakan sekolah.
- Sentiasa bersiap sedia dalam apa jua keadaan.
- Mengajak murid kearah kesedaran keselamatan.
- Menambah pengetahuan berkaitan keselamatan kepada murid-murid.
- Memupuk keprihatinan untuk menjaga keselamatan.

4.0 MATLAMAT
- Mempertingkatkan penghayatan tentang keselamatan.
- Melahirkan murid yang prihatin.
- Melahirkan insan yang berpelajaran dan berpendidikan luas.
- Mempertingkatkan kefahaman, pengetahuan dan kesedaran dalaman dikalangan guru dan
murid.
- Melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.

5.0 SASARAN
- Semua murid tahun 1, 2, 3, 4, 5, 6 dan semua warga Sekolah Kebangsaan Maju Jaya
6.0 BUTIRAN PROGRAM
Tarikh: 18 Februari 2022
Hari: Jumaat
Masa: 09.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat: Tapak perhimpunan

7.0 AKTIVITI
- Latihan kebakaran atau latihan pengosongan bangunan. (Penggera kebakaran akan
dibunyikan).
- Taklimat keselamatan.
- Demontrasi memadam kebakaran oleh pihak bomba.
- Pameran oleh pihak bomba.

8.0 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN SEMASA MENGENDALIKAN LATIHAN


KEBAKARAN
- Membunyikan penggera kebakaran.
- Membuat pengumuman siaraya.
- Cuba memadamkan kebakaran jika kebakaran itu kecil.
- Menghubungi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pasukan Keselamatan
Kebakaran. Pengawal Keselamatan dan pihak penyenggara bangunan.
- Menghentikan mesin atau proses kerja dan memutuskan bekalan kuasa.
- Memastikan semua dokumen penting disimpan dan dikunci di dalam kabinet besi.
- Berkumpul ditempat yang selamat (Assembly Point AP) dan merekodkan kehadiran.
- Mengosongkan bangunan. (Pengusiran).
9.0 PELAN KEBAKARAN SK MAJU JAYA

Pelan kebakaran
SK MAJU JAYA

Rajah 9.0 di atas menunjukkan pelan kebakaran SK MAJU JAYA.

10.0 SENARAI PELAN KESELAMATAN


- Terdapat laluan murid dari setiap kelas.
- Terdapat laluan murid dari bilik KH / bengkel RBT.
- Kesemua laluan ini menuju ke tempat berkumpul (Assembly Point AP)
- Menyemak dan mengambil kedatangan setiap murid.

11.0 KEPENTINGAN KESELAMATAN KEBAKARAN


- Dapat mencegah dan mengawal risiko kebakaran yang mungkin berlaku di sekolah.
- Dapat mengawal emosi dan tekanan jika berlaku kebakaran yang sebenar.
- Seluruh warga sekolah sudah mengetahui apa yang perlu dilakukan jika berlaku kebakaran
sebenar.
- Dapat mengelakkan kerugian yang besar atau kemusnahan peralatan atau harta benda
sekolah.
- Kesejahteraan hidup akan terjamin.
- Keselamatan warga sekolah dan orang di sekliling terpelihara.

Anda mungkin juga menyukai