Anda di halaman 1dari 1

PENDAHULUAN

Memandangkan aspek keselamatan merupakan elemen yang terpenting dalam semua institusi,
pihak sekolah di bawah Unit Keselamatan mengambil inisiatif untuk mengadakan program
yang berbentuk peningkatan dan keselamatan murid. Program ini diadakan untuk memberi
kesedaran kepada warga sekolah betapa pentingnya isu keselamatan diambil berat oleh semua
pihak. Program ini telah dirancang dalam dua siri bagi melengkapkan semua yang terlibat
dengan pengetahuan keselamatan yang secukupnya. Diharapkan dengan adanya program ini
akan memberikan impak yang besar kepada tahap keselamatan sekolah kita InsyaAllah.
RASIONAL
Memupuk rasa prihatin warga sekolah terhadap keselamatan sekolah pada setiap masa dan
ketika.
OBJEKTIF
Menanam perasaan cintakan sekolah.
Sentiasa bersiap sedia dalam apa jua keadaan.

Mengajak murid kearah kesedaran keselamatan.

Menambah pengetahuan berkaitan keselamatan kepada murid-murid.

Memupuk keprihatinan untuk menjaga keselamatan.

MATLAMAT
Memertingkatkan penghayatan tentang keselamatan.
Melahirkan murid yang prihatin.

Melahirkan insan yang berpelajaran dan berpendidikan luas.

Mempertingkatkan kefahaman, pengetahuan dan kesedaran dalaman dikalangan guru


dan murid.

Melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.

SASARAN
Semua murid tahun 1, 2, 3, 4, 5, 6 dan semua warga Sekolah Kebangsaan Ringlet.
BUTIRAN PROGRAM
Tarikh: 13 Julai 2012
Hari: Jumaat

Masa: 09.00 pagi 12.00 tengahari

Tempat: Tapak perhimpunan

AKTIVITI
Latihan kebakaran atau latihan pengosongan bangunan
Taklimat keselamatan

Demontrasi memadam kebakaran

Pameran

Anda mungkin juga menyukai