Anda di halaman 1dari 1

1. Bagaimana aspek kaunseling dan psikologi boleh membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

Guru memainkan peranan penting dalam mengambil tindakan dan pendekatan bagi mengelakkan pelajar
daripada mengalami masalah psikologi. Sudah tentu guru tidak dilatih untuk menjadi pakar dalam kesukaran
dan intervensi psikologi; namun guru sentiasa terlibat dalam interaksi dan komunikasi secara langsung
mahupun tidak langsung (secara peribadi dan profesional) dengan pelajar kerana mereka menghabiskan
banyak masa dengan guru. Guru dapat memberikan maklumat penting mengenai tingkah laku dan fungsi
mereka dan membantu profesional merancang intervensi yang sesuai

2. Apakah kesan COVID -19 kepada pelajar dan guru?

Pada zaman pandemik COVD19 ini teknologi telah mengubah hampir setiap aspek kehidupan kita dan juga
pendekatan sistem pendidikan di seluruh dunia turut terkesan dan perlu diperbaharui. Pendidik disarankan
untuk memanfaatkan revolusi digital dan mengadaptasi teknologi baru untuk membantu pelajar mencapai
potensi penuh mereka. Walaupun ada daripada masyarakat memandang teknologi sebagai medium
penyebaran bagi generasi muda sahaja, walhal teknologi ini telah tersedia sekian lama cuma penggunaannya
jarang diaplikasikan dalam kehidupan disebabkan tiada keperluan dan dianggap menyukarkan.

Walau bagaimanpun, tahap kesediaan institusi pendidikan dalam melaksanakan langkah-langkah berkesan
semasa pandemik adalah masih samar. Namun begitu, keseluruhan negara-negara yang terjejas ini masih
perlu memastikan langkah berjaga-jaga supaya sekolah tidak menjadi punca penyebaran wabak virus yang
berbahaya ini. Pelbagai kaedah pengajaran yang bersesuaian telah dirancang bagi meneruskan sesi
persekolahan sepanjang pandemik ini.

3. Sejauh manakah anda mengenali pelajar anda?

Salah satu faktor yang paling penting untuk kejayaan pelajar dalam bilik darjah terutamanya pada awal tahun
adalah dengan cara berhubung dengan pelajar kita. Dari situ dapat diperhatikan pelajar ini datang dari
pelbagai latar belakang. Kemampuan untuk mengetahui kesalahan dalam pemikiran pelajar lebih mudah
dilihat jika kita mengenali pelajar itu. Sebagai seorang guru berpengalaman, saya tidak perlu mengenali
mereka secara individu lebih jauh daripada mereka memilih untuk berkongsi maklumat peribadi mereka
dengan saya. Ada yang memilih untuk memberi tahu saya banyak tentang kehidupan peribadi mereka dan ada
yang tidak, dan itu benar-benar terserah kepada mereka. Saya pasti dengan cara ini ianya dapat membantu
saya mengajar mereka dengan lebih berkesan dengan pelbagai pendekatan yang berbeza.

4. Apakah strategi anda untuk memotivasikan pelajar anda sepanjang PKP ini?

Antara strategi dalam PDPR sepanjang PKP ini adalah dengan menggunakan pendekatan-pendekatan yang
menarik dan mudah bagi kesemua pelajar terutama dalam menarik minat pelajar sepanjang pengajaran dan
pembelajaran dilanksanakan seterusnya tidak membebankan mereka. Pilih instrument yang bersesuaian
supaya pelajar dapat memberi perhatian dalam pembelajaran atas talian kerana murid bebas tanpa kawalan
guru di persekitaran. Sentiasa mengambil peduli atas kekurangan dan kekangan yang dihadapi pelajar dan
keluarga sepanjang PDPR.

Anda mungkin juga menyukai