Anda di halaman 1dari 1

TINDAKAN SUSULAN MINGGU KEEMPAT

Bagi mengelakkan murid ini mengganggu rakan sekelas ketika proses pengajaran
dan pembelajaran yang akan dijalankan kelak, guru boleh memanggil murid tersebut
untuk sesi kaunseling individu. Menurut Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim dan Halimatun
Halaliah Mokhtar (2006), manusia itu unik. Tidak akan ada dua individu yang sama
bahkan kembar seiras sekalipun. Setiap manusia mempunyai nilai, persepsi, dan
hasrat yang berbeza.

Saya akan mengaplikasikan teknik kaunseling secara sistem token iaitu


dengan memberikan token terhadap tingkah laku yang diingini. Selain itu, saya juga
perlu cuba membina hubungan yang baik bersama dengannya dengan bertanyakan
tentang diri mereka, keluarga mereka dan minat murid ke sekolah dengan harapan
makin banyak yang diketahui tentang seseorang, lebih mudah untuk memahami
sikapnya. Saya akan membuat penerokaan untuk mengetahui sebab-sebab murid
tersebut selalu mengacau rakan sekelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Setelah mengetahui dan memahami seseorang murid dengan lebih
dekat, mungkin dapat dikenal pasti punca mereka berkelakuan tertentu. Oleh itu,
saranan yang sesuai boleh diberikan agar murid tersebut tidak terus berkelakuan
yang kurang menyenangkan guru.

Selain itu, selalu berinteraksi dengan bertanya khabar atau menegur murid
bila mana bertemu dengannya akan menambahkan lagi rasa senang hati di dalam
diri murid. Murid akan merasakan dirinya lebih dihargai. Jika sebelum ini, murid itu
hanya dimarahi kerana berbuat nakal, kali ini dia rasa dihargai. Kebarangkalian
untuk murid tersebut bertingkah yang kurang menyenangkan kelak akan
berkurangan.

Anda mungkin juga menyukai