Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN TINDAKAN SUSULAN MINGGU KEDUA

Pada minggu ini, saya telah dapat mengesan masalah komunikasi yang tidak
berkesan. Murid-murid tidak menumpukan perhatian semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Ini kerana berlakunya proses kuminikasi yang tidak
berkesan.

Bagi mengatasi masalah ini, saya telah cuba mengaplikasikan teknik-teknik


pengajaran dan pembelajaran yang disarankan; di mana ianya merangkumi corak
kepimpinan guru (demokratik), unsur kecindan, komunikasi dan interaksi
(pengunaan nada suara yang pelbagai), serta kemahiran-kemahiran lain yang
dirasakan bersesuaian untuk menarik perhatian murid-murid ketika belajar.

Saya juga memastikan set induksi dilaksanakan dengan baik serta aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam keadaan yang selesa. Saya
sentiasa berusaha melakukan aktiviti yang pelbagai bagi mengelakkan murid berasa
bosan dengan p&p yang disediakan.

Hasilnya, murid semakin memberikan perhatian semasa sei pengajaran dan


pembelajaran dijalankan. Saya mendapati bahawa guru perlu memainkan peranan
yang sangat penting dalam menjadikan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran
menarik.

Anda mungkin juga menyukai