Anda di halaman 1dari 18

Pedagogi:

Kenapa belajar pedagogi?

 Membantu guru tersebut memahami prinsip-prinsip penagajaran dan


pembelajaran
 Memudahkan seorang guru tersebut merancang pengajaran harian dengan baik
dan mudah.
 menjadikan guru lebih bersedia dalam meyediakan bahan-bahan bantuan
mengajar yang lebih menarik dan bermakna.
 guru tersebut akan lebih mudah dalam memilih kaedah pengajaran yang
bersesuaian dengan tahap penerimaan murid-muridnya.
 Berupaya untuk menggunakan set induksi yang menarik supaya dapat
memulakan pelajaran yang berjaya menarik minat murid-murid.

Ciri-ciri pengajaran yang baik

i. Alat bantu mengajar (ABM) membekalkan satu dasar untuk perkembangan


pembelajaran murid dan menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal. Alat
bantu mengajar (ABM) menolong menjadikan pembelajaran murid-murid
lebih mendalam tentang kefahaman isi pengajaran.

ii. Kaedah mengajar berpusatkan murid, meningkatkan penglibatan murid dalam


proses pengajaran danpembelajaran dan bertujuan untuk:

 menggalakan murid menjadi aktif dan tidak pasif


 meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi
 menambahkan keyakinan diri
 memberi murid peluang membuat penyampain dan bercakap
 menggalakkan murid menghasilkan idea dan memberi pendapat
 menggalakkan murid membina ilmu
 mewujudkan suasana kerjasama di kalangan murid

Model Pengajaran Rasulullah


 Teknik mengajar secara beransur-ansur.
~ Rasulullah cukup menitikberatkan konsep bernsur-ansur di dalam memberi
pengajaran.
~ Rasulullah sentiasa mendahulukan perkara yang lebih penting ke atas perkara yang
penting dan mengajar satu persalu dan secara beransur-ansur
~ agar mudah difahami dan mudah dingati oleh para sahabat

 Teknik komunikasi jelas dan mudah


~ Teknik ini digunakan oleh Rasulullah s.a.w. unluk memudahkan kefahaman kepada
pelbagai golongan dan lapisan masyarakat.
~ Memudahkan para sahaba mengikutinya, akan menambankan keberkesanan
pengajaran baginda.

Kaedah dan Teknik Pengajaran

 Bercerita
~ Boleh meningkatkan minat dan membina apresiasi serta menikmati kesusasteraan.
~ Dapat memperkayakan pengajian pelbagai bahasa dan membekalkan pelbagai
pengalaman
~ Mengembangkan kemahiran mendengar dan memotivasikan pelajar untuk
membaca.

 Perbincangan

~ Membentuk suatu pandangan dan harus berkebolehan memudah cara pelbagai


pertukaran idea dalam kalangan pelajar.
~ Menggalakkan pelbagai pembelajaran yang merangkumi kandungan, kemahiran,
sikap dan proses-proses pembelajaran

Strategi Pengajaran
Seorang guru yang mask bilik darjah menggunakan pendekatan berpusatkan guru
akan memperlihatkan ciri-ciri berikut:
• guru bercakap lebih daripada pelajar semasa pengajaran;
• pengajaran ditujukan kepada seluruh kelas;
• buku teks merupakan panduan untuk apa yang diajar dalam kelas;
• setiap episod dalam pengajaran ditentukan oleh guru;
• meja dan kerusi diatur dalam barisan , menghadap papan kapur;

Unsur-unsur utama yang dapat kita perlihatkan dalam bilik darjah yang
menggunakan pengajaran berpusatkan pelajar :
• Pengajaran dijalankan secara individu atau kumpulan-kumpulan kecil dan tidak
dialankan secara keseluruhan kelas.
• Pelbagai bahan pengajaran disediakan untuk pelajar menggunakan secara individu
atau dalam kumpulan-kumpulan kecil.

Pendekatan Pengajaran
 Prinsip-prinsip pengajaran secara induktif:
• Guru merancang aktiviti pengajaran yang berkisar daripada conto khusus kepada
suatu generalisasi tau kesimpulan umum.
• Bahan bantu mengajar harus disediakan untuk membantu pelajar membuat
kesimpulan.
 Prinsip-prinsip pengajaran secara deduktif:
Pada peringkat permulaan, sesuatu masalah atau hipotesis diperkenalkan dan
ditakrifkan. Guru dan pelajar mengemukakan cara penelesaian masalah. Dalam
konteks ini, generalisasi yang dikemukakan harus dinyatakan secara eksplisit.
• Penggunaan pendekatan deduktif harus mengikut langkah demi langkah.
• Beberapa contoh digunakan untuk menerangkan generalisasi atau peraturan.
• Berdasarkan contoh yang digunakan, pelajar meniru atau menghafal contoh dan
membentuk contoh lain.
• Pelbagai aktiviti dijalankan untuk meningkatkan pemahaman pelajar terhadap isi
pelajaran yang disampaikan. Latihan menulis untuk mengesan kebolehan pelajar
menguasai kemahiran turut diberikan.
Bahan Bantu Mengajar
menyatakan bahawa terdapat tiga kepentingan alat bantu mengajar iaitu:-

i. Membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya


memainkan peranan sebagai membantu tugas guru di dalam menerangkan isi
pengajaran.

ii. Mengawal disiplin pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran


sedang berlaku.

iii. Mengurangkan kebosanan pelajar semasa berlakunya proses pengajaran


dan pembelajaran.

Talaqqi Musyafahah

 Talaqqi pada bahasa bermaksud pertemuan secara berhadapan atau bersemuka.


Manakala menurut istilah, ialah pertemuan antara guru dan murid secara
bersemuka.
 Musyafahah pula bermaksud sebutan daripada mulut ke mulut yang diambil
dari pergerakan dua bibir dan pada istilah bermaksud murid menerima
pengajaran melalui sebutan guru, melihat pergerakan bibir guru dan
menyebutnya mengikut guru.
 Sebagai contoh, seorang guru membaca sepotong ayat kepada seorang murid,
dan kemudiannya murid itu mengikut contoh bacaan guru secara individu.

Rutin Bilik Darjah


Jenis-jenis Rutin

(a) Rutin Kelas (bukan akademik)


Mewujudkan persekitaran fizikal bilik darjah yang kondusif danmembuat beberapa
peraturan dan prosedur asas bilik darjah untuk memudahkan proses pelaksanaan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
(b) Rutin Pentadbiran
Mengurus pentadbiran bilik darjah secara berkesan kerana ini akan membantu murid-
murid belajar dalam suasana yang selesa dan tenteram. Ini dapat menjimatkan masa
dan tenaga guru serta murid

(c) Rutin Pergerakan Murid


Bertujuan untuk melatih murid agar lebih berdisiplin sewaktu bergerak ke makmal
atau mengikuti aktiviti luar.Contoh rutin pergerakan murid: murid bergerak darii.
aktiviti dalam ke aktiviti luar,ii. aktiviti kelas kepada aktiviti kumpulan,iii. kelas ke
makmal komputer.

(d) Rutin Pengurusan Tugasan


Memastikan kelicinan dalam mengimplementasikan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, guru perlu memberitahu murid tentang hasil pembelajaran yang
diharapkan, apa yang perlu mereka lakukan dan cara mereka mengetahui pencapaian
hasil pembelajaran mereka. Guru juga perlu memantau aktiviti bilik darjah dan
menilai pencapaian murid.

(e) Rutin Pembelajaran


Rutin jenis ini berlaku dalam pada setiap hari dan ini membantu menyokong
aktivitipengajaran dan pembelajaran. Prosedur yang betul sewaktu menjalankan rutin
adalah penting dan murid harus melibatkan diri secara langsung di mana perlu.Contoh
rutin pembelajaran: memungut buku latihan, menanda latihan, mengagihkansumber
dan buku.

(f) Rutin Interaksi


Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah menekankan aktiviti
yangberfokuskan murid. Interaksi seperti interaksi murid-murid dan guru-murid
adalahdigalakkan. Murid perlu tahu prosedur bertanya atau menjawab, perkara
yangdiharapkan semasa berada di pusat pembelajaran semasa
menjalankanperbincangan dan aktiviti bilik darjah yang lain.
Komunikasi atau gangguan bilik darjah

I. Bunyi Bising
Seperti contoh, mesej yang disampaikan tidak diterima dengan baik oleh pelajar
apabila suarapensyarah tidak didengari dalam suasana kelas yang bising. Suasana
yang bising juga berlakuapabila terdapatnya aktiviti-aktiviti yang tidak berkaitan
dengan pengajaran dan pembelajaranoleh pelajar.

II. Halangan fizikal


Halangan fizikal dalam bilik darjah boleh dikaitkan dengan kekurangan kemudahan
misalnyaperalatan elektrik seperti kipas atau penghawa dingin rosak yang
menyebabkan keadaan kelaspanas dan tidak kondusif untuk pembelajaran.

III. Halangan Semantik


Berlaku apabila salah satu penyampai atau penerima maklumat kurang fasihdengan
ayat, maksud, dan perkataan yang digunakan. Keadaan ini akan menyebabkan
maklumattidak disampaikan dengan efektif apabila tahap kefahaman penerima
berbeza dengan pemberimaklumat.

IV. Teknik mengajar yang kurang berkesan


Teknik mengajar yang konventional akan menyebabkan pelajar mudah bosan atau
kurang menumpukanperhatian. Pelajar juga akan hilang minat dalam satu pengajaran
dan pembelajaran yangkonventional apabila interaksi kurang antara penerima
maklumat dan pemberi maklumat.

V. Halangan psiko-sosial
Halangan psiko-sosial juga melibatkan pemikiran atau persepsi pemberi dan penerima
maklumatdalam proses komunikasi tersebut. Seperti contoh pendapat yang
bercanggah diantara pemberidan penerima maklumat kebiasaannya akan
menyebabkan gangguan dalam proses komunikasiapabila maklumat tidak diterima
dengan baik oleh keda-dua pihak.

VI. Penguasaan Bahasa yang lemah


Peguasaan bahasa yang lemah juga mendorong kepada halangan komunikasi dibilik
darjah. Di sesetengah institusi di Malaysia mengamalkan penggunaan bahasa kedua
sepertiInggeris dalam sesi kuliah ataupun medium perbualan. Sekiranya pengguasaan
bahasa yanglemah, penghantar maklumat atau penerima maklumat akan menghadapi
kesukaran untukberkomunikasi dimana maklumat tidak diterima dengan baik.

Disiplin Bilik Darjah


 Sesebuah kelas yang mempunyai disiplin yang baik akan menjamin segala
aktiviti pengajaran pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan
sempurna. Oleh itu, guru bertanggungjawab untuk menentukan peraturan-
peraturan bilik darjah dan memastikannya sentiasa dipatuhi oleh murid-murid
dalam bilik darjah.

Punca Masalah Disiplin Di Dalam Bilik Darjah
Antara punca masalah disiplin termasuk:
 kebosanan, guru telah gagal menyediakan aktiviti yang menarik, mencabar
dan sesuai dengan tahap pencapaian pelajar
 pelajar tidak mampu menyiapkan kerja yang diberi oleh guru kerana terlalu
sukar, kurang jelas dan penggunaan bahasa yang tidak sesuai serta tempoh
masa bagi aktiviti adalah terlalu lama
 pengurusan guru adalah lemah, contohnya bahan bantu visual tidak berfungsi
dan terlalu banyak halangan yang mengganggu kelancaran pengajaran
 keliru dengan ekspektasi guru, guru tidak memberitahu secara jelas dan
eksplisit tentang apa yang diinginkan daripada pelajar.
 Interaksi rakan sebaya, perbualan atau tingkah laku tidak diingini dan
gangguan dari luar sekolah kedengaran dalam bilik darjah

Cara mengatasi
 Salah satu cara efektif dalam pengurusan disiplin bilik darjah ialah guru boleh
mewujudkan peraturan dan rutin tersendiri dalam mengawal tingkah laku di
dalam bilik darjah. Ia sejajar dengan model pengurusan disiplin yang
dicadangkan oleh Lee Canter. Beliau mencadangkan konsep disiplin asertif.
CIRI-CIRI PENGAJARAN BERKESAN

Sesebuah sesi pengajaran dianggap berkesan apabila memenuhi kriteria penilaian aspek-
aspek tertentu yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran…

i. Guru berjaya menyampaikan keseluruhan isi pengajaran melalui strategi tertentu manakala
pelajar menerima pengetahuan secara bermakna.

ii. Perubahan-perubahan yang positif dari aspek kognitif, afektif dan psikomotor akan berlaku
kepada pelajar.

iii. Tahap keberkesanan yang tinggi dapat dicapai melalui perancangan yang mantap dan rapi.
Perancangan bukan terbatas kepada RPH sahaja tetapi juga merangkumi RPT

iv. Guru yang merancang semua aspek pengajaran dengan teliti dapat menyampaikan
pengetahuan atau isi pengajaran dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Kriteria utama dalam menentukan keberkesanan sesuatu sesi pengajaran dan implikasinya
terhadap persediaan mengajar adalah seperti yang berikut:

1. Tercapainya objektif pengajaran bergantung kepada


- Skop/ had isi pengajaran yang hendak disampaikan serta tindakan-tindakan yang akan
diambil oleh guru.

- Objektif pengajaran yang tidak mantap akan menjejaskan proses P&P. Pengurusan masa
tidak cekap dan tidak berkesan.
Terlalu banyak objektif pengajaran : P&P lambat/ sukatan cepat habis
Terlalu sedikit objektif pengajaran : P&P berakhir cepat /sukatan tak habis

2. Penyampaian isi pengajaran tersusun dan lancar


- Penyampaian isi pengajaran merangkumi 3 peringkat iaitu:

(i) permulaan pengajaran meliputi memperkenalkan tajuk, meninjau pengetahuan sedia


ada pelajar, set induksi dan lain-lain lagi

(ii) perkembangan pengajaran meliputi menyampaikan isi pengajaran, membuat aktiviti


dan menilai pengajaran

(iii) peringkat akhir/penutup, membuat rumusan keseluruhan.

3. Pertuturan dan gestur yang berkesan

- Suara - aset terpenting yang dimiliki oleh guru dan harus digunakan secara bijaksana bagi
mencapai kesan yang optima.

- Pertuturan berkesan ditentukan juga oleh intonasi atau penekanan suara secara betul.
Intonasi memudahkan pelajar membezakan isi-isi penting dan memahami fungsi ayat yang
digunakan oleh guru.

- Pertuturan mendatar oleh guru akan membosankan dan menyukarkan pelajar faham.

-Perubahan mimik muka dan penggunaan gestur - pergerakan-pergerakan bahagian tertentu


dapat mengukuhkan mesej yang disampaikan oleh guru.

4. Penggunaan Alat bantu Mengajar

- Memberi peluang kepada pelajar memperolehi pengetahuan melalui penggunaan pelbagai


media.
- Fungsi ABM untuk memudahkan pelajar memahami isi pengajaran.

- Sejauh manakah alat berkenaan dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar?

5. Kaedah pengajaran
- Berpusatkan pelajar

- Pelajar harus dibimbing menggunakan dan memperkembangkan potensi mereka secara


maksimum untuk memperolehi pengetahuan dan kemahiran.

- Pengalaman baru yang berguna haruslah diperoleh melalui interaksi positif dengan
guru, rakan sebaya dan bahan pembelajaran.

- Memupuk perkembangan kemahiran berfikir dan kreativiti dalam kalangan pelajar.

6. Penilaian Proses P&P


- Penilaian adalah proses berterusan.

- Melibatkan proses dua hala iaitu


(i) Guru menilai pelajar
(ii) Pelajar menilai guru

- Melibatkan sebelum, semasa dan selepas

(a) Sebelum : skop topik, tajuk, objektif, contoh-contoh, teknik


(b) Semasa : Penyoalan berkaitan dengan isi dan topik
(c) Selepas : penilaian kendiri tercapaikan objektif, keberkesanan, teknik penyoalan,
tingkahlaku pelajar , suasana pembelajaran, kepuasan diri guru

- Sebaik-baiknya secepat mungkin.

Rumusan
Sebenarnya terdapat berbagai pendekatan dan cara untuk menjadikan pengajaran dan
permbelajaran kita berkesan. Apa yang penting ialah bagaimana kita dapat mengenalpasti
pelajar belajar semasa pengajaran kita.
PEKAT

Maksud Pendekatan:
-cara mengajar berdasarkan objektif yang telah ditentukan
-harus berlandaskan teori,prinsip atau model tertentu
-kenyataanya itu dianggap benar tanpa memerlukan bukti dan alasan
-menyokong sesuatu teori

Pendek kata: ikut ikut satu teori tu pasti aplikasikan dalam P & P

Maksud Kaedah:
-tindakan guru yang sistematik
-bercorak jangka pendek
-usaha keseluruhan terdiri drp prosedur tersusun berdasarkan pendekatan yang
telah dipilih
-menyokong pendekatan yang dipilih

Pendek kata: lebih sistematik,apa langkah2nya drp pendekatan yang kita pilih

Maksud Teknik:
-kemahiran guru mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar yang dilaksanakan
-digunakan dlm langkah pengajaran
-perlu mengambil kira faktor latar kita ( maksudnya kita ada pengalaman atau skill
tak utk sesuatu benda tu)

Pendek kata: dengan kaedah yang kita guna itu,contoh kaedah bercerita…apa teknik
yang perlu ada?intonasi suara,pergerakan tangan,suara yang jelas

Maksud Strategi:
-kebijaksanaan memilih PEKAT berdasarkan objektif pengajaran
-objektif jangka masa panjang
-mengambi kira segala aspek pembelajaran termasuk pemilihan

Pendek kata: apa strategi kita memilih semua tu…strategi ni mestilah jangka masa
panjang utk menentukan sesuatu
Pengurusan bilik darjah:
-pengenalan
-Jenis & ciri
-Konsep
-Implikasi

1. Kenapa pengurusan b. darjah penting?


-mengajar tanpa memikirkan hal dlm bilik darjah seprti suasana fizikal dan
psikososial akan memberi kesan kepada sesuatu P&P

2. maksud pengurusan b darjah


-tindakan dan strategi yg digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik darjah
-utk bina keadaan bl yang kondusif dan urus disiplin murid

3. kenapa peraturan perlu ditetapkan ketika pertama kali guru masuk ke dalam
kelas?
-bagi mengelakkan murid di dalm kelas bertindak dgn kebebasan yg tidak terkawal

4. tindakan yang perlu dilakukan oleh guru baharu


-perlu serius
-elakkan berbaik-baik
-kerana murid akan pandang rendah

5. Fakor fizikal dam psikososial

6. F. Fizikal melibatkan situasi bl yang menarik dan kondusif untuk pembelajaran


-susunan peralatan & kemudahan
-suasana kemas dan ceria
-saiz yg mencukupi
-peredaran udara & pengcahayaan yg baik

7. Psikososial - hubungan antara keperluan emosi individu dgn persekitaran sosial


-enviroment dia bagus ke tak,ada buli tak,suasana mati ke tak

8. Ciri2 persekitaran sosial yang sihat


-suasana selesa dan mesra
-perasaan diterima
-sensetif dan peka kepada pebezaan individu
-peluang yang sama utk semua pelajar
-bebas drp ancaman dan bahaya fizikal

9. Faktor yang memberi kesan kpd persekitaran psikososial yg sihat


-pendekatan pengajaran
-gaya kepimpinan guru
-bentuk komunikasi
-corak interaksi
Pendekatan,Kepimpinan,Komunikasi PKK
10. Jenis2 b. darjah
- tradisi (kelas zaman p.ramlee) memusatkan guru,pasif,tiada aktiviti kumpulan

-KBSR dan KBSM (kelas zaman sekarang) berkumpulan dan penuh interaksi

-mata pelajaran khas (makmal sains,bengkel) ada peralatan,mudah utk mengajar

-terbuka (kelas bebas) murid boleh memilih minat masing, terhad

Penerapan unsur Islam dlm topik ini:


Konsep pengajaran mengikut pandangan Islam

(Tarbiah,Mualim,Murabbi,Muaddib,Mursyid)

Tarbiah:
-pengasuhan,pendidikan berasaskan Al-Quran dan Hadis

Mualim:
-pengajar yang mencurahkan ilmu pengetahuan untuk anak didiknya.

-Lebih menumpukan kepada ilmu akal.

Murabbi:
-pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang
sama cuba mendidik JERIM anak didiknya utk menghayati dan mengamalkan ilmu
yang tentang pelajari.

-bentuk keperibadian,sikap dan tabiat ank didiknya

Mudarris:
-guru

-guru membantu murid2 utk hal2 yg tidak mereka ketahui dan fhm

-sikap dan penampilan guru amat penting

Muaddib:
-Mentor
-pemupuk adab,akhlak,nilai atau proses pembentukan disiplin dan sikap murid bagi
membentuk sahsiah

Mursyid:
-seorang yang pakar dalam memberi tunjuk ajar terutamanya dlm bidang kerohanian
-bertanggungjawab membinbing dan memimpin perjalanan rohani untuk sampai
kepada Allah SWT dalam proses tarbiah yg teratur.

Komunikasi:
Refleksi:

Anda mungkin juga menyukai