Anda di halaman 1dari 4

Dalam kumpulan yang tidak melebihi tiga orang, bincangkan tugasan-tugasan berikut :

a. Bagaimanakah komunikasi berkesan dapat diwujudkan agar objektif PdPc dapat dicapai?
Komunikasi merujuk kepada proses dimana manusia menyebarkan maklumat, idea, sikap dan keadaan
mental seseorang. Ia melibatkan proses verbal dan non-verbal dalam menghantar dan menerima
maklumat. Komunikasi verbal adalah komunikasi menggunakan bahasa yang membolehkan manusia
mengeluarkan idea dan perlakuan. Manakala komunikasi non-verbal adalah komunikasi yang
menggunakan bahasa badan seperti gestur, jarak ungkapan, hentian dan diam, keluhan dan
sebagainya.
Murid dengan keperluan khas berbeza daripada murid normal daripada segi kebolehan mental,
keupayaan fizikal, deria, tingkah laku sosial, keupayaan emosi dan keupayaan komunikasi.
Ketidakupayaan komunikasi secara tidak langsung menghalang kejayaan pembelajaran dan
sosialisasi. Justeru itu, domain yang sangat penting kepada kanak-kanak adalah komunikasi dan
bahasa kerana dengan komunikasi, setiap individu dapat menjalinkan persefahaman, keseronokan,
perhubungan baik, perubahan sikap dan tindakan dengan orang lain. Secara tidak langsung,
komunikasi dapat meningkatkan konsep kendiri kanak-kanak itu.
Di antara contoh amalan komunikasi berkesan yang dapat membantu agar objektif PdPc dapat dicapai
ialah :
i) Mengenali dan memahami murid
ii) Jangan menyinggung perasaan murid
iii) Galakkan penglibatan murid dengan mengelolakan aktiviti
iv) Mengadakan sesi soal jawab dalam PdPc
v) Memberi pujian / token kepada murid
vi) Selitkan gurau-senda dan unsur kecindan
vii) Memberi sokongan kepada murid yang memberi pendapat
Guru juga boleh menggunakan cara komunikasi seperti yang berikut supaya komunikasi antara guru
dan murid dengan lebih berkesan :
i) Gunakan teknik komunikasi / bahasa yang jelas
- penyampaian secara khusus
- nyatakan serta-merta sesuatu perkara atau teguran
- jangan buat penilaian terlalu awal sebelum mendengar dan meneliti
- maklumat yang hendak disampaikan mestilah konsisten dan tidak berubah-ubah
ii) Tunjukkan penghormatan dan kasih sayang
- cakap dengan lemah-lembut
- jawab apabila ditanya
- penuhi permintaan yang munasabah
- minta bantuan murid dengan cara yang sopan
- sedar kasih-sayang lebih berkesan daripada cara yang keras
iii) Elakkan menyebut perkataan-perkataan yang negatif
iv) Kembangkan potensi dan kebolehan diri murid. Jangan perkecilkan kebolehan murid
v) Denagar dengan aktif dan berikan perhatian kepada apa yang dituturkan, isi perkataan dan
selami serta fahami perasaannya
vi) Nyatakan mesej yang tidak boleh secara berhemah dengan cara :
- beri alternatif / cara lain kepada murid
- beri penjelasan kenapa tidak boleh
b. Kepentingan penguasaan kemahiran berbahasa oleh kanak-kanak berkeperluan khas
diperingkat awal dalam membantu perkembangan diri mereka.
Kebanyakan kanak-kanak bermasalah pembelajaran tidak dapat berkomunikasi dengan baik di dalam
kelas mereka. Murid-murid ini memerlukan bentuk komunikasi yang baik dan jelas bagi memudahkan
proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu mengambil kira dalam komunikasi, di mana setiap
mesej yang hendak disampaikan memerlukan tindakan yang sesuai dengan kehendak murid.
Sehubungan ini, komunikasi corak yang bersesuaian berikut boleh diwujudkan di dalam kelas :
i) Komunikasi perseorangan - melibatkan dua orang yang berinteraksi secara bersemuka
ii) Komunikasi kumpulan kecil - himpunan individu yang berinteraksi antara satu sama lain
secara langsung atau tidak langsung. Ini adalah proses di mana sesuatu kumpulan dapat
bertukar-tukar pendapat
iii) Komunikasi umum - melibatkan kumpulan yang lebih besar. Guru perlu berkemampuan
menarik perhatian murid dengan nada suara yang menarik, bijak menyusun kata, tegas dan
juga mempengaruhi
iv) Komunikasi massa - melibatkan penggunaan alat-alat komunikasi seperti televisyen, radio,
internet, akhbar dan majalah
v) Komunikasi bercirikan kekeluargaan - murid digalakkan beralah, menahan rasa marah bagi
mewujudkan hubungan yang harmoni sesama sendiri
Kesan masalah bahasa dan komunikasi boleh dirumuskan sebagai berikut :
i) Prestasi Akademik
- kurang menyumbang dalam perbincangan
- sukar mengorganisasi idea-idea
- gagal mengikut arahan
- sukar mencari perkataan yang tepat
ii) Interaksi Sosial
- tidak suka berinteraksi - biasanya disingkirkan oleh kanak-kanak lain
- bermasalah menguruskan perbualan
- bermasalah memahami peraturan permainan
iii) Kefungsian Kognitif
- bermasalah dalam mengorganisasi maklumat yang diingat
- memberi respon yang lambat
- kurang daya tumpuan
iv) Tingkah Laku
- kerap tantrum dan bergaduh
- menarik diri daripada interaksi
c. Apakah perkara-perkara penting yang perlu diberi perhatian untuk memastikan kanak-
kanak berkeperluan khas dapat bertutur dengan baik?
Kanak-kanak bermasalah pembelajaran biasanya memhadapi empat masalah yang besar dalam
komunikasi iaitu input, integrasi, mengingat dan output. Ketidaktentuan sewaktu berkomunikasi
boleh mewujudkan ketidakberkesanan dalam hubungan sosial murid. Di sekolah, murid dapat
memperkembangkan potensi dan kemahiran sosial bersama-sama rakan-rakan. Tetapi dikalangan
murid bermasalah pembelajaran, mereka mempunyai masalah bersosial dengan rakan-rakan.

Seorang guru yang mempunyai peranan yang sangat penting dalam membantu mereka meningkatkan
kemahiran bersosial dikalangan rakan-rakan mereka. Seorang guru boleh :

 Melantik seorang murid berkeperluan khas sebagai ketua kebersihan atau apa sahaja jawatan
yang penting supaya kanak-kanak ini sedar bahawa mereka sentiasa dihargai guru dan rakan.
Ini juga menunjukkan bahawa guru dan rakan menerima mereka sebagai sebahagian daripada
kelas. Ini akan mendorong mereka supaya lebih berani untuk bersuara
 Sentaiasa menghampiri dan memberikannya senyuman setiap masa. Ini akan mendorongnya
rasa seronok untuk datang ke sekolah
 Sentiasa menegurnya walaupun dia sering mengelakkan diri. Tegurlah dia supaya dia tahu ada
yang sudi bercakap atau berbual dengannya
 Galakkan murid-murid lain supaya sentiasa ada bersama-samanya terutama semasa rehat dan
di dalam kelas. Ini penting supaya dia sedar, dia tidak bersendirian dan ramai rakan
sekelilingnya
 Libatkan murid tersebut dalam perbualan seharian seperti bertanyakan aktiviti pada hujung
minggu, makanan kegemarannya atau hobi di masa lapang
 Sentiasa memberikan pujian kepada murid. Murid akan berasa bangga apabila dipuji
walaupun perkara itu kecil dan akan merasakan dirinya dihargai

Di samping perkara-perkara di atas, elemen-elemen diri guru juga dapat membantu menyampaikan
mesej kepada murid dengan lebih berkesan. Antara elemen yang penting itu adalah :

 Penampilan diri
o Kedudukan kepala, posisi tubuh serta cara berpakaian. Penampilan luar mencipta kesan
yang baik kepada diri murid.
 Muka
o Kelembutan wajah serta mata iaitu lirikan renungan dan sebagainya, mulut sama ada
tersenyum atau tidak. Guru yang digerakkan oleh semangat kelembutan dapat mengalirkan
segala tenaganya kepada tindkan dan seterusnya memberi keberkesanan kepada
pengajarannya
 Suara
o Gaya bercakap terletak pada suara. Suara mestilah jelas dan lantang. Ada guru yang
terlampau cepat bercakap atau suaranya tidak kedengaran. Suara yang jelas dapat menutup
jurang komunikasi antara guru dan murid.
 Sentuhan
o Sentuhan yang sihat dapat meyakinkan murid bahawa kemesraan antara guru dan murid
telah wujud. Murid akan merasakan diri mereka disayangi dan dihargai seadanya oleh guru
mereka.

Anda mungkin juga menyukai