Anda di halaman 1dari 23

1.

0 PENGERTIAN DISLEKSIA Disleksia berasal daripada gabungan perkataan Greek dys yang

bermaksud kesukaran dalam lexis yang bermaksud bahasa. Definisi terkini disleksia adalah sebagai suatu masalah kognitif ( Thomson 1984 dalam Sheila & Samsilah 2006) Mohd. Sharani (2004) menjelaskan maksud disleksia adalah kanak-kanak yang tidak dapat membaca kerana tidak dapat menterjemahkan dengan betul lambang-lambang bertulis sama ada dalam huruf itu sendiri, dalam suku kata ataupun dalam perkataan-perkataan.

Secara literalnya, disleksia bermaksud, kesukaran dalam berbahasa (Ott 1997 dalam Sheila & Samsilah 2006). Definisi operasional disleksia yang pertama dikeluarkan oleh W orld Federation of Neurology (1968) dalam Sheila & Samsilah (2006) adalah seperti berikut: Suatu kecelaruan pada kanak -kanak di mana, meskipun mereka melalui pengalaman bilik darjah konvensional, gagal mengusai kemahiran bahasa seperti membaca, menulis dan mengeja yang selaras dengan kemampuan intelektual mereka.

Kanak-kanak disleksia tidak dapat mengimbangi daya mengingati huruf dengan perkataan dan menghadapi masalah dalam mengingati bentuk huruf, bunyi huruf dan gabungan perkataan. Antara huruf-huruf yang sering

mendatangkan masalah kepada mereka ialah huruf b dan d, dan perkataan yang hampir serupa ejaannya.

Kanak-kanak

disleksia

adalah

lebih

lambat

perkembangannya

berbanding rakan yang sebaya daripada segi umur kronologikal seperti seorang kanak-kanak disleksia berusia tujuh tahun sering berkelakuan seperti kanak-kanak berusia dua ataupun tiga tahun yang mementingkan diri ( Cronin 1997: ms 111 dalam Sheila & Samsilah 2006).

Perkembangan fizikal, mereka tidak berminat dalam pelajaran dan selalu dilabelkan sebagai pemalas dan bodoh. Pakaian yang dipakai sentiasa bersih tetapi tidak kemas dan butang baju sentiasa salah butang. Mereka juga mempunyai daya pengamatan. pendengaran dan penglihatan yang lemah. Kekeliruan juga timbul di mana mereka sukar untuk membezakan kiri dan kanan.

1.1 Punca Punca Disleksia


Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah;

Keturunan atau genitik


o

Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang

dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun

Biologi
o

Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau

ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosalan ini minimum

Kematangan
o

Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangnya pada banagian tertentu dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia

1.2 Jenis-Jenis Disleksia


1)Disleksia Visual Tidak dapat menterjemahkan lambing-lambang bahasa yang ditulis atau dicetak supaya ianya bermakna. Perkataan perkataan atau huruf-huruf yang dilihat terbalik. Sukar mengingati dan mengenal huruf, tidak berupaya menterjemah symbol.

Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik.

2) Disleksia Auditori Tidak dapat membuat pengamatan pendengaran atau tidak dapat membezakan bunyi huruf yang diperdengarkan padanya. Sukar mengingatai bunyi huruf, memahami bunyi mengikut suku kata dan menyusun atau menggabungkan suku kata untuk menyebut perkataan.

Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori

3) Disgraphia Kesukaran dalam mengkoordinasikan tangan dan otot-otot tangan agar dapat menulis dengan baik dan tulisannya dapat dibaca.Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio

3.0 DEFINISI DAN OBJEKTIF UJIAN DIAGNOSTIK Ujian Diagnostik - Mekanisme yang diguna pakai untuk membolehkan guru pemulihan khas mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terpeinci yang dihadapi oleh seseorang murid secara khusus. Jenis Ujian Diagnostik Ujian Pengamatan (UDP) Bahasa Melayu (UDBM) Matematik (UDM)

Tujuan Ujian Diagnostik membantu guru mengenalpasti secara khusus kesulitan- kesulitan yang dihadapi oleh murid membantu guru mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik membolehkan guru merancang dan membina program dan bahan bantu mengejar yang bersesuaian mengikut tahap murid

Bila dilaksana selepas dicalonkan/ hasil daripada Ujian Saringan setelah menguasai satu-satu kemahiran dan bersedia untuk kemahiran baru

Subjek yang diuji BM dan Matematik Ujian Pengamatan sebagai pelengkap kepada pengumpulan maklumat yang mungkin mempengaruhi pencapaian murid

Pembinaan Ujian Sebelum membina sesuatu ujian diagnostik, beberapa perkara utama perlu ditentukan: :

Kemahiran yang hendak diuji Bagaimana hendak menguji individu / kumpulan. Ujian berbentuk lisan dan bertulis lebih sesuai untuk menilai kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran.

Kemahiran tersebut mestilah telah diajar sebelum ia diuji. Kemahiran tersebut hendaklah disusun dari senang ke susah.

Item yang hendak dibina berdasarkan kemahiran yang telah diperincikan terlebih dahulu.

JPU disediakan berdasarkan senarai kemahiran mengikut subjek Jumlah item hendaklah ganjil 5 hingga 9 perlu ada contoh Sebaran aras kesukaran mengikut nisbah 2:2:1 untuk aras senang, sederhana dan susah

Item-item bagi satu kemahiran hendaklah disediakan dalam satu muka surat Bentuk soalan: padanan / suaian pelbagai pilihan / diskriminasi mengisi tempat kosong benar / salah

Pentadbiran Ujian dilaksanakan selepas Ujian Saringan / pemilihan murid telah dibuat secara kumpulan atau individu ujian ini disediakan mengikut turutan kognitif yang paling rendah kepada yang paling tinggi pengetahuan, pemahaman, penggunaan, maka hendaklah dimulakan dengan ujian lisan dan di ikuti dengan ujian bertulis. Ujian Diagnostik lisan dijalankan secara individu, sementara ujian diagnostik bertulis dijalankan secara kumpulan kecil tidak melebihi empat orang dalam satu masa Setiap jawapan murid dalam ujian lisan hendaklah direkodkan pemerhatian guru perlu semasa ujian Berikan masa yang cukup kepada murid untuk menjawab soalan supaya mereka dapat menjawab dengan tenang dan selesa. jika murid gagal menjawab tiga kamahiran secara berurutan hentikan ujian Markah uijan yang diberi tidak penting, tetapi yang penting ialah keterangan-keterangan atau data-data yang diberi

Analisis Ujian dibuat mengikut setiap kemahiran yang diuji jika murid gagal setiap item, analisisnya ialah tidak menguasai kemahiran jika gagal separuh, analisisnya ialah belum menguasai kemahiran Jumlah kesalahan setiap kemahiran yang dilakukan oleh murid hendaklah direkodkan dalam Borang Analisis Setiap kesalahan dan kesilapan murid hendaklah direkodkan untuk menjadi panduan kepada guru pada satu masa yang lain

Penyediaan Objektif pengajaran dan pembelajaran Keputusan analisis ujian diguna untuk merangka obektif p & p Contoh: Analisis: Belum menguasai kemahiran abjad kecil mengikut urutan Objektif: Dapat menyebut abjad kecil secara berurutan dengan betul

3.1 ANALISIS UJIAN DIAGNOSTIK Pada 7-11 Mac 2011 yang lalu,saya telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Ampangan. Selama 5 hari di sana, saya telah menetap atau berada di kelas pemulihan,bersesuaian dengan major saya iaitu pemulihan,untuk mengenal pasti dan menjalankan kajian saya terhadap murid-murid pemulihan di sana. Jadi saya telah memilih seorang murid dari tahun 2,iaitu Muhd Fitri untuk menjadi kes kajian saya kali ini.Saya telah menjalankan ujian yang berlandaskan kepada matematik sosial,iaitu matematik dalam kehidupan seharian.

Ujian pertama adalah memadankan waktu dengan gambar yang sesuai. Ujian ini meminta pelajar menganalpasti dan mengaitkan aktiviti yang dilakukan dengan waktu yang sesuai dalam sehari. Seperti waktu pagi,petang,tengah hari dan malam. Didapati murid ini,fitri, dapat mebezakan waktu dengan aktiviti yang ada didalam gambar. Seterusnya ujian kedua meminta murid untuk menganal pasti masa iaitu menamakan bahagian-bahagian pada muka jam. Disini diletakkan beberapa waktu untuk dipilih oleh pelajar berdasarkan gambar jam yang diletakkan. Didapati murid ini dapat mengenal pasti waktu dengan membezakan diantara jarum kecil dan jarum besar. Ujian yang ketiga tidak jauh beza dengan ujian yang kedua iaitu menamakan waktu. Tetapi ujian ini berbeza sedikit dari ujian yang kedua iaitu ujian ini meminta murid menyatakan waktu dalam bentuk pecahan jam.Didapati murid in tidak dapat mengenal pasti waktu apabila jarum panjang diletakkan di nombor-nombor selain nombor 12. Berkemungkinan murid ini masih belum belajar waktu sepenuhnya. Ujian yang keempat pula meminta murid untuk menyatakan ukuran dalam bentuk sentimeter,meter dan kilometer. Soalan bagi bahagian yang pertama mengarah murid untuk mengisi tempat kosong dengan ukuran jawapan yang betul berdasarkan gambar yang diberikan dalam ukuran sentimeter. Didapati fitri, hanya betul 1 dari 3 soalan yang diberikan. Ini kerana mungkin fitri tidak dapat meneliti dan melihat dengan betul ukuran sebenar yang diberikan. Untuk bahagian yang kedua bagi ujian yang keempat pula meminta murid untuk menyatakan jarak dalam bentuk kilometer berdasarkan gambar papan tanda yang ditunjukkan. Disini fitri dapat menjawab 2 dari 3 soalan yang diberikan, didapati fitri tidak dapat mengisi tempat kosong untuk jawapan nombor 2. Ini berkemungkinan fitri keliru dengan gambar yang diberikan,ataupun ianya melibatkan nombor yang besar bagi fitri untuk meahaminya.

Cadangan pengajaran
Terdapat beberapa cara pengajaran yang boleh dilakukan terhadap murid-murid pemulihan mahupun murid yang mengalami masalah sperti disleksia.contoh yang pertama ialah pengajaran secara kumpulan.pengajaran secara berkumpulan meminta pengajaran guru dihadkan kepada murid-murid dalam satu-satu kumpulan tertentu. Lazimnya bahan-bahan yang digunakan adalah berbeza di antara satu kumpulan dengan satu kumpulan yang lain, dan pengajaran dijalankan dalam keadaan kerusi meja yang disusun secara berkelompok. Ada dua bentuk kumpulan yang boleh dilaksanakan dalam kelas. Pertama kumpulan mengikut kebolehan atau pencapaian, iaitu murid-murid yang lebih kurang sama taraf kebolehan mereka diletakkan dalam satu kumpulan berdasarkan keputusan ujian atau lain-lain cara pengukuran kebolehan otak murid-murid. Kedua, ialah kumpulan mengikut pelbagai kebolehan dan kecenderungan. Cara yang kedua ialah pengajaran secara individu.Pengajaran secara individu biasanya mengamalkan cara pengajaran yang menumpukan perhatian terus kepada seseorang murid tertentu dengan bahan-bahan pengajaran yang dikhaskan kepadanya. Pengajaran cara ini diasaskan kepada pengakuan bahawa seitap murid adalah berbeza dari segi intelek, minat, kecekapan, daya cipta, dan kebolehan-kebolehan lain. Kesemua pengajaran individu diwujudkan dengan mengambil kira perbezaan pencapaian serta kadar kepantasn murid. Pengajaran cara ini pada keseluruhannya bertujuan supaya murid-murid boleh belajar mengikut kemampuan sendiri. Pengajaran secara individu ini boleh dijalankan dalam dua bentuk mengikut tujuan dan objektifnya. Pertama ia boleh dilakukan seperti pengajaran biasa yang bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah pembelajaran yang dihadapi oleh individuindividu tertentu. Biasanya, guru akan memberi perhatian yang teliti dan rapi kepada individu tersebut dan cuba membantunya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Untuk satu pembelajaran yang lebih berkesan, pengajran bentuk ini tidak

menggalakkan jumlah bilangan murid yang besar kerana perhatian tidak dapat

dilakukan sepenuhnya. Pengajaran secara individu ini amat sesuai untuk pengajaran pemulihan. Dan yang terakhir ialah mencipta bahan bantu belajar agar murid-murid boleh menggunakannya sendiri.Bahan-bahan belajar sendiri disusun dengan tujuan supaya murid akan mencapai kemajuannya sendiri mengikut kebolehan dan keupayaan masing-masing, dan untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif mereka pada lain-lain masa. sistem ini menegaskan fleksibiliti dari segi masa, aktiviti-aktiviti diagnostik dan pemulihan, pemilihan bahan-bahan mengikut kemampuan sendiri serta tempat belajar dan cara mempelajarinya. Dalam sistem yang lengkap, media seperti bahan-bahan bercetak, bahan-bahan tayangan, filem slaid atau strip, pita rakaman video, dan lain-lain boleh digunakan. Aktiviti pengajaran terancang atau pukal pembelajaran sendiri adalah amat penting.

Bahan bantu mengajar


1.Kotak sempoa

Rajah 1.0 1. Model yang disediakan ini meniru konsep sempoa untuk

memudahkan murid-murid mengenal nilai sa,puluh dan ratus. 2. Warna menggambarkan perbezaan nilai rumah. 3. Warna hijau melambangkan nilai rumah sa. 4. Warna merah pula melambangkan nilai eumah puluh. 5. Dan warna biru melambangkan nilai rumah ratus.

Rajah 1.1
1. Kawasan yang berwarna hijau ini melambangkan nilai sa.

2. Disini diletakkan 9 keping polisterin sahaja yang telah dipotong bulat agar murid tahu untuk menambah nilai yang seterusnya di rumah nilai seterusnya.

Rajah 1.2 1. Kawasan merah ini melambangkan nilai puluh. 2. Disini diletakkan juga 9 keping polisterin. 3. Konsepnya juga sama sperti gambarajah sebelum ini.

Rajah 1.3 1. Kawasan biru ini melambangkan kawasan ratus. 2. Diletakkan hanya 1 polisterin untuk mengelakkan murid-murid terkeliru dengan jumlah yang terlalu besar.

2.Wang monopoli

Rajah 2.0

Rajah 2.1

Rajah 2.2 1. Model wang monopoli ini mengajar murid supaya dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. 2. Konsepnya tidak jauh dari model sempoa tadi,iaitu menggunakan nilai sa puluh dan ratus. 3. Antara pengajaran yang boleh dilakukan ialah seperti kaedah lakonan antara penjual dan pembeli.

3. Lembaran kerja

RUMUSAN
Tidak semua murid mempunyai tahap kognitif yang sama. Ada yang cepat menangkap apabila diajar sesuatu, ada yang lambat sedikit. Dan kebiasaannya muridmurid yang lambat itu ketinggalan dalam pembelajaran normal yang berlaku didalam kelas. Maka murid-murid yang lemah itu perlu untuk dikenal pasti dan menjalani sesi engajaran dan pembelajaran yang berbeza dari murid-murid yang lain. Terdapat juga murid yang mengalamai masalah yang lebih teruk contohnya seperti disleksia dan diskalkulia. Dan disini kita dapat tahu terdapat beberapa jenis masalah yang dihadapi oleh murid pemulihan.

Untuk mengenal pasti murid-murid pemulihan ini, menjadi 1 keperluan untuk menjalankan ujian diagnostik terhadap murid-murid bagi mengenal pasti kelemahan tertentu yang mungkin dihadapi oleh murid tersebut. Seterusnya membolehkan guru merancang dan membina program dan bahan bantu mengejar yang bersesuaian mengikut tahap murid.

Setelah mengenal pasti tahap kelemahan murid tersebut, barulah guru dapat membina instrumen yang bersesuaian,seperti bahan bantu mengajar dan lembaran kerja untuk murid tersebut. Bahan bantu mengajar yang dibina perlulah mampu untuk menarik perhatian murid tersebut dan seterusnya memberi kefahaman yang mendalam agar murid tersebut mampu untuk mengaplikasikannya dalam pembelajaran seharian.

REFLEKSI

Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya dapatlah saya menyiapkan tugasan PKP 3105 yang bertajuk Pendidikan Disleksia. Terima kasih saya ucapkan kepada pelbagai pihak yang telah bayak membantu saya sepanjang menyiapkan kerja kursus ini terutamanya Puan Roslimah Bt Saat yang sentiasa mengambil tahu perkembangan dan membimbing saya dalam menyiapkan tugasan ini. Tugasan kali ini mengarahkan atau memerlukan saya untuk menjalankan ujian diagnostik dan menyediakan bahan bantu mengajar untuk di ajar kepada murid-murid pemulihan Sekolah Kebangsaan Ampangan. Sepanjang berada di sekolah tersebut pelbagai kenangan dan pengalaman yang dapat saya perolehi terutamanya ketika berada di dalam kelas pemulihan. Gurunya yang peramah iaitu Puan Faezah Bt Mohd begitu peramah dan mesra. Beliau banyak membimbing saya terutamanya ketika saya menyiapkan bahan bantu mengajar. Walaupun saya hanya berkesempatan berada disekolah tersebut selama 5 hari, saya sempat mengenali kesemua murid-murid yang berada didalam kelas pemulihan tersebut yang seramai 8 orang.Selain itu juga, ketika menjalankan PBS kali ini sedikit sebanyak mengajar saya untuk bersyukur dalam setiap perkara. Tidak semua insan mempunyai keluarga yang sempurna, keadaan ekonomi yang seimbang. Ini semua sebenarnya mempengaruhi masalh pembelajaran mereka di sekolah. Seterusnya pengalaman membina bahan bantu mengajar juga sedikit sebanyak memberi pengalaman yang berguna untuk saya di masa hadapan. Terutamanya apabila mendapat bimbingan dari Puan Roslima Bt Saat yang memberi tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan bahan bantu mengajar ini. Kesimpulannya, ketika menjalani pengalaman berasaskan sekolah ini disamping menyiapkan kerja kursus yang diberikan, saya telah dapat menimba pelbagai pengalaman yang penting untuk kerjaya saya pada masa depan. Terima kasih.

Yang benar:

____________________ (BADRUL HISYAM BIN BAKERIN) PEMULIHAN (BM) / MAT 881209-01-5645

Rujukan Koh Boh Boon. (1992) Pendidikan Khas Dan Pemulihan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Abdul Rahim Bin Talib (2006) Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran. Kuala Lumpur. Open University Malaysia. Sheila Devaraj, Samsilah Roslan (2006) Apa Itu Disleksia? Kula Lumpur. PTS Professional Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel (2008) Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku. Shah Alam, Selangor. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Jamila K. A. Mohamed (2006) Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Selangor Kementerian Pendidikan (1999) Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M). Jabatan Pendidkan Khas. Percetakan Watan Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Laman Sesawang Jordan Lokiew (2010) Definisi Disleksia. Kingqueen Blogspot. [22.3.2011]

Kingqueen.blogspot.com Eugene Matusov. (2008) Apa Itu Disleksia. Khasukm.Blogspot. [23.3.2011]

Khasukm.blogspot.com/2008/10/masalah-pembelajaran-diskalkulia_8191.html Tiada Nama Pengarang (2008) Ujian Diagnostic. pemulihankhas.blogspot [23.3.2011] pemulihankhas.blogspot.com/2008/01/ujian-diagnostik.html Cikgu Faiz. (2009) Disleksia. Cikgufaiz.blogspot. [24.3.2011]

www.cikgufaiz.net/2009/11/tiada-ubat-untuk-sembuhkan-disleksia/html Cikgu haidi. (2009) Kesan Pelajar Disleksia. Cikguhaidi.wordpress. [24.3.2011] cikguhaidi.wordpress.com/tag/persatuan-disleksia-malaysia/

Anda mungkin juga menyukai